Berikutan pendedahan kajian kes pembunuhan Altantuya dalam akhbar Liberation Perancis 5 Mac lalu.
Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredibiliti Najib yang bakal menjadi PM dan kes ini sekaligus mencemarkan imej negara di mata dunia.Ramai berpendapat Dato Seri Abdullah perlu menilai semula peralihan kuasa kerana Najib bukan orang selayaknya menjadi orang nombor satu negara.
Naib Presdien PAS, Ustadz Ahmad Awang menyatakan dengan pendedahan tersebut adalah paling wajar Najib perlu meletakkan jawatannya sebagai TPM sehingga dibuat pendedahan tersebut dibersihkan.
Setiausaha Agung PAS, Dato Kamaruddin Jaafar pula menyatakan perkara ini sudah tentu merupaka isu yang amat besar yang mesti Najib dan negara selesaikan untuk adanya peralihan kuasa di dalam negara ini.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli menjelaskan bahawa sekalipun tanpa pendedahan kes Altantuya oleh akhbar Perancis berkenaan, Najib tidak layak untuk menjadi PM dan pendedahan ini menambahkan lagi keyakinan kita memerlukan PM asalkan bukan Dato Seri Najib.
No comments:
Post a Comment