PEMBAKARAN TERBUKA BERLAKU DI KILANG HARAM
Pada petang hari minggu (Ahad) 26.4.09. jam 8 malam, di Batu 16. Tanjung 12, Jalan Klang Banting, sebuah kilang yang tidak mempunyai nama, dimaklumkan tidak menepati undang-undang MDKLgt telah melakukan pembakaran terbuka. Disebabkan pembakaran berlaku, penduduk
sekitar berdekatan telah membuat aduan pada pihak bertanggungjawab.
Ahli Majlis yang bertanggungjawab perlu lebih perihatin terhadap kawasan yang dipertanggungjawabkan. Janganlah sekadar menjawab panggilan dengan sms sahaja. Ahli Majlis berkenaan diperingatkan supaya selesaikan masaalah ini secepat mungkin, agar tidak berlaku lagi seperti malam itu.
Pandangan kawasan belakang kilang yang berpagar tetapi ia berkeadaan terbuka.
Pekerja kilang ini menjadi kelan-kabut, sementara menanti bomba datang. Barang terbuang yang dibakar seperti gambar diatas.
Bomba terpaksa mengambil air di tepi jalan Kampong Sungai Sedu(paip bomba) kerana kelengkapan paip bomba tiada di kawasan kilang. Sekiranya kebakaran besar berlaku, mengakibatkan penduduk, sudah tidak berguna lagi.
Penduduk berdekatan memaklumkan telah membuat aduan pada MDKLgt beberapa kali, tetapi pihak Penguatkuasa MDKLgt hanya mengeluarkan saman keatas kilang tersebut sahaja.
Rakyat tidak menolak pembangunan ekonomi. Tetapi biarlah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk kebaikan bersama kilang tersebut perlu ditutup seberapa segera dan meneliti faktor kepentingan penduduk.
Adalah tidak adil, bagi hak penduduk diabaikan dengan hanya bertindak dengan saman keatas kilang yang beroperasi secara haram itu.
Tindakan saman bukanlah bolih menyelesaikan masalah penduduk yang selama ini merasa selesa dan kini merasa terancam, setelah gangguan akibat kilang itu. Kegelisahan penduduk akibat operasinya kilang itu, menyebabkan habuk yang berbau tidak menyenangkan, berbunyi bising dari pagi hingga lewat malam.
Kilang tersebut juga mengguna tenaga pekerja dari pendatang asing yang berkemungkinan tiada mempunyai permit kerja.
1 comment:
yang menjadi persoalan, bagaiman kilang ini bolih beroperasi tanpa kelulusan pihak bertanggungjawab?
Apakah sekadar keluarkan surat saman sudah terlaksana tanggungjawab?
Bagaimana pula hak asasi penduduk dijamin mesra alam?
Dimana ketelusan Penguatkuasaan yang diamanahkan?
Post a Comment