ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 1, 2009

"JANGAN KIANAT AMANAH RAKYAT"

Hanyar amat menyokong artikel blog alhai dan tidak kepada tuduhan tim. k. men 1, sahaja. Tetapi kepada semua pemimpin PR dan tidak perlulah sehingga terbukti salah laku seseorang pemimpin dan perlu kepada"JANGAN KIANAT AMANAH RAKYAT".


JANGAN persiakan walau sekelumitpun harapan menggunung rakyat yang mahukan perubahan yang diterjemahkan pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

‘Suara Rakyat Suara Keramat’ – laungan Reformasi yang meletus sejak sedekad lalu, dibasahi dengan darah dan keringat rakyat, perlu dihayati semula semua pimpinan parti.

Jangan dek kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, rakyat menjadi sangsi dan hilang kepercayaan seterusnya merencatkan agenda perubahan Pakatan Rakyat (PR). Secara jujur kita kena akui bibit-bibit keresahan itu, kini mulai menular ke akar umbi. Masalah tersebut tidak boleh diselesaikan hanya menyapunya ke bawah permaidani.

Ingat, kemenangan PR bukan semata-mata kerana kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meluatnya rakyat kepada kerakusan dan kebobrokan pimpinan BN selama ini.

PR Pulau Pinang khususnya keADILan, contohnya kini bukan sekadar berdepan dengan BN, tetapi sedang bergelut dengan ‘pemimpin’ yang sedang merosakkan imej PR. ‘Pemimpin’ yang bukan sahaja baghal dalam tindak tanduknya dan tidak tahu diuntung, bahkan turut mewarisi sikap rakus dan bobrok pimpinan Umno/BN.

Blog Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Kerana selalu bersangka baik, Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.

Biar apapun anggapan umum, demi masa depan PR Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.

PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !


Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir PR pada pemilu akan datang ! Selamatkan PR P.Pinang sebelum terlambat !

3 comments:

penyokong setia said...

rAKYAT PANDANG DAN MENTAFSIR SETIAP YB P.RAKYAT MASA KINI DAN SELAGI YB TIDAK UNTUK UBAH SIKAP, Tunggu lah nanti semasa pemilihan nanti.Rakyat akan tolak kamu dan jangan salahkan rakyat kerana tak terpilih hutang kereta mewah, banglo mewah dan perbagai tertunggak, baru tahu.

PENYOKONG HAMPA said...

Bercakap hal yb tak betul melaksanakan tugas dan tanggungjawab, sebab akar umbi di peringkat pentadbiran bahagian, salah guna kuasa kerana kepentingkan peribadi dan membelakangkan perlembagaan parti yang diamanahkan.
Pentadbiran negeri perlu tegas, jangan ambil mudah. perkara ini seperti "KECIL TAPI PENTING"

Anonymous said...

Betul kata penyokong hampa.
Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya ketika di kuala kurau perak. Yb adun k.kurau begitu angkuh dengan orang kuat membantu semasa pru 12 lepas, hari ini beliau sombong dgn seperjuangannya. Ramai kaum cina terlalu marah dgn sikap beliau.