ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 31, 2009

01/06/09. Isnin.

PKR@PAKATAN RAKYAT, KALIS DENGAN UGUTAN DARI PENGKHIANAT PARTI

(Keputusan Pilihan Raya Kecil Penanti)

Najib Mahu Tahu, Ezam Cakap Nanti Dulu

Keputusan rasmi pilihanraya kecil DUN penanti dari SPR:-

1. Dr. Mansor Othman mendapat undi 6,052
Majoritinya 5,558 undi

2. Nai-Khan mendapat undi 494 (hilang deposit)

3. Kakmin mendapat undi 392 (hilang deposit)

4. Kamarul Ramizu 56 (hilang deposit)

Peratusan 46.6 peratus.

Kalau pun UMNO/BN turut bertanding, katakan lah 70% yang keluar mengundi, UMNO/BN pun tetap kalah juga.

Amacam Kakmin, betul kah tidak, ramalan saya difacebook semalam? Buang masa, penat turun naik rumah berkempen, strategi CCTV tidak mengena. Akhirnya menangis seorang diri.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Banyak sudah terjadi, dikalangan Ketua Ketua Bahagian atau “orang orang penting” dalam PKR, kalau hasratnya tidak dipenuhi oleh Presiden, Ketua Umum PKR, Perhubungan Negeri atau timbul berselisih faham dengan Pegawai Pentadbir Ibu Pejabat PKR. Mereka terus keluar parti, lalu menyerang parti dan turut menyerang pula Ketua Umum PKR. Timbullah konfrantasi individu melibatkan perjuangan parti yang secara sengaja dibuat untuk mendapatkan publisiti dari media murahan tv3. Berkata lah Kakmin dengan geram “Bubar PKR” macam heroin Tamil tahun 60an, berlagak Kakmin dalam tv3.

Mereka sanggup mengutuk parti, mereka mengugut parti, segala tokmahan dilemparkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, untuk menyedapkan lagi jalan cerita, mereka tambah sikit sikit fitnah, sebagus mungkin, supaya orang lain percaya akan kebenarannya cerita wayang kita.

Bila sampai sahaja ketelinga pemberita tv3 dan Astro Awani, rasa tidak puas hati Ketua Ketua Bahagian PKR, maka mulalah Ketua Ketua Bahagian mendapat liputan khas tiap malam dari tv3 dan Astro Awani. Tv3 dan yang sewaktu dengannya pula, tambah sikit ajinomota, bubuh garam, bubuh rempahratus, supaya jalan cerita lebih sedap didengar untuk santapan ketelinga ahli ahli UMNO, dikampung kampung. Pada penyokong Pakatan Rakyat, ia tiada kesan apa apa.

Pemimpin pemimpin UMNO pun mula buat statement diakhbar dan media, kononnya PKR sudah nazak, PKR sudah hilang pengaruh, PKR kononnya anti Sultan, anti Melayu dan anti Bumiputra, PKR sudah jadi alat orang asing, hak orang Melayu telah digadai oleh PKR. Semua rahsia PKR sudah dibongkar oleh bekas Ketua Ketua Bahagian, kononnya mereka ada rahsia PKR.

Lagi sedap cerita, bila Ezam cakap dia ada 6 kotak rahsia Anwar Ibrahim. Dia tahu semua rahsia Anwar Ibrahim, rahsia ada dalam tangannya. Dia akan expose bila bila masa sahaja. Tunggu punya tunggu, sampai hari ini, rahsia Anwar Ibrahim belum juga Ezam keluarkan. Mungkin Ezam expect Najib akan berikan dia project banyak banyak. “Ezam pun mula main sorong papan tarik papan dengan Najib. Najib ingin tahu, Ezam cakap nanti dulu.”

Untuk pengetahuan semua Ketua Ketua Bahagian PKR dan orang orang penting yang masih ada dalam PKR. Yang saya tahu, tidak ada rahsia yang mahu disembunyikan dalam PKR. Semua mesyuarat, perbincangan dan perjumpaan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim berkisar hal ehwal politik yang sihat. Tidak ada rahsia, tidak ada perancangan jahat PKR atau Anwar Ibrahim.

Sebagai orang biasa dalam PKR, saya tahu benar dalam PKR tidak ada apa apa rahsia yang mahu dijadikan bahan ugutan atau discredit PKR dari penerimaan rakyat. Secara jujur saya katakan, PKR sebenarnya makin hari semakin mendapat tempat dihati dan dimata rakyat Malaysia. Rakyat tertarik dengan kepimpinan yang dinamik serta halatuju PKR dan Pakatan Rakyat.

Saya, kadangkala tidak begitu setuju dengan seseorang dalam PKR Pusat maupun kepimpinan bawah. Cara yang paling baik, jauhkan diri dari pemberita dan jauhkan diri dari memfitnah seseorang”. Jangan cuba terbawa bawa perangai macam orang lupa diri (Selalu pandang cermin diri sendiri dulu. Ukur diri sendiri).

Jangan ikut kata hati, kerana seekor nyamuk hitam, kenapa kelambu saya bakar, buat apa? Apa untung? Jangan ada Ketua Ketua Bahagian atau “orang orang penting” dalam PKR menganggap diri kita ini, sudah tersangat penting dalam PKR. “Yang penting adalah pengundi pengundi dan halatuju PKR” yang dapat diterima oleh rakyat dengan baik. Bukan kerana diri sendiri berpengaruh. Kalau saya seorang tak suka PKR, ada lagi berjuta orang rakyat Malaysia yang sukakan PKR. Jangan cepat terpengaruh dengan gula gula getah UMNO, nanti melekat dileher bahaya itu.

Contohnya banyak Ketua Ketua Bahagian yang tinggalkan PKR, ada yang sanggup menabur fitnah kepada PKR dan pemimpinnya DSAI, seperti 2 orang ADUN PKR yang melompat. Lihat sendiri apa yang mereka dapat? Esok kalau ditakdirkan oleh Allah swt. Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Pusat, mereka yang ego, mereka yang menabur fitnah, dimana nak letak muka?

Insyaallah Pakatan Rakyat akan memerintah Kerajaan Malaysia. Sebagai ahli PKR pun saya tetap berbakti kepada rakyat. Tidak perlu ada jawatan apa apa dalam PKR. Tidak perlu ribut ribut. Buat kerja diam diam untuk PKR. DSAI punya mata banyak dan punya telinga banyak, apa anda cakap, apa anda buat, 5 minit sampai ketelinga DSAI.



No comments: