ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 22, 2009

22/05/09. Jumaat.

AHLI UMNO SANGGUP MENTALKINKAN PARTI SENDIRI.

Umno Ditalkinkan Di Sabah

Menggemparkan! Menggerunkan! Bayangkan ahli Umno sanggup mentalkin parti mereka sendiri!

Perkara ini berlaku di sebuah kampung di Semporna, Sabah apabila penduduk kampung yang tidak puas hati terhadap Umno berhubung isu tanah telah bertindak berbaring di atas lantai dan diselubungi dengan bendera Umno sebagai simbol bahawa parti tersebut telah mati.

Kematian tersebut boleh ditafsirkan sebagai kegagalan parti tersebut untuk memperjuangkan hak penduduk kampung berkenaan mengenai tanah milik mereka.

Penduduk kampung juga berdiri dihadapan “mayat” Umno sambil melakunkan bacaan doa untuk parti yang terkujur dipembaringan.

Gambar tersebut diperolehi daripada blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin atau dikenali dengan nama Chegu Bard.

Ketika dihubungi Chegu Bard berkata beliau agak terkejut dengan keberanian ahli-ahli Umno tersebut yang telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Umno melalui perbuatan simbolik tersebut.

“Ini menunjukkan Umno telah mati di hati orang Melayu,” komen ringkas beliau.

Semporna merupakan kawasan Parlimen bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

No comments: