ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 22, 2009

22/05/09. Jumaat.

KALAH ATAU MENANG, SERAHKAN PADA RAKYAT PERAK


Di dalam sesuatu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Begitu juga keputusan kes YAB Ir.Nizar berkaitan kemelut politik negeri Perak yang akan diumumkan esok, pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

Yang kalah akan membuat rayuan dan sebagainya. Menang atau kalah tidak dapat menyelesaikan pertikaian atau kemelut yang berpanjangan semenjak bulan Februari lagi.

Lupakan dulu segala kepentingan diri. Lupakan dulu segala 'maruah'. Lupakan dulu segala dendam kesumat. Lupakan dulu segala ego. Campakkan ia jauh-jauh. Kasihanilah rakyat jelata. Buktikan rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.

Rakyat memberi mandat bukan untuk bersengketa. Mereka memberi undi bukan untuk 'melompat' sesuka hati. Mereka memberi kuasa bukan untuk menyeret manusia seperti menyeret biawak hidup.

Mereka memberi mandat untuk menjaga segala kebajikan mereka. Mereka mengharap mereka yang bergelar Yang Berhormat akan memberi khidmat kepada mereka.

Maka apabila semua ini berlaku, molek sangat, cantik sangat mandat ini dikembalikan semula kepada rakyat agar mereka dapat membuat atau pun memberi mandat baru secara mutlak kepada siapa yang mereka suka dan kepada siapa mereka percaya untuk membangunkan negeri Perak ini.

Pakatan Rakyat telah membukRAKYAT tikan mereka berjaya mentadbir negeri Perak selama lebih kurang 11 bulan dan dapat membuktikan mereka berjaya melakukan apa yang UMNO gagal lakukan selama 50 tahun lebih.

No comments: