ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 31, 2010

Keindahan sifat-sifat Fizikal Nabi Muhammad S.A.W

Muhammad S.A.W 
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda saw, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda saw lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda,seolah-olah kamu melihat matahari terbit

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira,wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas,raut kening tebal,terpisah ditengahnya.

- Urat darah kelihatan diantara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung,bercahaya penuh misteri,kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya,indah tersusun,renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata,cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang,terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar,lebar tapak tangannya,jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna,tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah,kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia... untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu.Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sila share dengan sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Salam Ukhuwah..~

Dec 30, 2010

Doa Murid Sesi Persekolahan Menjelang 2011


Ya Allah, aku mahu menjadi murid yang:

1. mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang ikhlas melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Mu,

2. mentaati ibu bapa sebab harapan dan doa mereka sentiasa terdengar di telinga,

3. mentaati guru sebab mereka bersungguh-sungguh mendidik, mengasuh, membimbing, mengajar dan membantu saya dalam pelajaran,

4. rajin berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi,

5. menjadi contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan dan oang lain.

Ya, Allah, aku tidak mahu menjadi murid yang:

1. mentaati kemungkaran dan kemaksiatan sebab ia adalah dosa dan menjadi kemurkaan-Mu,

2. menderhaka kepada ibu bapa serta mempersia-siakan harapan dan doa mereka,

3. menghampakan harapan tinggi guru-guru yang mengharapkan kecemerlangan muridnya,

4. pemalas tapi gila nak jadi pemimpin kemudian kaya, tidak berdisiplin, kaki ponteng, kaki perempuan, kaki arak, tahi ekor, kaki rempit, kaki dadah dan segala yang mencemarkan nama baik Islam, ibu bapa, guru dan maruah diri,

5. apabila menjadi...

i. sultan atau raja - mementingkan diri serta kaum kerabat dan mengabaikan rakyat,

ii. perdana menteri - mementingkan projek, kroni dan isteri, membazirkan duit beratus-ratus juta dan berbilion-bilion sebab itu bukan duit aku, bukan duit emak bapak aku tetapi duit rakyat yang memberi amanah kepada aku,

iii. menteri - menjual negeri, peralatan kementerian, jahanamkan bahasa kebangsaan dll.,

iv. wakil rakyat - ponteng sidang dewan, pinjam duit ceti, kahwin curi-curi, berlagak dengan rakyat dll.,

v. hakim - boleh dijual-beli,

vi. guru - nampak cerdik tetapi dungu berfikir menilai sesuatu sebab menjadi kaki ampu,

vii. tentera perwira - gagah perkasa tapi enjin jet hilang pun tidak disedari,

viii. rakyat - penakut sampai mati, tidak tahu menilai mana yang baik mana yang celaka pada diri, anak, isteri, keluarga, masyarakat dan negara.
Amin, ya rabb al 'alamin

Dec 24, 2010

BACALAH KENYATAAN UMI HAFILDA ADIK KEPADA YB AZMIN YANG MENGHALALKAN CARA.

 Sama-samalah kita membaca dan menilai sikap pimpinan yang lebih 10th kononnya berjuang menegakkan kebenaran. Pada hal mereka ini adalah saitan durjana merosakkan minda rakyat semata-mata berkepentingan politik peribadi dan sanggup melakukan apa saja untuk menyelamat diri dari tindakan undang-undang.

Apakah sanggup, kita sebagai pengundi  memilih mereka untuk menjadi peminpin menerajui Kerajaan Malaysia? Jika inilah sikap mereka, maka kita  bertanggungjawab kepada anak-anak jenerasi akan datang, dan sebagai pengundi semasa pilihanraya ke13 nanti, mestilah tidak akan memberi undi kepada parti KEADILAN dan yang bersekonkol dengannya.

Kalau dulu kita marah kepada BN/umno, hari ini parti terbesar iaitu umno perlulah mengambilah kesempatan ini supaya berubah dan insaf untuk kepentingan Negara dan Rakyat.

Sila KLIK Part 1,2, dan 3 untuk pengetahuan anda semua, cerita sebenar dari suara hati adik kepada YB Azmin yang kini berjawatan dalam KEADILAN yang berbagai tipu muslihat untuk kemenangan jawatan Tim. Presiden KEADILAN Nov 2010 . Dan Anwar pula melantik diri sendiri sebagai Ketua Umum KEADILAN yang saya sendiri istilahkan beliau pemimpin Diktetor (melantik diri sendiri).

Dec 13, 2010

KALAULAH BEGINI, DIMANAKAH "RAKYAT DIDAHULUKAN" RAMAI BERKATA "RAKYAT DIPERMAINKAN"

UMNO Selangor Tiga Nahkoda?

Selain Terengganu yang berpecah belah, UMNO Selangor juga sedang menjurus ke arah itu. Sama seperti Terengganu, Selangor juga mempunyai pemimpin puaka yang sedang mengatur strategi untuk menjadi Menteri Besar atau sekurang-kurangnya menjadi boss UMNO Selangor.

Akibatnya UMNO Selangor ada tiga Nahkoda sekarang dan empat pasukan.

Nahkoda 1: Puaka Noh bin Omar

Puaka paling besar tentulah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar. Beberapa bulan setelah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan, beliau menghantar konco-konconya untuk memberi tahu orang Khir Toyo, bahawa sekarang Khir Toyo bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Puncanya apabila dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor, Khir toyo dilihat banyak memberi pandangan yang mendapat reaksi positif.

Noh Omar sibuk mengumpul saki baki orang Mat Taib untuk dijadikan orangnya. Orang yang telah kalah dalam pemilihan bahagian yang lalu seperti Daud tarihep dan Datuk Hanafi sedang diberi pelbagai kemudahan dan projek.

Tidak cukup itu, Noh Omar berjumpa Presiden UMNO meminta agar diubah "kebiasaan" (precedent case) bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian akan memangku jawatan Ketua Bahagian jika Ketua Bahagian digantung jawatan atau bermasalah.

Sekarang Noh Omar mahu Pengurusan UMNO Pusat beri kuasa kepada Pengurusan UMNO Negeri tentukan siapa pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian yang kosong. Datuk Najib setuju, lalu arahkan Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Pengurusan UMNO "endorsed" permintaan Noh Omar.

Noh Omar pun melantik dirinya sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam. Ini berikutan ketuanya, YB Rahman Bakri sedang menghadapi perbicaraan rasuah.

Mengapa Noh Omar yang bini tiga dan sibuk dengan Kementerian Pertanian mahu memangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam?

Puncanya hanya kerana Timbalan Ketua Bahagian, Dato Warno Dogol dilihat lebih rapat dengan Khir Toyo berbanding dengan beliau. Dato' Noh telah cop Warno orang Khir Toyo, kalau pangku jawatan Ketua Bahagian akan bertambah lagi suara Khir Toyo dalam Perhubungan UMNO Negeri.

Sekarang Noh juga mahu memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pandan, berikutan Ketua UMNO Bahagian, Ghani, turut berhadapan perbicaraan rasuah di Mahkamah. Timb Ketua UMNO Bahagian bukan orang Khir Toyo, tapi selalu berjumpa Khir Toyo.

Noh tidak berpuas hati dan mahu ambil alih. Tapi sebab utama ialah beliau mahu beri semula pengaruh kepada bekas Ketua UMNO Bahagian yang bernama Md Aris Yussof yang kalah dalam pemilihan lalu akibat skandalnya dengan Puteri Bahagian.

Inilah perangai Noh Omar yang selayaknya dipanggil puaka UMNO Selangor. Banyak lagi akan dibongkarkan mengenai menteri paling korup sekarang ini tetapi juga paling selamat. Dulu jilat Pak Lah dan merayu agar Pak lah jangan letak jawatan. Sekarang puji najib kutuk Pak lah.

Nahkoda Kedua: Khir Toyo

Khir Toyo mempunyai sekurang-kurangnya 10 Ketua UMNO Bahagian yang bersamanya. Antaranya Shukor Idrus (Selayang), Amiruddin Sutero (Kuala Selangor), Ismail Kijo (Ampang), Sulaiman Karli (Kuala Langat), Maslynoor (Klang), KJ - Kamaruddin Johari (Kota Raja), Johan Aziz (Hulu Langat), Busro (Subang) dan beberapa nama lagi yang tidak perlu disebutkan buat masa ini.

Jadi perhatikanlah ketua -ketua bahagian ini bukan sahaja menghadapi masalah mendapat bantuan Noh, malah Noh sudah pelan untuk jatuhkan mereka nanti.

Tindakan orang-orang Noh bercakap beberapa perkara tidak benar mengenai Khir Toyo termasuk kononya Khir tidak meninggalkan duit untuk UMNO Selangor menimbulkan kemarahan kumpulan. Kumpulan ini dikatakan menemui khir untuk mendapat penjelasan.

Mereka kemudiannya marah kepada Noh apabila khir menunjukkan bukti berapa juta wang yang ditinggalkan beliau dalam akaun UMNO Selangor sebelum diambil alih oleh Mat taib. Mereka juga marah kerana Noh dalam Pengurusan UMNO sebelum ini tahu apa yang berlaku.

Kemarahan kumpulan iju dikatakan berpunca daripada sikap noh yang berpilih-pilih dalam memberi peruntukan program. Mereka hanya menunggu masa untuk "memberontak".

Nahkoda Ketiga : Satim Diman

Waduh bukan main belagak sekali jawa Puchong ini. Maaf bukan mahu jadi isu etknik pulak. Menang dengan majoriti 43 undi sahaja tapi sudah sibuk hendak jadi Menteri Besar. Melobi bukan main untuk jadi Setiausaha UMNO Selangor biarpun cakap-cakap awal ramai yang mengatakan Nawawi (Shah Alam) akan dilantik.

Macam mana Datuk Najib boleh lantik kaki gila golf ni jadi Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Lingkup UMNO kalau begini caranya. awasan tak terjaga, lagi nak jaga UMNO Selangor. Hari-hari main golf. Satu Selangor tahu, Satim gila golf. Kawasan tak terjaga.

Sekarang merata tempat dok kutuk Khir Toyo dengan Noh Omar. Pernah beliau bercakap dengan pemberita, mengapa masih tanya Khir Toyo sedangkan Khir Toyolah punca Selangor kalah.

Malangnya wartawan senior tersebut membalas balik, "habis nak tanya sapa? Datuk asyik kat padang golf saja. dah tu komen ntah apa-apa tak ada fakta langsung."

Sikap menyombong satim juga sudah terkenal. Kalau surat khabar kecil macam Sinar harian atau Portal internet, minta maaflah nak komen. Sejak kena belasah dengan Sinar Harian barulah dia bagi kenyataan kepada akhbar tersebut.

Satim ni tak ada penyokong di kalangan ketua bahagian. Jenis nahkoda tak ada juak. Nahkoda dari atas sebab selalu main golf dengan datuk najib.

Warlord

Selain tiga nahkoda ini Selangor ramai Warlord macam Zin Badak (sepang) , Karim Mansor (Sepang / bekas Setpol Khir Toyo), Nawawi (Shah Alam) dan Datuk Idris Abu Bakar (Hulu Selangor). Ini jenis tak makan saman.

Baru-baru ni Datuk Idris sudah balun Noh Omar kerana hendak bawa program Juara Rakyat ke Tanjong Karang.

"Asyik2 Tanjong karang. Apa tanjong karang saja ker nak menang dalam pilihan raya akan datang."

Terkedu dato Noh dan terus buat program tersebut di Hulu Selangor.

Di kalangan Warlord ini lebih berkaliber untuk jadi calon Menteri Besar berbanding Satim dengan Noh. Ahmad Nawawi dan Karim Mansor dikatakan antara nama yang akan diangkat menjadi MB jika BN menang nanti.

Kesimpulan

Nahkoda atau Warlord biasalalah dalam parti politik. Tapi kalau Nahkoda dah nak jadi puaka tak ada cara lain kecuali kena lingkupkan puaka ni terutamanya yang bernama Noh bin Omar.
- Selangor Umno

Dec 10, 2010

Siapa saja boleh menjadi pemimpin asalkan boleh melakukan sesuatu.

Persoalan pertama…
adakah kita akan hanya terus memblog….atau mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu? Apa yang patut dibuat? Apakah kita hanya menunggu dari ‘pemimpin’ untuk berbuat sesuatu? Adakah kita akan terus mengkritik “pemimpin” kerana tidak melakukan apa-apa? Ataupun terus mengampu ‘pemimpin’ untuk mencapai matlamat ke Putrajaya?

Persoalan kedua…
apakah blogger perlu terus menjadi ‘party-centric’ atau pun ‘leader-centric’? Persoalan ini timbul kerana kebanyakan blog-blog pro-Pakatan Rakyat setiap hari bercakap tentang apa yang UBN/PR buat atau pun mengulas tentang apa yang pemimpin BN/PR buat. Tetapi tidak banyak yang bercakap tentang permasalahan rakyat ataupun inisiatif untuk memperkasakan rakyat.
Aku masuk kampung setinggan, masuk Pangsapuri PPR dan melihat kemiskinan dan permasalahan yang dihadapi mereka. Aku ingat dikampung susah, rupanya dibandar ada yang lagi susah. Ada suami yang minum petrol, cuba membunuh diri kerana tidak sanggup melihat anak-anak menderita. Ada ibu-ibu yang sanggup menjadi GRO untuk menampung perbelanjaan anak-anak. Dan ramai anak-anak yang menjadi liar kerana ibu-bapa bekerja siang malam.
Dan lebih menyakitkan hati apabila ada ‘pemimpin’ yang hanya bercakap tentang masalah sosial tetapi tidak ada inisiatif untuk membenterasnya. Berapa ramai pemimpin yang sanggup turun berjumpa golongan miskin dibandar untuk membantu mereka? Apakah program-program yang telah dilakukan selepas menang? Mungkin tunggu pilihanraya akan datang…dan mereka akan terus berjanji.
Dari satu DUN ke satu DUN di Selangor. Berjumpa dengan orang-orang yang tak dikenali untuk mendapat feedback tentang prestasi Pakatan Rakyat Selangor. Ada yang kata bagus, ada yang kata serupa saja…dan ada yang dok ulang cakap aku..”mampuih pi la”.
Dalam PRK, semua pihak menabur janji. Dalam Pemilihan PKR juga masing-masing menabur janji…tapi dalam masa yang sama, janji-janji yang ditabur semasa PRU dulu masih banyak yang tertunggak.
Adakah pemimpin itu mereka yang memegang jawatan dalam parti? Ataupun adakah pemimpin itu mereka yang memegang jawatan dalan kerajaan yang memerintah?
Sudah tiba masanya untuk kita  menjadi pemimpin. Tidak perlu jawatan politik, malah tidak perlu identiti politik untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat. Siapa saja boleh menjadi pemimpin asalkan boleh melakukan sesuatu.

Dec 9, 2010

Perkara: Ketuanan Melayu vs Melayu Bermaruah



"Gegar gempita TV3 dan juga UMNO apabila DS Wan Azizah menyeru supaya KETUANAN MELAYU ditukar kepada MELAYU BERMARUAH. Berduyun-duyun, para pemimpin UMNO termasuk Zul Kulim memberi pandangan betapa DS Wan Azizah dengan dokongan DS Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebagai pengkhianat.

Baru Ini , ditayangkan betapa Sultan Selangor dukacita dengan beberapa pendatang melayu di Selangor yang mempertikaikan KETUANAN MELAYU dan INSTITUSI DIRAJA.Sebagai seorang Melayu, wajar untuk saya memberi jawapan kepada DYMM Sultan Selangor bahawasanya, pada masa dan ketika ini, saya malu menjadi melayu. Saya malu menjadi MELAYU yang diperbodohkan oleh KERAJAAN PIMPINAN MELAYU yang telah memerintah sejak dari 53 tahun dahulu.
Kekadang saya bertanyakan pada diri saya apakah kelebihan saya menjadi MELAYU???? Apakah dengan menjadi MELAYU, saya pasti mendapat kehidupan yang mewah dan dirahmati ALLAH. Apakah dengan menjadi MELAYU, saya mendapat kelebihan dalam mengharungi kehidupan didunia ini.
Selama 45 tahun saya hidup dimuka bumi Malaysia ini, saya telah melihat betapa ramai MELAYU menjadi mangsa MELAYU. Selama 45 tahun ini, saya melihat betapa ramai MELAYU diainaya oleh MELAYU.
Kita lihat sendiri bagaimana Negeri Kelantan yang diperintah oleh orang MELAYU tetapi dinafikan hak oleh kepimpinan MELAYU Negara. Bukan Choi Soi Lek atau Samy Vellu atau Koh Su Koon yang menafikan hak orang MELAYU Kelantan, tetapi Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib yang melakukannya. Mereka ini adalah orang MELAYU.
Apabila ramai MELAYU Murtad, pemimpin MELAYU Negara juga yang mengatakan angka tersebut tidak membimbangkan kerana mereka masih lagi MELAYU walaupun tidak beragama Islam. Jadi dimanakah rasionalnya kita memperjuangkan KETUANAN MELAYU?????
Kelmarin, 5hb. Disember 2010, penyokong PAKATAN RAYKAT menunjukkan betapa mereka menghormati KETUANAN MELAYU dengan keluar beramai-ramai untuk menghantar memorandum kepada DYMM Tuanku Mizan, Yang Dipertuan Agong yang merupakan KETUANAN MELAYU yang tertinggi di Negara MALAYSIA pada masa ini dengan harapan KETUANAN MELAYU yang diagung-agungkan oleh pihak UMNO, PERKASA dan NGO-NGO serta mengurangkan ketakutan DYMM Sultan Selangor perihal KETUANAN MELAYU, dapat mendengar rintihan rakyat yang ditindas oleh pihak SYABAS. Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya….. Polis MELAYU yang menendang MELAYU yang menghadiri perhimpunan itu. Polis MELAYU yang menyembur air kepada orang MELAYU yang hadir disitu. Menteri MELAYU yang memberi arahan supaya kekerasan digunakan kepada orang MELAYU yang hadir disitu. Ketua Polis Negara MELAYU yang mengarahkan polis MELAYU menzalimi orang MELAYU yang hadir disitu. Jadi dimanakah rasionalnya pihak UMNO dan PERKASA memperjuangkan KETUANAN MELAYU kalau MELAYU yang menzalimi MELAYU.
Bila DS Wan Azizah menyatakan KETUANAN MELAYU ditukar kepada MELAYU BERMARUAH… ramai orang UMNO dan PERKASA marah sehingga Peguam UMNO mencadangkan supaya DS Wan Azizah di ISAkan. Memang ramai pemimpin MELAYU UMNO dan PERKASA tidak dapat menerima MELAYU BERMARUAH kerana sejak merdeka lagi mereka tidak memliki maruah. Sejak dulu UMNO sukakan judi dan ianya sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU. Sejak dulu pemimpin MELAYU UMNO sukakan rasuah dan ia juga merupakan sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU dan sejak dulu juga pemimpin UMNO tidak menghormati Islam dan itu juga merupakan sesuatu yang tidak BERMARUAH kepada MELAYU.
Pihak UMNO dan PERKASA tahu sekiranya MELAYU BERMARUAH dijunjung maka puak-puak UMNO ini akan menerima tekanan dari orang MELAYU. Apabila orang MELAYU tahu bagaimana untuk hidup BERMARUAH….maka segala perilaku pimpinan MELAYU UMNO akan dipertikaikan dan segala-galanya menjadi sesuatu yang menyeksakan kepada pihak MELAYU UMNO.
Kita tidak akan melihat lagi MELAYU seperti ZUL KULIM jika MELAYU BERMARUAH… Kita juga tidak akan dapat melihat lagi MELAYU seperti ZAHRIN jika MELAYU BERMARUAH…. Dan kita juga tidak akan dapat melihat lagi MELAYU seperti EZAM jika MELAYU BERMARUAH. MELAYU seperti ZUL KULIM, ZAHRIN, EZAM dan beberapa lagi MELAYU yang seangkatan dengan mereka ini lahir disebabkan KETUANAN MELAYU dan bukannya MELAYU BERMARUAH…. Dengan Slogan KETUANAN MELAYU, mereka-mereka ini boleh MEMBODOHKAN MELAYU tetapi jika MELAYU BERMARUAH…. Mereka-mereka ini menjadi anjing dimata orang MELAYU.
Terkini, Menteri MELAYU jugalah yang telah mengungkap kata-kata / janji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini tetapi sebaliknya yang terjadi. Kalau Menteri MELAYU itu seorang MELAYU BERMRUAH…beliau akan menjaga tutur katanya atau janji-janjinya. Tetapi disebabkan KETUANAN MELAYU lah maka harga minyak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.
Semasa Robert Kuok menjadi RAJA GULA di MALAYSIA, harga gula stabil sehinggalah MELAYU FELDA mengambil alih dan kini rakyat Malaysia terutama orang MELAYU kampong merasa kenaikkan harga GULA berkali-kali dalam setahun. Dalam hal ini, saya lebih menghormati CINA BERMARUAH daripada KETUANAN MELAYU UMNO yang menindas rakyat.
KETUANAN MELAYU yang memerintah Negara pada masa ini jugalah yang menaikkan harga GAS walaupun mengikut asas penubuhan PETRONAS adalah untuk rakyat MALAYSIA. Sekiranya pemimpin itu MELAYU BERMARUAH…. Maka sudah pasti rakyat akan diPENTINGKAN, tetapi dengan KETUANAN MELAYU UMNO, rakyat didahulukan untuk membayar segala hutang yang dilakukan oleh puak-puak ini.
Akhir kalam, saya memohon kepada DYMM Sultan Selangor supaya memahami terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. Fahami betapa beruntungnya DYMM Raja-Raja MELAYU diseluruh NEGARA MALAYSIA ini jika memiliki rakyat MELAYU BERMARUAH… Sekiranya MELAYU BERMARUAH dijunjung, KETUANAN MELAYU tidak akan hilang dibumi MALAYSIA.. Sebaliknya sudah terbukti KETUANAN MELAYU telah menyebabkan MALAYSIA kehilangan Pulau Batu Putih dan juga Singapura. Sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa MELAYU, saya sekali lagi ingin bertanya kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor, Apakah itu yang DYMM Tuanku Sultan Selangor kehendaki…..
 

Dec 8, 2010

"UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENGUNDI"

Peruntukan sebanyak RM 500 ribu adalah untuk mesra rakyat kepada setiap satu ADUN untuk semua 56 ADUN di Selangor. Atas sikap rakyat Selangor yang bertanggungjawab kepada negeri tercinta, maka pada PRU 12 yang lepas, pengundi yang bolih dikatakan tidak pernah mengundi PAS,DAP dan KEADILAN bersatu memberi undi untuk memenangkan dan menukar dan menjadikan Kerajaan BARU yang dinamakan  Kerajaan Pakatan Rakyat.

Wang peruntukan RM 500 ribu itu adalah wang pembayar cukai rakyat. Maka amat perlu diberi semula kepada rakyat secara berhemah dengan adil. Pegawai Daerah di setiap daerah perlu bertanggungjawab menasihati ADUN sekiranya pengunaan tuntutan jika tidak jelas. Bukannya akur pada ADUN tetapi tidak adil pada rakyat yang membayar cukai.
Sepertimana di Kuala Langat juga teserlah tidak ada kejujuran Pegawai Daerah melaksanakan tanggungjawab dan perlu diawasi. Bukanlah satu tuduhan fitnah, tetapi ada kebenaran dan ramai boleh kehadapan menjadi saksi. Sebelum tuduhan keterlaluan dilemparkan, perlu kita awasi terlebih dahulu untuk kebaikan bersama.
Di blog ini tiada amalan ampu dan bodek, pemimpin parti politik maupun penjawad awam yang korup pasti kena godam, Hanyar tak peduli samada UBN atau PR. Hanyar mencari kebenaran dan kejujuran demi generasi masa hadapan.

Nov 4, 2010

DIMANA HAK RAKYAT UNTUK PILIHANRAYA?

Beginilah keadaan banjir yang melanda di negeri kerajaan Kedah. Apa yang berlaku pimpinan Umno saja yg nampak macam prihatin kepada rakyat. Bila lihat kat TV semuanya umno lah yg kerja kuat untuk membantu. MB Kedah macam takde ambil berat.
Kalau di Perlis MB Perlis sibuk ambil tanggungjawab untuk rakyat. Kalau macamni siapa yang bertanggungjawab untuk rakyat yang umno berkata ADIL dan SAKSAMA? Biarlah kalau nak ADIL pada yang HAK, dan SAKSAMA juga pada yang HAK. Itu baru dikatakan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia.






jangan perbodohkan rakyat, akhirnya rakyat menjadi sengsara.

Nov 2, 2010

'Politik kita memerlukan anjakan baru', Dr Mohd Asri

Politik Duit, atau Politik Tauke?

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata sudah sampai masanya untuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' kerana banyak rentak tari politiknya makin 'tidak seimbang'.

Menulis dalam blognya di bawah tajuk 'Politik kita memerlukan anjakan baru', Dr Mohd Asri menegaskan "politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas".

Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan), al-Amanah (amanah) dan mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik tauke, tulisnya lagi.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

"Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," tambahnya

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri menyarankan semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, "berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat."

"Sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini.

"Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara," tulisnya.

Mengenai saranannya supaya Anwar bersara politik, Dr Mohd Asri berkata zamannya mungkin makin menyusur pergi dan "saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama."

"Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewjudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini.

"Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," tambahnya.

Sambil memohon maaf, Dr Mohd Asri berkata beliau apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini.

"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," tulisnya.

Oct 25, 2010

AZMIN MERENGEK MANJA KAT AnWAR.

1. Selesai proses menghantar borang untuk bertanding jawatan dalam PKR, khabarnya Azmin mengadakan pertemuan tertutup dengan AnWAR. Pertemuan berlangsung di Bukit Segambut. Azmin hanya dapat 30 minit pertemuan dan diberitakan Azmin amat tidak berpuashati dengan masa yang diperuntukkan AnWAR.

2. Bertuah sungguh anak emas AnWAR ni. Di saat ramai calon dan penyokong datang ke KL menghantar borang, ramai penyokong kepingin bertemu AnWAR. Wujud cakap-cakap AnWAR tidak mahu bertemu sesiapapun konon takut disalaherti menyokong calon-calon tertentu. Butanya pandangan penyokong taksub AnWAR.....

3. Orang lain tak boleh jumpa AnWAR, Azmin boleh! Bukankah Azmin secara terbuka kata AnWAR adalah pengurus kempen beliau. Maknanya Zaid nanti akan berhadapan dengan keseluruhan jentera AnWAR bagi jawatan Timbalan Presiden PKR! Itupun penyokong PKR masih tidak nampak AnWAR memang tidak neutral dalam pemilihan PKR.

4. Bukan setakat pertemuan di rumah AnWAR, khabarnya pertemuan dilanjutkan dalam kereta Azmin selepas itu dalam perjalanan yang tidak diketahui di mana. Katanya AnWAR ada program petang itu. 'Private programme' katanya, entah apa yang 'private'nya, sumber yang memberitahu pun tidak jelas mengenainya.....

x-pkr kata :
Sudah terang lagi bersuluh AnWAR akan melakukan apa saja demi memastikan Azmin menang nanti. Usaha mengugut Zaid Ibrahim menarik diri gagal. TS Khalid Ibrahim dah masuk perangkap 'offer' AnWAR. Dijanjikan jawatan MB kekal hingga habis penggal p/raya. Next round pindah pergi pusat dan ditawarkan jawatan menteri kanan (kalau PKR membentuk kerajaan...)

Mustafa Kamil Ayub tersangat lah perasan. Kata dirinya kuat, namun AnWAR menggunakan beliau untuk pecahkan undi kelompok anti AnWAR-Azmin. Mustafa dijanjikan AnWAR proses demokrasi yang telus konon....

Itu pun penyokong PKR kata yang pemilihan ini akan berjalan dengan baik dan telus dan AnWAR akan kekal tidak berpihak..... PORAHHH !!!!

Oct 9, 2010

SURAT PEGUAM DSAI KEPADA RAHIMI OSMAN



klik pada ambar untuk lebih jelas

Fitnah Terbesar Dalam Perjuangan Bangsa Melayu

Oleh Nurul Izzah Anwar
8 Oktober 2010




Fitnah paling terbesar didalam perjuangan bangsa adalah bahawa UMNO itu Melayu and Melayu itu UMNO.

Oleh demikian apa yang dimaksudkan Utusan Malaysia didalam tulisan bertajuk “Kuasa Politik Penentu Masa Depan Melayu” sebenarnya bukan mengenai kehilangan kuasa politik oleh kaum Melayu tetapi sebenarnya adalah keresahan mengenai kehilangan kuasa politik UMNO itu sendiri.

Penentu sebenar masa depan bukan sahaja orang Melayu tetapi masa depan seluruh Malaysia bukanlah berdasarkan kepada kuasa politik sahaja tetapi sebenarnya kepada kontrak politik.

Kontrak Politik adalah satu perjanjian melibatkan semua rakyat untuk mencapai satu matlamat bersama yang berpandukan kepada syarat-syarat kuasa atau peraturan yang dinamakan Perlembagaan Persekutuan.


Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik adalah seperti permainan bolasepak tanpa peraturan atau tindakan polis tanpa undang-undang.

Kuasa Politik tanpa Kontrak Politik akan menjadi alat kepentingan golongan elit dan bukan penterjemah kehendak rakyat.

Ketika ini Politik Ketakutan (politics of fear) yang penuh dengan retorik politik penuh hasutan termasuk dengan ancaman ‘perang saudara’ dan akan berlakunya kucar-kacir seperti yang dilaungkan oleh Perkasa dan Tun Dr Mahathir sedang digunakan untuk mempertahankan Kuasa Politik UMNO dan bukan Kuasa Politik Melayu.

Sebaliknya, Negara memerlukan budaya politik harapan dan kebebasan(politics of hope and liberation) untuk memertabatkan bangsa, agama dan negara secara adil dan saksama.

Kontrak Politik mesti bermula dengan permulihan Perlembagaan Persekutuan kepada bentuk asal dengan memansuhkan undang-undang anti-demokratik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan dan mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan termasuk menarik balik perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa.

Selain itu proses dan peraturan pilihanraya mesti dipulihkan agar ia adil dan telus.Masanya telah tiba untuk semua lapisan rakyat menuntut diwujudkan kembali Kontrak Politik yang akan menentukan agar Kuasa Politik itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat dan bukan untuk kekayaan UMNO

Oct 6, 2010

KENYATAAN MELAMPAU TANPA USUL PERIKSA

Saya menegaskan kenyataan SetiaUsaha Agong Parti Keadilan Rakyat amat melampau. Tanpa usul periksa dan meneliti keakar umbi dan telah membuat kenyataan yang saya tidak boleh terima dari kenyataan itu. Kalau beginilah rupanya sikap pimpinan atasan yang sanggup menjadi pak turut, makin menjadi terlalu hinanya pandangan rakyat kepada parti KEADILAN. Selama ini rakyat memandang hormat kpd parti untuk perubahan sepertimana yang dijanjikan. Kalau dulu, sebelum diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui negeri-negeri dan ramai yang calun PRU12 boleh berada dikerusi empok sudah tidak ada masa untuk meneliti apa sebenar diperingkat akar umbi berlaku.
Kenyataan Saifuddin nasution amat bercanggah dan saya tidak akan memaafkan jika ia terus berlarutan. Saya akan tuntut diPADANG MAHSAR NANTI.
Saya juga ingin bertanya dimana laporan yang Sdr Saifuddin dapat? Sebagai S/U Agong perlu berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan dan jangan memalukan parti. Saya tidak pernah keluar parti, dan saya telah nafikan dengan menghantar surat kpd pusat. Apa yang berlaku, setiap laporan saya yang dihantar kpd pusat parti KEADILAN langsung tidak pernah dijwb kepada saya. Laporan Polis pun juga saya telah lakukan. Kalau berita yg terkeluar dari akbar-akbar BN pd 2007 diguna pakai, saya merasa malu kerana ada seorang pemimpin parti politik spt beliau yg inginkan menegak kebenaran, menjadi kabur. Adalah tidak layak beliau berada dijawatan spt disandang sekarang.
Saya cabar beliau untuk apa beliau siang dan malam keluar berkempin menghasud rakyat dikampong-kampong menyatakan Parti ini untuk membela rakyat? Mengapa semasa DSAI masih berada dipenjara Sg Buluh beliau sanggup tinggalkan parti dan melibatkan diri kpd PAS?


Saya selitkan kenyataan PALSU beliau, dari Malaysiakini pada 6oct 2010 jam3.24pm. Untuk tatapan dan  khasnya kpd rakyat Kuala Langat yang lebih mengetahui siapa saya pada PRU12 2008 tempoh hari.


Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti
Beberapa pihak luar yang sesetengah mereka didakwa mempunyai hubungan dengan BN, dipercayai terbabit dalam mengganggu pemilihan cabang PKR sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sehubungan itu, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau akan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamakan mereka.

"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video,” kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak,” katanya.


Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan.

Oct 3, 2010

Terus terang, saya meluat dengan kelaku dan gelagat sesetengah mereka!

Meletup Jua Akhirnya.... hahaha..


Puan Shamsidar Taharin
Saya telah menelah perbalahan dan tektik haprak beberapa pemimpin kanan yang rapat dengan DSAI apabila YB Nik Nazmi menjulang nama seorang calon Ketua AMK PKR dalam blognya. Penulisan sumbang Nik Nazmi dalam beberapa titipannya selepas "memperkenalkan" rakan karibnya itu telah mendapat cemuhan hebat daripada ramai penyokong parti.

Menyandang jawatan Pengarah Komunikasi PKR, YB Nik Nazmi tidak sewajarnya terlalu menunjuk sokongannya terhadap seseorang dalam pemilihan parti seperti ini.

Surut meroyan Nik Nazmi, beberapa insiden yang menayangkan kepekongan PKR dipamerkan pula oleh beberapa pemimpin tertinggi parti, termasuk calon Timbalan Presidennya ~ YB Azmin Ali dengan menyerang dan seolah mempertikaikan kesetiaan lawannya, Datuk Zaid Ibrahim. Lebih menyedihkan apabila blog Ketua Umum Parti turut mempropagandakan calon pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim; siapa lagi kalau bukan suami kepada Puan Shamsidar Taharin !!


Saya pernah menitipkan:
Sebelum Mac 2008 mereka menjelajah serata desa dan kampong bertemu Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang demi menyampaikan hasrat murni untuk membantu. Mereka berikrar dengan seribu janji. Mereka menabur seribu harapan. Mereka membisikkan sejuta impian. Semuanya sampai kerana mereka berkehendak dan bersungguh untuk menyampaikan. Maka ketahuilah sekalian rakyat di kampung, desa dan lurah. Pakatan Rakyat ingin memerintah. Pakatan Rakyat ingin memerintah dengan adil, telus lagi bijaksana.
Hebat gerak kerjanya. Warga desa, kampung dan lurah gembira. Gembira diberi harapan baru. Gembira menunggu sinar Malaysia Baru. Mereka gembira bukan kerana mereka dapat. Mereka gembira bukan kerana mereka merasainya. TETAPI..!! Mereka gembira kerana mereka tahu. Mereka tahu kerana mereka diberitahu. Mereka diberitahu kerana ada pemimpin yang sampai kepada mereka untuk memberitahu.

Sekarang pemimpin-pemimpin itu telah "terlalu" sibuk. Busy. Banyak urusan. Banyak mesyuarat. Banyak majlis rasmi. Banyak temujanji. Banyak mengkaji. Banyak... Banyak.. Banyak... Sehingga mereka tiada masa lagi untuk memberitahu kepada Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang segala hasrat murni mereka untuk membantu. Maka sekalian rakyat di desa, kampung dan lurahpun tidaklah tahu. Rakyat tidak tahu apakah janji terlaksana. Rakyat tidak tahu apakah harapan akan bercahaya. Rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. ~ October 14, 2009.
Selepas titipan tersebut, saya sampaikan sendiri apa terpendam dilubuk hati kepada DSAI, tindakan susulan dijanjikan. Alhamdulillah, Nik Nazmi dilantik menjadi pengarah komunikasi parti ~ nafas baru, saya kira!! Mungkin menjanjikan kaedah dan keberkesanan mampan... tetapi ... hampa!! hamprak!!

Belum sempat rakyat terbanyak sedar tentang janji PKR yang tertunai, keladak, hampas dan pekong kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dicanangkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang kemaruk mengejar pangkat dan darjat dalam parti yang entah berjaya entahkan tidak menerajui Putrajaya selepas pru-13 nanti.

Terus terang, saya meluat dengan kelaku dan gelagat sesetengah mereka!



Saya menuntut penjelasan tuntas, mampan, jitu dari Saudara Anwar Ibrahim; kerna kepada saudara, rakyat sandarkan harapan !!! 



Jangan sampai dikata orang "Mengata dulang paku serpih, mengata Umno, rupanya Pkr yang lebih (hamprak)"

Bukan marah, tapi menegur!



Mohd Sofi Yassin
p/s: ha..ha..ha.... akhirnya meletup juga apa yang terpendam selama ini, tapi apabila teguran /kritikan positif sebegini dihamburkan, maka akan adalah pencacai penjilat tegar yang akan menuduh dan cop si penegur/pengkritik sebagai pengkhianat dan lalang...

Sep 28, 2010

KENAPA ANJING-ANJING INI DITANAM DI TEMPAT LAMA BUANG SAMPAH?

Rakyat Kuala Langat telah mengetahui bahawa tempat buang sampah lama Kampong Sg. Sedu telah tidak beroperasi lagi, tetapi kenapa pula Anjing yg dibunuh ditanam ditempat itu? Apakah tempat itu masih diguna pakai untuk menjadikan kubur anjing?  Hanyar difahamkan  ramai orang menjadi marah kerana penduduk setempat seperti dihina.
Pihak kerajaan PR mesti mengambil tindakan tegas untuk penerangan yang jujur.
Hanyar mengambil tanggungjawab kerana wakil penduduk telah membawa bukti keratan akbar Malaysia Nanban pada 21 sept 2010 muka surat 3. Dan ini menjadikan kenyataan kukuh untuk Hanyar boleh bertindak dan diketengahkan pada pihak berwajib .

Ahli Majlis Salah Guna Kuasa.

Apakah Tindakan Terhadap Salah Laku  Ahli Majlis Zon 10 Seperti dalam gambar ini? 

Perkara ini telah berlaku pada malam 23 ogos 2010 dan telah dimaklumkan kepada Ahli Parliman Kuala Langat Abdullah Sani untuk tindakan.
Apa yang berlaku tiada tindakan dan Hanyar akan ketengahkan dengan laporan polis serta TNB. 


 Lokasi halaman rumah sewa yang Hanyar sewakan dari tuan rumah(en. Linggam) dan sebagai ehsan kerana tindakan dari parti/ kerajaan amat lembap terhadap seorang keluarga susah. Rumah ini disewa RM300 sebulan.  Hanyar telah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab Ketua Pakatan Rakyat K.Langat. Tindakan mereka amat meleset. malah memburuk-burukkan Hanyar. Mereka seperti KACANG LUPAKAN KULIT. Sebelum ini beliau tidak mampu membayar sewa sejak 6 bulan dan setelah Hanyar dalam perbincangan dengan En. Linggam bersama saksi AJK Cabang KEADILAN Sdr Miswannudin untuk menyelesaikan masaalah hutang sewa rumah itu.
Dan setelah itu Hanyar menyewa semula dan membayar sewa baru serta membayar deposit sebanyak sebulan. Rumah itu Hanyar membuat perjanji kepada En. Linggam untuk memberi kemudahan tinggal kepada orang yang bermasaalah itu.
 Litar letrik dipotong oleh TNB kerana tidak membayar bil tertunggak. Hanyar sengaja tidak membayar kerana ingin mengosongkan rumah ini. Banyak salah laku penghuni yang diberi kemudahan. Oleh itu ada pula ingin menjadi hero untuk membantu dengan salah laku kuasa.
Apabila hanyar diberitahu litar letrik disambung secara HARAM oleh A.Majlis Zon 10
(Mani Arasen),meninjau dan benar. Hanyar mengarahkan Ahli Majlis itu bertanggung jawab membuka semula.(seperti dalam gambar).

Sep 23, 2010

Isteri jutawan India yang hilang dedahkan rakaman perbualan telefon dengan suspek



KLANG: S.Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, hari ini mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di Kapar di sini.
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y. Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.

Usharani berkata dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu. Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh. "ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini," kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan. Selain itu, beliau yang baru tiba dari Chennai, India semalam berkata turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Inspektor Muru dari Bukit Aman dengan tujuan yang sama iaitu untuk meminta wang daripadanya. Sementara itu, Manikavasagam berkata Usharani akan menyerahkan rakaman perbualan telefon itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar esok, kira-kira jam 11.30 pagi. Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata kes kehilangan Allal kini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain apabila dia dilapor hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam, yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lalu.

Usharani membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lalu dan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat tengah hari tadi untuk memberikan keterangan kepada polis. - Bernama

KENYATAAN TEGAS DARI ANAK DSAI SEORANG AHLI PARLIMAN MALAYSIA KE12

Inilah sikap kerajaan Malaysia yang suka berb uang masa dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah. "TERUSKANLAH PERJUANGANMU WAHAI AHLI PARLIMAN MUDA YANG BERANI SERTA TEGAS"





Sep 21, 2010

Anwar fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.
Notis rayuan berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim
Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Anwar memfailkan permohonan membatalkan tuduhan liwat yang dikenakan
terhadapnya pada 2 Ogos lalu kerana mendakwa prinsip kesaksamaan serta integriti
pihak pendakwaan berikutan dakwaan hubungan intim di antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan atas
tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,
Kuala Lumpur, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes liwat itu akan disambung semula pada 14 Oktober ini dengan pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim.-

Sep 17, 2010

Siasatan pembunuhan Sosilawati tanpa unsur perkauman - Ismail Omar



 

BANTING: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.
"Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa," katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara.
Pada sesi dialog itu beliau berkata, siasatan terhadap kes-kes yang ada unsur perkauman seperti kes pembakaran gereja di Petaling Jaya dan surau di Johor dijalankan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.

Ismail berkata demikian selepas seorang daripada pemimpin masyarakat setempat membangkitkan isu mengapa kes surau di Negeri Sembilan yang dibaling cat dan botol arak tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes pembakaran gereja ada yang dihadapkan ke mahkamah.

Ismail turut mengarahkan polis Selangor termasuk daerah Kuala Langat supaya memantau peningkatan pembabitan golongan belia di daerah itu dalam kegiatan jenayah.

Sementara itu, Ismail berkata beliau akan melihat keperluan menambah anggota dan sokongan logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah itu dan keperluan meletakkan seorang Asisten Komisioner Polis bagi mengetuai polis di sana berbanding hanya seorang Superitendan ketika ini.

Kadar penduduk Kuala Langat ,  kini berjumlah 200,000 orang. Polis perlu tingkatkan keselamatan yang lebih cekap dan berdisiplin.


Ismail dalam pada itu berkata, polis berjaya menurunkan kadar indeks jenayah di daerah itu sebanyak 14 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Aug 27, 2010

AlFatihah untuk Isteri Sdr Nasrom Tan Abdullah

Sudah Jatuh Ditimpa tangga. ALLAH LEBIH MENYAYANGI BELIAU.


Hari ini Sdr Nasrom Tan diselubungi sedih atas kematian Isteri tersayang yang lama telah sakit. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi 26 ogos 2010 dikampong tanah air asal di Tanjong Balai Indonesia.
Malangnya pula, Sdr Nasrom Tan juga sakit dan tidak dapat melihat mayat Isteri buat kali terakhir. Kini sdr Nasrom Tan tinggal bersama Hanyar sejak beliau keluar dari Hospital. Beliau masih lemah dan kini bergantung kekuatan dengan bekalan ubat hospital.
Beliau juga kini sebatang kara tanpa keluarga. Sakit beliau untuk berjalan perlu dipimpin, mandi, buang air perlu dibantu.
Pada sesiapa yang ingin melawat saudara Nasrom Tan bolehlah datang dialamat, Vila Penawar, Bt17, Jln Banting Klang, Kg Sg Sedu. 42700 Banting Sel.

Aug 19, 2010

TANGGUNGJAWAB AHLI MAJLIS YANG TERLEPAS PANDANG JUGA PERLU DIPANTAU.

Sepertimana kenyataan MB Selangor hari, adalah amat baik tetapi perlu diperhalusi lagi untuk lebih memantapkan PBT. Banyak Ahli-ahli Majlis yang tidak faham tugas-tugas dan t/jawab mereka. hanyar difahamkan kursus begitu kerap bagaikan cendikiawan. Tetapi bila menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis langsung tidak tahu apa sebenar tugas/tanggungjawab mereka.
Contoh seperti diKuala Langat, harta Majlis Daerah tidak dipantau oeh mereka.Bangunan kedai MDKLgt banyak terbiar tanpa disewa kepada yang benar-benar ingin berniaga. Ada penyewa yang tertunggak hingga beribu-ribu RM, seperti tutup mata. Juga ada penyewa memberi sewa kepada orang ketiga(3). Dimana silapnya Ahli Majlis ini?. Ketua jabatan pula seperti lebih berkuasa daripada Ahli Majlis.
Pendapat Hanyar, perlulah Ahli Majlis ini dipilih dengan teliti dan benar-benar iklas untuk kepentingan rakyat.
Bagi Hanyar, peranan Ahli Majlis kepada PBT, amat besar dan tinggi martabat mereka kepada Kerajaan pemerintah itu.
Ingat.... Jangan sehingga rakyat berkata, " Ahli Majlis PBT dari Kerajaan PR sama macam BN, memaksa untuk dapat jawatan dan salah guna kuasa". Pada dua(2) penggal yang lalu banyak kesan yang tidak baik nampak dimata rakyat marhain. Dan masih KEKAL pula memiliki jawatan itu. Bila nama tersingkir, guna TANGAN-TANGAN HITAM diperingkat atasan. (jelas dan ada fakta).
Surat Sokongan Dikeluarkan Ahli Majlis PBT Akan Diaudit - MB Selangor

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata surat sokongan yang dikeluarkan oleh ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan diaudit bagi memastikan tiada kes salah guna kuasa berlaku.
Beliau berkata audit berkenaan akan dijalankan oleh Jabatan Audit Negeri bermula di Majlis Perbandaran Klang (MPK) minggu ini.
Laporan lengkap mengenai audit itu juga akan disiarkan kepada orang awam bagi memberi peluang kepada mereka menilai sendiri mengenai surat sokongan yang dikeluarkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata sesi dialog bersama rakyat akan diadakan di semua 12 PBT bagi mendapatkan respons, cadangan dan pandangan orang ramai berhubung Pelan Hala Tuju Selangor bagi tahun 2011-2013.
Sesi dialog itu akan bermula pada 21 Ogos ini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan berakhir pada 6 Sept depan di Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Aug 15, 2010

JANGAN JADIKAN MEREKA SEBAGAI MEMALUKAN ISLAM


Mualaf Cina Terbiar Di Beri Pembelaan.

Wajah terbaru seorang Mualaf Berbangsa Cina bernama Nasrom Tan bin Abdullah, 53 tahun mengalami sakit sejak 2 tahun yang lalu. Telah memeluk Ugama Islam sejak 6 tahun lalu. Berkahwin dengan wanita Indon. Dan Isteri beliau balik keNegeri asalnya kerana sakit dan tidak mampu hidup bersama  sejak beberapa bulan lalu. Tiada pekerjaan dan daif.
Tinggal dikawasan perumahan mejoriti kaum cina yang bukan Islam sejak memeluk Islam dan mendapat penghinaan dari mereka. Dimaklumkan juga biasa dibaling daging babi didpn rumah. Beliau selalu bersangka baik dan mengadu kpd Hanyar untuk kebaikan pegangan Ugama barunya. (Hanyar baru mengenali beliau dari rakan pada sebulan yang lalu).
Hari ini 15 0gos 2010 bersamaan 05 Ramadzan 1431H menjadi sejarah kepada beliau tinggal dikampong  mejoriti kaum melayu. Untuk tindakan menyenangkan hati semua, tindakan terbaik Hanyar bersama rakan membuat keputusan untuk pindahkan beliau kerumah sewa baru di Lot 3753, D4, Jalan Murai, Batu 9, kebun baru Sejangkang. Kadar sewa rumah sebulan RM 300.00.
Permohonan untuk bantuan Zakat, beliau memohon sejak beliau sakit. Dan  baru sebulan mendapat bantuan bulanan RM 400.00 dari Zakat Selangor setelah didesak.
Diharap dapatlah penduduk di DUN Sejangkang menerima kehadiran beliau untuk bermastautin disitu. Jadikanlah beliau  keluarga baru kepada penduduk Kebun Baru serta berilah tumpuan perhatian kebajikan . Kini beliau hidup sebatang kara dan tidak mempunyai isteri dan anak.




Aug 11, 2010

KAMERA TANPA PENGETAHUAN MB, APA MAKSUDNYA?

Kamera tersembunyi dijumpai di pejabat MB S'gor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.


Aug 7, 2010

X PKR BERSAMA YB SENATOR EZAM SEMPENA LAWATAN DI KARANGKRAF&SINAR.

KUNJUNGAN MESRA DAN SESI DIALOG.

Lawatan Hanyar bersama YB Senator Ezam dan rakan rakan XPKR amat bermakna dan semasa sesi dialog  berbagai soalan yang diajukan, dapat merungkai permasaalahan politik dimomokkan oleh orang orang politik baik berparti dan yang tak berparti.
Turut hadir bersama dalan lawatan itu Kak Min dari Penang, Datin Saidatul dari Sabah serta rakan-rakan lama dalam keADILan.

Prinsip Hanyar adalah ;-

Manusia lumrah melakukan kesalahan
dan sebaik-baik orang yang melakukan
kesalahan ialah mereka yang cepat-cepat
bertaubat
~ Riwayat Ahmad & Tarmizi


Datuk memberi penerangan prinsip makalah sinar harian adalah Telus dan Neutral


Gambar sebelah kiri sdr Shahharuddin bersama Pegawai grafik Selangor(Sdr Zul) yang telah bayak memberi penerangan bagaimana setiap berita diterima dan disunting.


Gambar-gambar kiri dan kebawah, semua kawasan lawatan dalam operasi Akbar Sinar Harian yang di beri taklimat oleh pegawai Sinar/karangkraf sdr Hashim serta pegawai pegawai yang lain.






















Aug 6, 2010

Membezakan di antara Dasar Ekonomi Baru (DEB, atau NEP dalam bahasa Inggeris) dan Perkara 153.

Apakah yang dimaksudkan dengan “hak-hak Melayu” dan dimana termaktubnya hak-hak ini?

Adakah ianya adil dan sah sekiranya sesuatu kaum mengapropriasi “hak” yang melebihi daripada apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan?

Baru-baru ini, terdapat cadangan untuk memansuhkan diskaun bumiputera bagi hartanah mewah. Dan seperti biasa, hero-hero Melayu akan menggoncang pedang dan menghentakkan kaki kerana kononnya “hak-hak istimewa” Melayu telah sekali lagi tergugat.

Saya faham politik. Politik adalah seni membohong dan menipu, seni mengkritik dan menepis kritikan. Apa yang ahli politik luahkan adalah tidak lebih dari retorik dan janji-janji manis, yang menjadi topeng kepada agenda tersendiri ahli politik tersebut. Tetapi apa yang saya tidak boleh terima adalah politik perkauman, lebih-lebih lagi yang jauh terpesong daripada kedudukan sebenar. Maka apabila ahli politik atau hero-hero ini berdegar-degar bercerita tentang “hak-hak Melayu,” saya rasa terpanggil untuk menjawab.

Retorik “hak Melayu” ini semakin menjadi-jadi sejak akhir ini. Malahan, jika diteliti, ia mula mendapat sambutan sejak pilihanraya umum 2008. Sesetengah pihak, dalam usaha mereka untuk terus menjadi releven, telah memilih untuk menggunakan retorik ini sebagai bahan politik mereka. Selalunya ahli politik sedemikian adalah ahli politik picisan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang mencukupi untuk mengangkat mereka daripada gred C atau B kepada gred A. Dengan memainkan isu seperti yang penuh emosi seperti ini, mereka akan lebih mudah mendapat sambutan.

Dikatakan bahawa hak orang Melayu kian terhakis. Tergugat. Cauvanis Cina sedang bersengkol dengan agen asing untuk menawan negara dan menjadikan Malaysia sebagai Singapura. Orang Melayu perlu bersatu untuk menghadapi ancaman ini. Orang Melayu perlu bersatu untuk “mempertahankan hak-hak Melayu.”

Tetapi apa itu “hak-hak Melayu”? Rakyat semakin cerdik. Meraka mahukan dalil jika berhujah tentang sesuatu perkara. Tidak cukup untuk berkata bahawa “Melayu ada hak.” Orang akan bertanya, di mana datangnya hak itu? Untuk memberi legitimasi kepada hujah mereka, pelopor retorik ini mencekup “dalil” mereka daripada Perlembagaan Persekutuan.

“Hak-hak Melayu seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan!” jerit mereka. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjadi peruntukan keramat kepada mereka. Ia menjadi selimut luas yang melingkupi segala apa yang mereka katakan sebagai “hak Melayu.”

Malangnya, rakyat masih belum celik Perlembagaan. Rakyat mungkin mahukan dalil, tetapi masih tidak menyemak samada dalil yang disajikan adalah benar. Apabila ahli-ahli politik ini menggunakan Perkara 153 sebagai dalil mereka, ramai yang percaya. Lagipun, sudah terbukti bahawa sekiranya sesuatu perkara itu diulang berkali-kali, orang ramai akan mempercayainya lama kelamaan. Propaganda 101.

Saya tidak ingin menyelami Perkara 153 di sini. Saya percaya ramai komentar dan penulis di luar sana yang telahpun menukil rencana tentang peruntukan ini. Cukuplah di sini bahawa Perkara 153 memperuntukan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak dalam perizaban quota dalam beberapa perkara seperti perkhidmatan awam, lesen dan biasiswa. Perkara 153 ini tidak boleh dimansuhkan atau dipinda dengan sewenang-wenangnya oleh Parlimen dan perlu persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. Maka momok bahawa Perkara 153 ini adalah dalam bahaya jika Melayu tidak bersatu adalah tidak lebih daripada bohong yang dicanang oleh sesetengah pihak.

Lebih penting lagi, kita harus membezakan di antara Dasar Ekonomi Baru (DEB, atau NEP dalam bahasa Inggeris) dan Perkara 153. Ramai orang telah keliru atau sengaja mengelirukan antara keduanya, walhal satu hanyalah dasar nasional dan satu lagi adalah peruntukan Perlembagaan. Menukar, memansuhkan atau meminda DEB tidak bermakna mencabar Perlembagaan.

Berbalik kepada pemansuhan diskuan kepada bumiputera dalam pembelian rumah. Banyak pihak berhiruk dan berpikuk yang kononnya ini adalah salah satu daripada “hak istimewa orang Melayu” yang “tidak harus dicabar.” Tetapi adalah terang lagi bersuluh bahawa diskaun ini adalah dasar yang diperkenalkan oleh DEB dan tidak ada kena-mengena dengan Perkara 153. Tidak langsung terlakar dalam Perlembagaan bahawa orang Melayu berhak mendapat diskaun dalam membeli rumah.

Samalah juga pemberian tender kepada kontraktor Melayu bukanlah sesuatu peruntukan Perlembagaan yang menjadi hak tetapi sesuatu dasar di bawah semangat DEB. Dan walaupun Perkara 153 mempunyai peruntukan tentang perizaban kuota dalam biasiswa dan pendidikan, ia tidak pula menyatakan bahawa mana-mana universiti atau kolej hanya boleh membawa masuk pelajar bumiputera. Hujah sesetengah pihak bahawa universiti tertentu adalah “benteng terakhir” kaum bumiputera tidak boleh dipertahankan dengan merujuk kepada Perlembagaan.

Inilah masalahnya. “Hak Melayu” telah dipesongkan untuk meliputi pelbagai perkara yang langsung tidak berlandaskan Perlembagaan. Ada ahli politik, dalam membantah pemilihan hakim-hakim melalui suruhanjaya, berhujah bahawa ini akan membolehkan seorang bukan Melayu untuk menjadi Ketua Hakim Negara. Ada pula ahli politik yang berkata bahawa pemindahan kuil Hindu kepada kawasan majoriti Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Bahkan, ada juga mengatakan bahawa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah serangan ke atas “institusi-institusi Melayu.”

Sejak bila pula perlantikan Ketua Hakim Negara, penentuan tempat-tempat ibadat dan PDRM menjadi sebahagian daripada “hak-hak Melayu” yang terkandung di dalam Perlembagaan? Dan jika Perlembagaan tidak mempertukannya, dari mana pula datangnya apa yang disebut sebagai “hak”?

Secara dasarnya, saya tidak mempunyai masalah dengan usaha memartabatkan orang Melayu. Tidak salah sekiranya bantuan diberikan kepada orang Melayu yang memerlukannya. Sekiranya tidak bersetuju dengan pemansuhan diskaun bagi rumah mewah, berikan alasan mengapa tidak bersetuju secara rasional dan telus. Jangan bersandarkan retorik “hak Melayu” yang tidak mempunyai asas. Jangan membakar sentimen perkauman demi agenda politik yang sempit.

Perlembagaan kita telah mencapai keseimbangan di antara kepentingan pelbagai kaum di dalam negara ini. Oleh itu, tidak adil dan tidak sah sekiranya sesuatu kaum mengapropriasi “hak” yang melebihi daripada apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan.

Sudah tiba masanya kita, sebagai rakyat biasa, mencelikkan mata kita kepada Perlembagaan. Kita harus memperkukuhkan diri kita dengan konsep keperlembagaan, tentang hak dan tanggungjawab. Kita tidak boleh biarkan ahli politik dan pihak-pihak berkepentingan untuk memperalatkan kita, melaga-lagakan kita dan memperbodohkan kita dengan omong-omong dusta. Hanya apabila kita mempunyai pemahaman barulah kita boleh bezakan yang hak dan yang batil.