Dikesempatan ini hanyar dan rakyat Kuala Langat mohon restu dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada PKR yang masih merupakan memperkuatkan untuk memperkukuhkan parti. Setiausaha Agong adalah sebahagian penting kepada tunjang kekuatan parti.
Kepada mantan Setiausaha Agong yang baru melepaskan jawatan, kerana beri laluan untuk kebaikan parti kearah mulia, sekalong tahniah diucapkanatas susah payah mengharungi selama 6 tahun.
Wajar dan berkelayakan, sesuai kepasa YB Saifuddin untuk menerima jawatan tersebut. Beliau amat berketerampilan dan dikenali sepertimana pimpinan yang lain. Bagi hanyar, beliau juga adalah salah seorang yang berada apabila menghadapi pancutan air setan umno dibarisan hadapan dan bertanggungjawab kepada penyokong. Tugas yang dipikul YB Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parliman. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah sebaik mungkin.
YB Saifuddin juga mempunyai prinsip perjuangan yang tidak lembik sewaktu tersepit. Oleh itu hanyar dan penyokong mengharapkan kepada YB, mestilah melaksanakan, mencerminkan dan menghayati “keadilan”. PKR adalah parti yang berasaskan etika keadilan. Jiwanya adalah “keadilan”. Wajahnya adalah “keadilan”. Perjuangannya adalah “keadilan”. Semangat perjuangan dan kepartian tidak boleh mengatasi etika keadilan. Jika ia berlaku, maka aspirasi perjuangan akan menjadi hambar dan lambat laung ia akan pupus. Dengan itu akan terkuburlah hasrat dan harapan rakyat.
Amatlah penting setiap pemimpin parti, ahli jawatankuasa parti, pegawai-pegawai parti, ahli-ahli parti, penyokong-penyokong parti, memahami, menginsafi, dan menghayati bahawa mereka adalah pemegang amanah rakyat, pejuang masa depan rakyat, dan menyambung doa rakyat. Sesuatu yang jelek, walaupun ia sudah melata, masih tidak boleh dihalalkan semata-mata kerana ia sudah menjadi amalan umum. Yang salah tetap salah, yang keji tetap keji, yang haram tetap haram. Merekalah yang sebenar “wakil rakyat Malaysia”.
Diingatkan juga budaya parti adalah budaya individu, Individu beretika, maka parti beretika. Maka barulah parti bediri teguh, tesergam indah bak bangunan yang gagah, memberi perlindungan dan keselesaan bagi yang ingin bernaung, dipandang cantik lagi indah. Barulah parti dapat menunaikan hajat rakyat.
Diakhir kata, hanyar dan rakyat Kuala Langat mengalu-alukan semoga direstui Allah Yang Maha Esa. Semoga lebih berjaya buat YB Saifuddin sebagai Setiausaha Agong yang baru.
No comments:
Post a Comment