ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 18, 2013

Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI


Panel Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah hari ini dicadangkan supaya menarik semula kesemua kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada pendatang asing, kata ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wilfred Madius Tangau.
Ahli Parlimen Tuaran yang juga saksi ke 117 dipanggil untuk RCI berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, masalah pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing juga tidak akan pernah selesai, melainkan rombakan keseluruhan sistem pemberian kad pengenalan dilaksanakan.
"Ini isu integriti ... kita perlu 'reset' semuanya untuk kembali ke 'ground zero', katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) kepada lima panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.
Beliau kemudiannya mencadangkan agar mereka yang telah diambil kad pengenalannya dalam proses tersebut untuk memohon kembali menggunakan sijil kelahiran.
"Jika kita tidak melakukan perkara itu, bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah kad pengenalan meragukan seperti ini," soalnya lagi, dan menambah kes pemberian kad pengenalan meragukan itu tidak akan pernah berhenti, sebaliknya akan berterusan.
"Pada mereka yang rasa mereka benar-benar warganegara, tiada apa nak ditakutkan," tambahnya yang juga merupakan saksi pertama dalam kalangan ahli politik yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI.

UPKO jelas Wilfred telah melakukan kaji selidik bagi menyiasat kegiatan pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebaik sahaja RCI dibentuk, dan mendapati pemberian kerakyatan kepada warganegara asing berkenaan bukan setakat berlaku pada 1980an, tetapi juga awal tahun 90an.
"Pembuatan kad pengenalan palsu perkara yang berterusan," katanya, dan menambah, "10 peratus daripada penerima kad pengenalan tersebut tanpa perlu memohonnya."
"Manakala 90 peratus daripada mereka membeli kad pengenalan tersebut," katanya, dan menerangkan laporan kaji selidik tersebut akan didedahkan oleh Presiden UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok pada Jumaat ini kepada RCI.
RCI sebelum ini pada Mei diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih banyak berbanding Sarawak, dengan sekitar 66,000 pendatang haram di negeri Borneo tersebut telah diberi kad pengenalan  biru sejak 1963.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat sebelum ini memberi keterangan  seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.
Beribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Sulu di selatan.
Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina. Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.
Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut  telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.
Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini.
Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

RCI akan disambung esok pada jam 9.30 pagi. - 18 Jun, 2013.

Jun 17, 2013

DiParlimen Dan Parti, Najib akan mengalami ......!!!

Dengan seminggu sebelum sidang Parlimen bermula, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan yang boleh menentukan sama ada Datuk Seri Najib Razak mampu meneruskan mandat peribadinya sehingga pilihan raya umum akan datang.
Walaupun tiada ancaman serta merta terhadap pengerusi BN itu untuk jawatannya, sekumpulan penggubal undang-undang gabungan pemerintah itu mahukan tawaran lebih baik untuk menghentikan mereka daripada sama ada untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah atau menukar kepimpinan dalam pemilihan Umno akhir tahun ini.
Dengan hanya memenangi 133 kerusi Parlimen, penganalisis mengatakan Najib tidak berada dalam kedudukan untuk berhujah dengan ahli-ahli Parlimen ini kerana hanya dengan pembelotan 23 daripada mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan atau keistimewaan lain boleh menyaksikan kerajaan baru terbentuk di Malaysia.
Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan, ancaman tersirat itu digunakan dalam lingkungan Umno untuk memastikan Najib tunduk kepada garis parti dan mengurangkan pembaharuan ekonomi, kerajaan dan politik beliau.
Penulis-penulis blog pro Umno dari kem Mahathir telah mendesak agar penasihat-penasihat penting Najib meletakan jawatan untuk mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan strategi bagi membantu BN menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013, termasuk memberikan lebih banyak wang tunai dan bantuan kepada sekolah dan organisasi bukan Melayu selain dari mengurangkan sekatan perniagaan.
Bersama-sama dengan kumpulan dan pertubuhan perniagaan Melayu, mereka percaya Najib sekarang harus memberikan lebih banyak kepada Melayu dan tidak perlu menghiraukan kaum lain – pandangan membimbangkan sekutu Najib dan negara lain yang mesra kepada perdana menteri.
Akan tetapi Najib telah mengatakan beliau akan meneruskan polisi di bawah program transformasinya untuk merancakkan ekonomi tempatan dan menggerakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau juga telah menamakan 20 ahli Parlimen Malaysia Timur sebagai menteri dan timbalan menteri akan tetapi selebihnya turut mahukan jawatan selain daripada ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak dinamakan menyertai Kabinet dan dilantik jawatan kanan lain.
“Beliau perlu memuaskan ahli-ahli Parlimen Borneo dan juga ahli-ahli Parlimen Umno atau akan berhadapan dengan pemberontakan,” kata ahli politik kanan BN kepada The Malaysian Insider.
Najib bukanlah presiden Umno pertama yang berhadapan dengan ancaman seperti ini.
Pendahulunya mengalami ancaman sama selepas Pilihan Raya 2008, dari dalam partinya dan juga PR yang mengatakan mereka akan merampas Putrajaya pada 16 September, 2008 dengan pembelotan ahli-ahli Parlimen BN.
Pentadbiran Abdullah menguruskan ancaman itu dengan serius apabila menghantar 49 ahli Parlimen ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian, lebih seminggu sebelum tarikh itu yang juga merupakan Hari Malaysia.
Parti tunjang PR, PKR menghantar beberapa orang pemimpin ke Taiwan untuk bercakap dengan ahli-ahli Parlimen BN akan tetapi ancaman itu tidak menjadi kenyataan.
Tetapi ia mencukupi untuk menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno enam bulan kemudian pada April 2009, selepas menerima tekanan dari ahli-ahli Parlimen BN dan partinya.
Ironinya, sesetengah ahli-ahli Parlimen yang menyertai lawatan ke Taiwan itu sekarang merupakan sebahagian daripada kumpulan - berbincang dengan Tengku Razaleigh untuk membelot menyertai PR.
Putera Kelantan itu, sekarang merupakan satu-satunya ahli Parlimen sejak era bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein dan bercita-cita untuk menjadi perdana menteri semenjak 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.
“Mereka yang berjumpa dengan Ku Li boleh memulakan seawal minggu hadapan untuk menonjolkan pendirian mereka,” kata sumber BN menggunakan nama samaran bekas naib presiden Umno itu.
Akan tetapi terdapat keraguan Tengku Razaleigh boleh berjaya mendapatkan cukup ahli-ahli Parlimen BN bagi menyertai PR dalam undi tidak percaya kepada Najib atau pembelotan untuk kerajaan perpaduan.
“Seperti Pak Lah, Najib boleh melawan semula cabaran seperti itu. Akan tetapi seperti Pak Lah juga, adakah itu mencukupi untuk menghentikan Umno untuk bertindak terhadapnya?” kata sumber BN itu merujuk kepada nama gelaran Abdullah.
“Sekarang itulah persoalan besarnya,” tambah beliau.
Akan tetapi sumber mengatakan beliau menjangkakan Najib akan memulakan langkah untuk menghentikan dua ancaman terhadap kedudukannya pada minggu hadapan sebelum Parlimen bermula.
“Ia seharusnya menjadi minggu yang menarik,” katanya. – 17 Jun, 2013.

Jun 4, 2013

Demikrasi Palsu..!!! Politik Jumud, Perlembagaan diMana?


Google Dan Kerajaan Sedang Memerhatikan Kita Semasa Online?

Percayakah anda bahawa kita sedang diperhatikan oleh kerajaan semasa kita sedang menggunakan internet? di negara lain seperti barat mengikut pendapat orang yang pakar dalam dunia internet menyatakan bahawa kerajaan sedang memerhatikan rakyatnya dalam menggunakan internet. setiap tingkah laku, segala benda yang anda klik dan taip akan diperhatikan oleh kerajaan.

Jadi, adakah anda yakin kerajaan kita juga sedang memerhatikan apa yang sedang kita lakukan di internet? dalam 80% bagi pendapat saya bahawa kerajaan sedang memerhatikan kita. saya tahu kerajaan sedang mengaknalisis aktiviti online kita walaupun rakyat malaysia mempunyai berjuta-juta pengguna internet.

Sedangkan hackers yang hanya belajar dari sumber blog dan video yang ada di internet mampu mengodam maklumat di dalam laptop anda, apalagi dengan kecanggihan yang ada pada kerajaan yang terdiri daripada ethical hackers yang mempunyai pengiktirafan.

Bukan sahaja kerajaan, Google sendiri juga pasti ada menyimpan segala data tentang kita semasa online. jika anda sedang menaip sesuatu di enjin pencarian google, setiap patah perkataan yang anda taip akan disimpan di database google sendiri. tidak pasti samada mereka menggunakan packet Sniffer ataupun teknik yang lain untuk merekod segala aktiviti anda.

Segala maklumat anda seperti gambar yang anda klik, apa yang anda taip, laman web apa yang terakhir anda lawati, no ip Address anda dan sebagainya, saya yakin they watching what are we doing. saya sendiri tahu dimana kedudukan anda dengan tepat hanya melalui no ip address anda sahaja. jika saya sudah tahu apakah no IP Address laptop atau komputer anda, saya akan mencari menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengetahui dengan tepat kedudukan latitude tempat anda. kemungkinan dalam 10 atau 15 meter tepatnya jarak dari tempat tinggal anda.

Jadi, adakah anda tidak mahu berkongsi maklumat anda dengan orang lain yang tidak kenali seperti hacker, google dan kerajaan? mungkin perkara ini lebih sesuai untuk orang yang bergelar hackers. mereka adalah jenis orang yang tidak mahu dikenali dan diketahui di internet dan perkara seperti kerajaan atau google sedang memerhatikan mereka adalah sesuatu yang hendak dielakkan oleh hackers.

Bagi kita, ia perkara biasa sahaja. tetapi, jika anda ingin berasa selamat sudah pastinya anda tidak mahu kelihatan semasa online. orang yang mengaku tidak ada memiliki akaun facebook juga saya dapat detect dengan ilmu yang saya pelajari selama ini. jadi, anda pasti tidak mahu orang yang bergelar hackers tahu tentang anda dan mungkin anda juga tidak mahu berkongsi maklumat dengan kerajaan dan google? =)

Saya sendiri juga tidak selalu menyorokkan aktiviti saya selama ini. saya online menggunakan google seperti biasa, buka facebook dan pelbagai email dalam satu browser sahaja. ada dua antivirus yang saya percaya walaupun saya tahu antivirus tersebut akan membaca maklumat di dalam komputer saya tetapi saya yakin kerana antivirus tersebut adalah milik developer yang sah. tetapi, semenjak saya mula belajar dan memasuki alam hackers, saya mula berfikir dan terbuka minda bahawa bertapa mudahnya hackers ataupun kerajaan dan google untuk mendapatkan maklumat kita.

Jika kita tidak alert dengan warning yang ada pada internet dan kurangnya ilmu internet dalam keselamatan menggunakan internet, saya yakin bahawa anda mudah menjadi mangsa hackers. jadi, mungkin bagi segilintir anda belajar ilmu hacking ini amat penting dan tidak penting. bagi saya, ilmu internet ini amat penting jika anda masih separuh jagung menggunakan internet samada untuk mencari ilmu ataupun internet marketing. bukan bererti anda belajar hacking untuk membuat jahat tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana hacking dilakukan dan pada masa akan datang anda akan tahu bagaimana hendak menjaga diri semasa online.

Bagaimanakah cara untuk menyorokkan aktiviti saya dari kerajaan, google dan hackers?

Jika menyorokkan aktiviti dari Google mungkin agak sukar kerana dalam kehidupan seharian kita menggunakan google untuk mencari maklumat. sedangkan anda menggunakan facebook data anda juga ada pada mereka. bukan hendak menakutkan anda, tetapi ia adalah kebenaran. tetapi anda tidak perlu takut kerana mereka adalah white hackers yang boleh dipercayai dan diiktiraf dunia.

Saya hanya menggunakan proxy untuk menyorokkan IP address saya. anda juga boleh menggunakan VPN ataupun apa-apa sahaja software yang menukarkan ip address anda ke ip address yang lain. tetapi anda perlu berhati-hati memilih ip address yang ada, ada kemungkinan no ip address tersebut milik hackers yang memiliki server sendiri di rumahnya. dengan menyorokkan no ip address anda mungkin 60% penggunaan internet adalah selamat. sebab, anda masih belum tentu selamat menukar ip address anda ke ip address yang lain walaupun anda yakin anda sudah memeriksa di laman web Whatismyip ataupun yang lain bahawa anda sudah berada di tempat lain kononnya.

Saya telah membuat kajian menggunakan google tentang menyorokkan no ip address saya adakah berkesan ataupun tidak. saya gunakan satu software untuk menyorokkan no ip address saya dengan menggunakan ip address dari china. untuk kepastikan saya periksa di whatismyip. tahu apakah keputusannya? memang tepat! no ip address saya telah ditukar ke china. tetapi, sebaik sahaja saya menggunakan satu teknik ini, mendapati saya masih tidak selamat kerana dengan menukarkan ip address, tempat tinggal saya dapat dikesan dengan mudah sekali walaupun saya tidak memberikan arahan secara bertulis ataupun lisan dan no ip address saya juga sudah ditukar. semenjak dari itu saya tahu bahawa saya masih boleh dikesan walaupun sudah menukar no ip address. tetapi menukar ip address ini mungkin anda masih selamat dari serangan hackers yang biasa sahaja iaitu hackers yang belajar cara mengodam dari blog ataupun video. jika yang lebih pakar anda amat mudah dikesan walaupun menukar ip address.

Jadi apakah kesimpulannya di sini,gunakan internet dengan sebaiknya, sehebat manapun anda menggunakan internet ini untuk menghina seseorang ataupun anda adalah penjenayah yang dikehendaki dan sedang menggunakan internet untuk berhubung, anda perlu tahu bahawa mereka sedang memerhatikan anda.

Jazaqallah..

Jun 1, 2013

DEMOKRASI BERPARLIMEN, RAJA BERPERLEMBAGAAN. ANWAR PERJUANGKAN APA?


Salam sempena tarikh 1 Jun 2013, kerana lama Hanyar tidak menulis di halaman usang ini, secara tuntasnya Hanyar coretkan apa sahaja yang terfikir dikotak naluri hati. Buat sahabat yang melawat laman ini, Hanyar m,engucapkan ribuan terima kasih dan selamat membaca.
Pikir-pikir, teringat pulanak menulis pasal politikus Anwaq.

Siapakah gerangan yg menggegarkan politik Malaysia hingga memberi kemenangan yg luar biasa dengan  82 kerusi Parlimen kepada pembangkang pada PRU 12? Dan PRU13 bertambah 7 kerusi Parlimen, serta pengundi kaum Cina solid menaruh harapan kepimpinan Anwaq. Tak lain dan tak bukan ialah Anwar Ibrahim. Tembok penjara yang pejal tidak dapat menahan gemuruhperjuangan untuk memburu kuasa  dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kalau tahun 1999 para penyokong Anwar menjaja  gambar mata lebamnya yang dipukul bekas Ketua Polis Negara, (Rahim Nor), kini Anwar sendiri lahir ditengah-tengah suararakyat untuk meminta pembelaan, dan menghanyutkan kepimpinan Barisan Nasional yang super laih, tapi super gila nafsu untuk mengekal kuasa yang dipinjamkan Allah.

Anwar buat gempaq menyatakan lebih 30 wakil rakyat Barisan Nasional akan melompat. Kalau ini berlaku ketika itu, pociklah Pok Lah dan Najib hendak terus berkuasa hingga kini.Maka jatuhkan kerajaan Barisan Nasional kalau ia gagal mempertahankan 112 kerusi Parlimen yang mempunyai 222 orang wakil rakyat semuanya. Haha.. tidak ada harapanlah menantu Najib yang sekarang ni menjadi Menteri serta Zahid terus menjadi Menteri komidi.
Rupa-rupanya gempaq Anwar kecemasan yang amat tidak gemilang lagi tidak terbilang bagi Pok Lah dan Najib. Seperti biasa Najib akan menari dan bercakap menurut rentak bosnya kerana ingin menunjulkan kesetiaan yang kononnya tidak berbelah bagi. Dulu sudah ada ura-ura pembangkang hendak membawa usul undi tak percaya terhadap Pok Lah. Kecut segala-galanya. Walaupun usul itu tidak dibalas dalam Parlimen tidaklah bermakna undi tidak percaya tidak boleh diulang semula.

Mereka(BN) menganggap Anwar hanya gempaq dan tidak dapat mempengaruhi wakil-wakil rakyat, khasnya dari Sabah dan Serawak, melompat. Akhirnya Pok Lah yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketika itu. Senyum sumbinglahNajib dan isteri tercintanya yang dikenali berlagak bakal isteri Perdana Menteri.
Antara maruah dan kuasa Pok Lah dan Najib bernafsu besar memburu dan mempertahankan kuasa. Tanpa kuasa mereka seperti singa tua yang boleh mengaum tetapi tidak ada gigi untuk membaham mangsa.

KESIMPULAN YANG AKU NAK CERITA.

Musuh utama Najib dan BN, lebih-lebih lagi Mat Ded, ialah Anwar Ibrahim. Puak UMNO sanggup membenamkan perselisihan demi menghadapi ancaman dari Anwar yang pernah mereka angguk dan enggeh pada satu ketika dulu. Mereka tahu sukar bagi mereka hendak menentang seorang tokoh yang lebih matang buah fikiran, lebih kaya dengan pengalaman hidup menjadi mangsa kerakusan dan kebuasan politik. Mereka menghadapi tekanan jiwa yang cukup parah hendak menghadapi cabaran dan gugatan Anwar.

Mereka gabra menghadapi Anwar kerana dia bukan pemimpin politik kampongan yang hidup atas ampuan, julang-menjulang, pujian melangit untuk sekadar mendapat sedikit upah.
Anwar dibesarkan dalamapi perjuangan yang tidak kunjung padam. Dia lahir ditengah-tengah banjiran air mata rakyat yang inginkan perubahan yang menjamin hak hidup kebebasan, hak asasi manusia dankeadilan untuk semua seperti yan dituntut semua agama.

Sebenarnya rakyat mengkagumiAnwar, termasuk juga ahli-ahli UMNO yang berjiwa merdeka, kerana beliau merupakan seorang politikus bertaraf antarabangsa. Sebut sahaja nama Anwar Ibrahim dikalangan pemimpin dunia banyak yang mengenalinya dan tahu perjuangannya.

Walaupun kini dia seorang pemimpin pembangkang namun penghormatan dan sanjungan yang diberikan oleh para pemimpin dunia di Amerika, Afrika, Timur Tengah dan Asia tidak pernah luntur kerana dia bukan seorang Timbalan Perdana Menteri.

Anwar, anda suka atau tidak, dia tetap terkenal sebagai seorang pejuang politik yang gigih mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Inilah Anwar yang dunia mengenalinya. Dan inilah Anwar yang rakyat Malaysia dari berbagai suku kaum mengaguminya.

Aku mengharapkan hari ini pelapis seperti Adam Adli, Safuan Anang, Khalid Mohd Ismat dan beberapa orang yang lain lagi yang aku tidak sebut, contohilah seperti perjuangan Anwar Ibrahim.