ERTI BERMARTABAT
Dec 14, 2008
36 BANDUAN CONTOH ,PENJARA PENGKALAN CHEPA BERPELUANG JUMPA KELUARGA.
Pengarah Penjara berkenaan, Mohamad Rosidek Musa berkata banduan berumur antara 30 hingga 50 tahun itu dipilih daripada 1,365 banduan di penjara itu termasuk dua wanita, yang dipenjarakan kerana kesalahan jenayah serius dan menjalani hukuman penjara seumur hayat.
Pertemuan itu bagi menimbulkan keinsafan di kalangan banduan betapa pentingnya menghargai keluarga yang sentiasa hadir memberi sokongan dan menyayangi mereka walaupun dipenjarakan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Temuan Keinsafan di sini Ahad.
Sementara itu, seorang banduan lelaki yang menghadapi hukuman penjara seumur hayat dan dikenali sebagai Ayah Su, 39, berkata, pertemuan itu disifatkan sangat berharga setelah hampir lapan tahun beliau tidak berkesempatan bertemu ibunya.
"Sejak saya dipenjarakan, saya tidak pernah berpeluang bertemu ibu kerana kesihatan ibu yang tidak mengizinkan selain jarak yang jauh menyukarkan pertemuan ini," katanya.
Beliau yang berasal dari negeri ini pada awalnya dipenjarakan di Penjara Kajang, Selangor, dibenarkan dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa bagi memudahkan ibunya yang uzur menemuinya.
"Mujurlah ada pertemuan yang membolehkan saya berdepan dengan ibu seumpama ini, sekurang-kurangnya saya berpeluang mencium tangan ibu, memeluk dan memohon kemaafan dan doa darinya kerana saya pun tidak tahu adakah atau bila saya punya peluang untuk dibebaskan," katanya.
HEBOHKAN BERITA JELAS
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melakukan kerja penyelenggaraan infrastruktur dan menaiktaraf perkhidmatan di Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur, yang akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan bermula Selasa hingga Khamis ini.
Beberapa kawasan berdekatan Jalan Kepong dan Jalan Jinjang dijadualkan terlibat kerana kerja penggantian injap rosak bermula pukul 9 malam Selasa sehingga 7 pagi keesokan harinya.
Kerja pengalihan paip air di Jabatan Hutan, Jalan Besar Sungai Buloh juga dijadualkan pada hari yang sama melibatkan beberapa kawasan di Petaling bermula pukul 10 malam sehingga 6 pagi hari Rabu.
Pada Khamis pula, kerja pengalihan paip akan dilakukan di Jalan Genting Klang dari persimpangan Jalan Air Panas hingga Jalan 1/27A Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam sehingga pukul 5 pagi keesokan hari dan melibatkan beberapa kawasan berhampiran dalam daerah Gombak.
Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata sebarang pertanyaan atau aduan orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252.
Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau lawati laman web www.syabas.com.my.
Tarif Air Mungkin Naik 37% di Selangor & WP
Kerajaan Pusat Malaysia ni memang pandai membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.Bermacam alasan perjanjian boleh dibatalkan untuk menaikkan tarif buat rakyat.Itu adalah hukuman kepada mereka kerana menyokong kebenaran. Zaman Nabi dulu pun pernah dipulau sehinggakan para sahabat dan Nabi sendiri terpaksa memakan kulit kayu , kulit binatang dan sebagainya.
Kerajaan Malaysia mempunyai kepimpinan paling cerdik bila perjanjian dengan Singapura sehingga kini tak boleh dibatalkan lagi. Saya ingat inilah kerajaan paling bahlul dalam dunia bila jual murah pada rakyat asing , cekik darah untuk rakyat sendiri. Perjanjian dengan Singapura tak leh pulak dibatalkan..pelik dan bodohla menteri kita ni.
Tapi ada hikmahnya nanti..biar Kerajaan Allah turunkan tenteranya mengajar negara ini..air ini kurniaan Allah janganlah pula diambil keuntungan yang melampau-lampau.Bukit Antarabangsa , Allah berikan lebihan air..tapi Allah boleh menterbalikkan semuanya nanti..kering kontang ketika itu..penjual air pasti untung..
Media Menghasut Hebohkan Isu Kecil..Isu Besar Ditutup...
14.12.2008. Ahad
Media nasional TV3 suka memperbesarkan isu pembelian kereta untuk kerajaan Perak yang jumlahnya sekitar 2 juta..tapi bagaimana pula ceritanya hal kos penyelenggaraan yang dibuat untuk kediaman Perdana Menteri , kediaman Tim Perdana Menteri , kediaman Menteri-menteri..
Banyak lagi perlu didedahkan yang melibatkan pembaziran ditangan pemerintahan barisan nasional berlaku.
Ketika jambatan bengkok dibatalkan pun ratusan juta pampasan diberi atas alasan ianya dibatalkan.Memang kenyang seratus keturunan untuk menelannya.Janganlah media menghasut memperbodohkan rakyat. Rakyat negara kini rata-ratanya mempunyai pelajaran.
Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat wajib beri penerangan pada rakyat jelata.
PERINGATAN PADA ANGGOTA POLIS, RELA SERTA KAKI RASUAH......
AHAD 14 DECEMBER 2008
Suatu pagi, YB Tuan Haji Maktar ditemani Setiausaha Politiknya dalam perjalanan ke suatu majlis rasmi.
Apabila sampai di hadapan kilang Silitech Corp. mereka ternampak 2 anggota polis yang menaiki motosikal berasingan menghampiri 2 warga asing (Bangladesh) dan tidak mensyaki apa-apa. Semasa mereka berhenti di lampu isyarat, kedua-dua bangla tadi dilihat membonceng motosikal anggota polis terbabit sambil tangan digari pada motosikal lalu melintasi lampu isyarat tersebut dan menghala ke belakang bangunan lama.
YB tertanya-tanya kepada Setiausahanya, Haji Wan kemana hendak dibawa bangla itu? Apabila masing-masing merasa curiga dengan perlakuan anggota polis tersebut, lalu YB mengambil tindakan untuk melihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya.
Setelah membelok ke belakang bangunan tersebut, mereka mendapati kedua-dua anggota polis terbabit sedang menyoal siasat mangsa sambil tangan digari.
Lantas YB menuju kearah mereka sambil memperkenalkan diri, anggota polis tersebut menjadi gelabah dan wajah mereka bertukar pucat.
YB menyoal anggota polis tersebut apa yang terjadi? Sambil terketar-ketar anggota polis terbabit memberitahu mangsa menipu.
YB terus menyoal mangsa dan mendapati mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, malah seorang dari mangsa memaklumkan bahawa beliau datang dari Kuala Lumpur dan melawat kawannya di Simpang Ampat sambil menunjukkan pasportnya yang masih sah (tarikh tamat tempoh pada Disember 2008).
Dengan penjelasan tersebut, YB mengarahkan Hj. Wan mencatatkan No. Polis anggota terbabit lalu menasihatkan mereka agar lebih beretika semasa menyoal siasat orang ramai lebih-lebih lagi warga asing. Sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun, haruslah dibawa ke balai polis untuk disiasat.
YB menasihatkan mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama kerana kejadian ini memalukan dan menjatuhkan imej negara
Rumusan :
1. Tindakan kedua-dua anggota polis terbabit sedikit sebanyak telah mencemarkan Institusi Kepolisian itu sendiri.2. Seandainya anggota polis tersebut tidak melakukan kesalahan, mengapa gelabah dan pucat apabila di tanya YB? Ini menimbulkan perasangka bahawa anggota polis terbabit hendak memeras ugut mangsa. (kebiasaannya berlaku kepada warga asing)
3. Seorang dari anggota tersebut memaklumkan bahawa beliau berpangkat Lans Koperal. Harus diingatkan tiada siapa kebal dari undang-undang walaupun beliau seorang Ketua Polis sekalipun. Harus mengikut prosidur yang telah ditetapkan apabila menjalankan tugas.
4. Inilah yg selalu terjadi kepada pekerja-pekerja asing bawahan di malaysia kalau pemimpin-pemimpin nak tahu.tak percaya cuba cari jumpa ajak minum tanya mereka. datang cari rezeki halal tapi separuh terpaksa beri orang. Berita ini disunting dari sahabatku yang penyayang pada makluk ALLAH.
BERBEZANYA ANTARA GAMBAR DIBAWAH INI....


Progrem ni ditaja oleh siapa? (gambar-gambar atas)
Polis dah samakan pula dengan kesalahan menganggu ketenteraman awam. (JERIT ke atau putera umno?)
Permit macam mana diperlukan? (JERIT jika tiada permit, mohon permit)
Atau lesen memandu????....(JERIT tak perlu lesen memandu. Putera umno dah tentu, sbb motor berinjin. Pengakuan mat rempit sendiri, kebanyakkan mereka tiada memiliki lesen klas B. alasan mereka semua buleh)
Rasanya agak lengkap, peraturan menunggang basikal. ( bertopi serta berbaju merah terang, bersih dari dadah dan perempuan)
TKPN perlu ambil tindakan dengan adil dan bijak.(Janji polis taida kompromi)
RUMUSAN
Kedua-dua gambar diatas ada perbezaannya.
1. Motorsikal dan Basikal
2. Putera umno dan JERIT (mirip pembangkang)
3. Alam sekitar /bising ( terbaik berbasikal)
4. Macam-macam (komen-komen sikit)
UNDANG-UNDANG DI GUBAL OLEH AHLI-AHLI PARLEMAN, DIPARLEMAN.
MOHON TELITI UNDANG-UNDANG NI SEMULA WAHAI MP-MP.
jangan kau sangsi kemana arahmu
langkah mu tidak sumbang
jangan kau ragui keyakinan mu
pemimpin yang zalim perlu ditentang.
Dec 13, 2008
Laporan penuh tragedi Bukit Antarabangsa 3 bulan lagi
KUALA LUMPUR: Laporan penuh berhubung tahap keselamatan di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa akan diketahui dalam tempoh tiga bulan manakala laporan awalnya akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, laporan itu akan disediakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) yang akan melakukan kerjakerja pemantauan pergerakan tanah di kawasan tersebut dan mengenalpasti punca terjadinya tanah runtuh selain mengesyorkan beberapa kerja pembaikan.
Mohd Zin berkata, CKC sedang menentukan kaedah kerjakerja pembersihan yang akan dilaksanakan setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan Khamis lepas.
"Namun, kerja-kerja pembersihan ini agak rumit dan sukar kerana terdapat takungan air pada cerun yang runtuh.
"Ia berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat kejadian tanah runtuh itu, hari ini.
Tragedi tanah runtuh Sabtu lepas itu telah meranapkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa serta mengorbankan empat nyawa.
Zin berkata, kerjakerja siasatan tapak dan pemetaan kerosakan akan bermula minggu depan.
Beliau juga berharap penduduk di taman-taman terlibat bersabar bagi memudahkan siasatan dijalankan sebelum sebarang notis sama ada kediaman mereka selamat didiami semula dikeluarkan.
"Kerja-kerja ini mengambil sedikit masa kerana ia memerlukan siasatan dan kajian terperinci.
"Ia tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana jika tersalah perhitungan kejadian yang sama boleh berulang," katanya.
Beliau turut meminta agar spekulasi atau andaian mengenai tahap keselamatan cerun di kawasan itu dihentikan.
CKC melibatkan 30 anggota JKR dan turut dianggotai beberapa agensi dan pakar lain termasuk Jabatan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPs), Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tiga pakar luar. BERNAMA
Larangan ditarik, kakitangan awam Melaka boleh lawat Kelantan
KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan April 2000 yang melarang semua kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara itu berkata, larangan itu ditarik balik berikutan beliau berpuas hati dengan sikap pemimpin PAS yang tidak lagi menuduh anggota Umno sebagai tidak Islam.
"Bermula hari ini agensi kerajaan negeri Melaka boleh mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan tanpa sebarang masalah dan berpuas hati tidak ada lagi kenyataan orang Umno tidak Islam.
"Bukan itu sahaja Ketua Menteri Melaka sendiri telah datang ke sini hari ini, sebelum ini ada kita ada datang tetapi bukan atas nama kerajaan negeri tetapi parti," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Promosi Pelancongan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Pada April 2000, Mohd Ali mengeluarkan arahan semua kakitangan agensi kerajaan negeri Melaka dilarang mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan berikutan isu kafir mengkafir ketika itu. BERNAMA