Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Pengundian bermula 8 pagi, warga Kuala Terengganu keluar mengundi
Seawal pagi kami pusing sekitar P36, suasana sunyi, tidak seperti Permatang Pauh. Waktu sembahyang subuh kami singgah di masjid Terapong menunaikan solat subuh. Selepas solat, kami keluar dari masjid apa kedengaran hanya bunyi bising kereta peronda polis entah apa yg diexcod tidak ketahui. Tepat jam 8 am ramai polis daripada petugas parti.
Buat ketika ini keselamatan masih terkawal, di harap sehingga selesai proses pengundian , kaselamatan terkawal.
Semoga pengundi-pengundi dapat turun awal dan semua petugas-petugas dapat pastikan semua pengundi turun mengundi untuk menunaikan tanggungjawab dan beri kemenangan pada PR.
Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.
Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Jumaat: 16,Januari, 2009: PETALING JAYA: Pelajar Universiti Malaya (UM) pagi ini gempar dengan penemuan kepala seekor khinzir terbelah dua di hadapan pintu dalam surau Akademi Pengajian Islam universiti tersebut.
Kepala khinzir berkenaan dijumpai diletakkan di atas bendera PAS yang ditulis 'PMI, PRO M, PAS'.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi setelah disedari oleh penyokong kumpulan pro-Mahasiswa yang bertugas dalam kempen pilihan raya kampus Um yang akan diadakan 19 Januari depan.
Presiden pro-Mahasiswa UM, Norazali Zainuddin berkata kejadian itu merupakan provokasi terbaru pihak-pihak tertentu terutamanya sewaktu musim kehangatan pilihan raya kampus.
"Ini adalah satu lagi provokasi melampau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Tapi kali mereka lebih agresif kerana 'bermain' dengan sentimen agama dan perkauman".
Suaru Akademi Pengajian Bahasa menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dipercayai kerana akademi tersebut merupakan kubu kuat bagi kumpulan pro-Mahasiswa.
Malah calon kumpulan berkenaan bagi kerusi akademi tersebut juga telah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon yang diadakan Rabu lalu.
Menurut Norazali lagi, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Brickfield awal pagi tadi berhubung perkara itu.
Ditanya sama ada beliau mengesyaki mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan, beliau enggan membuat sebarang spekulasi namun percaya ia adalah perbuatan pihak yang 'tidak senang' dengan kumpulan pro-Mahasiswa terutamanya dengan pembongkaran isu rasuah yang didakwa melibatkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti itu, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris.
"Saya tak mahu tuduh siapa-siapa, namun kita berharap pihak polis menyiasat perkara ini.
"Sepanjang saya terlibat dengan pilihan raya kampus, ini adalah kejadian terburuk yang pernah saya alami," katanya.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Setakat semalam, tinjauan yang dijalankan oleh beberapa akhbar tempatan dan online mendapati calon PAS Abdul Wahid Endut mendahului dengan jarak yang begitu ketara sekali. Hasil bancian dari pembaca KLpos.com setakat ini menunjukkan PAS mendahului dengan 70 peratus di ikuti calon BN 26 peratus dan Bebas 3 peratus. Manakala masing-masing 1 peratus memilih untuk rosakkan undi dan tidak keluar mengundi jika mereka diberi peluang mengundi pada 17 Januari ini.
Undian di KLpos.com turut disertai dengan hampir 400 komen ditinggalkan oleh para pembaca setakat hari ini.Satu lagi akhbar mStar Online yang dikatakan versi The Star berbahasa melayu menunjukkan calon PAS mendahului dengan 82 peratus serta BN dan Bebas masing-masing memungut 13 dan 4 peratus.
Portal Berita Harian pula semalam menunjukkan calon PAS menang dengan undian 73.3 peratus berbanding BN 23.3 peratus.Itu kata pelayar internet.
Keputusan yang bakal dibuat oleh lebih 80 ribu rakyat Kuala Terengganu akan secara rasminya diketahui pada malam 17 Januari ini.
Kuala Terengganu -Seorang petugas pilihanraya dari sebuah parti politik menerima habuan sebanyak 3 pelempang (hatrick) gara-gara berebut tempat untuk memasang bendera untuk kempen PRK P-036.
Ketua Polis Terengganu, Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Paloh kira-kira jam 1:15 pagi tadi.
Mangsa yang cedera membuat aduan di Balai Polis Cabang Tiga kira-kira setengah selepas kejadian.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang bendera untuk kempen ditepi sekolah berkenaan, seorang lelaki dari parti berlawanan tiba-tiba datang kepada mangsa dan menghalang mangsa dari memasang bendera di tempat tersebut.
Selepas berlaku sedikit dialog, mangsa diajak kesebuah bilik gerakan parti berlawanan yang mana ketika itu beberapa petugas juga berada berhampiran tempat kejadian dan didalam bilik gerakan.
Para petugas didalam bilik gerakan parti tersebut menghalang mangsa dari memasang bendera ditempat tersebut. selepas beberapa ketika, mangsa beredar dari bilik gerakan tersebut tetapi telah ditampar oleh seorang petugas lain dari bilik gerakan tersebut sebelum sempat pergi jauh.
.........siapa mangsa tu? kenapa tak dilapor secara lengkap identiti mangsa dan tukang lempangnya?
Kebiasaannya kalau yang kene lempang tu orang UMNO/BN, dah sah keluar dekat muka-surat depan akhbar harian kan? nama, alamat, muka, no ic semua mesti keluar dekat paper...
Wahai Ezam! Surat Anwar tu aku paparkan disini. Kau bukan lagi orang politik yang bertamadun, Seperti sumpah keramat dulu. Sekarang dah jadi SUMPAH MELARAT.
Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.
YAB Datuk Seri Dr Mahathir.
Assalamualikum Warahmatullah.
Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.
Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.
Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.
Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.
Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan. Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.
Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama. Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.
Mengapa Pegawai pengurus PRK K.Terangganu tarik diri?
Khamis. Januari 15, 2009 KUALA TERENGGANU:Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menjadi kontroversi ekoran dakwaan PR bahawa berkempin undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.
Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah memperhalusi pelbagai sudut permohonan penarikan diri itu, SPR bersetuju untuk menerima keputusan tersebut.
Peruntukan di bawah Seksyen 3 (C) dan 5 (1) (a), Akta Pilihan Raya 1958, SPR melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru.
Wan Mustafa merupakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga salah seorang daripada enam penolong pegawai pengurus pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Bagaimanapun kenyataan SPR itu tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, pihaknya hanya mahukan seorang pengurus pilihan raya yang bebas dan kelihatan bebas.
Ketika ditanya sama ada pihaknya menyambut baik perkembangan itu, beliau berkata, PAS akan menilai situasi tersebut.
PAS yang semalam mendakwa Mat Razali meraih undi untuk calon BN hari ini menggesa SPR menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.
"Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini," kata Wan Abd. Muttalib Embong di Markas PAS Kuala Terengganu pagi tadi.
Semalam, Mat Razali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika dihubungi beliau menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan MBKT supaya mengundi BN Sabtu ini.
Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan MBKT, Mat Razali juga dikatakan 'berkempen' untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.
Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar MBKT, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi semalam.
Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.
SOALNYA INILAH KERJA KOTOR BN(umno) SEBAB SALAH GUNA KUASA, MELANGGARPERATURAN SPR BELIAU TARIK DIRI. AMAT KUKUH SEKALI TUDUHAN PR TERHADAP MAT RAZALI DENGAN KESALAHAN BELIAU.
SEADILNYA PR PERLU DENGAN TINDAKAN TUNTUTAN RAKYAT, SEKIRANYA SPR MENGAMBIL MUDAH DENGAN CARA MENARIK DIRI, KIRA SELESAI.
RAKYAT MARHAIN MENCABAR DIMANA PENGERUSI SPR YANG BARU?
Salinan laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu terhadap Datuk BandarMajlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.
Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Maklumat lanjut, sila hubungi Faris Musa di 019-9900288.
LAPORAN SEPERTI DIBAWAH.
Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .
Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.
Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).
Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..
Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,
Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .
Sekumpulan guru terpilih yang juga pengundi di kawasan pilihan raya itu, kali ini diberikan kata dua, sama ada mengundi BN atau menghadapi risiko tindakan oleh kerajaan.
Wakil rakyat berkenaan antara lain dikatakan mengugut para guru agar jangan sesekali berfikir untuk tidak mengundi BN.
"Jika BN kalah (Sabtu ini), sahlah ia kerana guru-guru tidak mengundi BN," herdik wakil rakyat, yang memang terkenal bermulut celupar itu.
Taktik ugutan sebegitu dilaporkan telah acapkali diguna para pemimpin BN sebelum ini. Pernah sekumpulan kakitangan kerajaan negeri dikumpulkan untuk tujuan kempen. Mereka juga diberikan kata dua sebegitu.
Sebelum ini, Menteri Besar sendiri dalam satu kenyataannya mengugut untuk tidak meneruskan projek-projek membangunkan Kuala Terengganu sekiranya BN kalah.
Amaran dan ingatan serupa turut disebutnya kepada masyarakat Cina yang menghuni Kuala Terengganu.
Bahkan, dalam perjumpaan tertutup dengan sekumpulan guru sebelum ini, para pemimpin BN dikatakan telah pun menakutkan mereka agar jangan cuba mengkhianati BN. Diumumkan kononnya BN telah menugaskan sebilangan para guru sendiri sebagai agen pemantau di setiap sekolah, bagi memastikan tiada guru yang memihak kepada PAS dalam pilihan raya ini.
Kaum Cina telah bertindak balas dan membantah nada ugutan dibuat pemimpin BN itu. Menteri Besar akhirnya terpaksa meminta maaf.
Para guru pula tidak perlu memperjudikan kerjaya dengan menzahirkan bantahan terhadap BN. Cukuplah dengan mereka zahirkan sikap menerusi peti undi, 17/01/09sabtu.
Sementara laporan yg menyatakan PAS Terangganu membuat laporan polis petang semalam, tidak berlaku. Sebaliknya AMK (CIKGU fARIS) telah membuat laporan dan menyerah kepada PAS laporan polis. Dan pagi ini PAS akan kemukakan petisen mahkamah.