ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 19, 2009

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

posted by Zabidi Bin Morad |








Sekalung tahniah diucapkan kepada :
1) YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut di atas kemenangan bergaya dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.

2) YB Dato' Ir. Haji Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri Kedah di atas penganugerahan darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 81

3) YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS di atas penganugerahan darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 81.

4) YB Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani merangkap Ahli MPT PKR di atas penganugerahan darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 81.

5) YB Dato' Ustaz Md Roshidi Osman, ADUN Bukit Pinang di atas penganugerahan darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 81.

6) YB Dato' Dr. Abd Isa Ismail, Speaker DUN Kedah di atas penganugerahan darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' sempena keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 81.

sumber: zabidimorat.blogspot

Taib Mahmud Jangan Bongkak Membuat Kenyataan.......


19/01/09; Isnin: Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Trengganu sebagai tanda mercu titik mula rakyat marhain hendakkan perubahan kepada kepimpinan yang telus. Bukannya untuk membuat kenyataan dari pihak kerajaan menjawab seperti menegak benang basah.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, bukan sebagai kayu ukur rakyat Serawak juga menolak BN Serawak yang mungkin tidak lama lagi pilihanraya negeri diSerawak menempuhnya.

Taib Mahmud sepatutnya sebagai Ketua Menteri sudah tahu kehendak rakyat Serawak, dan mungkin tidak bolih lagi dibendung untuk menjenamakan BN sebagai parti bersih daripada rasuah. Rasuah yang berlaku diSerawak, semua rakyat Serawak sudah mengetahui tidak jujurnya Taib dan beliau tidak bolih menafikannya lagi.

Taib perlu buktikan ketelusan selama beliau bersama BN pada rakyat Malaysia. Hasil kekayaan bumi Serawak perlu dibentang dengan terperinci dan biar rakyat Serawak menilai serta menghukum.

Untuk pengetahuan Taib, baru-baru ini pemimpin PR , MP Padang Serai dihalang memasuki Negeri Serawak dan mestilah bertanggungjawab.

Perlu pilihanraya akan datang elak daripada kempin keterlaluan sehingga mengakibatkan wang rakyat disalah gunakan. Apa perlu BN takut untuk menghadapi lawan jika selama ini BN telus?

HAM yang diguna pakai di Malaysia dan terserlah pemerintah BN menghukum rakyat yang cerdik dan tidak memehak BN. Terang-terang HAM telah BN pijak kerana kepentingan politik untuk terus berkuasa.


kenangan manis kemenangan Pakatan Rakyat

SETELAH LEBIH 2 MINGGU BERADA DI PRK K.TERANGGANU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN YANG DIAMANAH, TELAH MERAYAKAN KEMENANGAN DENGAN MENJAMU SELERA DI SALAH SEBUAH RESTORAN SEMPOI.


gambar bawah;PEMIMPIN BERGAMBAR BERSAMA TUAN PUNYA "PURA TANJUNG SABTU" TEMPAT KAMI MENGINAP SELAMA LEBIH 2 MINGGU. dari kiri; Pak Ku, Ybhg Shamsul Md Akin, Tengku Ismail B. Tengku Su(empunya pura tanjung sabtu) serta En. Tahir dari Sabah.

CHE DET SUDAH LUPA. BUKAN MELAYU LUPA.

19/01/09;ISNIN
Khas untuk mantan PM Che Det, janganlah menuding jari pada kepimpinan Pak Lah semata-mata. Beliau selama 22 tahun memegang tampuk PM seperti tidak pernah melakukan rasuah. Kepimpinan Pak Lah, adalah hasil benih Barisan Nasional (umno), warisan anak didik Che Det juga.

Selama 22 tahun, che det mengajar,mendidik,nengasuh dan berbagai lagi, itulah hasil yang menunjukkan keperibadian kepimpinan BN yang beliau tunjulkan. Che Det tidak bolih menyalahkan Pak Lah, seperti orang tidak suka dan rasuah yang menampilkan selama ini, dan rakyat terang-terang menolak BN kerana Pak Lah.


Hanyar menyatakan sekeras-kerasnya, walau pun baru setahun jagung kearena politik, sudah bolih menilai corak sebenar BN menerajui Malaysia. Hanyar dan rakyat marhain mencabar Che Det dengan beberapa perkara seperti:-

1.Pak Lah banyak rasuah,

2.Pak Lah rakyat tak suka,

3.Dan berbagai lagi.

Persoalannya apakah selama 22 tahun Che Det menjadi PM tidak mendidik Pak Lah kearah ketelusan memimpin Negara ? Atau salah siapa.?


Che Det perlu jawab seiklas-iklasnya, bukan Hanyar sahaja nak tahu tetapi rakyat marhain juga nak tahu.


Tidak salah, Hanyar mewakili rakyat marhain mengatakan, perkara ini berlaku kerana slogan yang ditonjulkan Che Det iaitu BCA (bersih, cekap, amanah). BCA dihati perut Che Det bermaksud lain, dan dimulut maksudnya tidak sama. Inilah yang di ajar olih Che Det pada semua ahli kabinet untuk diamalkan.


TPM sekarang jangan berbangga dengan kenyataan bekas bos nya dulu, tetapi harus ingat, rakyat sudah lama tidak suka pada BN dan tidak memilih undi untuk menang pilihanraya. Selama beberapa kali PRU yang lalu kemenangan memehak pada BN adalah tipu belaka.


Benar tidak menipu, kenapa bersungguh-sungguh benar apabila berlaku pilihanraya seperti berpesta untuk menang berkuasa?


Bersambung;

Jan 18, 2009

UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH

Dari: Hanyar.Blogspot. Com Dan Kerabat Hanyar.

RAKYAT MARHAIN PERLU JAWAPAN SEGERA

SPR JANGANLAH SPT “SUDAH TERANG LAGI
BERS
ULUH”

Kemenangan Pakatan Rakyat hari ini menampakkan rakyat semakin hari tidak mahu lagi kepimpinan BN. BN sendiri pun jelas tahu apa kehendak rakyat, dan memaksa apa jua sekali pun untuk meraih kemenangan.

Seperti apa yang berlaku PRK P.Pauh dan terbaru di PRK K.Terangganu , semua rakyat nampak, tahu dan dengar bayak yang tidak ketelusan pentadbir kerajaan melaksanakan tanggungjawab.

Rakyat juga tidak setuju cara pemimpin,(menteri-menteri) datang dengan rasmi kerajaan, pada masa yang sama berkemping untuk pilihanraya. Sebaiknya apabila berlaku pilihanraya,samaada kecil atau umum tidak perlu lagi menteri-menteri, pegawai kanan kerajaan turun kepada rakyat menabor janji atau projek kerajaan dilaksanakan

Perkara ini amat penting untuk diperhalusi olih SPR, lebih-lebih lagi pengalaman SPR sudah 12 kali mengendalikan pilihanraya. Apakah tugas SPR tidak nampak cacat peraturan yang baik telus dikemaskini supaya tidak berlaku, apa yang dikatakan selama ini SPR menyeleweng.

Jadi pada hari ini, tahun baru ini hijrah/masihi, rakyat tidak menolak malah agak bersetuju menerima Pengerusi SPR yang baru. Dan beliau sendiri mengakui memiliki banyak pengalaman serta hubungan dengan Pendaftaran Negara dan KDN amat baik.

Janganlah pula jadikan sandaran jawatan untuk kepentingan parti politik memehak.

Dalam hal ini Pengerusi baru perlu perhalusi ketelusan pegawai-pegawai bawahan supaya bijak menunaikan tanggungjawab.

Atas perkenan sumpah taat setia pada amanah rakyat, wajiblah tidak melakukan cuai/memehak mana-mana parti politik. Ujian pertama, bulan pertama, telah ditunjukkan ujian dengan PRK, sudah nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

Bagaimana pula kalau Pilihanraya Umum itu nanti? Saya tidak kata Tan Sri tidak pandai, tetapi perlu bijak menangani tanggungjawab yang dipikul.

Perlu lah SPR mengambil tanggungjawab, bila ada setiap aduan menyalahi undang-undang pilihanraya mesti diambil tindakan terbuka..Kali ini rakyat marhain hendak melihat tugas pertama tindakan bijak Tan Sri.

Hanyar tidak mengugut, tetapi ini adalah tuntutan rakyat yang mahu perubahan diwakili olih pimpinan Datuk Sri Anwar Bin Ibrahim

AMANAH KEPADA KEMENANGAN....



18/01/09. Kemenangan pada PAS bukanlah atas bersih perjalanan pilihanraya. Ketentuan ALLAH kerana kerja kuat disamping teratur strategi memantau dari pehak petugas Pakatan Rakyat. Kalau diteliti demokrasinya perjalanan PRK ini, adalah mungkin dan logik kemenangan lebih besar pada PAS.

Walau apapun, diucapkan tahniah juga keatas calun yang menarik diri(AKIM) dari bertanding dan terus menyokong disamping bekerjasama berkempin.

ALLAHHUAKBAR

Kotakan Hak Rakyat


KEPUTUSAN PRK K. TERANGGANU 17/01/09.

Seperti komen Najib, pada bol merah, TPM perlu bertanggungjawab. Hak rakyat jangan pertikai. Janji yang belum selesai laksanakan.

Dan begitu juga Wan Farid, jangan persalahkan atas perubahan pendirian kaun Cina.


KOMEN NAJIB

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam amalan demokrasi, BN menghormati keputusan rakyat.

"Sudah tentu ia merupakan satu kekecewaan kepada BN, kami akan terus berkhidmat dan tidak akan melemahkan semangat kami," kata beliau kepada media di kediaman Menteri Besar sejurus keputusan diumumkan.

Ketika ditanya sama ada kekalahan itu akan memberi impak kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib yang memperlihatkan kesungguhannya berkempen berkata: "Tidak ada impak."

KOMEN CALON BN

Dalam pada itu, Wan Ahmad Farid mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid atas kemenangan beliau.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para pengundi yang mengundinya.

Wan Ahmad Farid juga berkata, kemerosotan undi calon yang berlaku pada kali ini adalah disebabkan oleh perubahan pendirian di kalangan pengundi Cina.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Oktober lalu ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).