ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 7, 2009

7,Apr

BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU BATANG AI - LINTAS LANSUNG

BUKIT GANTANG


11.20 am Jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.

11.00 am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.

Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.

Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

10.22am Anggota BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil)

10.15 am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.

Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

BUKIT SELAMBAU

Di SMK Taman Ria Jaya, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.18 am Polis menembak gas pemedih mata di depan Sek Air Kuning untuk menyuraikan orangramai yang berkumpul di depan sekolah.

11.15 am : Presiden PAS Ustadz Abd Hadi kelihatan di Air Kuning

10.38 Sebuah bas telah ditahan diBukit Lembu kerana disyakki membawa pengundi hantu.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

BATANG AI

11.15am Peluang dilaporkan 50-50 untuk PR di sini

10.30am Terdapat beberapa pusat pembuangan undi telah ditutup apabila proses pembuangan undi di kawasan tersebut selesai terutama di kawasan yang tidak ramai pengundi.

dikemaskinikan sentiasa. sila refresh

BUKIT GANTANG

DUA ORANG WARTAWAN DARI AUSTRALIA TURUT HADHIR MEMBUAT LIPUTAN PILIHANRAYA DI BUKIT GANTANG, PETUGAS UMNO NAMPAKNYA CABUT LARI APABILA PETUGAS PAS MELAUNGKAN KALIMAH ALLAHU AKBAR, LA AWATNYA DEPA TAKUT SANGAT DENGAN KALIMAH TU, MUHIDEN YASIN YANG DATANG MELAWAT DI POS-POS UNDI TURUT TERCEGAT DAN TERPESONA, DIA HANYA DI IRINGI TAK SAMPAI 10 ORANG ,SEMENTARA NIZAR PULA DI IRINGI HAMPIR 40 ORANG

PETI UNDI 17 SAH DI MENANGI OLEH PAS

PETUGAS BN UMNO DI PETI UNDI INI LENGANG, PARA PENGUNDI TIDAK SEGAN SILU KIBARKAN BENDERA PAS MASYA ALLAH RAMAINYA MEREKA YANG TERDIRI DARI PENGUNDI KAUM CINA DAN INDIA, SEMENTARA PENGUNDI MELAYU UMNO BERI TANDA ISYARAT V PADA PETUGAS

TIDAK MENESABAH ENAM BUAH BAS PELANCONG MASUK BUKIT GANTANG JAM 3 SUBUH KERANA MAHU MELIHAT PENGUNDI MENGUNDI, BAS-BAS INI DI KAWAL OLEH POLISI, PETUGAS PR YANG MENYERBU BAS INI KERANA MENSYAKI PENGUNDI HANTU YANG DI KAWAL OLEH POLIS, DAN POLIS PULA MEMARAHI PETUGAS PR, ALAHAI ADA APA-APA KE ? SELAMAT BERTUGAS DATUK-DATUK BERILAH KEMENANGAN PADA BN/UMNO

SIRI LAWATAN CALON PAS MUHAMMAD NIZAR KE SETIAP POS MENGUNDI MAKA DI SITULAH SAMBUTAN YANG SANGAT KAGUM DI BERIKAN BUKAN SAJA PR TETAPI UMNO SENDIRI, MASYA ALLAH INILAH KERJA TUHAN ! MEMANG TAK SANGKA
SILAP-SILAP BOLEH JADI GADUH BESAR KAT BUKIT GANTANG, PERAYU UNDI YANG MENGGUNAKAN MAKI HAMUN ADALAH TIDAK WAJAR DAN MEMALUKAN, PENGUNDI NANTI AKAN MENILAI KITA DENGAN AKHLAK, BIARKANLAH PERAYU UNDI BN/UMNO YANG BUAT KECOH BIAR PENGUNDI TAHU SIAPA YANG JAHAT DAN BAIK, JANGAN IKUT RENTAK MEREKA

BN/UMNO BANYAK PAKAI BOMOH PULAK DAH, ADA MELAYU,SAKAI,BUDHA, MEREKA DI KATAKAN MENGGUNAKAN BERBAGAI-BAGAI MENTERA DAN JAMPAI DI SETIAP POS MENGUNDI SERTA MENGGANGG

SUASANA PILIHANRAYA DI BUKIT GANTANG LEBIH HEBAT DARI PERMATANG PAUH, DI SEMUA TEMPAT DI TAIPING PENUH SESAK TERUTAMA DI CANGKAT JERING SEBAB ADA HANTU DARI LUAR MASUK
BUKIT GANTANG

10.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.

Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

BUKIT SELAMBAU

11.15 am : Presiden PAS Ustadz Abd Hadi kelihatan di Air Kuning

10.38 Sebuah bas telah ditahan diBukit Lembu kerana disyakki membawa pengundi hantu.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

BATANG AI

10.30am Terdapat beberapa pusat pembuangan undi telah ditutup apabila proses pembuangan undi di kawasan tersebut selesai terutama di kawasan yang tidak ramai pengundi.

dikemaskinikan sentiasa. sila refresh
HARI INI TANGGAL 7. APRIL. 2009. SELASA. BERSEJARAH DI 2 BUKIT DAN 1 BATANG.

Pakatan Rakyat memerintah pada 3 Negeri dalam setahun janganlah menjadikan perbandingan dengan BN 50 tahun memerintah. Rakyat perlu bersikap terbuka dan Hanyar amat faham, setiap yang faham dan tahu membaca blog adalah orang cerdik dan bolih berfikir.

Harap dapatlah membantu menyampaikan hasrat kebaikan apa yang rakyat mahu. Tolong-tolonglah cetak apa-apa maklumat yang penting untuk sebaran pada kekawan yang tidak kesempatan menerima maklumat.

Dan jangan jadikan sebahagian pemimpin-pemimpin yang telah lari meninggalkan parti dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN ataupun Bebas, menuduh kepimpinan Pakatan Rakyat tersasar.

Mereka-mereka yang bertindakan seperti itu adalah orang yang kecewa dan hanya pentingkan diri sendiri. Mereka bukan pejuang menuntut hak rakyat untuk semua. Kepentingan mereka adalah kepentingan diri sendiri, pada masa yang sama bolihlah samakan mereka PETUALANG RAKYAT.

Jangan hampakan harapan rakyat Malaysia yang inginkan negara bebas dari rasuah.

Pada segelintir kepimpinan dalam Pakatan Rakyat yang telah diangkat martabat sebagai YB, Ketua Bahagian dan sebagainya dalam komponan PR, sama-samalah kita yang prihatin kepada ketelusan menegur mereka agar mereka-mereka ini akan berubah dan terurus.

Jangan kerana setitik nila, menjadikan masaalah besar sehingga ......................

Perkukuh kan semula parti, rapatkan yang jauh dan kuatkan ikatan. Insyaalah yang baik menjadi kenyataan. Kerana urusan yang baik bukan mudah untuk diurus. ia mengambil masa yang panjang dan berbagai dugaan.

Pengundi-pengundi di Bukit Gantang, bertanggungjawab memilih ahli Parlimen yang berwibawa dan seruan Hanyar perlu kepada lambang Bulan yang disebut PAS. Dan beliau bolih membantu membawa masaalah rakyat Perak ke Parlimen dan lebih terserlah dengan ketokohannya.







DiKedah dan Serawak memang luar biasa dengan calon yang sensasi dari lambang anak bulan yang disebut keADILan. N25 Bukit Selambau calon muda dari keturunan India, dikatakan orang baru dalam parti. Beri peluang pada beliau kerana sifatnya dianugerahkan tuhan.

Apr 6, 2009

PELAYAR WEB BOLIHLAH MELAWAT BLOG PILIHAN RAYA KECIL 7 APRIL 09.

Laman Rasmi PRK P.59 Bukit Gantang

Laman Rasmi PRK N.25 Bukit Selambau



Najib Mesti Lakukan Dalam Tempoh 12 Jam Ini Juga!!

Diam tak diam Selasa bakal menemui kita esok. Esok tiga pilihnrya kecil yang penting dalam sejarah demokrasi Malaysia akan berlangsung di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Bermakna ada kira-kira 12 jam lagi untuk BN dan PR berkempen. Dan ada 12 jam lagi untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari pelbagai skandal yang menjejaskan keyakinan pengundi kepada BN yang selama ini beranggapan ia dipimpin oleh seorang yang 'berkepala busuk'.

Dalam tempoh 12 jam terakhir ini Najib perlu mengambil tindakan segera seperti berikut:

i) Menyaman akhbar Liberation, Perancis yang menyiarkan berita mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

ii) Menyaman Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda yang mendakwa Najib telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti dengan tawaran berjumlah RM50 juta.

iii) Menyaman Raja Petra yang pada bulan Jun tahun lepas menuduh isteri Najib yang bernama Rosmah berada di lokasi pembunuhan ketika Altantuya dibunuh.

iv) Saman Thagarajoo a/l Thangavellu yang telah membuat tuduhan pada bulan Ogos tahun lepas bahawa Najib adalah pengamal ajaran agama Hindu dengan melakukan pelbagai upacara spiritual Hindu di dalam kediamannya.

Ini 12 jam terakhir untuk Najib membersihkan dirinya. Ini 12 jam terakhir Najib bertindak berani sebelum dihukum oleh pengundi. Najib mesti lakukan ini dalam tempoh 12 jam ini juga. Jika dalam tempoh 12 jam ini Najib masih mendiamkan diri, maka ia akan menguatkan andaian umum bahawa segala tuduhan kepada Najib itu adalah benar belaka, tiada yang benar, melainkan benar!

Oleh: gunung kriang

BUKIT SELAMBAU : DI AMBANG KEMENANGAN

Hari ini merupakan hari terakhir bagi parti parti yang bertanding untuk berkempen meraih undi untuk calon masing masing. Sebentar lagi BN terpaksa membawa turun Tun Mahathir Mohamad ke Bukit Selambau untuk berkempen bagi calon dari partai Barisan Nasional. Betapa terdesak sangatnya mereka.

Nescaya hari yang terakhir untuk peluang terakhir untuk membuktikan serta meyakinkan pengundi dalam mentadbir kawasan masing masing. Seperti di Bukit gantang Perak ia melambangkan keputusan rakyat untuk memilih pemerintahan negeri itu sendiri walaupun nizar bertanding bagi kerusi Parlimen namun ia sekaligus keputusan undi tersebut adalah bagi membuktikan belia merupakan sebagai calon pilihan rakyat ataupun zambry yang di anggap sebagai Menteri Besar haram yang merampas negeri itu dengan cara tidak berdemokrasi.

Jika di Bukit Selambau pula walaupun jumlah pengundi adalah sebanyak 50% pengundi Melayu dan hanya 30% pengundi India namun Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim ada sebab memilih calon india Manikumar sebagai calon Parti.

Di dalam pemerintahan kerajaan negeri Kedah kesemua Exco dan pemimpin dari kaum Melayu dan Cina dan tiada satu kerusi pun di sandang kaum india maka Anwar membuat keputusan melonggarkan syarat di mana sebelum ini kerusi Bukit selambau di peruntukan untuk calon Melayu. Tidak adil bagi masyarakat india apabila tiada seorang pun yang bakal mewakili mereka dan mempertahankan hak mereka jika tiada pemimpin dari kalangan masyarakat mereka sendiri.

Maka pilihanraya bagi Bukit Selambau yang bakal menyaksikan 15 penjuru dengan kehebatan calon bebas yang tidak dapat di jangkakan bukan seperti di Kuala Terengganu akan membuatkan persaingannya lebih sengit namun tiada yang dapat menghalang jika calon berkenaan menjadi pilihan rakyat. Sekaligus melambangkan kerajaan negeri Kedah yang bakal kukuh.

Pihak Polis Serbu Bilik Gerakan PKR Bukit Selambau






Sekali lagi kesilapan yang di lakukan oleh Barisan Nasional apabila menimbulkan kemarahan rakyat di saat akhir apabila menggunakan pihak polis untuk menyerang lawan seperti di Taman Tengku Aminah Bukit Selambau semalam. Disamping terdedahnya pelbagai kisah kesamsengan BN di dalam menganggu program-program anjuran PR menjadikan rakyat mengenali perilaku lawan dengan lebih terang dan nyata.

Apa tahlagi calon lawan kini telah terpalit dengan tuduhan menipu rakyat sebelum terpilih menjadi wakil rakyat lagi.

Dan itu petanda kemenangan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat menjadi semakin pasti N25 Bukit Selambau.

..manusia merancang Allah juga merancang, sesungguhnya Allah juga merancang
sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang...

Apr 5, 2009


5/4/2009.


PELAYAR WEB BOLIHLAH MELAWAT BLOG PILIHAN RAYA KECIL 7 APRIL 09.

Laman Rasmi PRK P.59 Bukit Gantang

Laman Rasmi PRK N.25 Bukit Selambau





Tamparan pada BN, Naib Presiden PPP sertai KeADILan

SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) -

Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 7 April ini apabila Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan keluar daripada parti itu dan menyerta..



Taktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!

BUKIT GANTANG, 5 April (Hrkh) -

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan...


Tanah SAR diguna untuk bina bangunan Umno?

GEORGETOWN, 5 April (Hrkh) - "Usah pilih Barisan Nasional (BN) lagi untuk menerajui rakyat...


Projek 'Mee Segera' berleluasa di Bukit Selambau

'Projek Mee Segera' terus berleluasa di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau walaupun Perdana M .....


Buat pengundi Batang Ai


z
Orang Asal ... oh-oh Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh Papa, aduh lah mama, )
Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal )
Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X

Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal,
Mengapa nangis, matamu bengkak,
Aduh aru, aduhlah aki,)
Adat kami kini hampir hilang.) 2 X

Orang Asal oh-oh ... Orang Asal,
Jangan nangis, jangan putus asa,
Ayuh semua, wahai Orang Asal)
Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X