ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 7, 2009

HARI INI TANGGAL 7. APRIL. 2009. SELASA. BERSEJARAH DI 2 BUKIT DAN 1 BATANG.

Pakatan Rakyat memerintah pada 3 Negeri dalam setahun janganlah menjadikan perbandingan dengan BN 50 tahun memerintah. Rakyat perlu bersikap terbuka dan Hanyar amat faham, setiap yang faham dan tahu membaca blog adalah orang cerdik dan bolih berfikir.

Harap dapatlah membantu menyampaikan hasrat kebaikan apa yang rakyat mahu. Tolong-tolonglah cetak apa-apa maklumat yang penting untuk sebaran pada kekawan yang tidak kesempatan menerima maklumat.

Dan jangan jadikan sebahagian pemimpin-pemimpin yang telah lari meninggalkan parti dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN ataupun Bebas, menuduh kepimpinan Pakatan Rakyat tersasar.

Mereka-mereka yang bertindakan seperti itu adalah orang yang kecewa dan hanya pentingkan diri sendiri. Mereka bukan pejuang menuntut hak rakyat untuk semua. Kepentingan mereka adalah kepentingan diri sendiri, pada masa yang sama bolihlah samakan mereka PETUALANG RAKYAT.

Jangan hampakan harapan rakyat Malaysia yang inginkan negara bebas dari rasuah.

Pada segelintir kepimpinan dalam Pakatan Rakyat yang telah diangkat martabat sebagai YB, Ketua Bahagian dan sebagainya dalam komponan PR, sama-samalah kita yang prihatin kepada ketelusan menegur mereka agar mereka-mereka ini akan berubah dan terurus.

Jangan kerana setitik nila, menjadikan masaalah besar sehingga ......................

Perkukuh kan semula parti, rapatkan yang jauh dan kuatkan ikatan. Insyaalah yang baik menjadi kenyataan. Kerana urusan yang baik bukan mudah untuk diurus. ia mengambil masa yang panjang dan berbagai dugaan.

Pengundi-pengundi di Bukit Gantang, bertanggungjawab memilih ahli Parlimen yang berwibawa dan seruan Hanyar perlu kepada lambang Bulan yang disebut PAS. Dan beliau bolih membantu membawa masaalah rakyat Perak ke Parlimen dan lebih terserlah dengan ketokohannya.







DiKedah dan Serawak memang luar biasa dengan calon yang sensasi dari lambang anak bulan yang disebut keADILan. N25 Bukit Selambau calon muda dari keturunan India, dikatakan orang baru dalam parti. Beri peluang pada beliau kerana sifatnya dianugerahkan tuhan.

No comments: