ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 19, 2009

18 April 2009

Kaudu' Bekas UMNO Dalam Topeng PAS

Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik ‘peringatan’ Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar di dalam lidah rasmi Anwar Ibrahim di dalam PAS, Harakah Daily pada 11 April, pertumpahan darah dan huru-hara akan berlaku di Perak seandainya DUN Perak tidak dibubarkan dan pilihanraya di seluruh negeri itu tidak diadakan?

Apa pula motif sebenar sokongan yang diberikan oleh de facto PAS, Nik Aziz bahawa huru-hara yang dimaksudkan oleh budak Anwar itu akan berlaku sepertimana di Bangkok dan Pattaya, Thailand seandainya kehendak Pakatan Rakyat tidak dituruti oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan?

Apa masalah sebenarnya budak Anwar yang bersuara lunak itu, yang kaya raya dan berkawan rapat dengan tauke judi TOTO sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri itu? Apakah kapasitinya selaku Setiausaha Agung PAS, mewajarkan dia untuk memberikan ‘peringatan’ berkenaan?

Ke mana sebenarnya ‘peringatan’ bekas Ketua Bahagian UMNO Tumpat yang tidak pernah menang dalam pertandingan politik tetapi dilantik sebagai Setiausaha Politik Tun Ghafar Baba itu?

Apakah selepas kemenangan di Bukit Gantang dan keberkesanan enjin-enjin promosi Pakatan Rakyat untuk menimbulkan suasana chaos di Tanah Melayu ini, mendorong budak Anwar itu mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Namun persoalan paling utama, apakah peranan penaja Malaysia Malaysian, DAP di belakang kenyataan yang dikeluarkan oleh budak Anwar itu?

p/s: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. - maksud dari ayat 12 Surah Al-Hujurat.

Cucu Tok Wan
19/2/09. Ahad.

Pagi minggu..

SOSIAL/PEMBANGUNAN FIZIKAL............

Aku cakap pasal sosial. Sebab aku, tak suka sangat pembangunan dari segi fizikal. Sebab bagi Hanyar pembangunan fizikal tanpa mengambil kira faktor sosial bukanlah sustainable development kerana diakhirnya, pembangunan itu akan digunakan oleh orang, dan kalau tidak mengambil kira faktor orang lain, tak berjayalah sebuah pembangunan tu.

ok lah, jadi bagaimana ingin menjamin kebahagiaan di dunia?

4 perkara yang menjamin kebahagiaan manusia:

1. Isteri yang baik
2.Rumah yang selesa
3.Kenderaan yang baik
4.Kejiranan yang baik

Ia bermula dari institusi paling kecil sekali. Keluarga. Sebuah keluarga yang baik datangnya dari ibu bapa yang baik. Ibu bapa yang mendidik anak nya dengan betul. Baru anak-anak akan jadi baik.

Keluarga yang baik juga asalnya daripada rumah yang selesa, luas.baru tak ada tekanan dalam rumah, sebab tekanan dari dalam rumah akan membawa hingga keluar rumah dan jadi macam-macam. Sebab itu banyak berlaku budak-budak lari rumah, kawin lari, main isteri orang dan segala-galanya berpunca perkara dari rumah.

Keluarga yang baik juga asalnya dari kemudahan keluarga itu melakukan urusan. itulah maksud kenderaan yang baik. Supaya tidak ada tekanan masa melakukan urusan dan untuk bergerak ke tempat-tempat lain.

Keluarga yang baik akan mewujudkan satu kejiranan yang baik. Kejiranan yang baik datangnya dari riadah antara jiran, tidak membenci satu sama lain, tolong-menolong. Semua sifat-sifat ini datangnya dari keluarga yang baik.

Bila semua kejiranan baik, maka jadilah satu komuniti yang baik, semua sayang menyayang, tidak membenci satu sama lain. tidak kutuk mengutuk dan segalanya. Maka dengan semua perkara ini, wujudlah satu komuniti yang baik maka bahagialah hidup seseorang itu di dunia. Senang hati, tidak banyak masalah, bahagia dan senang.

Moga kita semua saling sayang-menyayangi.

Apr 18, 2009


18/4/09. Sabtu.

NAJIB JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

One malaysia kata BN mungkin tak bertanding dalam PRK Penanti jika dapat lampu hijau rakan-rakan kongsinya.

Awal-awal dah angkat bendera putih ni. Janganlah kita celebrate dulu. Barangkali PRK jika berlaku di Penanti, calon PR akan menentang calon bebas yang ditaja BN. Tak tahulah berapa ramai yang akan bertanding kali ni.

Dulu orang umno malu nak pakai baju parti kalau ke bandar, sekarang pemimpin mereka pulak malu nak bertanding guna logo parti.

Desperado betul...tak lama lagi terlingkuplah UMNO dan BN.


AnonymousEmail Sahabat dari Sabah;-

maaf...menyibuk di sini. saya bloger dari sabah (non-muslim). dulu saya takut kepada PAS kerana membaca dan mendengar cerita yg dicanang oleh media BN ke hulu ke hilir bahawa PAS adalah parti yg extrame, tiada tolak ansur dan fanatik. tetapi semakin banyak saya membaca blog saudara2 dlm PAS semakin selesa rasanya kerana apa yg saya nampak PAS sememangnya parti yg serdahana dan dapat dipercayai dapat menjaga hak2 rakyat bukan sahaja rakyat beragama Islam tetapi juga rakyat non-muslim. kalaulah keikhlasan menjadi satu asas perjuangan maka saya percaya bahawa PAS akan memerintah negara Malaysia yg tercinta ini suatu hari nanti. saya menyokong penuh agama Islam dijadikan asas perpaduan bangsa Malaysia dan menolak parti berasaskan kaum sebagai landasan perpaduan.

18/04/2009.
Senario ini boleh mengundang celaka

Muda-mudi sekarang agak kurang prihatin soal politik. Sebab kurang prihatin maka suara remaja dan orang muda semacam tenggelam. Senario ini boleh mengundang celaka. Bala makin mendekat.

Hari-hari boleh cerita isu semasa. Isu semasa bermaksud, adalah ke arah hiburan dan keseronokan. Filem bohsia pun nak keluar. ..Jahanam!!

Perlu menyeru pada semua orang muda, kita tenggelamkan suara-suara orang tua. Kita punyai tenaga yang lebih walau stamina tak lama macam orang tua tapi tu boleh adjust. Bukan apa, politik adalah alat untuk kita cipta masa depan yang lebih sempurna dan generasi akan datang. Tengok anak-anak kita semua dan muka orang rumah dan kita perlu genggam azam untuk berikan mereka masa depan yang lebih sempurna. Kita bersuara dan menjerit agar semua ahli politik tersentak dan kecut perut. Barulah perencanaan negara seimbang dan tidak berpihak macam sakai.

Lu tak paham? Lu perlu belajar perlahan-lahan. Tapi lu jangan bosan dan muak dengan politik macam lu muak dengan artis sekian-sekian. Lu bertahan dan keras sikit. Suarakan idea yang lebih cemerlang untuk masa depan negara. Pasti hasilnya manis. Percayalah!!
18/04/2009.
SPR BERTINDAK LUAR BIDANG KUASA..

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.

Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.

Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi. Blog Suara Perak.

Apr 17, 2009

Friday, April 17, 2009

Abdullah dan Najib : Seperti belacan dikerat dua

Kita biasa mendengar ungkapan peribahasa yang berbunyi : Seperti pinang dibelah dua ; untuk menggambarkan sepasang suami isteri terutamanya pengantin baru yang sama cantik dan sama padan.

Namun, terdapat juga satu peribahasa yang memberi gambaran yang sebaliknya. Ianya berbunyi : Saperti belacan dikerat dua - yang pergi busuk, yang tinggal hancing

Begitulah perumpamaan yang boleh dibahasakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi yang telah berlalu dan kepada penggantinya Najib Abdul Razak . Perumpamaan tersebut amat tepat dan bersesuaian sekali jika kita teliti senario yang mutakhir berikut :

Krisis Perak : Mahkamah Persekutuan tidak berhukum mengikut undang-undang perlembagaan negara, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang menghakimi Krisis Perak tersebut ialah:

1. Allaudin Mohd Sheriff
2. Ariffin Zakaria
3. Nik Hashim Nik Ab Rahman,
4. S Augustine Paul
5. Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Benarkah mereka yang tersebut itu sama busuk dan hancing ....urgh...kerana dikatakan telah kencing dan berak di atas Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ? “Saya tak tahu undang-undang. Saya tanya sahaja ," kata Bakaq di sini
17/04/2009. Jumaat.

TOKOH PEMIMPIN TERPILIH DIDUNIA.



Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Dato' Seri Anwar Ibrahim melaporkan, pimpinan Pakatan Rakyat itu dicalonkan oleh majalah 'Time' antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Pencalonan tersebut memberi kredit kepada Malaysia iaitu di kalangan orang Melayu, memang mampu menampilkan tokoh berwibawa, berkarisma dan setanding dengan pimpinan negara luar. Bagaimanapun sikap Pateh Karma Wijaya yang berakar umbi dalam pimpinan Melayu, legenda Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi tragedi yang ditangisi sepanjang zaman. Justeru dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Dato' Seri Anwar hari ini (15 April 2009) menjelaskan:

"Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

The 2009 TIME 100 Finalists
17. APRIL. 2009. Jumaat.







Pilihanraya kecil N12 Penanti adalah satu lagi anugerah bagi memanifestasikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat disamping membenamkan keangkuhan UMNO-BN. Dalam tempoh 60 hari dari sekarang bakal berlangsung satu lagu pilihanraya kecil pasca PRU 12 ekoran perletakan jawatan ADUN Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Setelah membuktikan kejayaan di Bukit Selambau dan keunggulan di Bukit Gantang, sepastinya Penanti akan merupakan satu "endorsement" tentang suara hati rakyat terutama pandangan rakyat terhadap kepimpinan baru negara yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

DUN N12 Penanti terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari segi struktur masyarakatnya pula

Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:

Melayu...62.9%
Cina.....33.2%
India.....2.8%

Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.



PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.

Bagi pilihanraya kecil kali ini, UMNO sepastinya memainkan kontrovesi yang melanda bekas Adun Penanti itu hingga memaksa beliau meletak jawatan. Namun Fairus sendiri di dalam wawancara bersama akhbar Nanyang Siang Pau telah pun menjawabnya terlebih dahulu sebelum ia sempat menjadi modal besar UMNO di Penanti.

Mengenai dakwaan keterlibatan beliau di dalam aktiviti kuari haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairus mendakwa beliau tidak terlibat dan semua yang berlaku hanyalah fitnah dan sebahagian dari usaha untuk menjatuhkannya.

“Saya telah melakukan kerja-kerja untuk dewan undangan negeri Penanti sebaik mungkin dan telah mendapat sokongan dari para pengundi saya. Semua yang di luar tidak tahu dan tidak mengerti kerana kerja dan perkhidmatan yang saya lakukan selama ini tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar,” kata Fairus.

Pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya kecil Penanti, berkemungkinan dengan majoriti yang lebih tinggi berdasarkan senario semasa yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.