ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jun 13, 2009

13/06/09. Sabtu.

Selangor dgn SPIES, Gaji Tertunggak.............



Beberapa bulan yang lepas Kerajaan Pakatan Selangor memberikan ganjaran tunai kepada pemain bolasepak Selangor.

Terkini pengumuman berkaitan ganjaran hadiah untuk mencipta lagu tema S.P.I.E.S. sebanyak RM13,000.00 kepada yang berjaya mencipta lagu tema terbaik.

Dan bagaimana pula dengan yang ini klik (GAJI), dah selesai ke belum.

Berkaitan dengan S.P.I.E.S. pulak.... korang klik sajalah kat link tu. Malas nak cakap banyak dengan ahli politik ni... macam-macam hal yang bertentangan dengan kehendak rakyat yang diaorang buatkan.

Nampaknya Kerajaan Selangor yang ada sekarang ni kurang lebih pun sama jer... dengan Kerajaan Selangor yang dulu, mungkin yang dulu baik sikit kot dalam soal pembayaran Gaji ni.... ha...ha...ha... hampehnya si Khalid Ibrahim Gagap ni...

Isa: Martabatkan Bahasa Kebangsaan, "Bahasa Melayu". Dalam waktu yang sama adanya 1Malaysia, PPSMI, subjek Bahasa Inggeris wajib lulus. Bila nak perjuangkan pulak "Tulisan Melayu".


HOOHH!! Sebelum tu cepatkanlah proses membayar gaji tenaga kerja yang terlibat dalam PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR tu!
Dah dua bulan depa kerja dan ngajor takde gaji..takkan BIROKRASI pun lembab macam BN dulu? Haritu kemain kutuk BN, sekarang macamana dengan pengurusan?

Consultant yang terlibat dan Exco tak berhadapan dengan cikgu2 yang mengajar ni..apa nak jawab bila depa mintak gaji??? CEPAT KASI SETTLE.. bukan apa, masa taklimat haritu bukan main lagi cakap macam-macam, kena pantaslah, kena itu ini lah..tapi bila orang bawah dah siap kerja lu orang pulak lembab..apa cerite???

Yang disuruh "Bersabar! Berdoalah agar dapat cepat, dan tabahlah mungkin ini ujian kita!"


Tentang isu ini pula.....

Isu pasir apa cerita????????. Sampai hari ni dah setahun 3 bulan, masih terkapai kapai. Itu adalah punca wang, tapi orang orang Guthrie dalam KSSB, termasuk Dato Ibrahim, Dato Anuar dan IR Ramli kata nya masih terkedek kedek mengeluarkan tender pasir. Sampai sekarang tak selesai.(PR glemer pasir pasaran gelap)

Selepas PRU12 dulu, Khalid sibuk kata keuntungan pasir untuk tahun 2008, dijangka RM200 juta. Selepas itu, ketika Gerak di Stadium Kelana Jaya, keuntungan yang disebut oleh Khalid berubah kepada RM50 juta. Sekarang orang orang PR tidak tanya berapa banyak yang sebenarnya dikumpulkan.

Nyata,
wang itu adalah untuk bantuan ibu tunggal, orang miskin, anak anak yatim dan semua saluran bantuan. Kalau tak berjaya kumpul sebanyak itu, maka Kerajaan Khalid fail.

Adakah Khalid ni sememangnya bebal, atau dia memangnya tidak sebijak mana kecuali berteduh pada beberapa pakar di dalam Guhtrie. Kerana itu kemana sahaja dia pergi, orang orang Guthrie dan kepercayaannya akan di usung sekali.
13/06/09. Sabtu.

JANGAN INDAH CERITA, PASTIKAN MATLAMAT SAMPAI KEHATI RAKYAT....

EGM?
pkr egm 130609 anwar 05.jpg

pkr egm130609 crowd 01.jpg













PKR hari ini melangsungkan kongres khas bagi meminda perlembagaanya "bagi menjadi parti paling demokrasi di Malaysia".

Kongres itu akan
membincang dan meluluskan tujuh(7) usul penting termasuk 1.menghadkan tempoh presiden,

2. menambah jumlah naib presiden serta

3. memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.


Empat(4) usul lagi ialah


4.mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun,

5. memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti

6. menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting,

7.majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri..

Diingatkan , Jangan Kianati Rakyat dan Orang-Orang Terdahulu.




Jun 12, 2009

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?'

Baru mendapat email lewat semalam yang meletakan link http://selamatkanumno.blogspot.com

Email tersebut mengandungi video di bawah



menurut penghantar email video yang dinaikkan dalam youtube itu cuma 'sedutan ringkas' dari satu video panjang yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.'
12/06/09. Jumaat.

Fikir-fikirlah apa yang berlaku dihari mendatang.

DSAI bakal dikenakan hukuman kelak. Semua prosedur mahkamah tidak memihak kepada beliau. Pakatan Rakyat jika mahu ditumbangkan DSAI hari disumbat didalam penjara. PAS harus bersifat pembuli di dalam Pakatan Rakyat. Ini perancangan Zionis BN. Rakyat Malaysia khasnya anak muda harus bersiap - sedia. Jika Pakatan Rakyat tumbang, jangan gusar jalanraya terbentang luas. Di situlah medan perjuangan kita kelak..


Ini merupakan hukuman yang bakal diterima oleh DSAI

Jun 11, 2009

11/06/09. Khamis.

CERITA LAMA TAPI TAK LAPUK..................

Gaji Pengerusi SYABAS, Tan Sri Razali Ismail, diberitakan mencecah RM5.1 juta setahun. Itu tidak termasuk “claim” dan grautiti lain. Al maklumlah, perkara asas seperti air pun Barisan Nasional mahu meniagakan untuk menguntungkan kroni.

Sekiranya SYABAS mampu membayar gaji Pengerusi mereka dengan sebegitu banyak sekali, bayangkan betapa besar keuntungan yang didapati oleh mereka dari perusahaan mereka menjual air.

Razali berhujah
bahawa dia layak menerima gaji setinggi tersebut kerana ianya melambangkan kemahuan serta kebolehan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dari nya.

Soal sekarang, apa yang susahnya untuk mentadbir SYABAS, semua syarikat monopoli.

Kalau Steve Job misalnya, layak menerima gaji yang tinggi kerana selain dari permasaalahan mentadbir sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa, beliau terpaksa memikirkan persaingan yang beliau terpaksa hadapi dengan syarikat lain seperti Dell dsbnya.

Apakah saingan yang perlu dikhuatiri oleh SYABAS? Adakah syarikat lain di Selangor yang memberikan khidmat air kepada pengguna? Adakah pengguna di Selangor mempunyai dua paip air di setiap rumah dan dua meter air di setiap rumah mereka?

Tidak, kerana SYABAS adalah bisness monopoli dan tak perlu seorang yang bergaji dan berkebolehan tinggi untuk menjayakan syarikat ini.

Ini bererti pembayaran gaji kepada Razali Ismail ini adalah satu bentuk korupsi yang menjadi mercutanda UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO Adalah Ibarat Parasit

Kesemua sumber asas negara telah dieksploitasi oleh UMNO atas nama Ketuanan Melayu untuk menjadikan beberapa kerat UMNOPUTRA kaya raya.

Manakala, majority rakyat dan orang Melayu masih merempat dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk menampung keluarga mereka.

Dari kajian yang dibuat baru-baru ini, 65% dari keluarga Melayu di Malaysia hanya mendapat RM3500 sebulan (dalam kedua-dua ibu dan bapa bekerja).

Pada waktu yang sama kita lihat ada CEO kepunyaan UMNO yang mendapat gaji RM5.1 juta setahun tidak termasuk “benefit”.

Lihatlah betapa besar jurang pendapatan UMNOPUTRA dengan majority rakyat Malaysia dan orang Melayu.

Inilah dia hasil polisi dan pentadbiran UMNO selama lebih 50 tahun. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin dirompak.

Keluarga Melayu yang mendapat RM3500 setahun ini akan lebih dibebankan dengan kenaikkan bil air demi untuk menanggung gaji para UMNOPUTRA yang duduk di tampuk pentadbiran SYABAS.

Saya tinggal di Selangor dan saya melihat kualiti air , tidak ada perubahan yang jelas walaupun bil air saya semakin menaik.

Rupanya, kenaikan bil air saya itu diperlukan untuk mengkayakan lagi para UMNOPUTRA.
11/06/09. Khamis.

HANTU YANG DIHANTUI...............


Hari ini terlalu banyak cerita hantu yang kita tahu. Nama hantu yang dah pupus dulu muncul kembali. Kita takut dengan hantu dulu kerana kita selalu ditakutkan dengan hantu yang mampu membunuh, mencekik dan sebagainya. Sepaham saya belum ada hantu yang membunuh kerana hantu adalah syaitan yang dicipta dari sumber berbeza yang tak mampu menyentuh kita... hanya menakutkan...

Memang masa duduk kat kampung, kita amat takut bila lalu di tepi tanah perkuburan melayu. Mungkin kerana semak atau pelbagai cerita yang menakutkan. Bila saya sekolah di Izzuddin Shah sampai hari ini di beritahu terlalu banyak "projek" kat kubur cina belakang padang Sultan Abd Aziz. Tak takut hantu ke??? MALAH PROJEK ATAS KUBUR LAGI...

Sebenarnya orang tak takut hantu Cina kerana dalam filem cina hantunya bersifat lawak. Boleh berhenti dengan hanya tampal plaster jepun je.... lepas tu main lompat plak..bukan terbang macam hantu melayu....kesimpulannya hantu ditakuti kerana gambaran hantu itu selamanya buruk.... cuba kita gambarkan hantu tu cantik macam Harum sundal Malam " maya Karin???? Atau macam orang dulu kata kalau dapat letak paku kat tengkuk Langsuir, kita akan dapat gadis yang cantik???? mesti ramai jadi pemburu hantu kan????? mungkin saya antaranya.... melalut pasal hantu la plak...

Apa yang saya nak ketengahkan ialah ketakutan masyarakat kita terhadap hantu... Sebenarnya ketakutan itulah musuh utama kita. Kemalangan berlaku kerana gangguan hantu menakutkan orang bukan kerana hantu mencekik orang... sebab tu masa belajar dulu.. Dr Harun Din Nasihatkan.."kalau takut hantu berhenti dulu dan baca ayat Kursi..jangan lari... hentikan dulu kenderaaan..." Kata kawan saya " kalau dah takut macam mana nak berhenti???" ya tak ye jugak.... puncanya TAKUT.

Kalau di tanya berapa orang yang pernah bertemu hantu??? jawapannya dua antara sepuluh ribu kut.. itu pun satu darinya ..pokok pisang yang disangka hantu...Ramai yang lari atau memandu laju kerana takut hantu lalu kemalangan. Ramai juga yang hilang kawalan hanya kerana takut bila melihat bayang seakan hantu dan jatuh lumpur kerana bayang itu . PERSOALANNYA ..HARUSKAH KITA TAKUT SESUATU YANG KITA TAK PASTI??? kenapa tak diselidiki terlebih dahulu??? tidakkah gopoh itu dari syaitan??

saya amat bimbang kita membunuh kawan kita kerana kita ditakutkan kononnya ada perompak yang menunggu di luar pintu rumah kita...bila kita menyerang ...rupanya kawan karib yang bertujuan menghantar hadiah untuk kita.... andai parang yang kita gunakan dan sahabat kita luka atau mati...tidakkah kita menyesal?????

Lebih malang lagi jika kita memukul seseorang dalam gelap hanya kerana ketakutan kita terhadap hantu, rupanya itu adalah ayah yang membesarkan kita..kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi terhadap kita..walau berkali ayah menyebut" ini ayah bukan hantu..." hanya kerana ketakutan terhadap HANTU YANG SELAMA INI KITA TAKUTI... SEDANG TAK PERNAH KITA TEMUI

Jun 10, 2009

10/06/09. Rabu.

BANGSA MELAYU TERUS TINGGAL NAMA UNTUK JENERASI AKAN DATANG....

Menteri Pelajaran Malaysia mengemukakan cadangan untuk mewajibkan pelajar lulus bahasa Inggeris bagi kertas SPM. Beliau meminta pandangan ramai tentang perkara ini. Mungkin juga, gimik politik UBN sahaja atau sebaliknya.

Rasionalnya untuk mewajibkan bahasa penjajah, ini tidak jelas dalam menyatupadukan masyarakat di Malaysia ini. Kenapa bahasa Inggeris tidak BAHASA MELAYU? Apa kurangnya bahasa Melayu ini? Dahlah PPSMI bangsa Melayu di luar bandar jauh ketinggalan ini kan pula nak menjalankannya diperingkat SPM? Saya rasa bangsa Melayu akan tinggal nama sahaja selepas ini.

Saya lihat UBN ni terlalu mengutamakan bahasa penjajah ini bermula era mahathir lagi. Lihatlah di eranya PPSMI berlaku, sekolah agama rakyat dipinggir, yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana, hinggakan menyalahkan zaman Nabi Muhammad SAW tidak ada pisau cukur. Rakusnya UBN telah terlalu teserlah hingga tidak boleh dibendung lagi, sekarang cuba pula untuk meminggirkan bahasa Melayu lagi yang menjadi dokongan setiap rakyat Malaysia.

Bahagian Pendidikan juga dijadikan tapak berpolitik. Ingatlah UBN! Pendidikan jangan jadi tapak untuk kita menghamburkan gimik politik. Pendidikan kita serahkan kepada mereka yang lebih arif dan tahu untuk mengajar anak-anak didik mereka iaitu GURU. Bila pendidikan dicampurkan dengan politik maka yang ruginya adalah bangsa Malaysia juga. Bak kata pepatah Melayu, " kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan ".

Janganlah diagungkan bahasa penjajahtu. Wajibkan sahaja bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris, itu lagi baik kerana ia bahasa pertuturan setiap rakyat Malaysia. Manik Urai bertindaklah secara bijak. Ingatlah! penduduk Manik Urai khususnya bangsa Melayu, seandainya bahasa Inggeris juga dipilih maka BANGSA MELAYU akan tinggal nama sahaja selepas ini...







10/jun/09. Rabu.

TUTUP MULUT..... TUMPUKAN UNTUK KAPANKAN UNMO/BN

Masih berlegar dengan isu “Kerajaan Perpaduan” dan ini adalah posting penutup dari aku berkaitan isu ini. Aku setuju dengan saranan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali (klik di sini).

Tetapi semua saf pimpinan PAS haruslah menyedari walau apa yang di perkatakan itu hanyalah sebagai teori daripada Tuan Presiden PAS, kalian semua sudah melihat apakah reaksi dan tindakbalas dari jemaah pula. Jangan di ulang dengan perancangan dan teori bodoh-bodoh yang melibatkan persetubuhan (kerjasama) haram dengan umno. Apatah lagi jika berkhalwat dalam gelap...

Dan diharapkan supaya saf pimpinan dapat menegur Timbalan Presiden dan kuncu-kuncu mereka supaya jangan buat perangai keji dan munafik seperti bercakap berbelit-belit dan menafikan pertemuan secara sulit dengan umno tempoh hari, itu pun tembelang beliau pecah kerana PakLah… kalau tidak siapalah mangsa beliau ketika itu yang mahu di saman kononnya memfitnah beliau… Piiirahhh… walau macam mana pun secara peribadi aku dah hilang kepercayaan dan hormat kepada Ustaz Nasha, go to hell with him.

"Ini petikan dari blog Khir Toyo;
2. Saya ditanya oleh sahabat-sahabat mengenai isu kerajaan perpaduan ini. Mungkin pertanyaan tersebut bersandarkan kedudukan saya sebagai salah seorang pelopor penubuhan kerajaan BN-Pas di Selangor tempoh hari."


Jika ada sesiapa nak mempersoalkan berkaitan “wala” atau “taat” pada pemimpin… eloklah di kaji terlebih dahulu… pemimpin seperti mana yang wajib di taati, sudah pasti bukannya seorang munafik. Jika ada yang memperkatakan kononnya menghina Ulama, kajilah dahulu apakah kelayakan yang boleh mengangkat darjat seseorang itu sebagai seorang ulama…, kalau setakat degree dan PHD dari Al-Azhar balik dah boleh digelar ulama… ha…ha…ha… ramai yang jadi Ular Dalam Semak lepas tu tepuk dahi…. Alamak….

Ulama Muktabar yang terdahulu pun takda PHD, tapi masyarakat tetap menghormati dan mengangkat taraf mereka sebagai Ulama. Bezanya ambil yang paling mudah sekali contoh cara kehidupan Tuan Guru Nik Aziz yang serba sederhana dengan Presiden Haji Hadi dan Tim. Presiden yang elitis. Pandai-pandai korang nilaikanya… ha..ha..ha… alamak…ulama… ammakkk…

Berbalik kepada saranan Datuk Mustafa Ali supaya kita semua lupakan isu ini dan aku bersetuju dengan beliau supaya kita semua menumpukan perhatian dengan tujuan nak benamkan Umno dan lawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang akan datang.

Aku malas nak cakap banyak…. Yang pasti benamkan umno buat selama-lamanya…. Tanpa umno rakyat masih boleh hidup dan lebih sejahtera lagi... contoh seperti di Penanti... ha..ha...ha... aman dan damai... sebab ketuanan melayu takda.... polis pun tak banyak kerja... boleh tumpu kepada kes jenayah....

Isa: Apa beza Pemimpin umno dan PAS? ha..ha...ha... sama jer... bernafsu... bezanya Iman dan Taqwa... tak gitu Tuan Ulama....?