ERTI BERMARTABAT
Sep 18, 2009
Hanyar mengucap tahniah keatas mantan MB umno Selangor kerana pantas membuat laporan polis kerana surat ugutan bunuh atau disumpit beracun. Rakyat Malaysia mengharapkan pihak PDRM perlu tegas bertindak untuk siasatan demi kebaikan Khair, rakyat marhain serta Pakatan Rakyat.
Hanyar menitik berat perkara ini kerana kebiasaan apabila penyokong dari parti pembangkang menerima ugutan seperti itu, pihak bertanggungjawab kurang memberi layanan. Malah dituduh pula sengaja mengadakan propaganda.
Apa yang berlaku kepada YB Karpar Singh dahulu? Hambar je.
Yang penting, Pakatan Rakyat perlu berhati-hati melalui liku-liku yang diamanahkan dari rakyat untuk menerajui Kerajaan PR dengan baik. Satu penggal bukan bermakna sudah selesai janji-janji manifesto PRU12.
Pakatan Rakyat menang bukan dari pengundi karat pembangkang. Kemenangan adalah bantuan dari pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar, amat bermakna dan penting untuk kemenangan. Pengundi atas pagar perlu dipupuk dan perlu diberi layanan dengan adil.
Pimpinan yang berjawatan besar mau pun kecil perlu sifar kepada dendam atau sakit hati.
Janganlah bila ada kedudukan yang berjawatan agak baik sikit sudah menjadi sombong.
Itulah harapan Hanyar untuk melihat Pakatan Rakyat terus memerintah Malaysia sehingga mata dunia menjadikan contoh lebih baik dari BN dulu.
JANGAN NAMPAK CANTIK KERANA BERMEKAP.
KALAULAH NISBAH 10001 ORANG SEPERTI PEMIMPIN INI (Kor Ming), SUDAH TIDAK MENJADI MASAALAH KEPADA RAKYAT DAN NEGARA.
Benar pun Islam bukan untuk melayu, tetapi untuk semua. Tak caya Tanya ulama (KIAI)
Kenyataan Iklas TGNA (Mursidul Am PAS)
Sep 16, 2009
SAMPAI KEKAMPONG ATAU KEKUBOR, ANGKARA TOL PERCUMA LEPAS JAM 12 T/MLM
Tidakkah mengundang kecelakaan dan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya?
Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil.
Berikut senarai lima anggota Jemaah Islamiah (JI) yang dibebaskan dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) petang ini.
1. Abdullah Daud
2. Mat Sah Mohd. Satray
3. Ahmad Kamil Md. Hanapiah
4. Mohd. Nasir Ismail
5. Muhammad Amir Md. Hanafiah.
Antara lima yang dibebaskan itu, Abdullah Daud merupakan tahanan yang paling lama ditahan iaitu selama tujuh tahun enam bulan. – Utusan.
Sewaktu Najib menjawat PM 1Malaysia Mac lepas dibebaskan tahanan ISA yang sekumpulan besarnya dari Kumpulan Hindraf... Kerana PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau......, dan kenapa senarai 5 orang ini ditahan lagi menderita di KEMTA manakala anak isteri di rumah turut menderita, malah tahanan Saudara Abdulah Daud sampai 7 tahun 6 bulan.... kenapa jadi begitu... bukankah pihak PDRM cekap serba serbi, buktikan diMahkamah, buat tuduhan.. jangan main tahan tanpa bicara...
Malah ada satu ketika KPN Norian Mai pernah membuat kenyataan kononnya Tahanan ISA yang aku ingat Tian Chua, Hishamudin Rais, Mat Ezam sewaktu ditahan mereka dituduh dengan bermacam-macam jenis kesalahan sehingga menggunakan senjata pemanacar roket kalau aku tak silap, tetapi tuduhan tersebut senyap sampai sekarang sehingga mereka dibebaskan, malah Mat Ezam pun diam tak bersuara ketika ahli politik Malaysia sibuk berbincang hal ISA..
Trend pembebasan tahanan ISA memang yang lepas-lepas selalunya dilakukan berhampiran hariraya.. apakah ini sebagai nak ambik hati tahanan tersebut...aku pun tak pasti...
Tetapi yang aku PASTI Insyallah Perbuatan Pemimpin UMNO yang menyiksa manusia tak kira agama apa pun ditahanan ISA yang mana tahanan itu tidak bersalah pun, maka Pemimpin UMNO itu, Ahli-ahli UMNO yang menyokong pemimpin Itu dan juga umat ISLAM yang menyokong akta ISA itu, Tok Mufti Perak dan Ahli Majils Fatwa yang berdiam diri semuanya, anda semua semua jangan bimbang....
JAWABLAH DIDEPAN ALLAH NANTI DIRABBUL JALIL.. KENAPA ANDA BOLEH JADI BEGITU......
Sep 15, 2009
Sep 14, 2009
KHIR TOYO BERKERETA PROTON WIRA KEPUTRA JAYA.

Rakyat Selangor mahukan ia merupakan satu siasatan yang komprehensif. Terlalu banyak aduan dilakukan terhadap bekas MB Selangor itu, apakah SPRM hanya memilih hanya satu-dua kes mengikut kemahuan Ketua Pesuruhjayanya?
Hanyar berharap siasatan itu bukan satu sandiwara tetapi benar-benar siasatan yang profesyenal.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis). Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang .
Keterangan diambil berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.
Dr. Mohd. Khir berjaya menghilangkan diri daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.(mengapa terlalu istimewanya Khir Toyo)
Difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.
Pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7. Menurutnya, ketika membeli rumah itu, hanya bernilai RM3.5 juta. Selepas tiga tahun serta diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.
GEMPAR ! Pendedahan Yg Sangat Baik! Sila Siasat

Sep 13, 2009
RM 1.35 JUTA MENJADI WANG RASUAH POLITIK UNTUK MASJID DAN SURAU DISELURUH SELANGOR.
Amalan umno 1Malaysia, sempena menyambut hujung Ramadhan dan sambutan Syawal, DSN telah meluluskan peruntukan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di seluroh Selangor untuk menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan dan Syawal.
Pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar. Seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.
Yang menjadi persoalan kepada masyarakat Selangor, kalau pun hendak diberi bantuan kepada masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung puasa. Hanyar menitik beratkan perkara ini adalah seperti peruntukan rasuah sempena bulan Syawal yang mulia bagi penganut Islam.
Sikap 1 Malaysia menunjukkan cara kepimpinan tidak cerdik dan mencerminkan kehancuran unmoBN akan muncul tiba. Hanyar persoalkan ialah mengapa RM1.35 juta atas nama parti umnoBN dan sangat keterlaluan kerja rasuah konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor .
Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini. Kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.
Berbagai rancangan taktik lapok itu digunakan oleh BN, Hanyar yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.
Rakyat prihatin wajib sebarkan pada semua rakyat yang miliki MY KAD “KATAKAN BN RASUAH/SALAH GUNA HAK UNTUK ISLAM DI BULAN MULIA”
Sep 12, 2009
SEJAUHMANAKAH SPRM AKAN MENYIASAT TUDUHAN KES RASUAH BEKAS MB UMNO SELANGOR YANG LALU?
Hanyar tidak merasa terlalu berbangga apabila SPRM ada membuat siasata terhadap tuduhan berbagai kes rasuah Khair Toyo semasa beliau menjawad jawatan Menteri Besar. Akan tetapi mencurigai kerana SPRM adalah tali barut umnoBN. Walau apapun itu adalah tanggungjawab SPRM.
Hanyar juga mengucapkan setinggi tahniah kepada pengundi-pengundi Selangor semasa PRU 12 yang lepas kerana memberi mandat besar kepada pimpinan Pakatan Rakyat melaksanakan tanggungjawab besar untuk lebih mudah menguasai maklumat dari Pejabat SUK.
Hanyar berbangga kerana rakyat telah faham kuasa dijari mereka amat bermakna untuk sesebuah negeri yang dicintai diberi kepada pentadbir yang beramanah. Dari jarijemari merekalah keputusan mutlak yang dianggap sebagai "kuasa keramat".
Oleh itu, setelah rakyat Selangor memberi kuasa mutlak kepada pimpinan yang baru, sama-samalah pimpinan yang terpilih bertanggungjawab melaksanakan amanah itu dengan berbudi berbahasa.