ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 21, 2010

BIAR DIADALI DENGAN SOPAN

Allah Maha Esa Memihak Kepada Kebenaran

Sesuatu yang jelek, walaupun ia sudah melata, masih tidak boleh dihalalkan semata-mata kerana ia sudah menjadi amalan umum. Yang salah tetap salah, yang keji tetap keji, yang haram tetap haram.

Apa yang berlaku tidak bererti PR melakukan kesalahan. Tetapi harus beringat Rakyat Hakim Negara. Ditekan, dipijak dan berbagai yang dilakukan oleh rejim umno, PR tidak akan mudah mengalah.

Kebenaran yang melakukan kesalahan PR tidak akan bela. Tetapi harus diingat, jika ianya dimanipulasi memutar belitkan kebenaran, sepertimana DSAI berkata, kita akan lawan habis-habisan. "Membujur Lalu Melintang Patah".

Gambar dan sedutan dibawah adalah petikan dari mstar/Bernama.


Sebahagian daripada sembilan suspek termasuk seorang wanita kes penyeludupan pasir dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang di sini, hari ini untuk ditahan reman selama lima hari bermula hari ini. Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan penangkapan 35 orang di lima negeri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir. --Foto BERNAMA

Jan 18, 2010

18/01/2010. Isnin.

TAPAK BUANG SAMPAH SUNGAI SEDU DITUTUP

18 Januari 2010 telah menjadi kenyataan pada penduduk Kg Sg Sedu. Sejak sekian lama sampah dibuang kawasan belakang Kampong Sungai Sedu dan setelah hampir 2 tahun PR memerintah, hari ini bermulanya penutupan rasmi berlaku.

KAIN PEMIDANG YANG DIPASANG SEPERTI MELEPAS BATUK DITANGGA(tiada ikatan yang kemas dan ditiup angin tidak boleh dibaca)

Nampaknya kain pemidang yang digantung seperti sambil lewa, ia penting sebagai masej kepada rakyat Kuala Langat dan pengguna untuk membuang sampah. Hari ini terdapat beberapa buah lori sampah, kelihatan masuk kerana masej tidak jelas.

Yang dimaksudkan, seperti tidak bersedia untuk pembersihan dan menghalang untuk lori masuk, adalah seperti tiada besi penghalang dan sampah berselerak diatas jalan laluan lori masuk. Dan kelihan sampah yang berselerak di timbunan buang sampah tidak ditutup dan masih lagi ramai orang-orang yang tidak berkenaan masuk mencari barang buangan dan tidak dikawal.


GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH ADALAH KEADAAN SEBENAR YANG MERAGUKAN

GAMBAR MENUNJUKKAN TIADA PAGAR DITUTUP DAN TIADA AMARAN LARANGAN MASUK SERTA SAMPAH BERSELERAK DIJALAN MASUK.


Dimanakah hero Philip Tan yang diberi mandat oleh rakyat sebagai Wakil Rakyat untuk mengarah MDKLgt jangan terlepas pandang? Lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil sebentar tadi setelah aduan penduduk pada Hanyar.


Jan 15, 2010

15/01/2010. Jumaat.

Sikap Alam Flora Tidak Berdisiplin

Aduan dari pengguna jalan raya dan penduduk sejak lama, tetapi masih tidak berubah untuk mendisiplin kerja semasa diatas jalan raya yang boleh dikatakan merbahaya.

Setelah beberapa kali pengadu memaklum pada hanyar sikap pemandu lori Alam Flora yang tidak menitik beratkan keselamatan dan merbahaya.

Hari ini adalah bernasib baik kepada juru kamera hanyar, kebetulan melalui jalan Dengkil Banting bersebelahan SMK Sungai Manggis lebih kurang jam 11 pagi, lori sampah Alam Flora sedang mengambil sampah. Kelihatan lori sepertimana pengadu adalah benar daripada aduan bahawa menganggu lalu lintas dan merbahaya. Sementara itu juga, sampah yang diambil sudah beberapa hari hinggakan berbau dan menganggu mesra alam kerana disitu juga berhadapan dengan restoran Malabar yang membayar cukai kepada MDKLgt. Pelangan merasa kurang senang apabila sampah itu tidak diambil buat beberapa hari dan menjadi berbau busuk.

Dan lori sampah Alam Flora kebanyakan juga, bocor dan air busuk menitis keluar diatas jalan raya serta kerap berterbangan sampah diatas jalan raya semasa lori bergerak laju.

Bagaimanakah pemantauan pegawai Alam Flora yang kurang prihatin atau telah berkompromi dengan ketua-ketua jabatan MDKLgt yang terlibat?.

Oleh kerana kesilapan pihak bertanggungjawab, sebagai mata dan telinga (ahli majlis dan JKKK) kepada kerajaan, kerana tidak prihatin, maka perkara seperti ini boleh dimanipulasi oleh rakyat yang menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat.


Jan 13, 2010

13/01/10. Rabu.

ANWAR DIUGUT ISA KERANA BN TAKUT KEPADA RAKYAT


Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh UMNO sebagai dalang sebenar di dalam perkara ini sangatlah dikesali.

Persepsi masyarakat Malaysia pada masa kini melihat bahawa Umno cuba mendalangi isu ini, dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan oleh Anwar itu sebagai teguran. Konsep mendalangi itu luas kerana segalanya berpunca dari kelemahan Umno yang meletakannya salah seorang pemimpinnya sebagai Menteri KDN, tetapi gagal memainkan peranannya. Sewajarnya KDN menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan rundingan bukannya membiarkan NGO-NGO pro-Umno menghangatkan isu ini dengan demontrasi serta pelbagai provokasi, kata Ket. Penerangan PAS Pusat.

Ugutan kali kedua tentang penggunaan ISA semalam juga mengukuhkan persepsi bahawa Menteri sedang cuba menutup kelemahannya dalam menguruskan isu ini. Bila ada sahaja isu yang gagal ditangani, Menteri akan ugut ISA.

Penggunaan ISA pada persepsi rakyat, dimana orang-orang yang bersalah pada pandangan pemerintah perlu disimpan didera dan tidak dibicara untuk keselamatan bn. Ini jelas sebagai satu strategi untuk memperlihatkan BN begitu dominan. Pendakwaan di Mahkamah adalah satu penyelesaian yang adil dan semua pihak agar bertenang disamping mengukuhkan perpaduan.

Pengalaman yang ada, percaturan politik BN sudah dapat dibaca rakyat. Oleh itu, diingatkan KDN supaya bertindak bijak, bukannya menurut hawa nafsu politik Menteri yang mahu menyelamatkan partinya yang kini terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat dan mahu dilihat ‘juara rakyat’ dengan mengorbakan pimpinan Pakatan.

Pimpinan politik dari PR juga menghormati tugas pihak Polis dan KDN, tetapi kelembapan KDN bertindak boleh menyebabkan isu ini mencetuskan ketegangan yang berpanjangan. Berulang kali Hishamuddin menyebut bahawa KDN sudah kenal pasti suspek, tetapi hingga hari ini tiada satu tangkapan pun dibuat. Menteri sepatutnya ‘walk the talk’ bukan ‘Talk the walk” sahaja.


13/01/10. Rabu.

TAHUN BARU CINA DAN MERCUN ADA KAITANNYA

Lori seberat 4000 Kg telah ditangkap oleh Kastam Pahang semalam. Harap-harap tidak ada lagi mercun dinegeri itu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Jangan pula, mercun-mercun itu dituduh oleh orang ramai, Kastam sebagai penjual mercun.

Hanyar amat meragui kerana setiap kali menjelang perayaan, mercun ada dijual dipasaran gelap. Dengan harapan biarlah jelas setiap kali tangkapan, dan tidak ada berbunyi letupan haram angkara pasaran gelap.

Begitu juga diKuala Langat, Hanyar berpesan agar tidak ada mercun, kononnya dilupus, sebaliknya lain yang berlaku.

Persediaan Tahun Baru Cina

KUANTAN, 12 Jan -- Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan (kanan) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Mohamad Zubli Din (kiri) menunjukkan mercun-mercun dan bunga api yang dirampas sebelum sidang media di sini.


Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan (kanan) dan Penolong Kanan Pengarah Kastam Mohamad Zubli Din melihat sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas sebelum sidang media di sini, hari ini.

Pengarah Kastam Pahang Datuk A. Samawe Hassan menunjukkan mercun jenis baru menyerupai buah kelapa sebelum sidang media di sini, hari ini.

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang menahan dua buah lori yang membawa muatan 4,000 kilogram mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM280,000 di Km 92 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini.

Sumber : Bernama

Jan 10, 2010

10/01/10. Ahad. Merekalah yang sebenar “wakil rakyat Malaysia”.

TAHNIAH PADA YANG DILANTIK DAN YANG MELANTIK.

Dikesempatan ini hanyar dan rakyat Kuala Langat mohon restu dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada PKR yang masih merupakan memperkuatkan untuk memperkukuhkan parti. Setiausaha Agong adalah sebahagian penting kepada tunjang kekuatan parti.

Kepada mantan Setiausaha Agong yang baru melepaskan jawatan, kerana beri laluan untuk kebaikan parti kearah mulia, sekalong tahniah diucapkanatas susah payah mengharungi selama 6 tahun.

Wajar dan berkelayakan, sesuai kepasa YB Saifuddin untuk menerima jawatan tersebut. Beliau amat berketerampilan dan dikenali sepertimana pimpinan yang lain. Bagi hanyar, beliau juga adalah salah seorang yang berada apabila menghadapi pancutan air setan umno dibarisan hadapan dan bertanggungjawab kepada penyokong. Tugas yang dipikul YB Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parliman. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah sebaik mungkin.

YB Saifuddin juga mempunyai prinsip perjuangan yang tidak lembik sewaktu tersepit. Oleh itu hanyar dan penyokong mengharapkan kepada YB, mestilah melaksanakan, mencerminkan dan menghayati “keadilan”. PKR adalah parti yang berasaskan etika keadilan. Jiwanya adalah “keadilan”. Wajahnya adalah “keadilan”. Perjuangannya adalah “keadilan”. Semangat perjuangan dan kepartian tidak boleh mengatasi etika keadilan. Jika ia berlaku, maka aspirasi perjuangan akan menjadi hambar dan lambat laung ia akan pupus. Dengan itu akan terkuburlah hasrat dan harapan rakyat.

Amatlah penting setiap pemimpin parti, ahli jawatankuasa parti, pegawai-pegawai parti, ahli-ahli parti, penyokong-penyokong parti, memahami, menginsafi, dan menghayati bahawa mereka adalah pemegang amanah rakyat, pejuang masa depan rakyat, dan menyambung doa rakyat. Sesuatu yang jelek, walaupun ia sudah melata, masih tidak boleh dihalalkan semata-mata kerana ia sudah menjadi amalan umum. Yang salah tetap salah, yang keji tetap keji, yang haram tetap haram. Merekalah yang sebenar “wakil rakyat Malaysia”.

Diingatkan juga budaya parti adalah budaya individu, Individu beretika, maka parti beretika. Maka barulah parti bediri teguh, tesergam indah bak bangunan yang gagah, memberi perlindungan dan keselesaan bagi yang ingin bernaung, dipandang cantik lagi indah. Barulah parti dapat menunaikan hajat rakyat.

Diakhir kata, hanyar dan rakyat Kuala Langat mengalu-alukan semoga direstui Allah Yang Maha Esa. Semoga lebih berjaya buat YB Saifuddin sebagai Setiausaha Agong yang baru.


Jan 9, 2010

09/01/10. Sabtu.

SEKOLAH BISTARI ERA UMNO 1 MALAYSIA.

Kehebatan 1 Malaysia yang dipimpin oleh unmo Sabah, diterajui oleh Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah adalah retorik belaka. Terbukti ditempat sendiri diabaikan untuk kepentingan rakyat yang belajar dikawasan beliau sebagai wakil rakyat adun Sungai Sibuga (N42) yang terletak dalam P184 yang juga dari umno Jusli Haji Rul .

Masaalah besar pada sekolah Bistari itu, seperti dalam gambar. Bumbong asrama terbakar sejak lama tidak dihiraukan untuk dibaik pulih sepertimana yang diperkatakan oleh Sdr En. Mohd Tahir Mamong yang juga sebagai Naib Ketua 1 Cabang Libaran. Apakah kepentingan pemerintah, sepertimana 1 Malaysia yang digembur-gemburkan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".

Difahamkan sekolah ini juga adalah sekolah Bistari yang mempunyai asrama dan satu-satunya sekolah Bistari yang terdapat diDaerah Sandakan Sabah.

Kalau dilihat yang diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, sekolah-sekolah untuk pelajar harus diutamakan untuk kepentingan pelajar mengapa tidak dibaik pulih, sekolah Bisrari itu, lebih-lebih lagi di kawasan Ketua Menteri? Sdr En. Mohd Tahir Mamong (gambar sebelah) juga yang bakal mencabar kerusi umno, untuk menjadi calun akan datang di mana-mana dun kawasan P184, berkata PR menitik beratkan masaalah ini dan perlu dibaik pulih seberapa segera oleh kerajaan memerintah.

Oleh kerana tidak dibaiki terhadap masaalah kecil bagi pemerintah 1 Malaysia, ini bermakna kegagalan mentadbir kepada Musa Aman sebagai Ketua Menteri. Perdapat Sdr En. Mohd Tahir Mamong dan rakyat marhain, Musa Aman tidak mempunyai pengaruh kuat untuk kepentingan rakyat dan hanya mementingkan peribadi sendiri dan umno diSabah sahaja.

Dilihat juga diNegeri-negeri yang diperintah oleh PR, terlalu sibuk 1 Malaysia mengganggu pentadbiran Negeri-negeri terlibat. Rakyat Sabah sudah cerdik dan tidak boleh disangkal lagi untuk menolak umno semasa PRU akan datang.

Kemajuan dan kebajikan rakyat harus menjadi fokus utama Pakatan Rakyat. Walaupun susah dan payah macamana sekali pun kita harus redha menerimanya. Allah tidak akan memberi keberkatan kemenangan kepada kita seandainya kita tidak jujur dalam perjuangan kita. Percayalah, kita akan mendapat satu kepuasan yang tak terhingga sekiranya perjuangan kita untuk rakyat mendapat kejayaan.

Sdr En. Mohd Tahir Mamong menyeru seluruh ahli, penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat perlu meneruskan perjuangan untuk memajukan kehidupan rakyat. Kita tak perlu takut dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang tidak berprinsip sebaliknya kita perlu takut pada kuasa yang ada pada rakyat. Maka keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.


08/01/10. Jumaat.
(Najib Bertanggungjawab)

LAKNATULLAH JIKA JIKA ISLAM PUNYA KERJA.

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W, mengutuk umatnya buat kerja terkutuk. Hanyar menyangkal sekeras-kerasnya, jika Islam dituduh melakukannya. Jangan sesuka hati lebelkan dengan Islam kepada bangsat melayu yang bertanggungjawab membesarkan isu-isu sensitif itu. Kerana ia adalah perkara terkutuk disisi islam.

Sementara itu juga, tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyerang dan membakar tiga buah gereja di Lembah Klang awal pagi tadi bercanggah dengan Islam. Mengenai tiga insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara adalah amat mengecewakan umat islam.

Orang beragama islam yang berpandu pada alquran dan hadis, tidak boleh lari pada ayat-ayat yang terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W iaitu, melarang umat Islam daripada mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak tahu terhadap agama islam.

Rakyat hendaklah lebih bersikap profesional dalam menghadapi isu yang sensitif seperti ini.Rakyat keseluruhannya perlulah sentiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membenarkan perhimpunan aman di mana-mana masjid bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah, adalah sebagai bertanggungjawab untuk mengharubirukan keadaan, dan hanyar berpendapat Najib cuba bermain politik. Sedangkan isu agama ini jika dibiarkan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk di negara ini.

Hanyar menyeru agar sepertimana yang disuarakan oleh, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam tindakan menyerang tiga buah buah gereja dalam kejadian awal pagi tadi.

Menurut beliau, Islam menggesa umatnya menghormati tempat beribadat agama lain.

Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al-Quran, agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah ibadat penganut agama lain," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertenang dan tidak mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu ini.

"Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian dan sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit.

"Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik," katanya.