ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 5, 2010

ANWAR PULAK DIPERSALAHKAN, APA PUNYA AKAL PAK DIN NI....

SEMPIT POLITIK untuk menghasut dari TPM (apa nak jadi nih?)..

TPM semalan telah membuat kenyataan yang ada berbaur politik kotor untuk kepentingan samaada peribadi atau korap politik. Dalam hal ini Anwar pula dipersalahkan. Sedangkan, apa yang rakyat Marhaen dapat jelas nampak siapa yang melakukan perpecahan untuk perpecahan orang melayu. Info di bawah adalan petikan dari Bernama dan mestibaca untuk dinilai.

Muhyiddin: Anwar sebabkan perpecahan orang Melayu
Jul 4, 10 9:05pm
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.

"Buktinya (tindakan Anwar) adalah amat jelas. Rakyat perlu sedar tentang sikap berdolak-dalik dan pembohongan yang dilakukan oleh beliau, yang telah menyebabkan perpecahan dan keretakan di kalangan orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat.

Akhbar Washington Post melaporkan, dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, Anwar bertemu dan meminta maaf dari rakan-rakannya di negara itu dan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis '.

Muhyiddin berkata, bukti mengenai hubungan baik Anwar dengan pemimpin Zionis dan Yahudi di Amerika Syarikat juga adalah jelas untuk dinilai oleh rakyat dan orang Melayu.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan di antara Datuk Zaid Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin di London baru-baru ini, Muhyiddin berkata, ia menunjukkan hubungan yang jelas di antara PKR dengan penulis portal berita "Malaysian Today" yang sedang diburu oleh polis.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Muhyiddin mengingatkan anggota Umno bahawa mereka mempunyai tempoh tidak lebih daripada dua tahun untuk melakukan perubahan dan persedian bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Perubahan atau transformasi perlu dilakukan dengan cepat kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi," katanya sambil menambah bahawa anggota Umno perlu bergerak dengan segera dalam melaksanakan perubahan yang dituntut.

Timbalan Presiden Umno itu juga berkata, anggota Umno perlu melakukan perubahan kerana lanskap serta senario politik negara pada ketika ini telah jauh berubah hasil daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Katanya, perubahan itu perlu dilaksanakan untuk memulihkan perpaduan di kalangan orang Melayu yang berpecah kepada tiga golongan dan memastikan mereka kembali menyokong Umno serta perjuangannya.

- Bernama

Jul 4, 2010

GEMPAR! PANGLIMA TLDM SINDIR ZAHID HAMIDI! BACA INFO NI.....

Apa pendapat korang ek?


LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan teragak-agak mencadangkan pembatalan kontrak mana-mana syarikat atau pengambilan tindakan undang-undang berikutan terdapat trend penyebaran maklumat berdarjah negara, termasuk kesiagaan aset strategik kepada pihak yang tidak berkenaan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata maklumat berkaitan kapal selam juga sengaja dimanipulasi atas dasar keterbukaan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan perhatian umum dan kepentingan tertentu.

[Siapa lagi kalau bukan Zahid menembak kaki BN untuk malukan Najib?]

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa sebarang kebocoran maklumat mengenai status kesiagaan aset TLDM sama ada melalui kelemahan sistem pengurusan maklumat mahupun disebabkan oleh mana-mana individu, institusi kerajaan atau syarikat yang berurusan dengan TLDM boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi negara," katanya.

[Sila siasat dan kenakan tindakan terhadap Zahid.]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan kepulangan kapal selam kedua negara Kapal Diraja (KD) Tun Razak di Pangkalan TLDM di sini.

Sambutan KD Tun Razak yang itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa sementara Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM turut menaiki kapal selam itu dari Langkawi, Kedah.

Beliau juga berkata sebagai negara pengendali kapal selam, segala aspek keselamatan terutama nyawa anak-anak kapal sentiasa diutamakan di mana pengoperasian yang selamat dan senggaraan yang ketat perlu dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi.

Abdul Aziz berkata kerosakan walaupun kecil tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh disamakan dengan kerosakan biasa aset permukaan.

"TLDM akan sentiasa memastikan aspek keselamatan ini diberi keutamaan pada sebilangan masa kerana prosedur yang ketat adalah tunjang kepada kejayaan pengendalian kapal selam," katanya.

Mengenai KD Tun Razak yang tiba di sini, beliau berkata kapal selam kedua negara itu berjaya melaksanakan 85 peratus selaman iaitu 40 hari daripada 47 hari berada di laut.

"Secara keseluruhannya, KD Tun Razak telah berjaya mengharungi pelayaran selama 64 hari dan perjalanan sejauh 7,283 batu nautika atau 13,488 kilometer merentasi Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Aden, Laut Arab, Lautan Hindi dan akhir sekali Selat Melaka," katanya.

Beliau berkata kejayaan itu tidak banyak dikongsi oleh sesetengah negara pengendali kapal selam kerana mereka membawa pulang kapal selam dengan menggunakan perkhidmatan kargo. - BERNAMA


Betul apa yang Panglima tu cakap! Wahai Abang Zahid, ingatlah! Awak tu dalam Kementerian Pertahanan bukan Kementerian Penerangan! Awak menjaga portfolio yang paling penting dan sensitif tu, janganlah didedah rahsia tentera kita! BAHAYA bro! Sebab itu Panglima itu cakap sedemikian!

Kalau nak baca kisah panas lagi pasal Bro Zahid, klik sini dan sini

Kalau rasa dah tak boleh nak handle Kementerian ini, ada baiknya diserahkan saja kepada yang layak! Ini ada petikan sikit aku ambil dari PANEH MIANG!

Note: Rasanya TLDM patut siasat ketua mereka sendiri aka Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi kerana semenjak dia pegang portfolio pertahanan, banyak rahsia pertahanan bocor ke tangan pembangkang. Apa yang lebih membimbangkan, apabila rahsia pertahanan negara semakin terdedah kepada pihak musuh melalui penyebaran maklumat dan perbincangan secara terbuka oleh media pembangkang yang boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Kepada perwakilan dan pengundi Umno yang paloi tidak tahu menilai pemimpin, sila pastikan orang seperti Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan 'si pondan' Hishamuddin Hussien etc. tidak diberi tempat langsung dalam hirarki kepimpinan Umno pada masa akan datang. Tapi kok korang nak parti keramat oghang Melayu tu 'mampus' copek...mako pilihlah si kitul dan mandaliar tu lagi yo...

Jul 3, 2010

Bongkar : Najib & Anwar - Kenapa Mereka Ke Washington???






Pergi ke washinton terus jadi sahabat 

Amerika dan Yahudi ke?



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemergian Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington baru-baru ini adalah bukti bahawa Datuk Seri Anwar adalah pro-Zionis atau pro-Yahudi. Beliau juga meminta pada rakyat agar buat pertimbangan apakah sebenar Anwar Ibrahim itu.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah ke Amerika Syarikat untuk berjumpa dan bersalaman Presiden Barack Obama yang menurut Rossem seorang pelukis terkenal yang menyifatkan gambar najib dan obama bersalaman merupakan gambar yang termahal untuk tahun ini. Ini kerana mengikut apa yang aku baca dalam internek dan masih tiada penafian daripada najib jumlah yang dibayar untuk berjumpa dengan obama itu ialah bernilai RM77 juta. Dan sampai ke hari ini masih samar-samar apakah kebaikkannya si najib antatuya itu berjumpa dengan obama kerana seperti mana yang kita tahu amerika dan yahudi adalah sama sifatnya iaitu jahat dan bengon.

Sekarang timbul pula cerita Datuk Seri Anwar ke ke Amerika Syarikat untuk meminta maaf dan merasa kesal kerana menggunakan istilah seperti “pencerobohan zionis”. Maka dengan dengan mudah juak-juak umno-apco memberitahu bahawa Datuk Seri Anwar sangat rapat dengan dengan kumpulan yang dikatakan pro-Zionis atau pro-Yahudi itu.

Namun ketika di lobi parlimen Datuk Seri Anwar menjawab bahawa pemergian beliau ke Amerika Syarikat bukan untuk meminta maaf dan menukarkan pendiriannya terhadap yahudi tetapi hanyalah menerangkan tentang pandangannya tentang perselisihan faham dalam istilah menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme". Ini kerana yahudi ini adalah bangsa dan anti-yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum dan banyak para-para nabi kita adalah berketurunan yahudi.Menurut Datuk Seri Anwar lagi,perkara ini telah diputar belitkan oleh utusan dan beliau menyindir dengan bertanya kenapa utusan tidak menyiarkan kenyataan Datuk Seri Anwar yang membaritahu bahawa " dunia sudah hilang sabar terhadap israel". Datuk Seri Anwar juga menambah mengapa berita tentang pembayaran RM77 juta untuk bertemu dengan presiden Amerika tidak disebut didalam akhbar utusan meloya itu. Ini menunjukkan yang utusan hanya menyiarkan berita-berita yang disukai Umno-Apco dan bukannya menyiarkan berita-berita yang sebenar.

Menurut Latheefa Koya, pemergian Datuk Seri Anwar ke ke Amerika Syarikat bukanlah untuk memujuk atau meminta maaf kepada yahudi tetapi untuk menyampaikan ucapan berhubung Islam dan demokrasi di Asia Tenggara dan jika para umno-apco masih ragu-ragu siarkan video ceramah itu dan biarkan rakyat yang tentukan adakah Datuk Seri Anwar itu sahabat yahudi atau tidak. Bukan dengan menuduh tanpa bukti.

Berbalik kepada mat sembab tadi tentang seruannya kepada rakyat supaya menilai Datuk Seri Anwar adakah beliau ini sahabat amerika perlu ditukarkan kepada perdana menteri kita kerana sampai sekarang perdana menteri kita tidak memberitahu dan disertakan dengan bukti apakah tujuannya kesana. Dan untuk pengatahuan semua,Datuk Seri Anwar telah mengaku mempunyai sahabat yahudi dan mengenalinya ketika ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Datuk Seri Anwar juga memberitu beliau tidak pernah membayar kepada mereka untuk mempertahankan beliau seperti mana yang digunakan umno yang membayar APCO untuk mempertahan dan membersihkan imej UMNO.

Adakah bersahabat dengan yahudi itu bersalah tetapi mengupah RM77 juta wang rakyat kepada yahudi itu tidak bersalah? Fikir-fikirkanlah~

Jul 2, 2010

sebab ada kes rujuk .... fasai apa ada recycle cerita rpk dan bala...




Anwar Beritahu Rakan AS Kesal Guna Istilah "Pencerobohan Zionis"

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rakan-rakannya di Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis", lapor akhbar Washington Post kelmarin.

Dalam artikel yng ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi," tulis Diehl dalam artikel bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia.

Anwar berkata, beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad", kata Diehl.

"Kenapakah saya menggunakannya sedangkan ia telah menimbulkan begitu banyak salah faham? Saya perlu lebih berhati-hati," kata Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang dipetik penulis itu.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luarkedutaan AS di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana bendera Israel telah dibakar dan telah membuat sindiran pedas tentang firma perhubungan awam berpejabat di Washington "yang dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Diehl berkata, kebanyakan rakan Anwar, termasuk bekas diplomat dan bekas pemimpin Bank Dunia Paul Wolfowitz nampaknya berkecenderungan untuk memberi peluang kepada beliau untuk bernafas.

Diehl berkata Wolfowitz memberitahu beliau: "Apa yang Anwar lakukan adalahsalah, tapi memandangkan beliau sedang bergelut untuk hidup - secara fizikaldan dalam bidang politik - daripada serangan sebuah kerajaan yang menyifatkannya sebagai 'boneka Yahudi', kita patut beri sedikit ruang kepadanya".

Kata Diehl dalam perbicaraan kes liwat keduanya sekarang, Anwar tidak mendapat sokongan daripada AS seperti yang diterimanya ketika menghadapi tuduhan liwat kali pertama dahulu di mana naib presiden ketika itu dan rakan-rakannya yang lain telah membela pemimpin pembangkang itu.

Presiden Barack Obama sendiri tidak berkata apa-apa secara terbuka tentang Anwar ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Washington pada April, katanya.

Beliau berkata, Anwar mempunyai cara sendiri untuk melawan dengan cuba membalas balik tuduhan bahawa beliau adalah ejen Israel dan "pengampu Amerika yang memuja Wolfowitz".

"..dia cuba melawan balik dengan mendakwa Apco telah memanipulasikan kerajaan supaya menyokong kepentingan Israel dan Amerika.

Beliau juga berkata, ejen Israel telah menyusup ke dalam pasukan keselamatan Malaysia dan terlibat secara langsung dalam perjalanan kerajaan," tulis Diehl.

SPRM, ada berani ka....?

Datuk Zahrain Hashim gesa SPRM siasat siapa yang taja (biaya) Raja Petra Kamaruddin untuk berada di luar negeri. Walau pun gesaan beliau itu nampaknya bertujuan untuk memerangkap beberapa individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim tetapi perangkap itu akan makan tuan.

Sebab PI Bala sendiri pernah membuat pendedahan bahawa beliau dibayar oleh Deepak Jaikishan, orang suruhan Rosmah Mansur yang menyebabkannya menjadi pelarian di luar negeri. Beliau mendakwa dibayar pampasan sebanyak RM5 juta dan saraan bulanan sebanyak RM50 ribu.

Senario terkini nampak seperti Datuk Zahrain sekadar mendedahkan lagi pekong isteri PM. Maka beranikah SPRM siasat dakwaan beliau ini...? Semakin Zahrain membuka mulut, semakin beliau mendedahkan kebodohan dirinya sendiri .

Jul 1, 2010

Kitaran agenda UMNO;

Takde pengalaman dan graduan kangkong linci kang?
Mereka terlalu memilih kerja kot.....32,000 graduan masih menganggur

KUALA LUMPUR 29 Jun - Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang.

"Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi masalah itu.

Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu.

Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini.
INI JAWAPANNYA.......

Kitaran agenda UMNO;

1. Adakan AUKU - takutkan pelajar dan sekat pemikiran kritikal.

2. Adakan Aku Janji pada pensyarah - yang jilat dan pensyarah kangkong, naikkan pangkat.

3. Bila pensyarah kangkong ada kuasa, sekat sana-sini. Yang bijak pandai dan tulus terpinggir.

4. Kualiti penagajaran merosot. Pelajar pun dah hilang daya pemikiran kritikal, lebih fokus hiburan, guiness rekod misai terpanjang dsb.

5. Jika ada aktiviti yang tidak selari, maka hukuman sangat berat contohnya kes pilihanraya Hulu Selangor, Perempuan puaka UM dan USM.

6. Pihak U dan kementerian layan pelajar macam budan sekolah menengah.

7. Akibatnya mutu pelajar merosot.

8. UMNO buat2 bising. Padahal ini hasil kerja2 mereka sendiri. Dr M gubal AUKU masa dia jadi menteri pelajaran.

Matlamat mereka adalah ;

1. Jika ada orang pandai sokong UMNO - OK.
2. Jika orang bodoh sokong UMNO - lagi OK.
3. Jika ada orang pandai kritikal pada UMNO - Langsung Tak OK.
4. Jika ada orang bodoh kritikal pada UMNO - Tak OK.

Sebab tu lah ramai ketua cawangan, ketua bahagian UMNO semuanya golongan yang tak ada kelulusan....

TAKUT DITIMPA BALA, PERTEMUAN SPRM-BALA BATAL

Saya awal-awal lagi tidak meyakini bahawa SPRM akan bertemu dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di Kota London berkaitan isu pembunuhan Altantuya.Sejak kes ini tercetus SPRM seperti bersandiwara seolah-olah ada sesuatu yang menghalang badan berkenaan melaksanakan tugas dan melakukan siasatan secara telus dan bebas.

Maka hari ini tak semena-mena tanpa ada hujan dan ribut SPRM membatalkan pertemuan untuk merakamkan kenyataan Balasubramsniam tentang kes pembunuhuhan berkenaan.

Alasan yang diberi oleh SPRM berkaitan implikasi undang-undang menimbulkan tanda tanya dan kemusykilan. Sebelum ini SPRM begitu beria-ia akan mengadakan pertemuan tersebut pada minggu depan. Saya yakin segala urusan seperti tempahan tiket kapal terbang dan penginapan telah diuruskan di Kota London. Mengapa secara tiba-tiba pertemuan yang dicadang dibatalkan secara tiba-tiba.

Adakah sebelum ini pihak SPRM begitu naif tentang segala kemungkinan atau implikasi undang-undang seperti yang didakwa? Semua ini menguatkan spekulasi bahawa ada sesuatu yang berlaku di sebalik tragedi pembunuhan ini. Walaupun dua tertuduh telah didakwa dan dijatuhkan hukuman itu semua belum cukup untuk menyakinkan rakyat di negara ini tidak ada tangan-tangan ghaib yang terlibat.

Mungkinkah ada pihak tertentu yang mula terasa bahang dan menghidu bala yang menimpa jika pertemuan Balasubramniam dan SPRM menjadi kenyataan? Maka jika telahan ini benar maka buat seketika pihak yang terbabit boleh menarik nafas lega buat seketika tetapi tidak bermakna akan selamat daripada bala buat selama-lamanya.Apa yang pasti kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan lenyap dan hancur binasa.

 angkasanuri

Jun 30, 2010

Karpal tidak wajar berprasangka terhadap Islam

cakap lim famili ...dap sudah zimmi.......!
apa ni singh ...lagi main gasing....mau pusing-pusing....!

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sewajarnya berprasangka terhadap keadilan Islam sehingga secara bulat-bulat menolak gagasan pembentukan konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, selayaknya bagi Karpal yang sudah mencecah usia 70 tahun mengimpikan sebuah kerajaan adil, telus dan saksama yang hanya boleh diperoleh melalui syariat Islam.

Menurut beliau, sejarah dan tamadun membuktikan bahawa segala ideologi ciptaan manusia seperti komunisme, sosialisme dan sekularisme telah gagal, keruntuhan akhlak dan moral; jenayah dan rasuah berleluasa semuanya berpunca daripada sistem ciptaan manusia.

"Jika Karpal menganggap fahaman sekular lebih baik daripada Islam, ia merupakan satu pendapat yang tidak wajar kerana sudah terbukti kehancuran tamadun dunia berpunca daripada ideologi yang membebaskan fikiran dan gaya hidup daripada ikatan agama.

"Hancurnya tamadun kerana agama tidak didaulatkan, syariat tidak digunakan secara menyeluruh hanya pada keperluan tertentu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagi beliau, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.

Nasihat Nasrudin kepada pimpinan pembangkang lain ialah supaya mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau membangkitkan isu yang boleh memberikan 'bola tanggung' kepada pihak lawan.

Tambah beliau, semua pihak perlu menerima Islam sebagai alternatif terbaik kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh pelbagai ideologi yang gagal, sekali gus mengembalikan semula keagungan dan kecemerlangan agama ini.

"Beri peluang kepada Islam membuktikan keadilannya, jika tidak betul atau salah sila kemuka bukti mana silapnya. Tidak perlu terus lempar rasa sangsi terhadap Islam," tegas beliau.

----------------------------------

Bagaimanapun ketika ditanya sekiranya Karpal masih bertegas menolak konsep negara Islam Pas, adakah beliau sedia mendesak pimpinan parti mengkaji semula kerjasama dengan DAP, Nasrudin enggan menjawab sebaliknya menegaskan bahawa Pas pada setiap masa konsisten dengan dasar tersebut.

"Pas tetap dengan dasar kita selagi al-Quran dan sunah itu tidak berubah selagi itulah dasar kita terhadap menegakkan syariat Islam.

"DAP ada dasar dia, Pas pun sama, jika mereka tetap berkeras, begitu juga kita, akan tetap pertahankannya. Dasar kita tidak pernah berubah malah kerjasama pakatan pembangkang adalah berkaitan politik iaitu titik persamaan dalam beberapa isu yang disepakati seperti rasuah dan penyelewengan kuasa," katanya.