ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Dec 28, 2008

UNTUK RENUNGAN YB KAPAR....


UNTUK RENUNGAN YB KAPAR.....

Memang benar kata-kata mantan ketua angkatan muda Malaysia sdr Ezam Mohd Noor. Yang lebih baik pada pendapat saya adalah, walau apa pun Yb perlu tetap kekal dalam parti keADILan dan kekal sebagai MP Pakatan Rakyat. Jangan jadi PKR. PKR bukanlah sebutan singkatan nama parti kita. Kalau ingat ,huruf ini berlaku di aijok (pemuda umno yg sebut) Singkatan asal kita keADILan. Orang-orang yang hebat-hebat sekarang YB memang telus belaka, tapi yang baru menjelma jadi YB sikit masaalah. Nanti saya nukil 4 baris ayat buat YB.

Nasihat saya, yang kusut, kita rongkai. Putus harap disambungkan. Perjuangan kita masih belum kepenghujung. Ikut hati, merana penyokong.

JANGAN KAU SANGSI KEMANA ARAHMU,
LANGKAH MU TIDAK SUMBANG,
JANGAN KAU RAGUI KEYAKINAN MU,
YANG ZALIM PERLU DITENTANG.

Yang tak betul mesti ditentang. Yb mesti buat yang terbaik untuk rakyat dalam satu ikatan yang kukuh. Kita di ibarat lidi(
lidi dah tantu rapoh), jika dikumpul dan jadikan penyapu bukan seperti MB yang lalu. Tetapi guna untuk bersihkan kawasan kotor. heebattt jadinya. Teruskan kedudukan YB dalam satu payong yang sebenar-benarnya rakyat mahu.

Dalam hal ni yang saya nampak, hanya propaganda bn saja. Kerana kebanyakan YDP yang masih kekal sekarang adalah dipandu olih pemimpin umno lagi. Jika ditukar dengan yang jenama baru tentu selesai masaalah ini.

Hati-hati YB, jangan ada orang lain mengambil kesempatan, dengan menulis surat perletakan jawatan/ keluar parti sampai ketangan tim. presiden. Dalam PKR ada orang cuba menangguk diair yang keruh. Lainlah keADILan.



membujur lalu melintang patah.

puisi buat YB

Buat JANJI

Jangan dipahatkan ia
sekadar menjadi penyedap hati
selebihnya mengganggu tidur
dan mimpi kami
yang jenuh dimainkan ilusi
tanpa secebis menjadi realiti.

Jangan dipahatkan janji
manis mulut ketika bertandang sesekali
ke pedalaman belantara daerah kami
atau menawar pelbagai kehendak
sedang demikian masih
kami nikmati dan ulit keperitan
meneguk keruh air di bukit kontang
denai berladung lumpur
di kala hujan
berdebu di kala panas
saban hari sehingga kini.






4 Tahun Berlalu menjadi Ingatan....


Sebahagian mangsa tsunami memohon doa di bawah kapal yang tersangkut di bumbung sebuah rumah di Kampung Lampulo, Banda Acheh semalam. – Gambar Reuters


Meskipun sudah empat tahun berlalu, bencana tsunami yang melanda 12 negara di rantau Asia-Pasifik pada 2004 masih segar dalam ingatan.

Di negara-negara yang terlibat termasuk Indonesia, mangsa tsunami mengadakan pelbagai majlis bagi mengingati tragedi yang mengorbankan lebih 260,000 nyawa itu.

Mereka menjadikannya detik untuk merenung kehidupan selain menilai kemajuan pembinaan semula rumah dan perkampungan yang musnah dilanda tsunami itu.




Dec 27, 2008

Blog kurang ajar

Oleh Helmy Abd Rahman dan Azlan Hafeedz



KUALA LUMPUR: Melampau dan kurang ajar! Itu kata-kata paling sesuai dilemparkan kepada seorang penulis laman blog yang dikesan cuba menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini apabila tergamak menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.


Laman blog terbabit yang menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadi berserta nombor telefon dengan sengaja memaparkan pelbagai lukisan karikatur dan gambar yang diubahsuai selain perkataan serta ayat yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di kalangan masyarakat.

Lebih menyakitkan hati, penulis blog berkenaan mencatat nama wanita Melayu yang didakwa dirinya sendiri pada kebanyakan lukisan sebagai tanda memiliki hak cipta pada setiap lukisan itu.

Bagaimanapun, dipercayai kebanyakan gambar dan lukisan sebenarnya dimuat turun dari Internet sebelum disunting penulis dengan memasukkan nama wanita itu.



Selain itu, penulis berkenaan sengaja mengaitkan Islam yang disifatkannya pengganas dan mengamalkan fahaman sama seperti nazi.

Tidak cukup dengan itu, penulis terbabit menghamburkan kata-kata cacian serta menggelarkan pengunjung yang memberi komen memarahinya sebagai bodoh dan orang kampung berfikiran kolot serta tidak layak melayari laman blognya.

Malah, penulis blog itu dengan berani mencabar umat Islam yang menurutnya berfikiran kolot dan mengalu-alukan golongan masyarakat yang kononnya berfikiran terbuka untuk berkongsi idea dengannya melalui perbualan telefon.

Penulis itu juga mengugut membuat laporan polis kepada mana-mana pengunjung laman blog itu yang tidak sependapat dengannya.

Laman blog terbabit yang mula beroperasi bulan ini dengan mempunyai 30 laman, menjadi popular sekelip mata apabila dilayari lebih 3,000 orang, sehingga semalam.

Rata-rata pengunjung meluahkan kemarahan serta menggelar penulis laman blog itu dengan pelbagai kata-kata cacian.

Pada laman pengenalan diri, penulis mendakwa dirinya seorang wanita keturunan Melayu berusia 27 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat automotif terkemuka di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga menyifatkan dirinya seorang berfikiran terbuka, moden dan ceria selain memiliki hobi melukis serta mengambil gambar.

Penulis juga memaparkan alamat hubungan laman web sosial untuk mencari kenalan ‘sebulu’ dengannya.

Bagi mengesan identiti penulis, Harian Metro cuba menghubungi nombor talian yang tertera pada laman blog itu malam tadi, namun dijawab mesin penjawab telefon yang memaklumkan nombor berkenaan dimiliki sebuah syarikat pengedar automobil terkemuka antarabangsa.






POLITIK KOTOK, TAK IKUT PERLEMBAGAAN PARTI..

Sabaq Kepala Atuk Hangpa - Bersama Ulasan


Oleh : Mankedah (umnonomore)

Dulu, bila sebut je reformasi, bukan je Polis tapi majikan pun halau keluar. Boss kerja pun pandang sebelah mata. Boss kata, kalau nak sokong pembangkang, cari projek sendiri. Jangan mintak makan dengan kerajaan. Aku kerja dengan syarikat swasta, bukan kerajaan. Apasai depa kata kerajaan plak?

Tapi perjuangan kena telus, kena berani. Aku berani, tapi depa halau aku keluaq ofis. Tak layan, lama lama aku belah sendiri. Tak tahan kalau ada politik dalam syarikat. Ghupanya nama sahaja swasta, tapi boss semua orang UMNO. Cesss memang cilaka.

Tu lah masalahnya dengan negara ni. Tak canggih langsung. Politik di campur aduk dalam agama dan cari makan. Kalau tak sokong UMNO, jangan mintak bantuan, jangan mintak kerja, jangan mintak pinjaman. Hang makan la pasiaq ka atau rumput kerin, hangpa buat kerabu.

Maka beragan la aku cari kerja baru. kalau dulu bukan main hebat lagi, sekarang macam minta sedekah. Kemana mana pun orang dah kenai muka. Ni orang PKR, biaq dia mati, padan muka !!! Hang mintak la tolong pada Anwar nun … !!! Tak pa … sabaq. perjuangan itu perlukan kesabaran.

Kalau nak cari makan jugak, kena jadi nelayan, motong getah atau apa apa business yang tidak bersangkut paut dengan politik. Buka gerai, esok lusa dah MBSA dah angkut. Kat situ je, dah habis beribu ribu. Buka kedai sewa sampai RM1000, lesen niaga pun tak lulus, kedai pun kena tutup. Hancoq business.

Member member bagi nasihat, kalau nak berniaga, kena pakai topeng. Minta tanda tangan pemimpin UMNO. Paling cabuk pun, ketua bahagian. Kalau tak dak, Hang jangan mimpi. Permohonan FAIL … hang depa buang kat tong sampah.

Tu la pasai sampai sekarang, aku mati matian jadi pembangkang. Pantang ada tunjuk perasaan, bantahan, aku pi jugak. Alang alang nyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang oghang dah kenai, biaq depa tau teruih … hah aku la orang PKR !!!

NAk hidup pun susah, mai kita tukaq kerajaan.
Untung nasib kita boleh tebus kerugian kita. Bila kerajaan UMNO kalah, aku harap akan berubah semua.

Bukan sikit, tapi dah banyak. Bukan RM100 tapi dah beribu ribu. Tambang, minyak, poster semua pun kena pakai duit. Buka kedai, tutup, bukak itu semua nya hancoq.

Duit tabung, harta semua dah kena jual. Bukan pangkat besaq, tapi cukup dengan nama reformis. Perjuangan yang bergolok bergadai. Hah .. tu la dia semangat yang ada pada pembangkang. Dendam kesumat tersemai di dada. Pantang kata perjuangan … hah aku lah reformis. Kakakakak .

Bila tukaq kerajaan. Mampuih aku kerjakan. Aku orang pertama akan kutuk orang UMNO. Biaq depa jealous ngan aku. Itu lah angan angan aku dulu.

Bila Pakatan Rakyat dah menang di Selangor, tiba tiba ada pulak mamat mamat yang mai ntah mana datang mencelah. Aku perasan depa ni dulu kontraktor UMNO. Tapi bila kerajaan tukaq, depa pun tukaq bendera. Tak sempat susah, depa dah cari peluang dari Pakatan Rakyat pulak. Wuuuhhhh !!! tak boleh jadi ni.

Tak pa … sabaq. Masing masing ada rezeki. Orang kata kek besaq, panggil kawan kawan ajak makan. Jangan makan sorang-soghang, nanti tak dak kawan. Jangan jadi kedekut. Kalau kedekut baik masuk UMNO … Pemimpin kata, kita mesti terima keahlian dari semua pihak. Kita kena jadi baik … wah wah wah .. .syok na bunyi.

OK La .. aku setuju !!!

Rupa nya trend ni makin hebat sekarang. Semua orang UMNO nak Joint Pakatan Rakyat. Semua dah mula mengendeng ngendeng dengan pemimpin PKR. Pemimpin PKR pulak semedang tak dak duit macam aku, jadi bila dapat sponsor, depa teruih jadi kawan. Pulak dah ….

Tak pa sabaq. Perjuangan kena sabaq.

Lama lama tanpa aku perasan, aku dah sampai ke hujung. Kalau pelampung tu muat untuk 100 orang, aku lah yang paling tepi sekali. Kalau member kat dalam kentut sikit, aku dah terjun masuk laut. Terkapai kapai menanti ikan jerung nak baham. Kalau ikan jerung tak makan oghang kuruih macam aku, tentu aku selamat.

Depa tak habis duit, depa tak kena buang kerja. Depa tak berjuang tengah panas, depa tak kena simbah ayaq kuning, tak masuk lokap dan tak kena belantan. Tapi depa smart, depa ada duit dan depa sekolah tinggi. Bila masuk dalam PKR, depa twiss sikit, terus jadi orang penting.

Baghu aku tau duit ni memang besaq dia punya power. Huloq aje, teruih ramai kawan. Camana dengan aku? Sabaq … pemimpin kata reformis kena sabaq.

Pemimpin kata tak pa. Bila kita ada peluang nanti, kita bagi. Dok jenuih la tunjuk muka nak bagi depa ingat yang kita ni pejuang reformasi. Depa senyum tapi, peluang peluang niaga, depa kongsi dengan member depa. Heh… aku punya mana?

Yang kaya teruih kaya, Yang miskin teruih miskin.

Politik ni memang macam celaka. Kalau jujur, hang mampuih. Kalau hang pandai temberang, hang boleh hidup. Tak kira lah politik UMNO ka, PKR ka, sama saja. Kalau jahat dapat tempat, kalau baik lama dah oghang tolak hang terjerumuih kat longkang nu. Hangpa Nangih la soghang soghang.

Mana YB YB yang aku sokong dulu. Semua sibuk dengan agenda masing masing. rasmi tu rasmi ni. Esok dengan orang kaya tu, hari ni dengan orang kaya tu. Dulu masa nak pilihanraya, YB YB ni la yang minta aku kempen, gantung sepanduk, gantung tu gantung ni. Semua nak kena gantung. Sampai spender depa pun nak kena gantung.

Baru baru ni kat Permatang Pauh, MB Selangoq sendiri janji. Lepas ni kita agih kan projek pasiaq. Semua boleh dapat. Kita rasa sikit sikit. hah .. sampai sekarang pasiaq tak nampak, projek pun tak dak. Pantang masuk proposal, depa dah sailang cepat cepat.

Aku tau, aku akan dipanggil balik bila jadi rusuhan, tunjuk perasaan. kalau tak dak benda benda macam ni, mampuiih depa tak panggil pun. Kalau setakat gantung sepanduk. lepaih ni ramai kontraktor boleh tolong.

Hari ni aku seluk poket. Cuma tinggal RM20. Bini suruh beli ikan, anak nak masuk sekolah, baju belum beli, yuran tak tau berapa plak nak kena. Anak pulak dah masuk 3 oghang. Semua nak belanja. Minyak kereta dah kosong, topup talipon dan dua hari habis. Hai … apa lah nasib.

Pemimpin kata sabaq.
Perjuangan itu perlukan kesabaran.

Sabaq kepala ATOK hangpa !!!

edyes wrote:

Sabar... semua kena sabar....

Inilah kebenaran, saya tidak menolak kebenaran. Tidak mahu hipokrit.

Namun, perjuangan tetap harus diteruskan. Kita percaya kepada tuhan, nescaya tuhan akan balas segala pengorbanan seadil yang Maha Adil. Kita dah usaha, dah ikhtiar dan ada masanya untuk kita berserah pada kekuasaan Allah, Pemberi rezki sekalian alam.

Mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi, percayalah jika setiap masalah kita tangani dengan rasional dan tanpa mengeluh, kita akan ditunjukkan jalan. Kuatkanlah semangat diri, kehidupan mesti diteruskan, UMNO dan BN juga harus ditumbangkan.

Kita runtuhkan segala ketidakadilan yang berlaku selama 50tahun. Kita ubah segala bentuk penindasan yang menjadikan segelintir umat kaya raya tanpa memberi peduli kepada insan lain.

Kita nak reform sistem sedia ada. Kalau boleh, biarlah segala bentuk pengagihan berjalan dengan telus, ada schedule supaya semua dapat merasa. Kita boleh buat!

Dari duit, kita jadikan duit. Kita pusing sama-sama, jangan pusing-pusing dapat kat orang yang sama.

Semua orang nak kaya, tapi apa salahnya kita kaya sama-sama. Sapa usaha dia dapat. Kalau semua usaha, pasti semua akan dapat, tapi dalam konteks giliran lah.

kita jangan ikut cara UMNO yang kuno, kita buat cara kita biar semua yang mencuba, dapat peluang untuk merasa.

Kenapa tak boleh buat? kalau kita trace supaya pembahagian apa2 projek berdasarkan unique identifier. buat penjadualan biar kita tau, kepada siapa projek2 akan datang. bukan takat projek, tapi apa2 sebut harga, tender dan macam2 benda lagi.

Kita boleh buat bila kita memerintah nanti. Jalankan di semua peringkat. Jalankan dengan niat biar semua merasa.

Tak salah kalau kita kaya sama2... bagi sesiapa yang ada usaha.

Bersama arus perjuangan yang tidak dapat dibendung, kita menuju sebuah negara yang berteraskan kebajikan, yang berteraskan kesaksamaan sesama insan. Negara yang tidak lagi menekan, mereka-mereka yang tertekan.

RE-FOR-MA-SI !

ANAKANDA AGONG PERTAMA MANGKAT..

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat
Dec 27, 08 1:12pm

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar pagi ini.

Baginda telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.

Berita selanjut akan menyusul.

YANG BERKHIDMAT (YB)Kapar


Tahniah MP Kapar! berani kerana benar, menyuarakan yang hak untuk kepentingan rakyat. Kita jangan lah menjadi seperti cakap tak serupa janji, janji tinggal janji. Pemimpin (MP) yang lain, membisu sebab (pinjam slogan cek ded) BERSIH,CEKAP, AMANAH hanya untuk boss, kepentingan apa? Tak tahu lah.

Sepatutnya bila ada sesuatu protes dari rakyat akar umbi, hendaklah dititik beratkan walau apa cara sekali pun. Sebab nak jaga hati, biar telingkup.Nak jaga hati biar bertempat. Lihat sama masaalah akar umbi yang berbagai masaalah. Hanya nak jaga hati YB, pemimpin bahagian, tetapi tak mahu lihat masaalah di bahagian yang tindakan tak bijak. Kepimpinan di bahagian yang tak jadi YB berbagai masaalah, yang jujur ok lah. Kalau yang korap maka hancor parti.

Rata-rata baik penyokong atau yang tersingkir dengan jawatan telah difitnah, olih orang berkepentingan. Aduan telah di hantar kepada DSAI, tidak dapat perhatian langsung. Rasanya keADILan macam nak bermain api pula. Harus diingat, penyokong atas pagar yang menentukan kemenangan. Kita perlu percaya kemenangan PRU 12 bukan penyokong akar umbi cukup untuk memenangkan pembangkang. Tetapi adalah kekuatan akar umbi berkempin untuk pengundi atas pagar memehak kepada pembangkang.
Keluhan MP Kapar ni lama dah, tapi apa yang jadi kita bolih katakan "nasi dah jadi bubur". Perlu tangani sebaik mungkin. Amat memalukan. Saya amat mengenali YB Mike yang begitu kerja kuat untuk kepentingan rakyat sejak awal lagi tahun 1998. Ini lah pemimpin berbangsa India yang berani menyuarakan kepentingan rakyat. Yang lain (MP) hampeeh. Bagi saya beliau adalah pejuang hak rakyat (pinjam slogan DSAI) "DEMI NASIB ANAK-ANAK DAN GENERASI AKAN DATANG, TERUSKANLAH PERJUANGAN". Kalau begini apa guna dengan slogan yang penoh keramat tu.
MP keADILan belum ramai, tak bolih tangani masaalah, macammana kalau dah memerintah? 222 bahagian dipantau dengan teliti dan jangan dengar cakap orang semata-mata terus buat keputusan dengan tidak adil, adalah tak betul.

Ramai pula musang berbulu ayam yang nampak sekarang. Tak kisahlah dah diberi jawatan, patutnya bersikap adil sebelum menerima mereka untuk diberi jawatan penting. Nanti jadi macam MB Selangor susah. Hingga AMK Selangor pun dah tak setuju. Sahaq masa kat Ijok hebat sebut "susah senang kita bersama" otak dia. Bagi saya susah tolong dia, senang dia sendiri.

Ok lah saya nak tidor, esok sambung lagi.........

Dec 26, 2008

AMALAN SUNNAH DAN BIDAAH PADA BULAN MUHARRAM
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu.
Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Firman-Nya:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Menerusi firman-Nya "maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)" ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya'ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Oleh itu hendaklah pada bulan Muharram yang mulia ini kita hindarkan diri dari melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. terutamanya ibadah puasa. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163.

Sabda baginda 'Bulan Allah al-Muharram" menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini. Namun ini tidak bermakna kita disyari'atkan untuk berpuasa sepanjang bulan Muharram ini kerana Rasulullah s.a.w. hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan sahaja. Aisyah r.a berkata:
Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1969.

Pada bulan Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Fir'aun.
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir'aun. Maka sabda Nabi s.a.w.: "Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.
Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047.
Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar.
Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.
Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi'i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan 'Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. 'Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.

Adapun hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru merupakan hadis-hadis lemah (dha'if) dan palsu (mawdhu'). Antara hadis-hadis tersebut adalah:
Daripada Ibn 'Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun". Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu'at bahawa hadis ini palsu (maudhu')

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah palsu (mawdhu') menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu'aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La'aali al-Mashnu'ah.
Setiap kali di ambang munculnya tahun hijrah yang baru seluruh media serta kebanyakan jabatan-jabatan atau majlis-majlis agama Islam di Malaysia menganjurkan untuk dibacakan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun.
Masjid-masjid diseluruh tanah air juga mengadakan upacara-upacara khas untuk membaca doa-doa awal dan akhir tahun itu. Lafaz doa tersebut adalah sepeti berikut:
Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta'ala sekalian dosanya yang setahun ini.
Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta'ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.
Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha'if) mahupun palsu (mawdhu') yang mengkhabarkan tentangnya.
Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi'in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu'at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu).
Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan "berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini" merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.
Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).
Hendaklah kita sentiasa berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T., memohon perlindungan dari hasutan syaitan, memohon perlindungan dari mengerjakan perbuatan maksiat dan memohon agar kita sentiasa terbuka hati untuk mengerjakan amal-amal soleh.
Menetapkan doa-doa tertentu, dibaca pada waktu tertentu dengan fadhilat-fadhilat yang tertentu tanpa perintah daripada Allah dan Rasul-Nya merupakan satu perbuatan mencipta hukum syarak yang baru dan perbuatan ini adalah diharamkan. Firman-Nya:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. – al-An'aam (6) : 153.
Selanjutnya Allah S.W.T. menegaskan lagi hal ini melalui firman-Nya:
Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya-fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. – al-Rum (30) : 30.

Maksud melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah dalam ayat di atas adalah mengubah agama Islam seperti menambah-nambah satu upacara ibadah yang tiada sandarannya dari al-Qur'an dan al-Sunnah iaitu dengan mengamalkan amalan bidaah seperti mengkhususkan amalan-amalan yang tertentu sempena kedatangan tahun baru hijrah.
Adalah penting bagi kita untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan amal ibadah sebelum kita mengamalkannya. Ini adalah kerana setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697.
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718.

Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti ibadah tertentu sempena kedatangan bulan Muharram ini pada hakikatnya ia bukan sebahagian dari agama pada masa itu. Sekira ianya bukan sebahagian dari agama pada zaman Rasulullah s.a.w. maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik r.h berkata:
Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. - al-Maaidah (5) : 3.

Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. – Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I'tishom, jilid 1, ms. 49.
Dicatat oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus di 11:18