ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 16, 2009

"Sentimen Agama dan Perkauman"

Kepala babi di UM, Tanggungjawab Siapa ?

Jumaat: 16,Januari, 2009: PETALING JAYA: Pelajar Universiti Malaya (UM) pagi ini gempar dengan penemuan kepala seekor khinzir terbelah dua di hadapan pintu dalam surau Akademi Pengajian Islam universiti tersebut.

Kepala khinzir berkenaan dijumpai diletakkan di atas bendera PAS yang ditulis 'PMI, PRO M, PAS'.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi setelah disedari oleh penyokong kumpulan pro-Mahasiswa yang bertugas dalam kempen pilihan raya kampus Um yang akan diadakan 19 Januari depan.

Presiden pro-Mahasiswa UM, Norazali Zainuddin berkata kejadian itu merupakan provokasi terbaru pihak-pihak tertentu terutamanya sewaktu musim kehangatan pilihan raya kampus.

"Ini adalah satu lagi provokasi melampau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tapi kali mereka lebih agresif kerana 'bermain' dengan sentimen agama dan perkauman".

Suaru Akademi Pengajian Bahasa menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dipercayai kerana akademi tersebut merupakan kubu kuat bagi kumpulan pro-Mahasiswa.

Malah calon kumpulan berkenaan bagi kerusi akademi tersebut juga telah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon yang diadakan Rabu lalu.

Menurut Norazali lagi, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Brickfield awal pagi tadi berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan, beliau enggan membuat sebarang spekulasi namun percaya ia adalah perbuatan pihak yang 'tidak senang' dengan kumpulan pro-Mahasiswa terutamanya dengan pembongkaran isu rasuah yang didakwa melibatkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti itu, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris.

"Saya tak mahu tuduh siapa-siapa, namun kita berharap pihak polis menyiasat perkara ini.

"Sepanjang saya terlibat dengan pilihan raya kampus, ini adalah kejadian terburuk yang pernah saya alami," katanya.

UJIAN DARI ALLAH yang MAHA ADIL


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

TINJAUAN: PAS menang besar di KLpos, Berita Harian, Mstar - malaysiakini

Friday, January 16, 2009

Setakat semalam, tinjauan yang dijalankan oleh beberapa akhbar tempatan dan online mendapati calon PAS Abdul Wahid Endut mendahului dengan jarak yang begitu ketara sekali.
Hasil bancian dari pembaca KLpos.com setakat ini menunjukkan PAS mendahului dengan 70 peratus di ikuti calon BN 26 peratus dan Bebas 3 peratus.
Manakala masing-masing 1 peratus memilih untuk rosakkan undi dan tidak keluar mengundi jika mereka diberi peluang mengundi pada 17 Januari ini.

Undian di KLpos.com turut disertai dengan hampir 400 komen ditinggalkan oleh para pembaca setakat hari ini. Satu lagi akhbar mStar Online yang dikatakan versi The Star berbahasa melayu menunjukkan calon PAS mendahului dengan 82 peratus serta BN dan Bebas masing-masing memungut 13 dan 4 peratus.

Portal
Berita Harian pula semalam menunjukkan calon PAS menang dengan undian 73.3 peratus berbanding BN 23.3 peratus. Itu kata pelayar internet.

Keputusan yang bakal dibuat oleh lebih 80 ribu rakyat Kuala Terengganu akan secara rasminya diketahui pada malam 17 Januari ini.

PERJUANGAN NAMANYA TU AWE

JADIKAN PELEMPANG TU, SEMANGAT TERUS BERJUANG.

Kuala Terengganu - Seorang petugas pilihanraya dari sebuah parti politik menerima habuan sebanyak 3 pelempang (hatrick) gara-gara berebut tempat untuk memasang bendera untuk kempen PRK P-036.

Ketua Polis Terengganu, Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Paloh kira-kira jam 1:15 pagi tadi.

Mangsa yang cedera membuat aduan di Balai Polis Cabang Tiga kira-kira setengah selepas kejadian.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang bendera untuk kempen ditepi sekolah berkenaan, seorang lelaki dari parti berlawanan tiba-tiba datang kepada mangsa dan menghalang mangsa dari memasang bendera di tempat tersebut.

Selepas berlaku sedikit dialog, mangsa diajak kesebuah bilik gerakan parti berlawanan yang mana ketika itu beberapa petugas juga berada berhampiran tempat kejadian dan didalam bilik gerakan.

Para petugas didalam bilik gerakan parti tersebut menghalang mangsa dari memasang bendera ditempat tersebut. selepas beberapa ketika, mangsa beredar dari bilik gerakan tersebut tetapi telah ditampar oleh seorang petugas lain dari bilik gerakan tersebut sebelum sempat pergi jauh.

.........siapa mangsa tu? kenapa tak dilapor secara lengkap identiti mangsa dan tukang lempangnya?

Kebiasaannya kalau yang kene lempang tu orang UMNO/BN, dah sah keluar dekat muka-surat depan akhbar harian kan? nama, alamat, muka, no ic semua mesti keluar dekat paper...

Ni tak de langsung...

sebab...

mangsa tu petugas dari Pakatan Rakyat..!



SUMPAH MELARAT.




Wahai Ezam! Surat Anwar tu aku paparkan disini. Kau bukan lagi orang politik yang bertamadun, Seperti sumpah keramat dulu. Sekarang dah jadi SUMPAH MELARAT.


Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.
Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998


Jan 15, 2009

PENGERUSI SPR YG BARU BERTABGGUNG JAWAB...



Mengapa Pegawai pengurus PRK K.Terangganu tarik diri?

Khamis. Januari 15, 2009 KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menjadi kontroversi ekoran dakwaan PR bahawa berkempin undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah memperhalusi pelbagai sudut permohonan penarikan diri itu, SPR bersetuju untuk menerima keputusan tersebut.

Peruntukan di bawah Seksyen 3 (C) dan 5 (1) (a), Akta Pilihan Raya 1958, SPR melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru.

Wan Mustafa merupakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga salah seorang daripada enam penolong pegawai pengurus pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun kenyataan SPR itu tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, pihaknya hanya mahukan seorang pengurus pilihan raya yang bebas dan kelihatan bebas.

Ketika ditanya sama ada pihaknya menyambut baik perkembangan itu, beliau berkata, PAS akan menilai situasi tersebut.

PAS yang semalam mendakwa Mat Razali meraih undi untuk calon BN hari ini menggesa SPR menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

"Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini," kata Wan Abd. Muttalib Embong di Markas PAS Kuala Terengganu pagi tadi.

Semalam, Mat Razali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika dihubungi beliau menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan MBKT supaya mengundi BN Sabtu ini.

Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan MBKT, Mat Razali juga dikatakan 'berkempen' untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.

Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar MBKT, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi semalam.

Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.

SOALNYA INILAH KERJA KOTOR BN(umno) SEBAB SALAH GUNA KUASA, MELANGGAR PERATURAN SPR BELIAU TARIK DIRI. AMAT KUKUH SEKALI TUDUHAN PR TERHADAP MAT RAZALI DENGAN KESALAHAN BELIAU.

SEADILNYA PR PERLU DENGAN TINDAKAN TUNTUTAN RAKYAT, SEKIRANYA SPR MENGAMBIL MUDAH DENGAN CARA MENARIK DIRI, KIRA SELESAI.

RAKYAT MARHAIN MENCABAR DIMANA PENGERUSI SPR YANG BARU?


Laporan dibuat Tim,KAM keADILan Pusat pada jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.
Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Maklumat lanjut, sila hubungi Faris Musa di 019-9900288.

LAPORAN SEPERTI DIBAWAH.

Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .

Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).

Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..

Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,

Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .

Sekian , laporan polis saya .


( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )

700301-11-5627




SPR OH SPR...??????

GURU-GURU PULA JADI SASARAN BN

Sekumpulan guru terpilih yang juga pengundi di kawasan pilihan raya itu, kali ini diberikan kata dua, sama ada mengundi BN atau menghadapi risiko tindakan oleh kerajaan.

Wakil rakyat berkenaan antara lain dikatakan mengugut para guru agar jangan sesekali berfikir untuk tidak mengundi BN.

"Jika BN kalah (Sabtu ini), sahlah ia kerana guru-guru tidak mengundi BN," herdik wakil rakyat, yang memang terkenal bermulut celupar itu.

Taktik ugutan sebegitu dilaporkan telah acapkali diguna para pemimpin BN sebelum ini. Pernah sekumpulan kakitangan kerajaan negeri dikumpulkan untuk tujuan kempen. Mereka juga diberikan kata dua sebegitu.

Sebelum ini, Menteri Besar sendiri dalam satu kenyataannya mengugut untuk tidak meneruskan projek-projek membangunkan Kuala Terengganu sekiranya BN kalah.

Amaran dan ingatan serupa turut disebutnya kepada masyarakat Cina yang menghuni Kuala Terengganu.

Bahkan, dalam perjumpaan tertutup dengan sekumpulan guru sebelum ini, para pemimpin BN dikatakan telah pun menakutkan mereka agar jangan cuba mengkhianati BN. Diumumkan kononnya BN telah menugaskan sebilangan para guru sendiri sebagai agen pemantau di setiap sekolah, bagi memastikan tiada guru yang memihak kepada PAS dalam pilihan raya ini.

Kaum Cina telah bertindak balas dan membantah nada ugutan dibuat pemimpin BN itu. Menteri Besar akhirnya terpaksa meminta maaf.

Para guru pula tidak perlu memperjudikan kerjaya dengan menzahirkan bantahan terhadap BN. Cukuplah dengan mereka zahirkan sikap menerusi peti undi, 17/01/09sabtu.

Sementara laporan yg menyatakan PAS Terangganu membuat laporan polis petang semalam, tidak berlaku. Sebaliknya AMK (CIKGU fARIS) telah membuat laporan dan menyerah kepada PAS laporan polis. Dan pagi ini PAS akan kemukakan petisen mahkamah.

Jan 14, 2009

TINDAKAN PADA YANG BENAR


Rabu Januari 14, 2009

BONGKAR DENGAN TINDAKAN.

KUALA TERENGGANU: 2 perkara dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan timbalannya, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media pagi tadi.

1. PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggugurkan Datuk Mat Razali Kassim daripada terus menguruskan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu atas alasan Pengurus Pilihan Raya itu telah 'menyalahgunakan' kedudukan beliau untuk mempengaruhi kakitangannya supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

2.PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Petang ini PAS mahu membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.

Reaksi awal, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata, PAS berhak membuat laporan jika ada kakitangan pilihan raya bertindak tidak adil ketika menjalankan tugas mereka.

Tindakan akan dikenakan ke atas Mat Razali ataupun sebaliknya ia bergantung pada kandungan aduan oleh PAS, kata beliau ketika dihubungi di Putrajaya.

Kata beliau, pihaknya telah meminta setiap pekerja pilihan raya termasuk Pengurus Pilihan Raya supaya berlaku adil sepanjang masa pilihan raya ini.

"Itu sebabnya masa hari penamaan calon, SPR telah berlaku adil kepada setiap calon dan parti yang bertanding," katanya.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.

"Oleh kerana Mat Razali sudah dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya beliau seharusnya bertindak secara berkecuali.

"Beliau tidak memainkan peranan personaliti berbelah bahagi dengan memberikan taklimat dan meminta mengundi calon BN," kata Wan Abd. Muttalib.

Sambil menolak akan memulau pilihan raya ini, Wan Abd. Muttalib berkata, pihaknya akan mengemukakan perkara itu jika perlu mengemukakan petisyen kelak.

Mengulas isu kerjasama JPN dan SPR, Mustafa berkata, "sudah ada semacam sekekongkolan" membabitkan kedua-dua agenda dan suruhanjaya itu.

"Kami menerima maklumat JPN (Negeri Terengganu) beroperasi sehingga lewat malam, hingga pukul 10 malam... apa tujuan mereka bekerja sehingga 10 malam?

"Mahu JPN dan SPR menjawab... kami ada bukti yang kukuh," kata Mustrafa sambil menambah, beliau keberatan untuk membuat dakwaan itu tetapi terpaksa membuat kenyataan terbuka.

"Apakah dengan ini akan lahir pengundi-pengundi hantu? Kami memandang serius (hal ini)," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil PAS.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman tahun 2004 dan 2008 pihaknya percaya akan kemungkinan tersebut.

Menjawab kenyataan bahawa SPR bersekengkol dengan JPN, Wan Ahmad berkata: "Itu tak betul. Saya menafikan, tidak berasas." (tuduhan tak betul, buat laporan polis)

"SPR berharap jangan mengaitkan SPR dalam hal ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun tegas beliau, SPR sentiasa bekerjasama dengan JPN dalam urusan penyediaan daftar pemilih.

"Proses penyediaan daftar pemilih ada urusan sepanjang masa dan kerjasama ini wujud sepanjang masa," katanya.