ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jan 31, 2009


DSAI MENEMUI GABENOR BANGKOK

Oleh Khalid Jaafar

BANGKOK - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29jan lepas telah menemui M R Sukhumbhand Paribatra untuk mengucapkan tahniah kerana dipilih sebagai gabenor bandaraya Bangkok dalam pilihanraya 11 Januari lalu.

Anwar mengatakan kemenangan Sukhumbhand dalam pilihanraya gabenor itu disambut meriah oleh sahabat-sahabatnya di rantau Asia Tenggara dimana beliau dikenali sebagai cedekiawan dan tokoh politik yang berperinsip.

Sukhumbhand adalah timbalan menteri luar Thailand ketik Anwar dipenjarakan dan beliau secara terbuka mengkritik kezaliman tindakan perdana menteri ketika itu terhadap mantan timbalannya.

Kedua-dua mereka telah menjalin persahabatan lebih dari satu dekad ketika Anwar menteri kewangan dan Sukhumbhand seorang professor di Universiti Chulalongkorn.

Sukhumbhand adalah penulis utama kepada laporan bertajuk “Shared Destiny” yang ditulis dibawah naungan Anwar. Sebahagian dari konsep dan cadangan dalam laporan itu kini menjadi sebahagian dari Piagam Asean.

Sukhumbhand memberitahu Anwar bahawa keutamaan dasarnya adalah untuk pencipta pekerjaan bagi penduduk Bangkok, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperbaiki lain-lain kemudahan asas.

Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menjadi Bangkok bandar berkembar dengan beberapa bandaraya Islam seperti Istanbul, Dubai dan lain-lain. Beliau meminta bantuan ketua pembangkang tersebut yang beliau ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Turki dan lain-lain pemimpin negara Islam di Timur Tengah.

Umno Janganlah Berlagak Seperti Kereta Entik.

Sejak kebelakangan ini umno telah kehilangan arah tuju dan sepertimana ramai diperkatakan seperti telah mereput. Kepimpinan atasan parti merasa takut,dan menghantui mereka kerana ramai keluar parti menyertai parti PR.

Sebenarnya umno terlalu sombong dengan angka atas kertas dengan keahlian yang ramai. Orang tidak penting bagi mereka-mereka yang berkepentingan kuasa tidak ambil peduli masaalah kehendak rakyat jelata.Mereka membeli undi dengan wang (rasuah).

Umno pada mereka umpama seperti jambatan untuk mencari tempat kemewahan hidup.

Umno tidak perlu lagi diberi penghargaan dengan kata “Jasa Mu Dikenang”(benar kata Dato Fauzi). Adalah kewajipan pemerintah melaksanakan urus takbir negara dengan baik dan iklas.Umno menyeleweng pada perlembagaan yang sedia ada untuk memertabatkan hak rakyat.

Umno yang angkuh cuba minta simpati pada rakyat, setelah makin mereput hilang kepercayaan rakyat sejak lama dulu.Yang membuatkan angkuhnya umno dan meyakinkan rakyat ada faktor yang bolih rakyat percaya, kemenangan BN selama ini bukan lah kerana undi rakyat yang mendaftar sebagai daftar pemilih. Semuanya adalah undi tipu berlaku sejak lama dulu.

Kini rakyat makin cerdik memahami kenapa perlunya turun mengundi semasa pilihanraya. Sehingga BN tidak dapat melaksanakan kerja menipu undi. Seperti mana sejak lama dulu kemenangan pada PAS, DAP adalah permainan politik BN sahaja. Begitu juga dinegeri Kelantan.

Rakyat akui kemenangan memehak pada pembangkang sememangnya telus kerana BN cuba untuk mengelabui mata rakyat.

Berbalik pada tajuk diatas, pengemar kereta antik yang memilikinya adalah pada yang berkemampuan dan hanya mahu menarik perhatian orang sahaja. Juga mahu meletakkan nilai yang tinggi, bukan untuk kegunaan seharian.

Kereta antik tidak bolih disamakan dengan parti umno yang tidak mempunyai ciri-ciri antik. Hanya bolih diibaratkan sebagai kereta lama yang rosak tidak mempunyai alat ganti serta geran yang telah disenarai hitam.

Buat pimpinan umno yang mejoriti melayu Islam berbaliklah pada Quran dan Hadis sebagai rujukan dan menafaatkanlah Islam itu benar untuk ikutan semua.


SPR bukan Suruhanjaya Pengkianat Rakyat.



Pada catatan hanyar yang lepas bertajuk”Rakyat Marhain Perlu Jawapan Segera” mencabar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz agar peka masaalah perlaksanaan pilihanraya. Rakyat telah meluat dengan kerenah SPR seperti menyokong parti memerintah.

Sekiranya Tan Sri inginkan menjadi tanda aras atau contoh untuk menjadikan pilihanraya akan datang lebih terbaik adalah satu petanda perubahan buat beliau dan negara.

Apa yang beliau menyeru agar NGO dan parti-parti politik membantu untuk memudahkan rakyat mendaftar, telah lama parti pembangkang membantu SPR. Dan sekiranya iklas SPR inginkan bantuan, rakyat marhain alu-alukan dan menyokong.

Dengan perlaksanaan pendaftaran secara online, rasanya lebih mudah rakyat mendaftar. Baik buruk tetap ada. Rakyat marhain mengharapkan Pengerusi SPR mestilah iklas, pantau dengan bijak supaya tidak ada penyelewengan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.

Berita beliau mengadap Tuanku Mizan, dan menerangkan mengenai perjalanan PRK Kuala Terangganu, “Tuanku gembira dan bertitah agar SPR menjalankan tugas dengan saksama, adil, tidak berat sebelah dan profesional,”

Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 31 Disember, manakala Datuk Ngah Senik sebagai Setiausaha pada 16 November tahun lepas.

Rakyat marhain mengharapkan agar SPR yang diterajui olih Pegerusi baru melaksanakan perubahan yang lebih baik seperti Yang DiPertaan Agong Tuanku Mizan titahkan.

Jan 24, 2009

boikot juga sukan ala yahudi...bebaskan diri dan minda dari yahudi

apa jenis sukan ini? yang tidak menjaga aurat, bukankah islam membenarkan banyak jenis sukan yg menjaga aurat....Durratun nasihin-Ratu Gimnas nagara Malaysia.

Posted by: pinkturtle2 | Januari 24, 2009

Kematian Kugan:Pasukan Khas Bukit Aman mula rekod keterangan

The look in the eyes says it all. The crowd which gathered this afternoon in Bukit Aman are not going to give up on the now classified ‘murder’ case of A Kugan. The policemen, right, keeping the cordon would be thinking too of the 11 policemen now being questioned over their watch of Kugan, leading to his death. pic by Choo Choy May

The look in the eyes says it all. The crowd which gathered this afternoon in Bukit Aman are not going to give up on the now classified ‘murder’ case of A Kugan. The policemen, right, keeping the cordon would be thinking too of the 11 policemen now being questioned over their watch of Kugan, leading to his death. pic by Choo Choy May

Kugan: Pasukan Khas Bukit Aman mula rekod keterangan

PETALING JAYA, 23 Jan (Bernama) — Pasukan siasatan khas Bukit Aman telah mula merekod keterangan anggota polis yang bertugas ketika A. Kugan mati semasa dalam tahanan polis di Subang Jaya pada Selasa lepas.

Pasukan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit bermula pada Rabu.

“Mereka (polis) ini berusia 25 hingga 30 tahun dan dari daerah Subang Jaya serta berpangkat konstabel hingga lans koperal. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Laporan lengkap keterangan mereka akan siap dalam masa terdekat dan pihak polis memberi jaminan tiada ‘cover-up’ dalam siasatan ini. Kes mendapat perhatian pelbagai pihak, berilah kami masa untuk siasat,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Khalid berkata penubuhan pasukan khas itu dapat membantu polis mencari maklumat berhubung dakwaan keluarga Kugan bahawa dia mati akibat dipukul anggota polis yang terbabit.

Sementara itu, Khalid berkata laporan rasmi daripada Hospital Serdang berhubung kesan luka dan kecederaan pada beberapa bahagian badan Kugan, akan diperoleh dalam masa sehari dua lagi.

“Semalam kita hanya dapat keputusan bedah siasat dan kini pihak polis tunggu punca wujudnya luka dan kecederaan pada badan dan muka Kugan. Kita akan umumkan kepada media nanti,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusan keluarga Kugan supaya bedah siasat kedua dilakukan selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat bahawa kematian Kugan disebabkan jangkitan paru-paru, Khalid menjawab: “Polis tidak akan pohon untuk bedah siasat kedua dan tiada peruntukan undang-undang untuk kita buat sedemikian.

“Tetapi kita tidak halang keluarga mangsa untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk buat bedah siasat kedua. Tetapi saya tidak pasti sama ada mereka akan puas hati dengan keputusan yang itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata polis masih belum mengambil keterangan daripada dua orang timbalan menteri persekutuan, Senator T. Murugiah dan Datuk K. Devamany, yang dikatakan berada di bilik mayat Hospital Serdang kelmarin ketika keluarga mangsa menyerbu serta menceroboh bilik mayat untuk melihat mayat Kugan.

Beliau berharap pengambilan keterangan kedua-dua timbalan menteri dapat dipercepatkan agar siasatan kes ceroboh dapat diselesaikan segera.

Berhubung kehadiran Pasukan Polis Persekutuan (FRU) semalam ketika mayat Kugan dibawa ke tanah perkuburan Batu 14 Puchong, Khalid menjelaskan ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Kugan, 22, ditahan reman sejak minggu lepas kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah, sebelum meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 11 pagi Selasa lepas.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya akibat paru-paru berair.

KENANGAN PAHIT BUAT KELUARGA "OKT"

The late A Kugan

The late A Kugan

The hearse that bore Kugan's remains yesterday

The hearse that bore Kugan’s remains yesterday

The leading car that went before the hearse and which bore banners that must have irked the men in blue

The leading car that went before the hearse and which bore banners that must have irked the men in blue

lead-car1

lead-car2

lead-car4

lead-car3

The ensuing jam on the highway arising from the 10km procession from the home of the bereaved family to the burial grounds

The ensuing jam on the highway arising from the 10km procession from the home of the bereaved family to the burial grounds

The frontliners in the procession

The frontliners in the procession

Mohan, who is driving, is the younger brother of the deceased. On his left is the grieving mother of the late Kugan

Mohan, who is driving, is the younger brother of the deceased. On his left is the grieving mother of the late Kugan.

NEGARA MALAYSIA MEMPUNYAI HAKIM,MAHKAMAH DAN PENJARA. ADILILAH MEREKA-MEREKA SEPERTI INI, DENGAN SEWAJARNYA.

http://harismibrahim.wordpress.com

Jan 23, 2009

SPRM didakwa tekan Madam Low ekoran dakwaan rasuah terhadap...


Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menekan Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi membuat pengakuan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan beliau menyumbangkan lembu-lembu untuk dikorbankan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Menurut sumber Siasah, Madam Low dipaksa berbuat demikian dalam soalsiasat SPRM yang dibuat hampir empat jam baru-baru ini ekoran laporan oleh Gerak.

Turut disiasat adalah tiga lagi pemimpin kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang lain.

Baru-baru ini, Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.
Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit - Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Aduannya diterima oleh Pengerusi SPRM Selangor, Mohd Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pada jam 10.45 pagi.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid menolak dakwaan itu dan sedang menimbangkan untuk menyaman Gerak kerana memfitnah beliau.

-SIASAH

EZAM ,,,,,,, PARTI.


TAK NAMPAK MADU, PERMATA DAH JADI BATU.

Banyak orang perkatakan keperibadian Ezam. Heran sungguh rakyat Malaysia ni. Dah lebih 50 tahun merdeka pun, tak faham lagi orang politik bercakap. Cerdik politik, tidak perlu pertikai apa Ezam bercakap. Baik Pakatan rakyat maupun Umno.


Pemimpin pakatan rakyat, kena pandai main politik cakap Ezam. Orang umno faham-faham lah.


Ezam adalah nasi tambah pada pakatan rakyat, bukan mudah untuk dapat penceramah atas pentas umno untuk pengundi atas pagar beralih kepada pembangkang.


Ezam melarat, merapu itu kerja dia. Apa peduli kita sebok sangat pasal Ezam merapu.

Ezam dengan DSAI hubungan baik, kita mungkin tak tahu. Buta-buta kita buat dosa kering terhadap pejuang politik tu.


Ezam tidak pernah bergelar YB semasa dalan pakatan rakyat. Bermakna Ezam tidak terlibat sepertimana YB pakatan rakyat sekarang yang kebanyakan angkuh dan tidak sedar dari mana benih mereka datang. Penyokong pakatan rakyat yang ramai sekarang, adalah sebahagian hasil keringat Ezam yang tidak kira masa beliau bergerak. Bayangkan, jika orang Perlis hendakkan beliau berceramah (semasa keADILan), beliau sanggup pergi dan balik, pulang ke KL sampai lewat pagi. Kadang-kadang minyak dan tol pun mintak kat isteri dirumah. Semua ni siapa tau.

Umno pun tak marah kat Ezam, kalau Ezam bersalah/ rosakkan umno, dah tantu Ezam dalam kotak.(Pak Lah berkuasa).


Ezam! teruskan dengan perjuangan mu. Allah tahu apa yang anda hasratkan. Tetapi jangan lupa badut-badut kamu kelak nanti mereka merana.


Menipu biarlah hingga berjaya ketitik noktah yang membawa kepada:- AMAL MAAROF NAHI MUNGKAR.


Nasihat nyong “rakyat perlu dibela”.