ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 5, 2009




"BUAT RAKYAT PERAK"


Harap bersabar pada semua rakyat Perak, yang telah berlaku bertukarnya kerajaan Pakatan Rakyat kepada Kerajaan Rasuah. Harap semua perlu bertindak secara politik matang yang kita selama ini hendakkan perubahan.

INGATAN PEDAS PADA YB PAKATAN RAKYAT, JADIKANLAH IKTIBAR PADA SAAT-SAAD MENDATANG.
HINDARKAN DIRI DARI SIKAP SOMBONG SERTA BONGKAK YANG SELAMA INI TIDAK TAHU MENGHORMATI UNDI RAKYAT UNTUK KAMU YANG DIBERI TANGGUNGJAWAB.


TIDAK SUKA PAKATAN RAKYAT LOMPAT SEKARANG. SEMUA SOKONG CABAR MEREKA


Thursday, February 5, 2009

Himpunan Rakyat Sokongan Untuk Kerajaan Pakatan Rakyat...

MUNAJAT PERDANA
MEMPERTAHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK
PERAK DARUL RIDZUAN


5 FEBUARI 2009
HARI KHAMIS
JAM 7.00 MALAM - 11.00 MALAM
BERTEMPAT
STADIUM PERAK

BERSAMA DATO' NIK AZIZ NIK MAT

ACARA: Soalat Maghrib , Bacaan Yaasin , Solat Isyak , Solat Hajat
Ceramah Tetamu: Menteri Besar Pakatan Rakyat Dan Pimpinan

SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Sultan tidak berkenan DUN dibubarkan, minta MB letak jawatan
Feb 5, 09

Dikemaskini 2.33pm Bernama melaporkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan. Laporan itu juga menyebut baginda telah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Dikemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

Dikemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut sama.

Thursday, February 5, 2009

Live@ABO - update 2.30 pm

Laporan Terkini !!
Dari perbualan ringkas ABO dan Pengarah Penerangan Negeri sebentar tadi, sangat POSITIF ! Sidang Media akan diadakan bila-bila masa dari sekarang di Kediaman Menteri Besar. Nantikan pengumuman terus dari mulut YAB Menteri Besar Perak.

Informer ABO dari Pej. Perhubungan Umno Negeri:
Kebanjiran gerombolan dan gedebe memasuki ruang legar bangunan ini amat ramai, Najib akan mengadakan PC seawal jam 3 petang ini. Tiada lagi bunyi 'belahak' kedengaran dari corong henpon ABO. Gerombolan mengsahkan bahawa sultan Perak mahukan Nizar meletak jawatan serta-merta!

PC Jam 3 Petang Bersama Nizar & DSAI - malaysiakini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi beliau di sini petang ini selepas mengadap Sultan Perak sebentar tadi.

Nizar berada di Istana Kinta selama 20 minit daripada pukul 12.45 tengah hari ini.

Sidang media itu dijangka berlangsung pukul 3 petang.

Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai "OK", Nizar berkata, beliau akan menemui wartawan kemudian.

Semalam, Nizar berkata, beliau yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Nizar juga mengadap Sultan Perak di Istana Kinta petang semalam.

[DIKEMAS KINI, 2 PETANG] PETALING JAYA: Kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas hari ini menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Ipoh tengah hari ini selepas menghadap Sultan Perak dua kali di Istana Kinta di sini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak, pada pukul 9.50 pagi bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan baginda agar BN mengambil alih pentadbiran negeri.

Ini berikutan tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing semalam untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.

BN kini menunggu keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung peluang bagi perikatan itu untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga diminta menghadap Sultan Perak selepas baginda menerima kunjungan Najib.

Nizar tiba di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari dan keluar 20 minit kemudian.

Perkembangan ini berlaku sehari selepas empat ADUN menyatakan sokongan kepada BN.

Najib berkata, Sultan Perak akan memberikan keputusan tersebut bila-bila masa dari sekarang selepas kesemua 31 ADUN termasuk tiga wakil Bebas menghadap Sultan Perak pagi tadi.

"PAKATAN RAKYAT"
'Kerajaan masih sah, keputusan di tangan Tuanku' - Nizar


Td, kira2 pukul 1.15 tgh. Nizar keluar dari istana dia melambai dan senyum kepada reporter: sambil ucap: “Good Sign. Alhamdulillah.

- :::::::::TERKINI::::::::::::-

nAJIB MENANGGUHKAN SIDANG AKHBAR YG DIJADUALKAN AKAN DIADAKAN SELEPAS MEETING.

MB NIZAR SEDANG BUAT SIDANG AKHBAR.

KPN bagi amaran supaya orang ramai tidak mengikuti perhimpunan haram diIpoh malam ini (berdekatan rumah MB, pukul 7:30 malam).

Najibsekarang mempengerusi mesyuarat UMNO di Ipoh, dijangkakan mesyurat itu akan memilih MB baru. Beliau dijangkakan akan mengada sidang akhbar jam berikut ini.

Sultan bersetuju dangan kerajaan perpaduan dikepalai BN? BN 3 + Bebas

Sementara itu, Speaker DUN Perak V Sivakumar telah memohon pihak mahkamah tinggi untuk mengistiharkan yang surat tandatangan tanpa tarikh yang ditandatangani bekas adun Pakatan sah.

Najib dijadualkan akan membuat taklimat ringkas pada tghari ini tentang perkembangan perjumpaan beliau dengan Tuanku Sultan Perak.

Najib keluar dengan senyum panjang lebar.

Sultan Perak panggil Nizar dan Najib ke Istana