ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 6, 2009


Mutakhir »

Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.

"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.

"Kita ambil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya.

Dalam pada itu Anwar turut mengutuk tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya cuba mengambilalih pentadbiran negeri Perak dengan cara rampasan kuasa.

"Kita kutuk cara BN dan Umno yang sungguh biadap terutamanya ketika melayan Datuk Seri Mohammad Nizar semasa beliau ke pejabatnya pagi tadi.

"Semua barangan beliau telah dirampas dari pejabat beliau," katanya.

Selain itu Anwar berkata isu Nizar yang dikatakan derhaka kepada Sultan Perak kerana enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar seperti yang disebarkan melalui media sengaja dibangkitkan oleh BN.

"Datuk Seri Mohammad Nizar tidak derhaka, sebaliknya beliau hanya tunduk kepada perlembagaan dan undang-undang dan tidak pernah berhasrat untuk bertindak derhaka kepada sultan," katanya.

Friday, February 06, 2009


ADA KAITANNYA

Minta JAI Seluruh Negeri Siasat - malaysiakini

-tok iskandar

Tok meminta Jabatan Agama Islam Perak, Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan dan JAKIM menyiasat penglibatan Raja Ashman bin Sultan Azlan Shah di dalam tarikat Naqsyabandiah Syeikh Nazim Al Haqqani yang telah diputuskan bertentangan dengan ajaran Islam oleh majlis Fatwa Kebangsaan pada 2000. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Raja Ashman dikatakan penaung tarikat ini. jangan dilengahkan perkara yang amat serius ini dan zahid Hamidi selaku menteri JAKIM turut bertnggungjawab terhadap perkara ini. Lebih-lebih lagi ketika ini beliau adalah Timbalan Pengerusi BN Perak.

Kertas kerja ajaran tarikat ini pernah dibentang oleh bekas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk haji Mustafa. Kertas kerjanya JFK Bil 3/48/2000.

antara tempat operasi kumpulan tarikat ini. no 28, Jalan setiabudi,bukit damansara, behampiran masjid Syaidina Omar. Kampung Sum sum di Janda Baik, Pahang dan no 57, lembah Bukit Jambul.

Diminta siasatan dijalankan segera kerana bimbang menular kepada umat Islam dan ingin mengetahui sejauh manakah penglibatan Raja Ashman dalam tarikat ini

TUBOH KERAJAAN HARAM, APADAH JADI....

Feb 6, 09
Suasana kecoh lebih sejam depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar angkara bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat terhadap menteri besar baru Perak memaksa polis melepaskan gas pemedih berkali-kali.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 22Sebahagian daripada 3,000 penunjuk perasaan itu membaling objek ke arah kenderaan-kenderaan rasmi pemimpin BN yang menuju ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Mereka juga berbaring di atas jalan, cuba menghalang kenderaan-kenderaan berkenaan.

Perhimpunan yang turut disertai penyokong wanita itu diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu kira-kira 2.15 petang tadi dengan merempuh halangan polis di pintu depan luar kawasan masjid.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 21Mereka cuba berarak ke istana itu tetapi segera dihalang polis dengan melepaskan gas pemedih mata bagi kali pertama sehingga memaksa kumpulan penunjuk perasaan itu berundur ke kawasan masjid.

Suasana tidak menentu antara penyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu dengan polis memaksa pihak berwajib melepaskan lagi gas-gas pemedih mata sehingga kawasan itu diliputi asap tebal.

Kawasan perkarangan masjid dan kediaman-kediaman berdekatan tempat ibadat itu turut terkena sasaran tembakan gas pemedih mata.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 23Bagaimanapun tindakan polis itu gagal melemahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat sehingga memaksa dua pemimpin PAS, termasuk pembantu Mohamad Nizar, menyeru mereka bersurai.

Kedua-duanya menyeru para penyokong Pakatan pada jam 3.30 petang dan setengah jam kemudian, termasuk dari atas kenderaan polis bagi meredakan baki 2,000 mereka yang kecewa dengan tindakan BN menumbangkan kerajaan campuran di Perak.

Beberapa ratus orang terus tinggal berdekatan masjid menunggu kenderaan-kenderaan rasmi itu melalui jalan tersebut selepas acara angkat sumpah yang selesai kira-kira 4.30 petang.

Mereka mengboo setiap kali kenderaan itu melepasi depan masjid sebagai lambang kemarahan luar biasa susulan drama mencemaskan peralihan kuasa di Perak kepada BN melalui lompat parti.

06 Februari 2009

: Gambar di sekitar bulatan Kuala kangsar

Lebih 1000 orang masih berada disekitar bulatan jam Kuala Kangsar sambil mendapat pengawasan ketat pihak keselamatan termasuk FRU.

Sebentar tadi rombongan yang saya percayai membawa Najib dan pemimpin UMNO lain melintasi kenderaan yang saya naiki di Jalan Kuala Kangsar menghala ke tol dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Sidang Media Khas

Feb 6th, 2009

nizar
Sekarang ini, satu sidang media khas sedang berlangsung diantara DS nizar dan seluruh kepimpinan Pas dan PKR untuk menerangkan keadaan sebenar yang berlaku.

Asrol sedang mengusahakan rakaman audio untuk disiarkan didalam Radio bloggers Network, manakala Sya sedang mengusahakan rakaman video.

Kami akan memaklumkan apabila semuanya sudah selesai.

comen

  1. TAKBIR!!!!!!!!!TRIMA KASIH SEDARE2 SPEJUANGAN KRNA BRUSAHA,BSMNGAT KENTAL…SY DOAKN SMOGA RAKAN2 SPEJUANGAN SNTIASA DILINDUNGI OLEH YG MAHA ESA…..ALLAHHUAKHBAR….

  2. perjuangan mesti diteruskan…lawan tetap lawan…reformasi….kembali semula…PEGHAK

  3. Salam MSK, Ada apa-apa program PR sepanjang hujung minggu ini dari Sabtu hingga Isnin.
    Kalau ada teman nak turun ke Perak 3 hari ni. Boleh nyatakan program untuk tatapan semua. TQ
    Cuti-cuti ke Perak Darul Ridzuan

Pemecah Berita di Kuale Kangso

Feb 6th, 2009

kemaskini 1743 demo beralih pula ke Jam Besar Kuala Kangsar

kemaskini 1708 Sultan balik tinggalkan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pergi ke Istana Kinta Ipoh tempat bersemayam

kemaskini 1656 Polis sahlkan tangkap 9 orang..

Nik Aziz kata kerajaan baru ‘haram

kemaskini 1602 Datuk Zambry Kadir angkat sumpah MB baru

kemaskini 1551 Ramai demonstran ditahan

kemaskini1540 DSAI buat sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya

kemaskini 1523 Kira2 3k hingga 10k demonstran berhimpun

comments

  1. Takbir!!!!!!

    Moga2 Allah memberi hidayah kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di sana….

    Teruskan berjuang!!!
    Lawan Tetap Lawan…

  2. Penyokong pakatan rakyat sedang bertempur dengan polis di depan istana Bukit Chandan…gas pemedih mata telah bayak dilepaskan sekarang ini dan bilangan yang ditahan pun sudah ramai…. Ya ALLAH, selamatkanlah saudara - saudaraku dari kekejaman pemerintah yang zalim. Amin.

  3. sultan ni pun makan gaji…yg tukang bayar gaji nyer….sapa yob???lu pkirla sendiri…..lepasni leh mintak naikan elaun almaklumler la ni kan krisis ekonomi……………………….ya allah kau selamatkanlah kerajaan yg benar dan kau hapuskanlah kerajaan yg zalim pada rakyat…amin

  4. Awat hang semalam tak cakap kat Kuale ada program baguih……. malam tadi aku dah pesan sahabat-sahabat , apa-apa jadi depa boleh jamin.

  5. PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

    Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

    Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.

    “Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

    “Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar,” katanya kepada mStar Online.

    Menurut Karpal, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

    Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

    Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

  6. Nampak gayenye, Menteri Beso Perak dilantik Oleh DYMM Sultan Perak saperti yang nyatakan berita RTM.
    Make lepas ni tak payah pilihanraya lagi le. Rakyat pilih tak boleh pakai dah.

  7. TQ kepada semua yg menyertai demontrasi hari ini..
    Anda telah mewakili jutaan rakyat menentang kezaliman..
    Sejarah ini akan diingati oleh anda sampai bila2..

  8. tengok rentetannya di blok wak raden dan blog edyesdotcom(back up)

  9. Minta Allah bantu rakan-rakan yang telah di tahan dari terus di seksa oleh POLIS-POLIS YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN….. Cukup la KES KUGAN!!!!! woi polis ape cite kes KUGAN??? bape lama nak tunggu nie???

    RE-FOR-MA-SI
    Lawan Tetap Lawan…

Speaker Perak umum kekosongan tidak boleh dicabar

.KENYATAAN; Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari

PETALING JAYA: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihan raya kecil - adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.

Kata beliau, surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.

"Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut.

"Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi 2 feb.09.

"Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.

"Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.

Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.

Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.

Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai.

"Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi.

"Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat... lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira," katanya.

Feb 6, 2009

Kenyataan Media Terkini Presiden PAS

 [...] Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.
[read more]

Sebab tu la gua bilang .. kalau ada undang undang atau akta sekali pun, jika kerajaannya kerajaan HARAM, sampai bila pun tak kan selesai. Begitu jugak dengan sistem pemerintahan, baik demokrasi ke komunis ke, yang penting sapa kerajaannya. Kalau kerajaan masih itu .... tu ... tu .... cakap pun tak guna