Pemecah Berita di Kuale Kangso
Feb 6th, 2009kemaskini 1743 demo beralih pula ke Jam Besar Kuala Kangsar
kemaskini 1708 Sultan balik tinggalkan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pergi ke Istana Kinta Ipoh tempat bersemayam
kemaskini 1656 Polis sahlkan tangkap 9 orang..
Nik Aziz kata kerajaan baru ‘haram’
kemaskini 1602 Datuk Zambry Kadir angkat sumpah MB baru
kemaskini 1551 Ramai demonstran ditahan
kemaskini1540 DSAI buat sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya
kemaskini 1523 Kira2 3k hingga 10k demonstran berhimpun
Takbir!!!!!!
Moga2 Allah memberi hidayah kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di sana….
Teruskan berjuang!!!
Lawan Tetap Lawan…
Penyokong pakatan rakyat sedang bertempur dengan polis di depan istana Bukit Chandan…gas pemedih mata telah bayak dilepaskan sekarang ini dan bilangan yang ditahan pun sudah ramai…. Ya ALLAH, selamatkanlah saudara - saudaraku dari kekejaman pemerintah yang zalim. Amin.
sultan ni pun makan gaji…yg tukang bayar gaji nyer….sapa yob???lu pkirla sendiri…..lepasni leh mintak naikan elaun almaklumler la ni kan krisis ekonomi……………………….ya allah kau selamatkanlah kerajaan yg benar dan kau hapuskanlah kerajaan yg zalim pada rakyat…amin
Awat hang semalam tak cakap kat Kuale ada program baguih……. malam tadi aku dah pesan sahabat-sahabat , apa-apa jadi depa boleh jamin.
PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh mendakwa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.
Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.
Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.
“Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.
“Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Karpal, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.
Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.
Nampak gayenye, Menteri Beso Perak dilantik Oleh DYMM Sultan Perak saperti yang nyatakan berita RTM.
Make lepas ni tak payah pilihanraya lagi le. Rakyat pilih tak boleh pakai dah.
TQ kepada semua yg menyertai demontrasi hari ini..
Anda telah mewakili jutaan rakyat menentang kezaliman..
Sejarah ini akan diingati oleh anda sampai bila2..
tengok rentetannya di blok wak raden dan blog edyesdotcom(back up)
Minta Allah bantu rakan-rakan yang telah di tahan dari terus di seksa oleh POLIS-POLIS YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN….. Cukup la KES KUGAN!!!!! woi polis ape cite kes KUGAN??? bape lama nak tunggu nie???
RE-FOR-MA-SI
Lawan Tetap Lawan…