ERTI BERMARTABAT
Feb 22, 2009
1-video: klik-Police report lodged against MyKMU.net- malaysiakini
2-video; klik-Apakah nasib Perak akan menimpa Kedah? -malaysiakini
3-video; klik- Ceramah Majlis Makan Malam PKR KL/Selangor - malaysiaKini
Lagi 3 rasuah Khir Toyo dibongkar.....TSKI.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.
Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.
Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.
Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.
Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.
Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo
kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.”
tv antara
AYUH SAUDARA/SAUDARI SEMUA, BANGUNLAH DARI SEDAR AGAR TUMBANGKAN ANASIR PENJENAYAH PEMIMPIN/PEMERINTAH BN. HADAPILAH PILIHAN RAYA UMUM 13 SERTA MELAYAKKAN TANGGUNGJAWAB SAYA/ANDA DAN SEGERALAH MENYEMAK/MENDAFTARLAH SEBAGAI DAFTAR PEMILIH. UNDILAH keADILan, PAS, atau DAP =(Pakatan Rakyat) Menjana KeArah "Masa Untuk Perubahan”
ADA SEBAB PENGERUSI SPRM, ...... UMNO..........

Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said, 25 tahun anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi SPRM seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Beliau juga digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana ..KLIK...
Feb 21, 2009
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar hari ini - "nyahkan Sivakumar" - dipercayai dilemparkan ekoran keputusannya menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco Kerajaan Negeri lain daripada menghadiri sidang Dewan.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan 'nyahkan' Sivakumar telah digunakan oleh www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno.
"Perkataan 'nyah' boleh membawa apa juga maksud... ia boleh membawa makna menyembunyikan, menghilangkan, malah membunuh," jelas Nizar di Ipoh hari ini.
"Jika apa-apa berlaku ke atas Speaker (Sivakumar), ini adalah tindakan mereka (Umno)," kata beliau sambil menambah, Sivakumar telah mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk melindungi keluarga beliau.
Dalam tulisan muka depan laman web itu, editornya berkata:
"Adalah menjadi harapan patik-patik sekalian rakyat jelata agar Tuanku Sultan Perak mengambil tindakan segera ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan mereka yang bersama beliau menggantung Menteri Besar Perak dan Barisan Exconya dari menghadiri sidang DUN Perak.
"Tidak pernah ada dalam sejarah orang Melayu ada manusia bukan Melayu boleh membuat keputusan bawa barang sesiapa yang hadir Majlis Tuanku Raja Melayu sebagai satu tindakan menghina negeri jajahan takluk tuanku sendiri.
"Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor.
"Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Harap Diampun
"Sejak April 2008, cacing sudah menjolok mata. Apakah Tuanku ingin membiarkan cacing ini terus bermaharajalela tanpa batasan?
"Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak.
"Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.
"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan.
"Apakah guna seorang rakyat negeri tuanku jika majlis tuanku pun dianggap haram dan hina? Cukuplah orang Melayu menjadi bacul jangan sampai penaung orang Melayu pun dilihat tiada bertaring.
"Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun!
"Sembah dari Rakyat MarhaenEDITOR MYKMU."
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Sivakumar masih boleh menarik balik keputusannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN kerana keputusan itu dibuat secara unilateral dan timbang tara.
Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), Datuk Liew Vui Keong, yang merupakan lulusan undang-undang berkata daripada segi perundangan, Sivakumar jelas membuat keputusan di luar skop bidang kuasanya.
"Daripada segi undang-undang dan perlembagaan, keputusan itu salah kerana penggantungan itu dibuat ketika Dewan Undangan Negeri tidak bersidang dan tiada undian dibuat dan tiada kelulusan diberikan majoriti anggota DUN Perak.
"Pada pandangan saya, Speaker masih boleh menarik balik keputusannya tanpa perlu merujuk kepada DUN kerana ia dibuat secara unilateral dan timbang tara," katanya.
Liew, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga berkata, tindakan Sivakumar, yang mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak untuk menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam Exco itu selama 12 bulan jelas menghina Dewan.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup pula berkata, tindakan Sivakumar dan jawatankuasa itu adalah "keterlaluan".
"Speaker DUN Perak telah bertindak keterlaluan dalam menangani isu ini... ini boleh dilihat sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Perak (yang baru mengambil alih daripada pakatan pembangkang)," katanya.
Menyokong kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini bahawa keputusan itu perlu diluluskan oleh sidang DUN, Kurup berkata, keputusan itu tidak sah kerana dilakukan di luar sidang dewan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun pula berkata, terserah kepada Zambry selaku Menteri Besar untuk mengendalikan perkara itu.
"Kita serahkan kepada kerajaan BN negeri Perak, kepimpinan Zambry yang tentunya akan tahu dengan kebijaksanaannya bagaimana untuk mengendalikan (perkara ini)," kata Azizah yang juga lulusan undang-undang sambil enggan mengulas lanjut.
Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Sivakumar itu adalah berat sebelah.
"Beliau tidak menghormati DUN dan beliau gagal menjalankan tugas sebagai seorang speaker.
"Jelas dengan menggantung Zambry daripada menghadiri sidang DUN menunjukkan yang beliau ada agenda politik terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru. Sebagai seorang speaker, beliau tidak boleh menyebelahi manamana pihak," katanya.
olih mStar
a/mahukah polis siasat kes ugut karpal?

kah kah .. tak yakin aku dengan polis umno nih ... ka ka ka
peluru tu dari ipoh berpandu kepada setem yang terlekat di sampul surat dan cop.
hebat .. pejabat pos tak cam isi kandungan surat?
antara mahu atau tidak,
antara jujur atau tidak,
antara umno atau tidak.
kakakak .. buang masa la yob !
kawan ada bilang, ada cara nak kenal peluru dan pistol tu sapa punya. dari bentuk dan keadaan barangan tersebut. bukan semua orang tahu bagaimana nak jaga kebersihan alatan senjata kecuali ..dot dot dot ... ka ka !
B/Saya tak takut di gertak - khalid ibrahim
hahah ... satu penangan untuk jawa yang tak ngaku jawa dan sprm si pelacur umno.Khalid: :"Saya bukan manusia yang boleh digertak sesuka hati"
“Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (KLIK)
C/segerakan bawa kes altantuya ke mahkamah antarabangsa
kerajaan mongolia mahu bawa kes pembunuhan altantua ke mahkamah antarabangsa. tapi bila agaknya? apesal lambat sangat?
cuma itu lah harapan kerana mahkamah malaysia sudah tidak boleh di sandarkan harapan. semuanya menipu, mengarut dan memalukan.
jenuh aku cari di mana kah sumbangan raja kepada rakyat. aku misalnya, rumah ku beli sendiri, harta ku cari sendiri, kerja aku buat sendiri, kereta guna wang yang aku simpan, nasi aku beli sendiri dan semuanya aku beli sendiri.
tak nafikan semuanya atas ehsan ALLAH swt. tapi dimana letaknya raja? (KLIK)
olih tandas awam

4/Hanyar bawa berita dari Bukit Gantang, Dah dengar cerita jangan menentang.... ooooppp.
Sejak 3 minggu berada kat Perak dan Kedah, baru setengah jam lepas, dari Bukit Gantang menghadiri progrem ceramah perdana yang dihadiri DS Nizar.
Terlalu banyak cerita-cerita benar yang dapat dikongsi bersama dengan kawan-kawan di Kuala Langat. Setakat dengar cerita media tv 3 suku dan radio tipu marhain (rtm), bolih semua orang jadi gila.
Hanyar tak nak cerita, apa yang DS Nizar cerita. Hanya nak cerita suasana tempat ceramah tu je.Bolih dikatakan, kalau tak silap kiraan, hampir ¾ pengundi Parlimen Bukit Gantang keluar mendengar ceramah DS Nizar.
Rata-rata hanyar lihat riaksi orang ramai yang mendengar cerita DS Nizar, mereka merasa sedih dan marah. Sedih orang-orang yang mendengar cerita DS Nizar sehingga mereka menjadi marah kepada umno yang selama ini mereka sokong.
Kalau nak sifatkan Parlimen Bukit Gantang, kemenangan memehak kat bn, memang tak bolih percaya. Rasanya doa orang-orang insaf/ daif, untuk kemenangan Pakatan Rakyat insyaallah, Allah makmulkan. Kerana mereka selama ini merasa tertipu dengan hasutan umno.
Ada sekumpulan pemuda yang duduk agak jauh dalam gelap kawasan tempat ceramah, kata mereka “mampos dah kali ni tak aku undi lagi bn”. Macam-macam kedengaran bunyi yang terkeluar dari mulut mereka. B dan N, macam-macam mereka andaikan, Barua Najiblah, Bungkus Najiblah dan macam2 lagi. Ada lagi kata-kata yang tak sepatutnya hanyar tulis kat sini.
Hanyar sampai awal kat tempat ceramah tu, bukan apa... hanya takut tak dapat masuk dalam je. Masa sampai tu, parking tak menjadi masaalah. Yang bermasaalah bila nak balik.Hampir 2 jam baru bolih keluar. Tempat parking jem sampai jalan besar.
Bolih hanyar pantun sikit???
Bukit Gantang, Kuala Langat,
Dua-dua tempat ada ceramah,
Ceramah kat K.Langat hanyar tak ingat,
Nak balik tak sempat, yang dekat hanyar singgah.
Singgah sebentar di Bukit Gantang,
Dengar ceramah DS Nizar,
PRK dah tentu menang,
Kerana pengundi penyokong tegar.
Semua orang nakkan perubahan,
Kenalah pemimpin kerja kuat,
Mesti ramai undi PAS,DAP dan keADILan,
Kemenang dah tentu kat Pakatan Rakyat.
Bukit Lanjan, Bukit Selambau,
Tengah-tengah, Bukit Gantang,
Sokong barisan nasional macam kerbau
Kerana perangai umno seperti binatang.
Dr Zamri jangan nak berangan,
Bn dah 12 penggal janji haprak,
P.Rakyat Perak 10 bulan menjadi kenyataan,
DS Nizar tetap Menteri Besar Perak,
Ok lah ...... jumpa lagi..................
3- Nasib kau ler zambie !
Zambry Abdul Kadir muncul bersembahyang di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia Ipoh dengan dikawal ketat oleh polis . Situasi yang mengambarkan ketakutannya untuk bertemu dengan rakyat." Mungkin dia takut dilempar dengan kasut ?" kata seorang warga setempat yang bersembahyang bersama Zambry dan mengirim maklumat ini kepada kami."Macam mana nak jadi MB kalau kemana pun kena dikawal ketat oleh polis" ujar informer.
Beliau berkata kepada wartawan bahawa beliau dan enam Exco Kudeta kerajaan negeri tidak mahu mengambil tindakan melulu berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar yang menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.
Mengenai kenyataan presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengatakan keputusan penggantungan terhadap beliau dan enam Exco berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah, Zambry menyifatkan ia hanya satu pandangan.
"Banyak dan pelbagai lagi pandangan yang dapat dilihat hari ini, apapun saya tidak mahu diseret dalam persoalan ini kerana yang penting saya meneruskan tanggungjawab sebagai menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zambry kesal dan kecewa terhadap pihak tertentu yang didakwanya melemparkan pandangan hina dan rendah terhadap institusi mufti dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria...selanjutnya [link]
(*) wak :
wakakaka..! sadis yop! sadiss !
kesian abang polis..bertambah koje mike, zambie tu nak takut apernyer ? kan ke rumah Allah tu ! Kalau mati kat rumah Allah kan ker mulia !! Tak ader sapa aihh nak kacau kau zambie oii ! Nampak sangat takut bebayang sendiri !
Wak teringat bagaimana Nizar pernah berkata kepada polis yg iring dia masa kat masjid utk solat jumaat, kata Nizar, tak payah susah2 nak berkawal, negara kita, aman! meh kita solat bersama, jangan bimbang !
Beza benor dengan zambie !