ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 21, 2009

3- Nasib kau ler zambie !

Zambry Abdul Kadir muncul bersembahyang di Masjid Sultan Yusuf, Rapat Setia Ipoh dengan dikawal ketat oleh polis . Situasi yang mengambarkan ketakutannya untuk bertemu dengan rakyat." Mungkin dia takut dilempar dengan kasut ?" kata seorang warga setempat yang bersembahyang bersama Zambry dan mengirim maklumat ini kepada kami.

"Macam mana nak jadi MB kalau kemana pun kena dikawal ketat oleh polis" ujar informer.

Beliau berkata kepada wartawan bahawa beliau dan enam Exco Kudeta kerajaan negeri tidak mahu mengambil tindakan melulu berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar yang menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Mengenai kenyataan presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang mengatakan keputusan penggantungan terhadap beliau dan enam Exco berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah, Zambry menyifatkan ia hanya satu pandangan.

"Banyak dan pelbagai lagi pandangan yang dapat dilihat hari ini, apapun saya tidak mahu diseret dalam persoalan ini kerana yang penting saya meneruskan tanggungjawab sebagai menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry kesal dan kecewa terhadap pihak tertentu yang didakwanya melemparkan pandangan hina dan rendah terhadap institusi mufti dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria...selanjutnya [link]

(*) wak :
wakakaka..! sadis yop! sadiss !
kesian abang polis..bertambah koje mike, zambie tu nak takut apernyer ? kan ke rumah Allah tu ! Kalau mati kat rumah Allah kan ker mulia !! Tak ader sapa aihh nak kacau kau zambie oii ! Nampak sangat takut bebayang sendiri !

Wak teringat bagaimana Nizar pernah berkata kepada polis yg iring dia masa kat masjid utk solat jumaat, kata Nizar, tak payah susah2 nak berkawal, negara kita, aman! meh kita solat bersama, jangan bimbang !

Beza benor dengan zambie !

No comments: