ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 25, 2009


SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT KEPADA RAKYAT?

TERKINI.. BN menghalang usaha murni kerajaan Selangor untuk membeli Syabas dan 3 lagi syarikat pembekal air swasta yang dilihat menyusahkan pengguna air Selangor berikutan bil-bil air yang tinggi. Usaha kerajaan Selangor ini akan membuatkan harga air lebih murah sehinggalah BN tiba-tiba membuat tawaran yang lebih tinggi kepada 4 syarikat pembekal air swasta ini untuk memastikan rakyat Selangor tidak mendapat bekalan air yang lebih murah.
-
Siang malam kerja UMNO ni ialah mensabotaj. Dah kalah pilihanraya nanti UMNO jangan jadi militan pulak...
25 February 2009

Siasatan kes Khir Toyo beli apartmen RM25 juta - Malaysiakini

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo kini disiasat kerana dipercayai mendalangi pembelian dan penjualan apartmen mewah di Makkah membabitkan penggunaan dana awam sebanyak 25 juta ringgit.

Urus beli-jual itu dilakukan menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang kini dalam siasatan audit. Demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor..klik seterusnya
SIAPA SEBENARNYA DI BELAKANG "RIBUT" DALAM PKR?

Siapa sebenarnya orang di belakang keributan politik kini? PKR kini seolah diasak kiri & kanan. Apa fasal ahli PKR yang jadi sasaran? Perak jadi kelam kabut berpunca dari DUN PKR. MB Selangor ialah orang PKR, yang kena gasak MACC. Foto seksi juga orang PKR, Bukit Selambau pun PKR. Apa fasal?
-
Orang PAS dan DAP tak pula jadi sasaran utama walaupun ada. Ini semua kerja strategis. PAS & DAP dah berjuang berpuluh tahun & kesannya pada UMNO/BN tak memeningkan. Pernah bekerjasama dengan S46 & PBS. Tetap juga BN menang besar dalam PRU. Jadi bagi dia (mereka), PAS/DAP bukan masalah tunjang. Mereka mesti serang sasaran utama.
-
Sasaran utama strategis ini ialah Anwar Ibrahim. Masuk penjara...(klik)...seterusnya

Feb 24, 2009

TERIMA EMAIL YANG MENGEJUTKAN!!!!!

Semalam seperti tertera dibawah hanyar menerima email yang sangat merasa kesal, sikap kepimpinan Khir Toyo dari umno semasa memerintah dulu. Walau apa pun perlulah AMKS serta Bahagian keADILan K.Lgt, menyiasat kebenarannya dan jangan ada kekeliruan sesama kaum yang bolih memecah belah Pakatan Rakyat. Apa pun diucapkan terima kasih pada pengirim Karim Majid dan Yan Ibrahim. Jika ada kebenaran yang bolih mengaitkan rasuah perlulah TSKI bongkar perkara ini.

1-From:
Saya ingin beritahu anda pasal sebuah bangunan di Taman Seri Medan yang menjadi pertikaian sekarang. Bangunan tersebut telah lama terbiar, sedangkan bangunan lain di Taman Perwira dan Taman Seri Medan Jaya yang serupa dan seangkatan dengannya telah lama berfungsi sebagai balairaya. Mengapa terjadi begitu? Ini semua angkara umno yang berketuakan Mazlan Selamat yang mengaku bangunan tersebut adalah milik partinya tambahan pula beliau adalah ketua taman yang tak berapa berfungsi. Yang lucunya beliau mengaku bangunan tersebut milik partinya tetapi pada PRU 11 2004 apabila SPR mengarahkan tidak boleh menggunakan bangunan awam sebagai bilik gerakan, beliau dan kuncu-kuncunya mencicit lari dan menjadikan tempat letak kereta di rumahnya sebagai bilik gerakan. Begitu juga pada PRU 12 tempat letak kereta itu juga dijadikan bilik gerakan. Malah sewaktu mesyuarat agong partinya juga tidak menggunakan bangunan tersebut. Tidakkah ini lucu dan menghairankan. Umpama orang yang mengaku perempuan cantik tu bini dia tapi tak dianukan. Penduduk taman tidak boleh berbuat apa-apa terhadap bangunan itu. Maka terbiarlah kosong, menjadi tempat pocong bersukaria. Ini lah kerja umno. Lanun duit rakyat, buat bangunan dan mengaku dia punya. Mazlan mazlan moga-moga selamat kau dunia akhirat.
ATK_klgt


Posted by: "Yan Ibrahim" yan1810@yahoo.com yan1810

Mon Feb 23, 2009 4:53 am (PST)

saya rasa daripada AMK ni berkumpul nak berarak nak serah replika lembu pada badan pencegah rasuah tu... ada baiknya kamu semua ni berkumpul, buat memorandum.. . berarak pergi jumpa MB tu tanya dia pasal kawasan perkuburan tanah wakah di shah alam ni yg dah diceroboh oleh penganut agama lain...cuba jadi anak jantan sikit tegakkan keadilan utk anak bangsa dan agama sendiri dulu baru nak perjuangkan keadilan utk seorg individu saja yg belum kita tahu betul ke tidaknya lagi. u all berkumpul berpanas berhujan dia tetap pergi mana-mana naik LEXUS! bukan naik proton or kapcai mcm kamu...

ini dah sah tanah WAKAF... ingat tu wakaf... TANAH MASJID, TANAH PERKUBURAN YG DAH DIWAKAHFKAN TAPI alih-alih penganut agama lain senang2 ceroboh, suap bina bangunan, siap tanam org mereka kat situ. Mana pergi kamu semua ahli AMK ni?! Pergi tanya ahli kariah masjid dan tanah wakaf tu apa yg dah jadi? Pergi selidik even kerajaan negeri pun mcm membenarkan tanah wakaf tu kena ceroboh. Ape perlunya ahli kariah tu disuruh usul kat mahkamah sedangkan tanah wakaf tak termaktub dalam undang2 sivil... dah sah ia di bawah undang2 syariah. Apa kesnya ni? Is this rasuah jugak nak jaga hati penganut agama lain sampai gadai maruah agama sendiri? APA DAH TAK INGAT MATI KE? Itu kan tanah wakaf org islam... tahu tak apa hukumnya?

Ini yg dok sebuk nak bela kesilapan seorg individu sedangkan kat kawasan tersebut ada berapa ramai individu islam yg perlu dibela... yg dah sah berada dalam kelompok BENAR DAN SAHIH... NAK BERPOLITIK PUN BERPADA-PADALAH. .. JGN GADAI AGAMA SENDIRI, JGN GADAI HUKUM HAKAM AGAMA SENDIRI... PERGI BELA ORG YG BENAR2 PATUT DIBELA DULU...

Kontroversi: Gempar, Misteri Kehilangan Wakil Rakyat Berulang Kembali, Kini ADUN Paka Pula Didapati Telah Hilang Dan Pejabat DUN Ditutup

Paka.Berita gempar bagi penduduk di DUN Paka, Terengganu...YB Paka telah lama menghilangkan diri dan tidak muncul-muncul di khalayak ramai! Bukan seminggu dua tapi dah berbulan-bulan lamanya!!!... Penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi sekitar Pekan Paka sukar untuk menemui wakil rakyat mereka. Mereka sekarang bagaikan anak ayam kehilangan bapak!!! Pusat khidmat DUN beliau juga sudah lama tidak 'berkhidmat' sebagaimana tiadanya sebarang perkhidmatan wakil rakyat di kawasan DUN Paka, Terengganu... Kini, Pusat Khidmat DUN Paka telah 'dibuka semula' oleh AHLI PARLIMEN DUNGUN di satu lokasi baru! Mengapa ia boleh berlaku??? Misteri kehilangan YB Paka semakin sukar dijawab kerana Tugas dan Tanggungjawab ADUN berkenaan telah diambil-alih oleh Ahli Parlimen Dungun, YB Mathulidi, seterusnya berperanan sebagai Penyelaras DUN Paka... AHLI PARLIMEN TERPAKSA COVER DUN PAKA ... Mengapa??? Ke mana hilangnya YB Paka masih belum terjawab...Penulis sempat bertanyakan rakan-rakan dalam UMNO baru-baru ini, tetapi jawapan yang diberi ialah YB sedang berehat dan menenangkan fikiran beliau akibat kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian beberapa bulan yang lalu. Beliau kini dipercayai menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan baru beliau - menternak ikan di satu lokasi di Dungun... Tahniah diucapkan kerana berjaya dalam perniagaan, tetapi kenapa sampai melupakan Tugas Hakiki sebagai Wakil Rakyat??? Takkan merajuk sampai begitu sekali YB??? Bagi penulis, hanya satu sahaja pilihan yang ada kepada YB berkenaan, KOSONGKAN KERUSI DUN PAKA, berilah laluan kepada muka baru dalam UMNO untuk bertanding! Penolakan ahli-ahli UMNO terhadap Wakil Rakyat mereka sendiri adalah BUKTI NYATA bahawa kepimpinan beliau tidak lagi diperlukan, dan berilah peluang kepada rakyat untuk memilih semula seorang wakil rakyat yang benar-benar boleh diterima oleh rakyat!!! Kembalikan amanah yang diberi oleh rakyat, kepada rakyat untuk rakyat!! - Zalipaka

[Nampaknya kini penyakit "Wakil Rakyat Hilang" sudah menular pula ke Pantai Timur. Trend baru politik Malaysia semakin menjadi-jadi tatkala Najib Razak sudah semakin hampir untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara dalam masa terdekat ini. Sesungguhnya apa yang berlaku ini jelas menggambarkan kepada kita betapa "jahat dan terdesaknya" puak-puak UMNO untuk menunjukkan mereka kononnya disokong oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah kecewa dengan parti itu. Apakah kehilangan ADUN Paka ini juga mempunyai motif yang sama seperti apa yang terjadi kepada ADUN PKR di Perak, Kedah dan terbaru di Selangor].

Tuesday, February 24, 2009

Gempar: UMNO Semakin Kemaruk Kuasa, Terkini Pemimpin Kanan PKR Pahang Pula Di Tawarkan Ganjaran Lumayan Jika Bersetuju Lompat Parti !!

KUANTAN - Selepas digegarkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Penerangan AMK Pahang, kini politik PKR Pahang bergegar lagi dengan satu berita tidak rasmi yang kami terima. Biarpun maklumat ini "panas" namun ia tidak dapat disahkan lagi selagi belum menjadi kenyataan. Kami difahamkan ada beberapa pihak dalam UMNO kini sedang cuba melobi salah seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang untuk kembali melompat ke UMNO. Mungkin ia bertujuan untuk menjaga nama baik bakal PM yang berasal dari Pahang iaitu Najib Razak. Operasi "pembersihan dan pemutihan" ini terpaksa dilakukan, biarpun Pahang bukanlah negeri yang boleh menggoncangkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Menurut maklumat, usaha melobi kini sudah ke peringkat "final" dengan tawaran ganjaran mencecah jutaan ringgit. Kami difaham pemimpin terbabit masih belum memberi "kata putus" dan "lampu hijau" kepada mereka berkenaan perkara ini. Namun begitu kami yakin "pemimpin" yang dimaksudkan itu tetap akan setia bersama PKR dan tidak sama sekali akan meninggalkan parti itu. Daripada sumber risikan yang kami terima, pemimpin terbabit telah diekori ke mana sahaja beliau pergi termasuk ke Kuala Lumpur sekali pun. Cuma kami belum menerima info apakah beliau "turut diugut dan diancam" untuk berbuat demikian. Pihak yang melobi pula katanya melibatkan pemimpin tertinggi UMNO peringkat negeri dan pusat sendiri. Apapun tunggu pendedahan seterusnya dalam masa terdekat ini.

[Terkadang kami naik hairan dengan trend politik wang yang berlaku dalam UMNO rupanya kini telah merebak ke luar parti itu. Jika dulu politik wang diigunakan sebagai senjata untuk membeli undi oleh pemimpin tertentu. Kini politik wang atau rasuah digunakan pula untuk membeli wakil rakyat dan pemimpin pembangkang supaya menyokong mereka. Apakah ini budaya baru yang meresap dalam parti karat itu agaknya. Jika inilah caranya, maka kami yakin bahawa UMNO sudah menuju ke arah kehancuran sekarang. Mereka sudah hilang sokongan rakyat maka itu terpaksalah mereka membeli wakil rakyat pula untuk terus berkuasa].

pahangdaily
VIDEO RAKAMAN CERAMAH DS ANWAR IBRAHIH/RAJA PETRA

(klik je)DSAI in Bintulu, Sarawak ~ 21 Feb 2009 Part 1 of 4:
(klik je)Blog RTM1 with Raja Petra Kamaruddin Part 1 of 3


  • Pilihan Raya Kecil lagi.......
Perak Bukit, Kedah Bukit,
DiSerawak pulu ada Batang,
Pilihan Raya Kecil untuk BN amat sakit,
Pakatan Rakyat tetap turun menentang.
  • Adun Batang Ai meninggal dunia
    Feb 24, 09 9:26am
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar
  • Naib presiden PRS
    Menteri muda S'wak