ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 24, 2009

Kontroversi: Gempar, Misteri Kehilangan Wakil Rakyat Berulang Kembali, Kini ADUN Paka Pula Didapati Telah Hilang Dan Pejabat DUN Ditutup

Paka.Berita gempar bagi penduduk di DUN Paka, Terengganu...YB Paka telah lama menghilangkan diri dan tidak muncul-muncul di khalayak ramai! Bukan seminggu dua tapi dah berbulan-bulan lamanya!!!... Penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi sekitar Pekan Paka sukar untuk menemui wakil rakyat mereka. Mereka sekarang bagaikan anak ayam kehilangan bapak!!! Pusat khidmat DUN beliau juga sudah lama tidak 'berkhidmat' sebagaimana tiadanya sebarang perkhidmatan wakil rakyat di kawasan DUN Paka, Terengganu... Kini, Pusat Khidmat DUN Paka telah 'dibuka semula' oleh AHLI PARLIMEN DUNGUN di satu lokasi baru! Mengapa ia boleh berlaku??? Misteri kehilangan YB Paka semakin sukar dijawab kerana Tugas dan Tanggungjawab ADUN berkenaan telah diambil-alih oleh Ahli Parlimen Dungun, YB Mathulidi, seterusnya berperanan sebagai Penyelaras DUN Paka... AHLI PARLIMEN TERPAKSA COVER DUN PAKA ... Mengapa??? Ke mana hilangnya YB Paka masih belum terjawab...Penulis sempat bertanyakan rakan-rakan dalam UMNO baru-baru ini, tetapi jawapan yang diberi ialah YB sedang berehat dan menenangkan fikiran beliau akibat kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian beberapa bulan yang lalu. Beliau kini dipercayai menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan baru beliau - menternak ikan di satu lokasi di Dungun... Tahniah diucapkan kerana berjaya dalam perniagaan, tetapi kenapa sampai melupakan Tugas Hakiki sebagai Wakil Rakyat??? Takkan merajuk sampai begitu sekali YB??? Bagi penulis, hanya satu sahaja pilihan yang ada kepada YB berkenaan, KOSONGKAN KERUSI DUN PAKA, berilah laluan kepada muka baru dalam UMNO untuk bertanding! Penolakan ahli-ahli UMNO terhadap Wakil Rakyat mereka sendiri adalah BUKTI NYATA bahawa kepimpinan beliau tidak lagi diperlukan, dan berilah peluang kepada rakyat untuk memilih semula seorang wakil rakyat yang benar-benar boleh diterima oleh rakyat!!! Kembalikan amanah yang diberi oleh rakyat, kepada rakyat untuk rakyat!! - Zalipaka

[Nampaknya kini penyakit "Wakil Rakyat Hilang" sudah menular pula ke Pantai Timur. Trend baru politik Malaysia semakin menjadi-jadi tatkala Najib Razak sudah semakin hampir untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara dalam masa terdekat ini. Sesungguhnya apa yang berlaku ini jelas menggambarkan kepada kita betapa "jahat dan terdesaknya" puak-puak UMNO untuk menunjukkan mereka kononnya disokong oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah kecewa dengan parti itu. Apakah kehilangan ADUN Paka ini juga mempunyai motif yang sama seperti apa yang terjadi kepada ADUN PKR di Perak, Kedah dan terbaru di Selangor].

2 comments:

Anonymous said...

sikap umno yang didik olih kuasa kepentingan zalim . hancor. hancor. hancor umno. Kalau itulah, demokrasi berparlimen ala bn, ramai2 rakyat tolak bn dan bina lah kepimpinan parti yang baru.

Anonymous said...

biar umno memutarbelitkan fakta sebenar sehingga yang salah bolih dibenarkan untuk memehak kat umno.
Pembangkang semua salah.