ERTI BERMARTABAT
Mar 22, 2009
Aku mendoakan perkara yang baik. Salahkah aku doakan supaya Allah hindarkan perasuah dan pembunuh jadi PM...??? Kecualilah kalau aku doakan minta perasuah dan pembunuh jadi PM.
Apa masalahnya dengan doa seperti itu...?? Apakah mendoakan seperti itu perlu tunjuk bukti kepada Allah. sedangkan Allah maha mengetahui siapa perasuah dan pembunuh. Hanya mahkamah manusia yang perlu bawa bukti sedangkan bukti pula boleh dipinda pinda.
Kalau Allah nak izinkan perasuah dan pembunuh jadi ketua negara sebagaimana Allah izinkan firaun jadi raja, itu hak Allah. Apakah hang nak kata Allah 'bodoh' kerana izinkan firaun jadi raja...???
Aku hanya berdoa agar perasuah dan pembunuh tidak jadi PM, serta berharap doa aku dimakbulkan. Terserah kepada Allah menentukan setiap kejadian dalam dunia ini. Kalau perasuah dan pembunuh jadi PM kelak jangan pula jangan hang nak kata itu sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah.
Ambil iktibar kisah firaun.
Mar 21, 2009
21.03.2009.
Kemenangan 3 PRK boleh sekat Najib jadi PM
Bangi - Naib Presiden Pas, Dato' Paduka Husam Musa memberitahu kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai boleh menyekat hasrat Najib menjadi Perdana Menteri.
"Hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri selepas Mesyuarat Agong Umno yang akan bermula pada 24 hingga 28 Mac ini. Namun peralihan kuasa ini dapat disekat," tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu forum yang bertajuk Forum Kupasan Intelektual Krisis Perlembagaan Perak & Malaysia diadakan di Masjid An-Nur Bandar Baru Bangi yang turut dihadiri oleh Prof. Dr. Aziz Bari dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi.
Namun, Ahli Parlimen itu tidak dapat hadir ke forum tersebut dan digantikan oleh Presiden Gabungan Persatuan Anak Perak, Mohd Hafiz Sabri yang dipengerusikan oleh Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nizamuddin Sulaiman.
Forum tersebut dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).
"Agenda kita yang pertama ialah di tiga pilihanraya kecil iaitu di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
"Kalau kita boleh menang di tiga tempat ini, semua parti dalam Barisan Nasional 'laris' untuk berjumpa dengan Pakatan Rakyat.
Setiap daripada kita mesti ada tugasan dalam pilihanraya kecil ini, jangan duduk dengar forum ini, balik rumah, minum kopi dan sebagainya dah lupa," katanya.-Hrkh
Serpihan Tugu 'pokok Demokrasi' Dilelong Esok!
Lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina oleh pakatan pembangkang Perak sempena memperingati "sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah pokok" akan dilelong Ahad ini.
Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata hasil kutipan itu akan digunakan bagi tabung guaman pakatan itu dan bagi membina tugu peringatan baru yang lebih besar.
arifabdull
FRU di Dataran Merdeka
Aku baru saja memandu melalui Jalan Kuching di Kuala Lumpur. Kelihatan ramai anggota FRU dan meriam air (water cannon) di sekitar Dataran Merdeka.
Baru terima sms dari wartawan Malaysiakini yang mengatakan bahawa satu khabar angin tentang perarakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara. Perarakan menghantar memorandum menentang peralihan kuasa di antara Najib dan Pak Lah?
Maklumat Terkini: “Istana Negara full of police but no untoward incident. FRU left passing palace on opposite road.”
Inilah Rumah Jawa terkaya di Malaysia dan mungkin Asia ?




Tentu ramai yang tidak tahu kenapa gambar istana ini wak paparkan dalam blog ini, Sebenarnya wak berbangga kerana bukan mudah bagi seorang anak Jawa untuk memiliki rumah sebesar rumah ini, jika dinilaikan semula harga rumah ini tidak kurang dari 15 juta. Berapa sangat gaji jawa ini dahulu , itu baru harga rumah belum lagi meintanance rumah ini. Beruntunglah Pemuda UMNO jika Kalaulah empunya rumah ini menjadi Ketua Pemuda UMNO . Bolehlah selalu berkunjung ke rumah ini., sebelum ini kecoh mereka mengenakan Istana arwah Dato' Zack. Ini bukan istana lagi , White House pun tak macam ini.
White House siapa ini, disini wak akan bawa anda meneroka ke kawasan rumah ini dengan gambar yang wak terima , tapi wak tidak boleh terokai semua , maklum lah gambar curi-curi. Bolehlah kalau nak buat rombongan untuk melawat satu lagi tempat bersejarah dan cantik bagaikan kawasan peranginan. Alamat tepat tidak tahu , tapi inilah jalannya, 7 / 1 L Jalan Suasa . Shah Alam. Rumah ini dikatakan masih dalam pembinaan.Kalau nak tahu rumah siapa ini dengan lebih lanjut , cheklah sendiri kat Pejabat Tanah. Siapa lagi yang mampu untuk memiliki rumah sebesar ini ?

Bagi rakyat Perak juga, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar melalui rampasan kuasa ditolak oleh rakyat Perak.
Beberapa tokoh politik veteran tanahair seperti mantan Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah turut memperakui kenyataan bahawa rampasan kuasa di Perak tidak sama sekali boleh melucutkan Nizar dari jawatan Menteri besarnya.
"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegas Mahathir di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.
"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan akhbarnya.
"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun," tambah beliau.
Beliau telah menjelaskan lagi,
"Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.
Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa."
21 March 2009
Pakatan Rakyat Desak Ali Letak Jawatan
Pakatan Rakyat telah membuat perhimpunan selepas solat Jumaat semalam untuk mendesak Ali Rustam letak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka
Hot.! Panas.! Gali.! Korek.! Tepek.! Tampal.! - malaysiakini
Jalanraya menghala ke Trong sesak teruk lebih 3 kilomiter akibat kerakusan pihak JKR yang sedang mangadakan upacara memasak mee segera di kawasan terbabit.Para pelancong-pelancong politik diharap bersabar kerana kebiasaannya, mee segera hanya masak dalam masa tidak sampai 5 minit. diingatkan juga supaya para pelancong politik membawa kamera masing-masing untuk merakamkan peristiwa bersejarah tersebut.
Sayugia juga diingatkan kepada para pelancong politik supaya tidak menuduh Ti Pi Em Malaysia terlibat didalam kerja-kerja memasak mee segera tersebut kerana Ti Pi Em telah mengatakan dalam ceramahnya di Bukit Gantang baru-baru ini bahawa KERAjaan tidak akan membawa projek mee segera dalam kempen pilihanraya kali ini.
Apa yang dilakukan pada waktu ini ialah pembangunan mee segera "diluar" waktu kempen pilihanraya kecil.
PRakyat