ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 3, 2009



PAS cabar Syed Hamid saman Dr M dan KuLi
Irwan Muhammad Zain

BUKIT GANTANG, 3 April (Hrkh) - PAS mencabar Menteri Dalam Negeri menyaman Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang turut mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah melantik Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi Presiden Umno 27 Mac lalu.

"Kita (PAS) tidak faham dengan arahan Syed Hamid itu, apakah beliau cuba untuk menunjukkan kesetian kepada Najib agar tidak digugurkan dari kabinet?

"Jika ianya subjudis kenapa beliau tidak menyaman Dr Mahathir dan KuLi yang menulis dalam blog mereka mempertikaikan pelantikan Dato' Dr Zambry sebagai Menteri Besar," tegas beliau.

Larangan KDN itu tegas beliau mengambarkan ketakutan pihak BN untuk berhadapan dengan rakyat yang turut mempersoalkan pelantikan Dr Zambry dan tetap mengaitkan Dato' Seri Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Kamaruddin juga menegaskan selepas mengantung Harakah dan Suara Keadilan, KDN berusaha untuk menyekat rakyat memperolehi maklumat melalui ceramah yang diadakan menjelang pilihan raya kecil 7 April nanti.

KDN mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja.

Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar mengesahkan arahan terbaru itu - setelah masuk hari ketiga berkempen - bagi kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan bakal Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu Dato' Kamaruddin Jaffar sebelum ini berlepas ke Vienna, Austria untuk menghadiri persidangan anti rasuah sedunia yang dikenali sebagai Global of Parliamentarian Against Corruption (Gopac) selama tiga hari.

Beliau merupakan satu-satunya ahli parlimen di Asia Tenggara yang dipilih untuk menghadiri persidangan tersebut dan pemilihan beliau merupakan satu pengiktirafan kepada PAS di mata dunia.

Wakil rakyat PAS dipilih untuk mewakili Asia Tenggara kerana parti itu merupakan parti yang bersih dari amalan rasuah dan politik wang dan ianya terbukti menerusi pentadbiran PAS di Kelantan sejak 19 tahun yang lalu. - mks._


Cadangan Dr Mohd Asri Tentang Pembentukan Kabinet Baru

Disiarkan pada Mar 30, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Saya mencadangkan agar pihak yang akan membentuk kabinet baru bagi pentadbiran negara mengambil kira secara bersungguh-sungguh tentang amanah yang dipikul dan menilai keperluan semasa politik negara. Bertitik tolak dari perintah Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58: (maksudnya) “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak” maka saya mencadangkan beberapa perkara;

1. Anggota kabinet yang hendak dibentuk hendaklah benar-benar dipastikan bersih dari segala unsur yang boleh merosakkan negara. Mereka yang mempunyai rekod buruk, atau telah meleburkan kepercayaan rakyat hendaklah dipinggirkan. Jika tidak, perlantikan tersebut adalah pengkhianatan.
2. Anggota kabinet yang hendak diberikan amanah kepimpinan hendaklah benar-benar atas asas kemampuan dan kecekapan dalam bidang yang diamanahkan. Dengan itu, seseorang sekalipun anggota kuat parti yang memerintah, atau ahli Majlis Tertinggi tidak boleh dilantik jika tidak mempunyai kewibawaan dan kecekapan.
3. Saya mencadangkan perlantikan anggota kabinet merentasi sempadan parti pemerintahan. Dalam ertikata lain, tokoh professional atau ahli politik parti pembangkang, atau bebas terutama jika mereka anggota parlimen yang berwibawa dan mahir dilantik dalam kabinet yang hendak dibentuk. Ini tidak semesti menunggu kerajaan campuran, sebaliknya dilantik sesiapa sahaja anggota pembangkang yang berpotensi menunaikan amanah dengan cemerlang. Jika ini berlaku menunjukkan kesungguhan kerajaan menjaga perpaduan dan membangunkan negara bukan sekadar menjadi kepentingan parti semata. Dengan perlantikan seperti itu, ketelusan, kewibawaan dan kepercayaan rakyat terhadap kabinet negara akan ditingkatkan. Hendaklah kerajaan sedar, peranan para menteri bukan untuk kepentingan yang terbatas bagi sesebuah parti politik sahaja, sebaliknya, ia adalah demi kepentingan rakyat awam yang merentasi sempadan kepartian dan puak. Negara mesti bergerak ke arah politik yang lebih matang.

Sekian, saya mencadangkan,
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
30/3/09, Dubai.

Apr 2, 2009

Benarkah Najib dimurkai ?

akbar Korean Times terbaru turut keluar kartun kaitkan Najib dan negara ini dengan pembunuhan Altantuya. sila klik sini
Keratan akhbar Peranchis yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya

Pak Lah sudah jumpa DYMM Agong hari ini. Namun kerana Najib yang tamak dan takut tak dapat jadi PM maka dia telah secara kurang ajar mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk mengeluarkan surat jemputan kononya ada majlis angkat sumpah jumaat ini.

Semua pelik bila dapat surat dari KSU seharusnya kad jemputan perlu dikeluarkan Istana. Berita terbaru Istana mula rasa kurang senang dengan perangai Najib yang terburu - buru.

Sumber rapat Rosmah pula mengatakan Rosmah tetap tenang dengan perkembangan ini kerana menurut Rosmah dia dah boleh pegang pemaisuri agong kerana pernah bawa pemaisuri pergi membeli belah di luar negara. Kuruang ajar juga Rosmah ini.

Najib patut guna masa ini untuk cuci mana bukan untuk tunjukkan lebih kelolo dan membangkitkan lagi benci orang tengok dia.



TERKINI:

Majlis Angkat Sumpah Najib sebagai PM esok dibatalkan. Agong terima perletakan jawatan Abdullah Badawi tetapi belum terima/ ditentukan kemudian Najib sebagai PM.

TERKINI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG


SETELAH TINJAUAN TERKINI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG MAKA DI DAPATAI PERATUSAN PENGUNDI KELUAR MENGUNDI ADALAH DI SEKITAR 75 HINGGA 80% PADA KESELURUHANNYA, TINJAUAN SELEPAS MAGHRIB 1/4/09 PAS MASIH MENDAHULUI BN DI SEKITAR 60% PAS DAN 45% BN INI BERIKUTAN URA-URA DUN PERAK MUNGKIN AKAN DI BUBARKAN APABILA SIDANG DUN TIDAK BERSIDANG SELAMA 6 BULAN YANG TAMAT TEMPUHNYA PADA BULAN HADAPAN.

KEBANYAKAN ORANG MELAYU YAKIN BAHAWA PR AKAN BERKUASA SEMULA DAN AKAN MENDAPAT MANDAT YANG LEBIH BESAR LAGI, DAN MEREKA YAKIN BAHAWA PENGUNDI CINA DAN INDIA KEKAL MEMBERIKAN UNDI MEREKA KEPADA PR, BAGI ORANG MELAYU PULA MEREKA MERASAKAN BAHAWA KERAJAAN BN SUKAR NAK LAKSANAKAN PEMBANGUNAN PADA NEGERI YANG DI PERINTAH OLEH PR INI BERIKUTAN TIADA KUASANYA KERAJAAN BN PADA MELAKSANAKAN MASALAH AIR DI NEGERI SELANGOR, DEMIKIAN JUGA DENGAN KUASA HARTANAH YANG DI KUASAI OLEH KERAJAAN NEGERI

TINJAUAN TERHADAP ORANG CINA DAN INDIA MEREKA MENYATAKAN LEBIH KERAS LAGI " APA BN MAHU PERINTAH SMPAI INI DUNIA HABIS KA ! KASI CAN LA SAMA PR PULA ! TENGOK APA MACAM DIA ORANG BIKIN !

Apr 1, 2009

"JANGAN KIANAT AMANAH RAKYAT"

Hanyar amat menyokong artikel blog alhai dan tidak kepada tuduhan tim. k. men 1, sahaja. Tetapi kepada semua pemimpin PR dan tidak perlulah sehingga terbukti salah laku seseorang pemimpin dan perlu kepada"JANGAN KIANAT AMANAH RAKYAT".


JANGAN persiakan walau sekelumitpun harapan menggunung rakyat yang mahukan perubahan yang diterjemahkan pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

‘Suara Rakyat Suara Keramat’ – laungan Reformasi yang meletus sejak sedekad lalu, dibasahi dengan darah dan keringat rakyat, perlu dihayati semula semua pimpinan parti.

Jangan dek kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, rakyat menjadi sangsi dan hilang kepercayaan seterusnya merencatkan agenda perubahan Pakatan Rakyat (PR). Secara jujur kita kena akui bibit-bibit keresahan itu, kini mulai menular ke akar umbi. Masalah tersebut tidak boleh diselesaikan hanya menyapunya ke bawah permaidani.

Ingat, kemenangan PR bukan semata-mata kerana kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meluatnya rakyat kepada kerakusan dan kebobrokan pimpinan BN selama ini.

PR Pulau Pinang khususnya keADILan, contohnya kini bukan sekadar berdepan dengan BN, tetapi sedang bergelut dengan ‘pemimpin’ yang sedang merosakkan imej PR. ‘Pemimpin’ yang bukan sahaja baghal dalam tindak tanduknya dan tidak tahu diuntung, bahkan turut mewarisi sikap rakus dan bobrok pimpinan Umno/BN.

Blog Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Kerana selalu bersangka baik, Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.

Biar apapun anggapan umum, demi masa depan PR Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.

PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !


Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir PR pada pemilu akan datang ! Selamatkan PR P.Pinang sebelum terlambat !

KENAPA ARUMUGAM MELETAKKAN JAWATAN?

ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN POLIS ARUMUGAM(LAPORAN KEDUA)

PADA 17.12.008 JAM LEBIH KURANG 0700HRS APABILA SAYA BANGUN SAYA TERNAMPAK ADA SEKETUL BATU YANG DI BUNGKUS DENGAN PLASTIK BIRU DIDALAMNYA TERDAPAT SAMPUL SURAT BERADA DI TEPI KERETA,SAYA KEMUDIAN MEMBUAT PEMERIKSAAN DAN MENDAPATI CERMIN BESAR BELAKANG KERETA NO KBL 4000 JENIS PERDANA WARNA HITAM (KERETA RASMI EXCO KERAJAAN) TELAH PECAH,SAYA SYAK IANYA TELAH DI BALING OLEH ORANG .SAYA KEMUDIAN DATANG KE BALAI BUAT LAPORAN POLIS NO REPOT SG PETANI /025421/08


ANTARA ISI KANDUNGAN LAPORAN POLIS ARUMUGAM(LAPORAN PERTAMA)

PADA 17.10.2008 JAM L/KURANG 9.00 PAGI SEMASA SAYA BERADA DI RUMAH ALAMAT SEPERTI DI ATAS TELAH DATANG DUA LELAKI MELAYU MEMPERKENALKAN DIRI SEBAGAI WAKIL DARI ISTANA DAN AKAN MEMBERI PERLINDUNGAN KESELAMATAN KE ATAS DIRI SAYA .SAYA TELAH JEMPUT DUA LELAKI TERSEBUT MASUK KE KAWASAN RUMAH SAYA .MEREKA TELAH MEMINTA SAYA IKUT MEREKA KE ISTANA UNTUK TANDATANGAN WATIKAH ,MEREKA JUGA BERITAHU SAYA TELAH TERPILIH UNTUK MENERIMA ANUGERAH DATUK ,SEBAB ITU MEREKA DATANG UNTUK MEMBERI PERLINDUNGAN PADA SAYA SEMASA SAYA PERGI DAN BALIK DARI PEJABAT. SAYA TELAH SYAK INI ADALAH SATU PENIPUAN DAN SAYA MENOLAK DENGAN SECARA BAIK DARI MENGIKUT MEREKA KE ANAK BUKIT.SELEAS ITU SAYA TELAH DI HUBUNGI MENTERI BESAR KEDAH DAN SAYA DIBERITAHU INI ADALAH SATU PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN,MENTERI BESAR TELAH BERCAKAP SENDIRI DENGAN MEREKA DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON SAYA .MEREKA TELAH MARAH SAYA SEBAB BERITAHU PADA MENTERI BESAR DAN MEREKA TERUS BEREDARDARI RUMAH SAYA.SELEPAS MENTERI BESAR BERBINCANG DENGAN KETUA POLIS KEDAH SAYA DI SURUH BUAT REPOT BIMBANG KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA .SEKAIN REPOT SAYA. NO REPOT SG PETANI/020426/08

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Kisah VCD Calon BN di Bukit Selambau


http://www.youtube.com/watch?v=H9i8jpDBKO4


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

BN KENA JAWAB !! BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR








SKUAD AMK bersama TIMBALAN AMK MALAYSIA(FARIZ MUASA) sebentar tadi telah membuat serbuan ke TAMAN BANDAR BHARU.Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya di kesan.Pada tengah hari tadi BEKAS MB KEDAH mencabar PKR supaya kemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU.

Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat.Sebentar tadi SKUAD AMK KEDAH dan TIMBALAN KETUA AMK(FARIZ MUSA)TELAH MENGESAN SATU RUMAH YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI.Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama.Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni.Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR. GAMBAR AKAN DI UPLOAD SEBENTAR LAGI


Mar 31, 2009

Selasa, 2009 Mac 31

SUARA KEAMANAN - malaysiakini

Mulai hari ini akhbar Suara Keadilan akan diganti dengan akhbar SUARA KEAMANAN dan akan di terbitkan secara mingguan..
Dapatkan Naskah Anda Di Pasaran.............

SEKOLAH DI BUKIT SELAMBAU PUN HANTU - malaysiakini


Macam-macam hantu dah ada kat bkt selambau.Dulu pengundi hantu.sekarang sekarang sekolah pun hantu.


Ada seorang India nama Valli,kena mengundi disekolah bandar baru,sedangkan sekolahnya pun tak wujud.Spr buat kerja apa.tukar kepala pun sama makan lah duit haram tu.


Anda diamanahkan kerja biar telus dan jujur,Tapi subahat dengan kumpulan BN.Ingat nak beri anakbini makan ,tapi duit yang halal jadi haram.

Pengundi dinasihat semak daftar pemilih

BESAR MANA KERTAS UNDI BUKIT SELAMBAU? - malaysiakini










Jangan Lupa UNDI PAKATAN RAKYAT NO. 4