ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Apr 21, 2009

21/04/2009. Selasa.

JALAN MASUK KE TAMAN MAHKOTA DI BROOKLAN KUALA LANGAT.

Penduduk Taman Mahkota kawasan DUN Teluk Datuk, telah membuat aduan pada yang berkuasa atas masaalah yang dihadapi, tetapi masih lagi tidak ada keputusan yang memuaskan penduduk.

Olih itu penduduk telah melaporkan pada Hanyar, untuk membuat sesuatu membantu masaalah yang dihadapi. Apa yang Hanyar dapat lakukan hanya siarkan dalam blog dan susulan lapor pada exco yang berwajib/bertanggungjawab.

Gambar atas. Gigi Jalan Besar masuk ke Taman Mahkota runtuh akibat kesan laluan pantun besi buruk (sebelum laluan baru dibuat) dan kini lori berat membawa simen keluar masuk. Sebelum ini penduduk disitu berkata, jarak tebing sungai dengan jalan lebih kurang 30 kaki. Tetapi hari ini, lihah lah spt gambar diatas.


Gambar bawah. Wayar arus litar letrik berkuasa tinggi, sudah tidak selamat lagi.


Inilah kilang simen yang beroprasi, bersebelahan Taman Mahkota dan mengunakan laluan Jalan Taman Mahkota. Jalan tersebut hak milik Taman Mahkota untuk kepentingan penduduk yang membeli/tinggal di Taman Mahkota.

Dipercayai olih penduduk, kerana campor tangan yang tidak bolih membantu dari Ahli Parlimen dan Ahli Majlis, akibatnya penduduk menanggung bencana.

Hanyar sedang menyiasat apa yang berlaku menyebabkan MDKLgt tidak bolih ambil tindakan terhadap pengusha kilang simen tersebut. Ada kemungkinan berlaku rasuah pada orang berkuasa. Sebahagian maklumat terperinci dengan saksi yang sanggup bekerjasama telah dikesan.


21/04/2009. Selasa.

Pantai Pulau Carey Tercemar dan Rosak.

Pulau Carey terletak di kawasan Parlimen Kuala Langat. Dan kawasan tadbir Dun Sejangkang. Dulu kawasan ini cantik, bersih dan ramai orang pada setiap hari minggu. Kini tiada lagi seperti dulu.

Hanyar diberitahu penduduk berdekatan, sejak kapal mengorek pasir laut yang tidak jauh dari pantai sejak dulu lagi. Pada hari ini kesannya, pantai telah menjadi dalam, air kotor dan jalan tar juga runtuh.

Penduduk juga berkata masih ada lagi kerja-kerja mengorek pasir laut beroprasi.(terbukti kerana air yang dulunya bersih dan kini kotor serta tiada lagi ikan).

Hanyar mengharapkan pada yang terlibat dengan pentadbiran, perlulah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kerajaan Negeri Selangor perlu meneliti mengapa bolih perkara begini terjadi. Dimaklumkan pantai itu runtuh sejak sebelum Pakatan Rakyat memerintah lagi. Masaalah rakyat perlu diutamakan (beri penerangan sebenar agar tidak diputar belit olih BN) .




Sekiranya dibiar begitu saja, akibatnya buruk pada pemerintah. Lebih lagi pada Pakatan Rakyat yang setahun jagung.

Apr 20, 2009

20/04/09. Isnin.

Kebakaran Kilang Plastik DiJenjarum, Kuala Langat.

Kebakaran berlaku lebih kurang jam 2.30ptg tadi. Kelihatan pada kebakaran itu saluran pili bomba tiadak berpungsi, sehingga terpaksa mengambil dikawasan jauh ditempat kejadian.



Ahli Majlis terlibat perlu memantau lebih teliti, dimana kilang yang beroperasi agar tidak berlaku seperti itu lagi.

Apa yang orang ramai laporkan, banyak lagi kawasan kilang-kilang yang beroperasi, pili bomba tidak berfungsi dan ada juga tidak mempunyai pili bomba.

Menjadi tanda tanya pada penduduk berdekatan dengan kejadian tersebut, mengapa Majlis Daerah bolih membenarkan kilang tersebut membenarkan kilang tersebut beroprasi.





Kilang tersebut juga amat berdekatan dengan rumah kediaman penduduk kampong yang amat merbahaya.

Serta sebelah kanan pula, bangunan pasaraya juga berdekatan dengan petrol pam.

























Sebelum ini 2 gudang plastik, yang diragui keselamatannya telah berlaku kebakaran, sehingga rumah berdekatan turut terbakar. Semua berlaku di kawasan Parlimen Kuala Langat.

Apr 19, 2009

18 April 2009

Kaudu' Bekas UMNO Dalam Topeng PAS

Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik ‘peringatan’ Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar di dalam lidah rasmi Anwar Ibrahim di dalam PAS, Harakah Daily pada 11 April, pertumpahan darah dan huru-hara akan berlaku di Perak seandainya DUN Perak tidak dibubarkan dan pilihanraya di seluruh negeri itu tidak diadakan?

Apa pula motif sebenar sokongan yang diberikan oleh de facto PAS, Nik Aziz bahawa huru-hara yang dimaksudkan oleh budak Anwar itu akan berlaku sepertimana di Bangkok dan Pattaya, Thailand seandainya kehendak Pakatan Rakyat tidak dituruti oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan?

Apa masalah sebenarnya budak Anwar yang bersuara lunak itu, yang kaya raya dan berkawan rapat dengan tauke judi TOTO sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri itu? Apakah kapasitinya selaku Setiausaha Agung PAS, mewajarkan dia untuk memberikan ‘peringatan’ berkenaan?

Ke mana sebenarnya ‘peringatan’ bekas Ketua Bahagian UMNO Tumpat yang tidak pernah menang dalam pertandingan politik tetapi dilantik sebagai Setiausaha Politik Tun Ghafar Baba itu?

Apakah selepas kemenangan di Bukit Gantang dan keberkesanan enjin-enjin promosi Pakatan Rakyat untuk menimbulkan suasana chaos di Tanah Melayu ini, mendorong budak Anwar itu mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Namun persoalan paling utama, apakah peranan penaja Malaysia Malaysian, DAP di belakang kenyataan yang dikeluarkan oleh budak Anwar itu?

p/s: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang. - maksud dari ayat 12 Surah Al-Hujurat.

Cucu Tok Wan
19/2/09. Ahad.

Pagi minggu..

SOSIAL/PEMBANGUNAN FIZIKAL............

Aku cakap pasal sosial. Sebab aku, tak suka sangat pembangunan dari segi fizikal. Sebab bagi Hanyar pembangunan fizikal tanpa mengambil kira faktor sosial bukanlah sustainable development kerana diakhirnya, pembangunan itu akan digunakan oleh orang, dan kalau tidak mengambil kira faktor orang lain, tak berjayalah sebuah pembangunan tu.

ok lah, jadi bagaimana ingin menjamin kebahagiaan di dunia?

4 perkara yang menjamin kebahagiaan manusia:

1. Isteri yang baik
2.Rumah yang selesa
3.Kenderaan yang baik
4.Kejiranan yang baik

Ia bermula dari institusi paling kecil sekali. Keluarga. Sebuah keluarga yang baik datangnya dari ibu bapa yang baik. Ibu bapa yang mendidik anak nya dengan betul. Baru anak-anak akan jadi baik.

Keluarga yang baik juga asalnya daripada rumah yang selesa, luas.baru tak ada tekanan dalam rumah, sebab tekanan dari dalam rumah akan membawa hingga keluar rumah dan jadi macam-macam. Sebab itu banyak berlaku budak-budak lari rumah, kawin lari, main isteri orang dan segala-galanya berpunca perkara dari rumah.

Keluarga yang baik juga asalnya dari kemudahan keluarga itu melakukan urusan. itulah maksud kenderaan yang baik. Supaya tidak ada tekanan masa melakukan urusan dan untuk bergerak ke tempat-tempat lain.

Keluarga yang baik akan mewujudkan satu kejiranan yang baik. Kejiranan yang baik datangnya dari riadah antara jiran, tidak membenci satu sama lain, tolong-menolong. Semua sifat-sifat ini datangnya dari keluarga yang baik.

Bila semua kejiranan baik, maka jadilah satu komuniti yang baik, semua sayang menyayang, tidak membenci satu sama lain. tidak kutuk mengutuk dan segalanya. Maka dengan semua perkara ini, wujudlah satu komuniti yang baik maka bahagialah hidup seseorang itu di dunia. Senang hati, tidak banyak masalah, bahagia dan senang.

Moga kita semua saling sayang-menyayangi.

Apr 18, 2009


18/4/09. Sabtu.

NAJIB JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

One malaysia kata BN mungkin tak bertanding dalam PRK Penanti jika dapat lampu hijau rakan-rakan kongsinya.

Awal-awal dah angkat bendera putih ni. Janganlah kita celebrate dulu. Barangkali PRK jika berlaku di Penanti, calon PR akan menentang calon bebas yang ditaja BN. Tak tahulah berapa ramai yang akan bertanding kali ni.

Dulu orang umno malu nak pakai baju parti kalau ke bandar, sekarang pemimpin mereka pulak malu nak bertanding guna logo parti.

Desperado betul...tak lama lagi terlingkuplah UMNO dan BN.


AnonymousEmail Sahabat dari Sabah;-

maaf...menyibuk di sini. saya bloger dari sabah (non-muslim). dulu saya takut kepada PAS kerana membaca dan mendengar cerita yg dicanang oleh media BN ke hulu ke hilir bahawa PAS adalah parti yg extrame, tiada tolak ansur dan fanatik. tetapi semakin banyak saya membaca blog saudara2 dlm PAS semakin selesa rasanya kerana apa yg saya nampak PAS sememangnya parti yg serdahana dan dapat dipercayai dapat menjaga hak2 rakyat bukan sahaja rakyat beragama Islam tetapi juga rakyat non-muslim. kalaulah keikhlasan menjadi satu asas perjuangan maka saya percaya bahawa PAS akan memerintah negara Malaysia yg tercinta ini suatu hari nanti. saya menyokong penuh agama Islam dijadikan asas perpaduan bangsa Malaysia dan menolak parti berasaskan kaum sebagai landasan perpaduan.

18/04/2009.
Senario ini boleh mengundang celaka

Muda-mudi sekarang agak kurang prihatin soal politik. Sebab kurang prihatin maka suara remaja dan orang muda semacam tenggelam. Senario ini boleh mengundang celaka. Bala makin mendekat.

Hari-hari boleh cerita isu semasa. Isu semasa bermaksud, adalah ke arah hiburan dan keseronokan. Filem bohsia pun nak keluar. ..Jahanam!!

Perlu menyeru pada semua orang muda, kita tenggelamkan suara-suara orang tua. Kita punyai tenaga yang lebih walau stamina tak lama macam orang tua tapi tu boleh adjust. Bukan apa, politik adalah alat untuk kita cipta masa depan yang lebih sempurna dan generasi akan datang. Tengok anak-anak kita semua dan muka orang rumah dan kita perlu genggam azam untuk berikan mereka masa depan yang lebih sempurna. Kita bersuara dan menjerit agar semua ahli politik tersentak dan kecut perut. Barulah perencanaan negara seimbang dan tidak berpihak macam sakai.

Lu tak paham? Lu perlu belajar perlahan-lahan. Tapi lu jangan bosan dan muak dengan politik macam lu muak dengan artis sekian-sekian. Lu bertahan dan keras sikit. Suarakan idea yang lebih cemerlang untuk masa depan negara. Pasti hasilnya manis. Percayalah!!
18/04/2009.
SPR BERTINDAK LUAR BIDANG KUASA..

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.

Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.

Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi. Blog Suara Perak.