ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 12, 2009

12/05/09. Selasa.

ZAMRI DITERIMA ISTANA PERAK SEBAGAI BUKAN MENTERI BESAR PERAK LAGI

Nak rayu ape lagi?

UMNO BN paham ke, ATAU tidak?

Zamri beria2 mengaku MB sebab istana yang lantik jadi MB.

Zamri sedar ke tidak yang hari ini istana telah membatalkan beliau tu MB Perak. Istana lebih paham lagi. Dan istana lebih cekap lagi. Sebelum Zamri buat rayuan di Mahkamah Rayuan, nama MB Nizar telah disebut dalam Balairong Istana Iskandariah sebagai MB Perak. Maknanya Zamri telah gugur sebagai MB Perak pada pandangan istana tepat pukui 9.15 pagi tadi.

Bukan kah UMNO tetap setia dengan istana? Masa inilah UMNO nak tunjuk taat setia. Mana cukup sampai pada keta saja .. Daulat Tuanku.

UMNO begitu risau jikalau istana membubarkan DUN Perak. Sebab itulah agaknya dengan kadar seberapa segera dengan bantuan Mahkamah Rayuan telah beria2 untuk menangguhkan keesahan MB Perak sebelum istana memperkenan membubarkan DUN Perak. Sebab BN tahu yang istana tidak boleh bubarkan DUN selagi Zamri yang jadi MB. …

Tindakan UMNO menghalang istana memperkenan membubarkan DUN bukankah derhaka namanya?

Huh .. Satu Malaysia telah ditenginkan oleh satu Malaysia.

Hanyar memperingatkan agar penyokong Pakatan Rakyat bersabar dan jangan bertindak diluar batasan undang-undang cara gopoh.

Perlu hati-hati provokasi umno bn.

Setiap kepimpinan bahagian Pakatan Rakyat, hendaklah mengenali ahli masing-masing. Takut kalau-kalau umno bn menyamar memakai baju lambang parti penyokong Pakatan Rakyat untuk provokasi.

SIAPA NAJIB KALAU BUKAN RAKYAT, SIAPA RAKYAT KALAU TIDAK MENJADI HAKIM.

FIKIR-FIKIRLAH…….

12/05/09. Selasa.

MAHKAMAH TAK BERDAULAT LAGI KAH ?????

" perkembangan yang terakhir ini akan membuat rakyat turun ke jalanan untuk mencari keadilan. Kerana bagi BN menghormati undang-undang adalah retorik semata.

Ayuh kita jadi anak jantan ! "


Tak sampai 24 jam keputusan mahkamah semalam dikeluarkan. Keputusan mahkamah rayuan untuk penangguhan keputusan semalam dah keluar. Mahkamah express. Sape la hakimnye agaknye? Sekali lagi terbukti UBN takut pilihanraya diadakan. UBN takut pada suara rakyat. UBN cuba menghalang suara rakyat. UBN takut pada demokerasi yang mereka agung2 dulu. Bagi UBN demokerasi sudah tidak wujud di Malaysia. Undang2 penjajah diguna pakai semula oleh mereka.

Terkini 2.30pm
Dari sumber yang diperolehi, Zambry telah mengarahkan DS Nizar untuk mengosongkan pejabat MB di bangunan SUK. Arahan yang dianggap sah itu adalah merujuk kepada perkembangan rayuan Zambry menangguhkan keputusan mahkamah kelmarin.

Pilihan yang ada KINI ialah -
1) Perkenan Sultan untuk bubarkan DUN dalam kadar segera.

2) Menyerahkan kepada Datuk SUK yang baru dilantik pagi tadi untuk mentadbir negeri (government taker) akibat pertelingkahan di peringkat mahkamah yang masih tidak selesai,

3) Rakyat makin pening..!
5/12/09.Selasa.

12.30pm


SINAR BARU pAKATAN rAKYAT


Maklumat dan sumber yang baru diperolehi Dato' Seri Nizar baru saja meninggalkan istana kurang lebih 10 minit yang lalu menuju ke Ipoh. Mungkin ada Sidang akhbar lepas zohor ini. Walaubagaimanapun sumber rapat dengan MB Perak menyatakan bahawa DS Nizar masih belum mengadap baginda Sultan berhubung pembubaran DUN.


Pengumuman ketibaan MB Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingar sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai MB mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menjangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada PR termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco BN yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing2 di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan.

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan MB 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai MB yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008. Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini.
Akan dikemaskini dari masa ke semasa.

May 11, 2009

11/5/09. Isnin.Zamri kena berfikiran waras keluar SUK dengan terhormat.

Polis kawal bangunan SUK Perak

Gambar-gambar diambil sekitar jam 5.45 petang tadi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai hari ini bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdulah.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

"Polis telah diarah berada di kawasan bangunan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Pejabat Menteri Besar Perak dan anggota EXCO kerajaan negeri terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain polis, beliau berkata, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga telah diarah berkawal di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Katanya sehingga pukul 6.30 petang ini keadaan adalah terkawal. BERNAMA

888888888888888888888888888888888888888888888888888



KES MB PERAK: SITUASI DI KOMPLEKS MAHKAMAH JAKLAN DUTA

BERIKUT adalah perkembangan semasa di kawasan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta menunggu keputusan kes mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

Nizar MB Perak

Mahkamah sahkan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.Hakim Abdul Aziz berkata Nizar tidak pernah hadapi undi tidak percaya dalam Dun.

2.15 PETANG: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.


MB Perak sah dijangka diketahui petang ini

May 10, 2009

10/5/09. Ahad.

Benarkah media buat laporan tidak adil seperti dakwa Zamri ?

Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan kononnya segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis lalu.

"Laporan dan gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan... saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif, dakwa Zambry seperti yang dilapor oleh Bernama hari ini.

Namun persoalannya adakah benar dakwaan itu dan salahkah media melaporkan apa yang disaksikannya sendiri walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan sekali ini kena ke atas "batang hidung" BN.

Sejak awal kita menyaksikan Bangunan Dewan Negeri Perak telah dikepung dan diceroboh oleh pihak keselamatan yang begitu ramai. Sehinggakan menyebabkan menimbulkan perasaan syak dan wasangka yang tidak baik apakah yang sebenarnya yang diingini oleh pihak yang menjaga bangunan tersebut. Bukankah itu adalah penyebab awal yang mencetuskan ketegangan di bangunan dewan negeri.

Banyangkan kami ADUN yang sah dipilih oleh rakyat terpaksa melalui kawalan yang paling ketat lebih ketat dari menaiki kapal terbang. Pengalaman saya menaiki kapalterbang yang paling ketat adalah di China tetapi saya rasa peristiwa di DUN Perak lebih ketat dari itu.

Sebelum masuk ke dalam dewan, ADUN diwajibkan mendapatkan pas berwarna merah dan ini sangat menyusahkan kami sebagai orang yang diaamahankan untuk datang bersidang . Inilah dalam pengalaman saya setelah Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Perak sejak Mac 2008 kawalan seketat itu diadakan di Dewan Negeri.

Saya yakin ADUN BN bukan dalam keadaan tertekan kerana mereka sangat mengetahui dia ada pengawal yang diimport begitu ramai dari seluruh negara. Malah saya mempunyai maklumat jelas seorang polis dari Pahang didatangkan untuk menjayakan kerja jahat ABN di Dewan Negeri.

Mangsanya kami ADUN Pakatan Rakyat, sabotaj terhadap kami sampai kekemuncaknya dengan perencanaan yang sangat teliti. Segala jenis plan A hingga Z difikirkan sehingga ada bukti menyatakan boleh kita lihat dibeberapa gambar semacam pistol telah dibawa masuk ke dalam dewan.

Penyokong kami dinafikan hak, sebenarnya dialah "pengawal" dan peniup semangat yang mahu masuk kedewan dengan aman dan damai, namun semua tempat duduk yang kosong telah diisi oleh pasukan polis termasuklah galeri pemerhati juga dipenuhi dengan polis.

Sebenarnya BN sudah takut untuk berdepan dengan ADUN Pakatan rakyat dan penyokongnya. Ketakutan itu kata anak saya yang berumur 10 tahun adalah di tahap "gaban" maksudnya melampau.

Sekarang Zambry takut kepada Media termasuk milik BN. Di pagi Jumaat selepas sidang saya sempat melihat berita di tv 1 yang sebelum ini jadi pengampu BN ditahap gaban. Terkejut saya dengan gambaran yang menunjukkan kepada saya cukup adil dan menggambarkan suasana yang sebenar.

Maka tunggulah hayat BN yang semakin pendek dan siap untuk dikuburkan dalam Pilihanraya apa saja. Media pun sudah bosan untuk menjadi "pengampu" BN seumur hidup, nanti orang pun tidak beli macam mana nak bayar gaji pekerja.

May 9, 2009

9/5/09. Sabtu.

TENGAHHARI TADI BERMULANYA EPISOD KE 2 NAJIB, UNTUK PENANTI.


Kesemua 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dibebaskan, mula keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting secara berperingkat-peringkat bermula tengah hari tadi.

Dua pemimpin Hindraf iaitu M. Manoharan dan Vasantha Kumar pula telah dibawa keluar dari pusat tersebut pukul 2.30 petang tadi.

Ketua kumpulan Hindraf, P. Uthayakumar pula keluar dari pusat tahanan Kamunting pada pukul 2.55 petang selepas ditahan lebih 500 hari.

Isteri Manoharan ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu mStar Online bahawa "hampir pasti suami saya akan pulang ke rumah hari ini."

Lima rakyat tempatan, sebahagian daripada 13 tahanan ISA terbabit, dikenakan syarat manakala warga asing pula dihantar pulang ke negara masing-masing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dipetik oleh The Star.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Manoharan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah dan Vasantha Kumar dibawa keluar dari pusat tahanan Kamunting kira-kira 2.30 petang.

Kedua-dua mereka dibawa berasingan dalam dua buah kereta.

Sebelum itu pada 12.40 tengah hari, sekumpulan tahanan dibawa keluar dengan sebuah van Jabatan Imigresen manakala kumpulan kedua dibawa dengan sebuah van tanpa tanda yang diiringi beberapa buah kereta polis pada 1.20 tengah hari.

9/5/09. Sabtu.

Sekarang apa dah jadi dan selepas ni apa nak jadi?

Mula-mula Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkeras tidak melayan sebarang usul selagi 10 orang ADUN, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak keluar dari Dewan.

Kemudian Timbalan Speaker Hee Yit Foong, mengumumkan yang beliau mengambil alih persidangan daripada Sivakumar.

Dalam keadaan itu Zambry sekali lagi membaca usul untuk menyingkirkan Sivakumar. Semua Adun BN dan tiga ADUN Bebas menyokong. Zambry setelah itu mengemukakan pula usul melantik R. Ganesan sebagai speaker yang baru dan sekali lagi mendapat sokongan daripada kesemua ADUN BN dan ADUN Bebas.

Ganesan kemudiannya mengangkat sumpah dan mengambil alih persidangan dari bawah kerana Sivakumar masih tidak berganjak daripada tempat duduknya.

Selepas itu BN mula menguasai sidang. Hanya mikrofon Ganesan yang berfungsi. Beberapa usul dikemukakan, termasuk melantik beberapa jawatankuasa negeri dan mengisytiharkan persidangan di bawah pokok pada 3 Mac lalu sebagai tidak sah.

Zambry seterusnya mengemukakan usul menangguhkan Dewan dan usul itu diluluskan.

Sivakumar mempersoalkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan (BN) itu termasuk perlantikan Speaker baru kerana menurutnya, Dewan belum dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Dan setakat ini tiada siapa tahu apakah dengan itu semuanya telah berakhir, atau sebenarnya satu episod baru sedang bermula.

Yang sah,

terlalu banyak yang dapat dipelajari daripada apa yang berlaku di Perak. Lawak ada, sedih pun banyak...

..akpj..

(Marhaen yang waras bolih berfikir pada cerita diatas, 16 sept 2008 tidak perlu dipertikaikan)

"Rakyat Marhaen dah tahu Memilih bila ada Pilihanraya akan datang. Pilihanraya lah penentu kita, kita bertanggungjawab".

May 8, 2009

8/5/09. Jumaat.

SELUROH RAKYAT MALAYSIA YANG MENYOKONG PR, AMAT FAHAM DGN KERAJAAN NGOOOOK!!!


UMNO memang takut untuk hadapi PRK sebab sudah kalah 4 kali dalam masa terdekat.

Jika BN/UMNO akan kalah juga di N12 Penanti, maka andaian mengata kan pimpinan Tun AAB lemah sudah ternyata SALAH.

UMNO sudah buat kesilapan besar kerana undurkan Tun AAB terlalu segera. UMNO akan terima padah pada PRU13 nanti.