ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

May 15, 2009

15/05/09. Jumaat.

Dr M menghasut untuk memecah belahkan perasaan rakyat Perak.

Dr M cuba menghasut rakyat supaya menjadi keadaan politik di Perak menjadi lebih tegang. Kenyataan beliau amatlah tidak disukai oleh rakyat Perak. Kerana beliau mengaku, mejoriti rakyat Perak tidak lagi memberi undi kepada BN. Rakyat Perak mahukan keadilan dan penyelesaiannya adalah bubar DUN. Sepatutnyanya beliau sebagai bekas pemimpin lama dan hebat dari kaca mata dunia, tidak perlulah beliau membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan rakyat ketika ini.

Perlukah beliau dikenakan tahanan dibawah Akta Hasutan?


................................................................................................................................................................

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawasanya pada pandangan saya jalan penyelesaian bagi kemelut di Negeri Perak Darul Ridzuan hanyalah melalui pembubaran DUN Perak dan seterusnya membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri dijalankan.

Namun jika Zambry Kadir dan Barisan Nasional masih lagi berdegil tidak mahu membenarkan pembubaran DUN Perak, maka satu jalan penyelesaian tengah perlulah diambil bagi kepentingan semua rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Oleh yang demikian, ingin saya cadangkan satu lagi jalan penyelesaian yang releven bagi mengatasi semua kemelut ini iaitu dengan menggantung kedua-dua pakatan parti Politik (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) daripada menduduki kuasa Menteri Besar Perak. Kedua-dua pihak (Zambry Kadir dan Nizar Jamaluddin) ditegah daripada menjawat kedudukan Menteri Besar Perak.

Maka sebagai satu penyelesaian, jawatan Menteri Besar Perak (sementara) perlulah diberikan kepada Nazrin Shah selaku Raja Muda Perak untuk menjawatnya. Jawatan Menteri Besar Perak (sementara) ini perlulah dipikul oleh Raja Muda Perak sehingga sampai tarikh PRU13 (iaitu lebih kurang 3 tahun dari sekarang). Dengan cara ini maka dapatlah rakyat Negeri Perak menjalankan urusan pentadbiran negeri tanpa kacau bilau (atas sebab tindakan bangang yang dilakukan oleh Barisan Nasional).

Saya rasa rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan dapat menerima pandangan saya ini. Pastinya inilah satu jalan penyelesaian terbaik sekiranya pihak Sultan Perak (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) tidak mahu membubarkan DUN Perak.

Namun kesan langsung daripada tindakan ini pastinya akan memberikan satu lagi momentum besar kepada Pakatan Rakyat dari segi impak politik dimana pastinya suara rakyat marhaen akan digembleng sebaik mungkin bagi memastikan Barisan Nasional tersungkur habis-habisan pada PRU13.

Untuk pengetahuan semua, Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan hanya mahukan pembubaran DUN Perak dan pastinya tidak juga mahukan ujudnya Menteri Besar Sementara yang dijawat oleh Raja Muda Perak walaupun inilah antara penyelesaian yang paling munasabah.

Persoalannya sekarang, adakah Barisan Nasional berani untuk membubarkan DUN Perak, atau adakah sanggup Raja Muda Perak menjawat jawatan Menteri Besar Perak secara sementara? Dalam kedua-dua senario, pemenang yang pasti adalah suara rakyat yang pastinya akan menyebelahi Pakatan Rakyat dalam semua keadaan. Akhir kata, kemenangan nampaknya lebih terserlah kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS


May 14, 2009

14/05/09. Khamis.


Isa: Kes Azalina Othman apa cerita yea… senyap jer… dah tutup kes ke??? Ada sesiapa yang boleh tolong jawap…. SPRM apa khabar

Piiiraahhh… cakap tak serupa bikin… banyak lagi pembaziran yang masuk ke tembolok puak UBN yang perlu dipantau dan dipertikaikan. Janganlah demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan sebuah negeri dikatakan membazir pula, membazir kepala bana u.

Mengandaikan bahawa bakal ada sesuatu yang akan berlaku dalam sehari dua ini.

Samada UBN sudah kehabisan langkah untuk mengelakkan pilihanraya atau Istana Perak sudah mula bersuara terhadap kemelut yang melanda Negeri Perak.

Sebagai parti yang terkuat di alam ini, sejak bila pula UBN tidak bimbang untuk menghadapi pilihanraya, bukankah selama ini mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan pilihanraya. Kalau tidak masakan mereka berani melanggar perlembagaan dan undang-undang bagi menghalalkan matlamat mereka. Pasti ada sesuatu yang tidak terhidu oleh kita semua.

Pada hal dari awal lagi, pembubaran DUN Perak adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika seperti apa yang TPM (Mat Sembab) katakan dua tiga hari lepas, setiap keputusan berkaitan negeri Perak, ianya akan mengambil kira akan kepentingan rakyat. Jadi demi kepentingan rakyat bubarkan DUN, itu sahaja… Dan biarlah rakyat yang membuat pilihan. Mengapa perlu berdalih dan berkias lagi, lawan secara jantan, kalau berani.

Yang aku risaukan di sini ialah kenyataan Presiden Umno seperti hendak melepaskan diri dan mempersalahkan pihak Istana. Nah… presiden umno dah katakan, terserah kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membuat keputusan.

Jadi sendiri mau ingatlah… demi kepentingan rakyat dan negeri buatlah keputusan yang bijak. Sendiri mau ingatlah....

Kenyataan presiden umno pula janganlah jadi seperti
“mulut bercakap manis, tangan pula mencengkam telor” dalam bernada manis ada nada ugutan. Konon ingin menunjukkan beliau dan UBN bersih.

Berkaitan dengan Chedet, sejak bila pula prihatin soal pembaziran jika diadakan pilihanraya, apakah selama ini dalam semua PRK dari Kuala Terengganu hingga yang terbaru tidak membazir, dimanakah pembaziran sebenarnya.

Yang berhabis berjuta hengget… dengan meletakkan anggota polis beramai-ramai tu sapa suruh, kat situ saja puluhan juta dihabiskan. Tak usahlah bersikap poyo… dengan alasan keselamatan ketenteraman awam, rakyat malaysia tidak seperti si baju merah thailand, yang perlu di jaga adalah puak-puak dari UBN dan SB-SB korang tu yang selalu menimbulkan provokasi. Selama ini dari pihak Pakatan Rakyat masih dalam kawalan dan beretika.

Jadi tiada isu pembaziran di sini, selama ini banyak pembaziran dan kebocoran yang puak UBN songlap kenapa tidak di beri perhatian, contoh yang jelas seperti setiap tahun Jabatan Audit Negara mendedahkan penyelewengan dari setiap kementerian pun senyap jer…

Hingga kini… kes pensil berharga seringgit lima puluh sen sebatang pun sampai sekarang tak selesai… nak bercakap soal pembaziran… apa barang beb...


14/05/09. Khamis.

Najib 1 Malaysia

No surprise we all these stupid babun...,
umno..,
dulu kini dan sokmo2,
sampai bila2..,
macam tu lah..,
tak berubah2..,
hanya pada slogan..,
budak sekolah pun buleh buat slogan...,
aku tak halalkan setiap sen...,
setiap kemusnahan,
setiap penipuan dan perbuatan khianat yang telah kamu lakukakn..,
akan ku tuntut di mahkamah tuhan..,
mencekik darah rakyat yang ingin mencari rezeki dengan tol..,
yang entah sampai bila akan habis..,
sedangkan duit banyak dibazirkan utk projek mengkayakan kroni......
memanipulasi rakyat dengan kononnya minyak kita ni paling reasonable...,
ada ke bandingkan jepun, singapore.., sweden.., dan macam2 lagi lah..,
tak larat aku nak cakap satu2..,
ya..,
dan berita baik yang ditunggu2 oleh sekalian rakyat jelata..,
khabarnya minyak nak naik lagi...,

syabas najis.................................... .
14/05/09. Khamis.

SATU MALAYSIA SUDAH TAU!!!!

Memang Najib Tak Gentar Hadapi Pilihanraya.., Tapi Dengan Bersyarat...,


" Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah."

Ini orang cakap banyak pusing, banyak pening.., sama macam dolah badawi,.., hari ni kata tak bubar.., esok bubar..., satu malaysia kena tipu... berwaspada lah dengan golongan macam ni.., mereka cerdik., genius dan bijak.., dalam memutar belit dan menipu.., sapa macam utusan meloya dan tv3suku tu....

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .
KLIK JE SELANJUTNYA....

May 13, 2009

13/05/09. Rabu.

PENGKRITIK HADI SENYAP BILA ANWAR PULA NAK KERJASAMA DENGAN UMNO

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana sekali lagi berjaya membuka mata pengkritik Presiden Pas, Tok Guru Hj. Hadi Awang bila menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan Umno-BN yang dipimpin Najib untuk menyelesaikan krisis di Perak.

Sesungguhnya ia adalah satu idea yang amat sensitif terhadap pengkritik Hadi. Seperti kata Ust. Nasaruddin Tantawi dalam blognya;

” Kalaulah idea rundingan ini datang dari Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang , pasti suasana politik dalaman PAKATAN Rakyat kembali bergolak dan berkecamuk .”

BACA SETERUSNYA KLIK JE.....
13/05/09. Rabu.

Populariti : Nizar Naik, Anwar Turun

Sorry la Anwar .. bukan gua suka suka cerita ... tapi orang PKR sendiri yang kata.

Pagi ni wak lepak minum dengan orang orang kuat PKR yang sedang berceloteh cerita tentang politik Perak dan Selangor. Dan menurut kata diorang populariti DS Nizar naik melonjak dan nama DS Anwar jatuh merudum. Kalau nak caya boleh, tak caya pun wak tak kisah. Kalau di tanya tahap untuk jadi PM ... Nizar lebih berkelayakan. Dengan sikap ambil berat nya kepada rakyat dan penyokong memang sah .. Nizar lebih ummmppphhhh ! Terima Kaseh juga kepada Zambry yang telah turut bersama menyungkit nama Nizar naik ke atas ...

Dalam kemelut di Perak .. dimana kah Anwar? Orang dah mula bertanya ...

Walaupun hanya ombak kecil yang melanda di Selangor, tapi nampaknya tidak menyembunyikan rasa tidak puas hati penyokong kepada pemimpin. Di sana sini orang dah mula cerita. Cuma mungkin ada YB YB di Selangor yang dok syok sendiri. Bila kesana dan kemari ada pentas dah tersedia ... ingat penyokong akan terus bersama.


Di ajak hantar lembu ke SPRM ... Penyokong dulu dah berkata, "Apesal minta kita, kenapa tak suruh orang Guthrie hantar lembu?"

Ini lah akibat Pemimpin PR yang pandang sebelah mata pada penyokong dan jentera. .. Aktiviti mcm ni rakyat tak ambil kesah, yang gerakkan semua adalah jentera. Kalau jentera bagus, puas hati ... suruh panjat gunung pun jadik ... ! Tapi kalau MB dan YB sendiri pandang sebelah mata, masa pilihanraya nanti ... suruh depa pi ambil bangla untuk tampai poster.

Bila isu ni berlanjutan, bertanya juga penyokong, adakah ANWAR terlalu buta sampai tak perasan ini berlaku? Atau pun ANwar tak berani nak sentuh Khalid kerana dulu dok puji sampai ke langit, sekarang terpaksa terima pahit getir perangai Khalid yang buat semua ikut sedap tekak sendiri.

Adoi .... tu la pasal ... kalau tak der UMNO yang menjadi musuh, mungkin sekarang ni dalam PR pun kacau bilau.

Kalau di Perak, Nizar sanggup derma pendapatan untuk jentera, Di Selangor ... "Lu sapa? ... Gua kerja dapat gaji ... ini gaji gua punya. Lu setakat tampal poster ... nanti wa kasi la sekupang dua."

Tu la pasal .... nak sangat ahli koperat ... nah ambekkkk kau !!!

Ehhh ... wak tipu ke?

Kalau nak tau tipu atau tidak ... YB dan MB kena turun padang jumpa jentera dan penyokong ... Jangan lah sombong sangat duduk kat atas syok sendiri. Bila jentera mengadu ... jentera plak yang kena sembur. Pandai sangat sampai diberitahu pun .. tak mau nak dengar.

Tapi YB .... Jangan ingat langit selalu cerah. Kadang kadang mendung, kadang kadang malam. Jangan terkejut kalau ada yang sanggup masuk PAS kerana benci pada YB PKR ...

Wak setakat bagi tau .. kalau tak mau caya .. itu lu punya pasai.

May 12, 2009

12/05/09. Selasa.

ZAMRI DITERIMA ISTANA PERAK SEBAGAI BUKAN MENTERI BESAR PERAK LAGI

Nak rayu ape lagi?

UMNO BN paham ke, ATAU tidak?

Zamri beria2 mengaku MB sebab istana yang lantik jadi MB.

Zamri sedar ke tidak yang hari ini istana telah membatalkan beliau tu MB Perak. Istana lebih paham lagi. Dan istana lebih cekap lagi. Sebelum Zamri buat rayuan di Mahkamah Rayuan, nama MB Nizar telah disebut dalam Balairong Istana Iskandariah sebagai MB Perak. Maknanya Zamri telah gugur sebagai MB Perak pada pandangan istana tepat pukui 9.15 pagi tadi.

Bukan kah UMNO tetap setia dengan istana? Masa inilah UMNO nak tunjuk taat setia. Mana cukup sampai pada keta saja .. Daulat Tuanku.

UMNO begitu risau jikalau istana membubarkan DUN Perak. Sebab itulah agaknya dengan kadar seberapa segera dengan bantuan Mahkamah Rayuan telah beria2 untuk menangguhkan keesahan MB Perak sebelum istana memperkenan membubarkan DUN Perak. Sebab BN tahu yang istana tidak boleh bubarkan DUN selagi Zamri yang jadi MB. …

Tindakan UMNO menghalang istana memperkenan membubarkan DUN bukankah derhaka namanya?

Huh .. Satu Malaysia telah ditenginkan oleh satu Malaysia.

Hanyar memperingatkan agar penyokong Pakatan Rakyat bersabar dan jangan bertindak diluar batasan undang-undang cara gopoh.

Perlu hati-hati provokasi umno bn.

Setiap kepimpinan bahagian Pakatan Rakyat, hendaklah mengenali ahli masing-masing. Takut kalau-kalau umno bn menyamar memakai baju lambang parti penyokong Pakatan Rakyat untuk provokasi.

SIAPA NAJIB KALAU BUKAN RAKYAT, SIAPA RAKYAT KALAU TIDAK MENJADI HAKIM.

FIKIR-FIKIRLAH…….

12/05/09. Selasa.

MAHKAMAH TAK BERDAULAT LAGI KAH ?????

" perkembangan yang terakhir ini akan membuat rakyat turun ke jalanan untuk mencari keadilan. Kerana bagi BN menghormati undang-undang adalah retorik semata.

Ayuh kita jadi anak jantan ! "


Tak sampai 24 jam keputusan mahkamah semalam dikeluarkan. Keputusan mahkamah rayuan untuk penangguhan keputusan semalam dah keluar. Mahkamah express. Sape la hakimnye agaknye? Sekali lagi terbukti UBN takut pilihanraya diadakan. UBN takut pada suara rakyat. UBN cuba menghalang suara rakyat. UBN takut pada demokerasi yang mereka agung2 dulu. Bagi UBN demokerasi sudah tidak wujud di Malaysia. Undang2 penjajah diguna pakai semula oleh mereka.

Terkini 2.30pm
Dari sumber yang diperolehi, Zambry telah mengarahkan DS Nizar untuk mengosongkan pejabat MB di bangunan SUK. Arahan yang dianggap sah itu adalah merujuk kepada perkembangan rayuan Zambry menangguhkan keputusan mahkamah kelmarin.

Pilihan yang ada KINI ialah -
1) Perkenan Sultan untuk bubarkan DUN dalam kadar segera.

2) Menyerahkan kepada Datuk SUK yang baru dilantik pagi tadi untuk mentadbir negeri (government taker) akibat pertelingkahan di peringkat mahkamah yang masih tidak selesai,

3) Rakyat makin pening..!