ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 18, 2009

18/07/09. Sabtu.

RASIONALNYA CARA KEDUDUKAN SI MATI!.......

Sejak kematian mengejut Setpol seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock 2 hari lepas, banyak teori punca kematiannya diceritakan. Namun satu hakikat - hampir tiada yang percaya Teoh membunuh diri. Saya sendiri sudah bercakap dengan puluhan orang dan setakat ini belum seorang pun yang berani berkata pemuda itu telah dengan sengaja mengambil nyawanya sendiri. Malah ada yang sangat yakin pasukan penyiasat SPRM sendiri yang 'menjatuhkan' Teoh!

Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.

Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.

"Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu.

"Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya.

"Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."

Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh oleh SPRM.....

Tiada siapa percaya bahawa Teoh membunuh diri. Siapa juga ANJING/BINATANG GANAS yang membunuh Teoh harus bertanggung-jawap dan di bawa ke muka Pengadilan.

Jul 17, 2009

17/07/09. Jumaat.

....Terselindung Sikap Ketuanan Melayu!!!...



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata,"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu..." (ADAKAH SEORANG MENTERI BERCAKAP MACAM NI?)

Macam mana Nazri tahu bahawa Teoh nak terjun bangunan itu? Mungkinkah dia dah dapat maklumat awal yang Teoh nak terjun. Nazri seharusnya beri penjelasan. Orang yang pukul mati Kugan masih lagi hidup bebas, hidup bergaya, jangan harap lah si pembunuh Teoh akan di tangkap.......

Pikiaq mai, Nazri dan MACC....kalau Teoh tu anak hangpa, macam mana hangpa rasa?

Di bawa ini saya ceduk tulisan anak mami daripada MarGeeMar blogspot(dengan izin) untuk tatapan bersama..........

Terlebih dahulu kita soalkan MACC, kenapa hanya soal siasat keatas DUN-DUN seperti senarai berikut ?

1) Ean Yong
2) Lau Yee San
3) Teresa Kok (Kinrara assemblyman),
4) Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
5) Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama),
6) Edward Lee (Bukit Gasing) and
7) Hannah Yeoh (Subang Jaya)

Ini sudah terbukti siasatan MACC amat berbau perkauman. Tambahan pula kematian misteri Teoh Beng Hock yang berusia 30 tahun, tidak kurang bezanya seperti kes KUGAN. Pihak kerajaan akan menutup kes ini tanpa transparensi, walau pihak parti pembangkang menjerit hingga langgit runtuh, tetap kes ini akan NFA , No Futher Action.

Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan MACC menyiasat Teoh dari jam 5.00 pm hingga 3.50 am. Ini telah menyalahi hak asasi manusia. Siapakah yang memberikan kuasa untuk menyiasat cara marathon? Ini sudah bukti jelas, suatu seksaan mental yang lampau terhadap TEOH.

Tambahan, Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan bahawa pada 1.30 PM terdengar suara menjerit. Adakah TEOH yang berniat bunuh diri itu menjerit atau minta tolong sebelum beliau ditolak dari tingkap?

Banyak persoalan yang timbul dalam kes kematian Teoh. Dari 3.50am hingga 1.30 pm, kenapa tidak hantar Teoh pulang ke rumah? Adakah Teoh didera hingga mati lalu dilontar dari tingkap 15 ? Kenapa pula MACC tidak membenarkan DUN DUN memasuki ibu pejabat MACC di tingkat 15?

Walaupun kematian Teoh mudah dengan alasan bahawa Teoh telah membunuh diri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz nampaknya sudah pasti 100% mendiang Teoh membunuh diri apabila beliau berkata "Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," Kalaulah MACC atau pihak kerajaan memberikan alasan sedemikian rupa, maka ini suatu jawapan yang bodoh dan bahlol. Isu perkauman akan membakar di dikalangan masyarakat Tionghua Malaysia. Kes kematian Teoh bukan sahaja menampar muka Najib dalam konsep 1Malaysia , malah bilangan besar masyarakat akan marah atas sebab kemanusiaan.

Memang tidak salah MACC dengan maksud Malaysian Anti Chinese Commission, dimana kes kematian Teoh sedikit sebanyak terselindung sikap ketuanan Melayu di kaki tangan MACC, kematian Teoh juga memberi amaran terhadap masyarakat Tionghua bahawa, Kaum Tionghua telah merampas ekonomi Malaysia, jangan merampas kuasa politik !! Inilah akibatnya. Secara tidak langsung kematian Teoh juga memberi amaran kepada masyarakat Tionghua bahawa pemuda-pemuda Tionghua yang terlibat dalam politik akan menerima nasib serupa Teoh.

Jul 16, 2009

16/07/09. Khamis.

SELANGOR LEBIH BAGUS JIKA MATA DAN TELINGA KERAJAAN LEBIH TELUS.

Tahniah buat pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah kerana mendapat kepercayaan yang tinggi dari rakyat negeri Selangor.

Saya rakyat Kedah yang menumpang teduh di negeri ini, bangga kerana mendapat sebuah kerajaan yang baik dan Menteri Besarnya yang bagus.

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, AIR DAPAT PERCUMA!!!!

16/07/09. Khamis.

JADIKAN IKTIBAR TERANGGANU 1999...


Jelas apa2 yang berlaku sememangnya menyakitkan hati dan membuat rakyat marah meluap2! Moga rakyat jelata sedar segala salahlaku yang berlaku didepan mata!

Malangnya masih ramai lagi rakyat yang masih suka mendengar sebelah pihak sahaja tetapi lansung tidak ambil peduli perjuangan Pakatan Rakyat! Maka, diseru semua kepimpinan, ahli2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat bangun dan bangkitlah menyedarkan semua rakyat!

Rakyat kena benar2 sokong pakatan yang bolih mendirikan kerajaan yang bersih,cekap dan amanah dan meletakkan kepentingan rakyat dan hapuskan kepentingan diri,keluarga dan sahabat handai!

Jul 15, 2009

15/07/09. Rabu.

SELOKA BUAT 1 MALAYSIA.

Angan tinggal angan.
Angan untuk menang.
Janji tinggal janji.
Rasuah teserlah memberi.
Umno kempen ramai ramai taraf Menteri.
Dengan harapan pengundi berubah hati.
Datangnya TokYid senyum putih gigi.
Petah berseloka kata manis diberi.
Bekal duit berguni-guni.
Segala media kasi taji.
TV ampu tukang lobi.
Beg sekolah dan basikal Umno bagi.
Beras gula engkau kasi.
Habis idea Umno uli tapi semuanya basi.
Hati pengundi tetap pada Abe Uji.
Kini kalah di sini Umno lari tak toleh lagi.
Malu pening sengih putih gusi.
Tertunaikah janji 1 Malaysia,1 hati.
Atau sekadar retorik terpatri.
Rilek la Umno jangan kecil hati.
Di lain PRK boleh cuba lagi.

Jul 14, 2009

14/07/09. Selasa.

APA NAK JADI ! MANIK URAI.

Persaingan yang cukup sengit mengejutkan pelbagai pihak. Sehingga jam 5.00 petang sebelum kiraan undi bermula PAS Kelantan amat yakin akan menang besar dengan majoriti antara 2,000 undi. Sebaliknya PAS kini berhadapan dengan saingan sengit dimana undi antara PAS dan BN amat rapat sebagaimana yang diumumkan oleh SPR sebentar tadi.
PAS perlu membuat post mortem terperinci mengapa angka dari pondok panas dan polling agent jauh sekali dari jangkaan PAS. Sehingga kini jam 8.50pm SPR tidak berani mengumumkan keputusan. Kalah atau menang hanya pengundi Manik Urai sahaja yang tahu. Hanyar mengamgap SPR sudah semestinya ada muslihat untuk kemenangan, atau kalah tipis untuk Umno. Apa pun Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam untuk membela pengundi di Manik Urai.

Jul 13, 2009

13/07/2009. Isnin.

1 MALAYSIA DAH TAKUT DGN BULAN,MATA........PR.


KUALA KRAI, 13 Julai - Mengapakah Dato' Seri Najib Razak tidak muncul-muncul di Manek Urai?

Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.

Kini tinggal sehari lagi kempen menjelang pilihan raya Selasa ini, namun Perdana Menteri tidak muncul.

"Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang?

"Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, semalam.

Perdana Menteri nampaknya menyerahkan tugas membawa cabaran Umno di Manek Urai kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan semalam beliau hadir pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Umno terpaksa menggunakan orang di luar Manek Urai hadir pada program yang dianjurkan memandangkan penduduk tempatan seperti tidak menghiraukan sehingga kehadiran Muhyiddin pun kurang mendapat sambutan.

Hari ini ramai guru dari seluruh Kelantan diarah hadir bagi memperlihatkan program dihadiri Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan.

Malah guru yang hadir berada jauh dari khemah yang disediakan, seperti tidak menghiraukan ucapan pemimpin Umno.

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin.

Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus.

Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas.

"Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka," katanya.

Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau, PAS juga merasa bimbang kerana tidak tahu apa sebenar fungsi mereka sehingga terlalu ramai di Manek Urai.

Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh.

Kata beliau, polis meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas.

"Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat," katanya.

Beliau juga mendakwa ada sebuah rumah yang didiami isteri kepada seorang pegawai polis telah dijadikan markas Umno.

Abdul Fatah juga berkata, kerajaan pusat menggunakan secara berleluasan jentera kerajaan bagi membantu kempen BN termasuk Kesedar, Risda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan banyak lagi kementerian lain.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan pusat dan Petronas belum lagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti kepada kerajaan Kelantan.

13/07/09. Isnin.

MB SELANGOR SEDIA MENAMBAH BEBAN DINEGERI LAIN..........


TEMALIR, 12 Julai- Menteri Besar Selangor sudi membantu kempin PRK atas tiket parti KEADILAN yang melambangkan pada baju beliau, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan untuk membantu Kelantan, untuk berunding berkenaan royalti minyak ketika berucap dihadapan orang ramai dekat sini, malam tadi.

Khalid Ibrahim dalam ucapannya turut menerangkan berkenaan perubahan yang dibuat dalam pengurusan pentadbiran Negeri Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh beliau berjaya mengurangkan sejumlah besar perbelanjaan di mana perbelanjaan yang sama bagi setengah tahun pentadbiran BN dapat digunakan untuk pengurusan selama setahun setengah.

"Kerajaan Pakatan Rakyat lebih telus dalam pentadbiran," tegas beliau yang mahu rakyat mengetahui bagaimana duit mereka digunakan kerajaan.


Menyentuh berkenaan pemberian air percuma kepada rakyat Selangor, beliau menjelaskan bahawa beliau menerima jika tindakan tersebut ditakrifkan sebagai memberi rasuah kepada rakyat.


Ketika menyentuh berkenaan isu PPSMI pula, Menteri Besar Selangor itu menyatakan bahawa dasar tersebut bukan sekadar membawa kerugian berbillion ringgit kepada kerajaan tetapi juga menyebabkan kerugian yang besar kepada negara akibat kehilangan ramai tenaga kerja.

Kegagalan mereka menguasai Matematik dan Sains menjadikan mereka ketinggalan di dalam arus pembangunan yang mementingkan kemahiran dalam bidang tersebut.

Tahniah Tan Sri Khalid sebagai Ketua Perhubungan Negeri Selangor.