ERTI BERMARTABAT
Dec 20, 2009
DSAI DALAM SIDANG AKHBAR SELEPAS KONVENSEN PR TERULUNG
KENYATAAN ZAID IBRAHIM MEMBERI MAKNA KPA PEMBANGUNAN INSAN
Dec 19, 2009
SIAPA MENTERI PERTAHANAN YANG BERKENAAN KETIKA ITU????
Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.
1 MUHARRAM 1431 BERSEJARAH BUATKU.
|

Siapa sangka ....di sebuah negara yang ada banyak masjid, punya ramai ulamak ,majoriti penduduknya muslim dan pemimpinnya juga berugama Islam, namun masih mempertahankan undang-undang rimba seperti ISA, yang membenarkan 'tahan tanpa bicara' hingga bertahun-tahun lamanya. Dimanakah maruah kita sebagai pendukung Islam, ugama yang sepatutnya memberi keadilan, keharmonian dan rahmat untuk semua?Nampaknya, rakyatlah yang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membuang akta zalim ini dari bumi indah ciptaan Allah ini. Marilah berazam melakukannya sempena Maal Hijrah ini.....
Orang kampong kata ini bukit sampah. Tapi orang yang bertanggungjawab pihak MDKLgt kata tapak pelupusan sampah.
Kalau orang bodoh pun kata ini tempat buang sampah. Depa takkan kata tempat lupus sampah. Fahaman semua orang, Lupus tu bermakna hanya tinggal habuk sisa yang telah samaada dibakar atau dihancorkan menjadi habuk.
Masaalah tapak buang sampah yang terletak ditepi sungai yang jaraknya kurang 6 meter dan berhampiran rumah penduduk juga jaraknya kurang 30 meter telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu dan akan ditutup pada 31.12.2009 ini.
Harapan penduduk kg Sg Sedu untuk tutup akan terjawab. Masaalah sekarang sebelum operasi tutup, kini melanda bau busuk akibat hujan yang setiap hari berlaku. Kerja menutup sampah dengan tanah tidak menepati kehendak maksimum. Kalau dilihat dengan mata hati disamping turun melihat sendiri adalah seperti "seluar berzip rapat, tetapi buntut nampak akibat seluar bocor".
Walau apapun, akibat korap UBN yang lalu, kerajaan PR perlu bertanggungjawab menangani masaalah itu. Lebih-lebih lagi semasa kempin PRU yang lepas, YB sekarang yang diberi mandat oleh rakyat DUN Telok Datuk amat wajar turun di kg Sungai Sedu untuk penerangan kpd penduduk sepertimana beliau sebelum dipilih rakyat dulu. Kini setelah dipilih mewakili rakyat untuk panjangkan kedewan sidang DUN, tidak sama tindakannya seperti dulu.
Pada hal di Kg Sg Sedu lah beliau mula bertapak untuk mengelilingi seluruh DUN T.Datuk. Tetapi kini beliau sudah seperti "kacang lupakan kulit". Itu tidak menjadi masaalah sangat buat penduduk Kg. Yang teramat terasa sangat kerana beliau seperti "makan kacang buang kulit merata".
Semasa PRU 12 lepas, amat ternyata pengundi ditempat pembuangan undu diSekolah Rendah Tamil Kg Sg Sedu daripada kebiasaan yang sebelum PRU 12, undi untuk DAP kurang 200 orang. Kini semasa PRU 12 undi mendapat lebih 700 orang memberi undi untuk DAP. YB ini jangan ingat hebat kerana diberi undi. Pengundi hanya mengenali lambang dacing untuk tidak memangkah dikotak dacing. Bukan mengenali kehebatan Philip Tan yang sekarang bergelar YB.
Wajar sekali, hanyar dan penduduk berkata YB ini tidak layak lagi untuk dipilih sebagai calun PRU13. Kerana beliau adalah perosak nama parti da kerajaan negeri.
Selamat tinggal Philip Tan!!!!!!
Dec 17, 2009
SILAP LETAK PRIORITY
15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.
70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.(YB ini menunjukkan keperihatinan untuk menyokong hasrat rakyat kepada tanggungjawab MP PR).ok la tu!
Persoalannya: dimana prioriti? YB-YB diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji serta elaun untuk urusan mandat rakyat, bukan kepentingan peribadi. Sudah tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!
Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang?
Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu "alert". Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?
Keputusan Bajet 2010 diluluskan melalui majoriti tiga ( 3 ) undi sahaja tidak sepatutnya menjadi Isu besar. Saya bersetuju dengan Tan Sri Speaker yang Ahli Parlimen PakatanRakyat seharusnya bersikap Gentleman dimana kehadiran wakil kita juga kurang. Lirik lagu ” Kita Serupa” nyanyian Zainal Abidin terpakai disini.
Komen Datuk Sri Nazri Aziz (dalam Berita TV) dimana YB-YB dari Pakatan Rakyat pun ramai yang ponteng iaitu kehadiran mereka disekitar 60 orang sahaja. Wakil-Wakil dari Pakatan tidak sepatutnya terikut-ikut dengan cara mereka dalam BN.
Sebagai sebuah Gagasan yang dikatakan cukup bersedia mengambilalih Pemerintahan Negara perkara sebegini sama sekali tidak patut berlaku. Peluang keemasan supaya kita dilihat lebih bersedia dan komited telah terbuang begitu saja.
Ahli-ahli politik PR menghurai kepada khalayak umum betapa borosnya Kerajaan Najib membuat Cadangan Perbelanjaan Tahunan melalui Bajet yang dibentang. Tetapi apabila bantahan itu mahu dikira kehadiran pula tidak solid menentangnya. Peluang untuk meningkatkan moral Pakatan Rakyat telah dipersia-siakan. Tidak secara langsung kita telah meremehkan hasrat pengundi-pengundi kita.
Semua ini terjadi kerana tidak prihatin memberi Keutamaan ( Priority). Alasan seperti terpaksa hadir di majlis-majlis kenduri demi menjaga hati penyokong tidak boleh diterima sama sekali. Di setiap kawasan pihak Ahli Parlimen boleh melantik Pegawai-Pegawai Khas membantu mereka menyelesaikan masaalah rakyat tetapi TIDAK di Persidangan Parlimen. Pelajaran yang macam mana lagi diperlukan supaya bijak meletakkan sesuatu Priority?
Yang terlibat tentu mencemuh saya kerana menegur dan ?????. Saya tak kisah apa orang nak kata. Yang pastinya saya seorang pemilih berdaftar dan turun mengundi semasa PRU dan juga mewakili rakyat marhain bersetuju dengan saya.
Dec 16, 2009
DIMANAKAH KERAJAAN DULU HINGGA KINI BERKUASA DI NEGERI ITU? MENGAPA UNMO MEMBISU? UMNO LAH MENGAJAR MELAYU MENJADI BERSIKAP PERKAUMAN.
ISLAM MEMPUNYAI QURAN DAN HADISH. MELAYU BUKAN LAH ISLAM. DAN ISLAM BUKAN HAK MELAYU. MELAYU BERAGAMA ISLAM TERAMAT MALU SIKAP, MELAYU SEPERTI INI.








Dec 15, 2009
Bidaah adalah perkara-perkara yang TIDAK! dilakukan oleh Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W... tapi bidaah terbahagi kepada 2 iaitu bidaah terpuji dan bidaah haram..
Pengertian bidaah itu sendiri terbahagikan kepada dua iaitu pada bahasa dan istilah. Menurut bahasa ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Bidaah dalam urusan keduniaan tidak dilarang, tetapi dalam keagamaan adalah ditegah. -rujuk mingguanwahabi.
Persoalannya apa itu bidaah terpuji dan apa pulak bidaah yang haram tu?
Harus diingat ada juga hadis yang berbunyi seperti ini.. "semua ibadah adalah haram kecuali yg terdapat didalam al-quran dan assunah" so selain ibadah yang tidak terdapat dalam quran dan hadis adalah haram.
Tapi persoalan nya kini adakah dengan cara menyebut Salam 1malaysia adalah bidaah?
YA! ia adalah bidaah kerana bidaah dari segi bahasa bermaksud nama bagi sesuatu yang baru diadakan.. Tapi bab meletakan konsep salam 1malaysia ini adalah satu Bidaah terpuji atau satu ibadah haram anda kena tentukan, kerana ketika beri salam 1malaysia dalam television atau berita-berita adakah ia bersifat duniawi atau bersifat amalan!? Untuk pengetahuan korang semua, memberi salam sesama makhluk adalah satu ibadah! pahala hadiahnya!
Terkena jugak Altantunya nih..hehe.. Rais yatim kene jaga nak keluar TV tak boleh beri salam 1Malaysia, tapi kena beri salam penuh...