ERTI BERMARTABAT
Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...
BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan...
BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...
BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,
CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...
dari TIADA kepada ADA...
dari SUSAH kepada SENANG...
dari SEDIH kepada GEMBIRA...
dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA...
dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...
mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...
dari NEGATIF kepada POSITIF???
dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK....
hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..
Feb 5, 2009
Anwar jangan jadikan ahli PKR macam ahli UMNO
Dalam kes kehilangan dua orang exco kerajaan PR di Perak, saya suka melihat telatah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia seolah-olah mahu bersembunyi dari isu itu. Sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan sebagai Ketua Umum PKR, beliaulah sepatutnya terkehadapan memberikan kenyataan-kenyataan berhubung perkara tersebut.
Hal ini adalah melibatkan exco dari PKR. Maruah dan masa depan PKR harus dijaga. Jangan cuba menyalahkan orang lain seperti UMNO dan sebagainya. Bukan sahaja UMNO, sesiapa pun dalam keadaan UMNO di Perak sekarang ini, akan berusaha untuk menumbangkan lawannya. Ini kerana perbezaan kerusinya sangat sedikit.Malahan PR sendiri sentiasa berusaha untuk menarik sebanyak mungkin MP Barisan Nasional melompat ke PR, sedangkan jumlah perbezaan kerusi di parlimen masih besar.
Ini berbeza sekali dengan di Perak. Di Perak, BN hanya perlu mencari 3 kerusi sahaja lagi bagi membolehkan mereka membentuk sebuah kerajaan. Jangankan 50 juta, sekiranya 100 juta sekalipun diperlukan untuk membolehkan adun PR melompat ke BN, mereka pasti akan usahakan.
Dalam suasana sebegini dan keanggotaan PKR yang lemah dalam ketahanan diri untuk berhadapan dengan UMNO dan BN yang telah dijangka akan menggunakan wang sebagai daya penarik, Datuk Seri Anwar sepatutnya berusaha kearah memantapkan ketahanan diri ahli-ahli dahulu.
Datuk Seri Anwar kena akui bahawa ahli-ahli partinya sekarang ini, kebanyakannya adalah bekas-bekas ahli UMNO yang mana perangai dan mentalitinya terhadap wang dan meterial tidak jauh berbeza dengan ahli UMNO.
Kehancuran UMNO sekarang ini adalah disebabkan perkara-perkara tersebut yang mana sudah tidak boleh dibendung lagi. Datuk Seri Anwar sekarang ini sepatutnya menumpukan usaha dalam pembentukan sahsiah ahli-ahli bagi menghadapi PRU ke 13 dan bukanya bermain silap mata mengharapkan kerusi-kerusi yang telah dimiliki oleh BN.
OLIH ADUKA TERUNA
No comments:
Post a Comment