ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 8, 2009

Anwar: UMNO memperalatkan institusi raja untuk halalkan rampasan kuasa di Perak

08/02/09. Ahad.

UMNO telah mengggunakan institusi raja untuk mempertahankan amalan rasuah politik dan rampasan kuasa di Perak

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan UMNO itu diambil kerana UMNO hilang keyakinan untuk kembali mendapatkan mandat rakyat setelah kalah pada pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil yang menyusul.

UMNO menggunakan institusi raja untuk mempertahankan rasuah dan rampasan kuasa mereka,” beliau memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.

Kalau benar UMNO mempunyai kekuatan dan yakin pada kekuatan itu..mereka harus kembali kepada pengundi di Perak untuk membuat keputusan. Kita sedia menerima keputusan pengundi walau apa sekali pun.”

Namun Datuk Seri Anwar berkata UMNO tidak akan berani berbuat demikian setelah tewas teruk pada pilihanraya umum lalu serta di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Sebaliknya parti itu cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu kesahihan kerajaan negeri pimpinan UMNO dengan menuduh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononya derhaka kepada Sultan.

Apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat ialah taktik Najib “menghilangkan” ADUN Pakatan Rakyat sebelum mereka menjelma tiba-tiba di sisi Timbalan Perdana Menteri itu dan mengisthiarkan diri sebagai penyokong parti itu.

No comments: