ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Feb 8, 2009


SEMANGAT DSAI:- 24JAM/07HARI/12BULAN(24.7.12)


Aku juga setuju, apa yg berlaku di Perak banyak hikmahnya....

Kita tak tahu berapa lama lagi drama Perak berMB dua ni,.dan berapa lama Najib berserta troopernya boleh mengunci pergerakan adun2 BN dan bebas ini.... dan ini secara tak langsung akan menjadikan Najib dan kuncu2nya sibuk menjaga lembu2 pawah ini daripada terlepas, agenda ekonomi, agenda rakyat akan terus terabai...dan ini akan memberi ruang kepada PR terus berbakti pd rakyat dan merancang agenda politik yg lebih berkesan...

##################################################################

24/7/12
Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung dalam tempoh kurang daripada 2 bulan dari sekarang. Ramai yang masih berteka-teki samada Najib Tun Razak atau orang lain yang akan mengambilalih tampuk pemerintahan apabila Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada ketika itu.


Ketika Anwar melaung-laungkan untuk menyempurnakan penghijrahan sejumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan oleh penghijrahan pertama yang dilakukan oleh skuad Najib iaitu The Rasuah Boys bersama-sama seorang Adun Jelapang daripada DAP yang juga merupakan Timbalan Speaker Dun Perak.

Saya tidak berminat untuk memperkatakan lagi tentang apa yang terjadi di Perak. Cukup-cukuplah kita faham tentang perangai Barisan Nasional yang membelakangkan Undang-undang dan mempergunakan Sultan bagi menyempurnakan niat murni mereka itu. Cuma apa yang menarik perhatian saya, ada pendapat mengatakan Najib menggunakan umpan yang dipasang oleh Anwar untuk memakan tuannya sendiri. Hm, memang menarik bunyinya. Tetapi saya juga tertarik dengan kata-kata sahabat di Perak bahawa adakah Anwar Ibrahim memasang 2 umpan dan membiarkan umpan yang pertama itu digunakan oleh Najib terlebih dahulu sebelum Anwar menggunakan umpan yang kedua?

Barisan Nasional yang suatu ketika dahulu begitu komited dan dengan rasa semangat demokrasi menegaskan mengenai tindakan lompat parti adalah sangat tidak beretika dan membelakangkan semangat demokrasi serta mengkhianati amanat yang diberikan oleh pengundi dan kini tindakan merampas kuasa pemerintahan bukannya dimulakan oleh Pakatan Rakyat tetapi dilakukan oleh Barisan Nasional terlebih dahulu yang dikatakan diusahakan oleh Najib Tun Razak.

Jika kita masih berpegang kepada kata-kata Anwar Ibrahim bahawa tindakannya untuk menarik sejumlah Ahli Parlimen BN ke dalam PR terpaksa ditangguhkan dahulu, mungkinkah ianya akan terlaksana dalam tempoh sebulan atau 2 bulan ini? Atau ketika Najib yang menjadi Perdana Menteri Sementara nanti? Dan apabila ianya terlaksana ketika itu, bukankah ianya adil untuk semua pihak? Bukankah Barisan Nasional yang mulakan dahulu? Jadi tak salahkan kalau Pakatan Rakyat juga melakukan perkara yang sama?

Itulah saja yang ingin saya kongsikan di sini, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dalam politik, jika anda lihat sesuatu, anda dan orang lain juga percaya, jika anda dengar sesuatu, anda dan orang lain juga percaya dan jika anda baca anda dan orang lain juga percaya... belum tentu anda bercakap sesuatu dan orang lain pula percaya... Semuanya berbagai kemungkinan...Allah sentiasa di pihak yang benar

DAH BACA JNG PERCAYA

No comments: