RAKYAT MAHU NOBATKAN PERLEMBAGAAN....
Detik hitam dalam sejarah Perak…..Kemarahan rakyat terhadap istana dan Barisan Nasional serta UMNO. Ribuan penduduk Perak keluar beramai-ramai untuk membantah perlantikan kerajaan baru negeri Perak pimpinan UMNO yang diperkenan oleh Sultan Perak tanpa mengadakan pilihanraya. Suasana kecoh berlangsung lebih sejam depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar dengan polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata berkali-kali kearah penduduk termasuk wanita. Perhimpunan diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu kira-kira 2.15 petang tadi walaupun polis mengadakan kawalan ketat di sekitar masjid berkenaan dan jalan menghala ke Istana Iskandariah. Mereka cuba berarak ke istana itu tetapi segera dihalang polis yang melepaskan gas pemedih mata sehingga memaksa kumpulan penunjuk perasaan itu berundur ke kawasan masjid.
Polis terus melepaskan lagi gas pemedih mata berkali kali terhadap penunjuk perasaan. Tindakan polis itu hanya memburukan keadaan dan mencetuskan provokasi di kalangan orang ramai. Kemarahan mereka memuncak apabila melihat kenderaan-kenderanan pemimpin Barisan Nasional menuju ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abd Kadir.
Mereka juga berbaring di atas jalan, cuba menghalang kenderaan-kenderaan berkenaan.
Kawasan perkarangan masjid dan kediaman-kediaman berdekatan tempat ibadat ini turut menjadi sasaran tembakan gas pemedih mata.
Bagaimanapun tindakan polis itu gagal melemahkan semangat rakyat Perak. Mereka hanya bersurai apabila diminta berbuat demikian oleh dua pegawai Pakatan Rakyat termasuk pembantu Mohamad Nizar.
Ratusan orang bagaimanapun terus berlegar dekat masjid, menunggu kenderaan-kenderaan pemimpin UMNO dan BN melalui jalan tersebut selepas acara angkat sumpah Zambry yang selesai kira-kira 4.30 petang.
Mereka terus meluahkan perasaan mereka pada setiap kereta rasmi yang lalu...kemarahan luar biasa yang mencerminkan rasa jijik terhadap amalan kotor untuk memaksa Pakatan Rakyat menyerahkan kuasa kepada BN menerusi pintu belakang, tanpa kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat.
No comments:
Post a Comment