10 March 2009
GMP: Tiada soal dalang di GMP - Malaysiakini
Setiausaha GMP, Hasni Abas berkata, "isu dalang tidak timbul" kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik.
Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.
Timbalan setiausaha GMI dan juga ketua penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menambah, isu dalang dan kekacauan dalam perarakan adalah satu cara untuk mengalih perhatian umum daripada membicarakan isu sebenar.
"Kalau menuduh GMP didalangi oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP, mereka berada dalam jawatankuasa ini bersama-sama kami.
"Tidak ada dalang di sini," katanya.
No comments:
Post a Comment