Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat
yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang
paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah
yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang
email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan
pula pada org lain.
No comments:
Post a Comment