SEDARLAH WAHAI PENGUNDI POS.. ANDA ADA HAK DALAM SISTEM DEMOKRASI..
Kepercayaan rakyat Malaysia semakin terhakis terhadap UMNO/BN sejak Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008 tahun lalu. UMNO/BN kini hanya diselamatkan oleh 2 tali hayat iaitu pengundi Melayu di FELDA & Undi Pos (Tentera & Polis).
-
Bagi pengundi Melayu di FELDA, usaha-usaha mempertingkatkan lagi penerangan & kempen akan diteruskan. Tekanan & sekatan pihak pengurusan FELDA terhadap peneroka menyebabkan Pakatan Rakyat sukar menguasai kawasan tanah rancangan FELDA sebelum ini. Ini akan diketepikan dengan usaha berterusan menyedarkan generasi ke 2 di FELDA. Kita yakin generasi ke 2 yang terdiri dari anak-anak peneroka kini semakin terbuka serta berani melaksanakan perubahan.
-
Mengenai Pengundi Pos pula, usaha-usaha bagi menyedarkan Tentera & Polis bahawa hak untuk bebas memilih dalam proses demokrasi tidak boleh dipaksakan ke atas mereka. Kempen secara terang-terangan mahupun sulit akan dipertingkatkan. Tidak ada gunanya mereka menyarung uniform yang menggambarkan keperwiraan mereka, namun masih takut untuk berpartisipasi dengan aspirasi rakyat & menuntut hak mereka dalam sistem demokrasi.
No comments:
Post a Comment