ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 16, 2009

MASIH MENANTI PENGISYTIHARAN HARTA PAT & PTD..

Sehingga ke hari ini.. PAT & PTD & Naib Canselor UPNM (Jeneral MCE Gred 3) & para konco-konconya si pendokong ajaran REJIMENTAL SESAT yang dikaitkan dengan jenayah rasuah & salahguna kuasa masih lagi berdiam diri.. Masih enggan menjawab.. Masih belum membuat pengisytiharan harta sepertimana yang dituntut oleh seluruh Warga ATM & seluruh rakyat Malaysia yang membayar cukai.
-
Bilakah lagi kalian semua mahu mengisi borang-borang ini?
-
Borang JPA(T)1/02 : BORANG PENGISYTIHARAN HARTA
Borang JPA(T)2/02 : BORANG PENGISYTIHARAN PELUPUSAN HARTA
Borang JPA(T)3/02 : BORANG PENGISYTIHARAN SYARIKAT / PERNIAGAAN
-
Adakah kalian semua mahukan Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri datang berkunjung ke pejabat untuk menghantar borang-borang ini? atau kalian mahu borang-borang ini dipos ke pejabat masing-masing?
-
Tak payahlah kalian terus nak 'kerah' para Pegawai Risik untuk menyoalsiasat para Blogers yang sependapat dengan WIRA DAMAI. Kalian juga tak perlulah mengupah 'SI-TORA' atau 'CYBER-COMANDO' untuk menangkis dakwaan yang WIRA DAMAI paparkan. Apa yang kalian perlu lakukan cukup senang.. SEMUDAH A,B,C.. Isytiharkan harta masing-masing.. Ikut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor.
-
Warga ATM nak tahu.. Rakyat Malaysia semuanya nak tahu.. dari mana kamu dapat duit? dari mana kamu dapat kumpul harta? dan dari mana kamu buat harta? isteri-isteri kalian bukannya bekerja jadi bagaimana kalian boleh hidup bermewah-mewah, pakai kereta mewah, duduk rumah mewah, buat perkahwinan anak belanja bermewah-mewah, kerah 'budak-budak' askar jadi orang suruhan kalian.
-
JIKA KALIAN SEBENAR-BENAR SEORANG PANGLIMA. LAKUKAN PENGISYTIHARAN HARTA.. jika kalian masih berdolak-dalih.. maknanya memang betullah kalian PERASUAH yang berselindung di sebalik tembok jawatan PANGLIMA..
-
WIRA DAMAI benci Panglima makan rasuah & Panglima yang membodoh-bodohkan Pegawai/Anggota ATM. Sesungguhnya Ikrar TAAT SETIA Warga ATM hanya pada Seri Paduka Baginda.. bukan kepada Panglima yang rasuah..

No comments: