ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Mar 26, 2009

Balkis perah lebih RM5 juta duit PNSB?~Malaysiakini

Balkis perah lebih RM5 juta duit PNSB?~Malaysiakini


Anak syarikat kerajaan negeri, Pemodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memperuntukkan sumbangan RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2002 hingga 2007 kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiah Abu Hasan yang menjadi saksi kelima dalam siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) memaklumkan jumlah sumbangan sepanjang tempoh itu sebanyak RM5,186,588.20.

Beliau yang menjadi Ketua Eksekutif sejak tahun 2007 mengakui semua program Balkis akan diberi sokongan daripada PNSB.

Khairiah turut mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Yang Dipertua Balkis, Datin Zaharah Kechik (isteri mantan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo).

Pada tahun 2003 PNSB telah menyumbangkan RM1.65 juta kepada Balkis dan sebanyak RM148,280 diperuntukkan dalam majlis perkahwinan saudara baru seramai 50 orang.

PNSB membayar jamuan makan untuk jemputan 1,400 orang hampir RM90,000 selain bayaran tempahan kek RM5,000, kombo MBSA RM9,000 dan hiasan dalaman RM19,000.

Pengerusi Selcat adalah Teng Chang Khim (DAP) manakala AJK adalah Haniza Talha (KeADILan-Taman Medan), Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Pada hari kedua siasatan dijalankan dua orang wakil BN, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani tidak hadir.

Setelah diajukan soalan daripada Jawatankuasa Selcat, Khairiah mengakui pada 14 Oktober 2003 PNSB telah memberi wang tunai sebanyak RM240,000 kepada Setiausaha Balkis ketika itu untuk membeli hamper di mana Balkis turun ke program 'Bersamamu' sempena bulan Ramadan.

Beliau turut mengakui PNSB memberi sumbangan kepada Balkis sebanyak RM5,000 untuk diagihkan kepada 48 kawasan DUN bagi meraikan warga emas dan orang miskin pada bulan Ramadan.

Pengakuan beliau menyebabkan Azmin mengajukan soalan; "Pada tahun 2003 ada 54 Dun, enam Dun diwakili pembangkang dan sudah jelas bahawa 48 Dun dikuasai BN. Apakah PNSB terlibat secara langsung dengan permainan politik BN ketika itu?"

Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Khairiah.

Lebih menarik dan mengejutkan Jawatakuasa Selcat, pada tahun 2004 PNSB memberi sumbangan kepada Khir Toyo yang menjadi Menteri Besar ketika itu sepasang jaket jenama 'Summer Man' bernilai RM3,600 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam satu majlis berbuka puasa September 2006, PNSB sekali lagi membayar RM13,000 kepada saudara kandung Zaharah Kechik, Abdul Malik Kechik untuk pakej jamuan dan nyanyian.

Khairiah diingatkan berulang kali oleh Teng supaya memberi penjelasan dengan betul kerana ia dibuat setelah beliau melakukan perakuan bersumpah.

Ini berikutan banyak persoalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Selcat tidak dapat dijawab oleh Khairiah terutama dalam isu pengeluaran wang tunai yang melibatkan ratusan ribu kepada Balkis.

1 comment:

Anonymous said...

suami isteri sama-sama corrupt ke....

rakyat slgr nak ingatkan Tan Sri khalid ibrahim...

ambil tindakan sewajarnya kpd yg bersalah mengunakan kuasa dan jawatan..

pakatan rakyat yg ajar rakyat slgr perkara ini..kalau sifu sendiri tidak ikut..

kami rakyat slgr akan bangkit...

peringatan tegas.....