Hari Hari Terakhir "Democracy Tree Plaque" di Ipoh
Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 24 Februari lalu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah.
Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan mengenai sidang DUN yang bersejarah tersebut - tidak rosak.
Edisi online China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.
Speaker V Sivakumar yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral.SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar melihat plak di bawah "Pokok Demokrasi" yang telah dipecahkan
No comments:
Post a Comment