2.ooPm
BUKIT GANTANG
Pakatan Rakyat mendahului dari segi sokongan rakyat di Trong. Pakatan Rakyat dilihat menguasai hampir kesemua pusat-pusat pengundian. Pesuruhjaya PAS selangor, Dr.Hassan Ali dan Speaker DUN Perak, V.Sivakumar di DUN Trong.
SERUAN KEPADA SEMUA PENGUNDI BUKIT GANTANG !
Keluarlah sekarang untuk menunaikan tanggungjawab dan HAK anda sebagai Pengundi di P.59 ! Jangan Bertangguh..keluar sekarang !
Hujan akan turun bila-bila masa sahaja dari sekarang. Awan hitam berisi air di dada langit sedang sarat bertakung menunggu pecah di Bukit Gantang.
SERUAN KEPADA PELANCONG POLITIK
Sila elakkan melalui jalan-jalan lama (mainroad) terutamanya dari Ipoh dan Kuala Kangsar, jalan jem giler bermula dari Bukit Berapit hingga ke Changkat Jering. Elakkan melalui jalan tersebut.
1.10 pm. Hari mulai hujan. Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.
Polis melepaskan gas pemedih mata di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.
Sebuah kereta yang membawa keranda 'Altantuya' telah ditahan Polis di Pekan Trong sebentar tadi pada jam 12.50pm tengahari. Kini Polis juga turut menahan pemandu kereta tersebut. Keranda itu akan dibawa ke Balai Polis. Pengebumian tergendala sebentar.
Dato' Seri Ir. Nizar baru sahaja meninggalkan Pekan Trong dalam Majlis ziarah beliau ke semua Pusat mengundi. Cuaca mula MURO (mendung), hujan dah nak turunnnn...angkat keranda ke Balai.....eh silap !
Dato' Seri Ir. Nizar baru sahaja meninggalkan Pekan Trong dalam Majlis ziarah beliau ke semua Pusat mengundi. Cuaca mula MURO (mendung), hujan dah nak turunnnn...angkat keranda ke Balai.....eh silap !
Laporan yang baru diterima daripada Ketua Srikandi PKR, beberapa orang dari Pemuda Umno terus mengekori srikandi2 PKR sambil berterusan membuat aksi isyarat lucah hari ini. Keadaan ini benar2 memberi keresahan dan kebimbangan beliau lebih2 lagi insiden melondeh seluar baru saja berlaku semalam.
Nizar yakin menang.
Calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, selepas melalui tempoh kempen yang cukup mencabar dan padat, "yakin akan memperoleh kemenangan."Walaupun tidak mengundi dalam bahagian Parlimen Bukit Gantang, bekas Menteri Besar Perak itu mula melawat pusat-pusat mengundi sejak 8 pagi tadi.
Beliau memulakan lawatan itu dengan mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Pengkalan Aur, Air Kuning bertolak dari Markas PAS bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat.
Bertumbuk di Trong.
Dari Trong, 2 kumpulan petugas sempat berhenti untuk bertumbuk seketika ketika sedang makan. setakat ini belum diketahui lagi siapa yang memenangi pertumbukan itu.
Kejadian berlaku di pondok Panas.
Setakat ini juga keadaan masih terkawal. diharap ke 2-2 pihak yang bertumbuk dikenakan tindakan.
Pertumbukan bermula apabila pihak petugas Pakatan Rakyat yang sedang makan tengahari diprovokasi oleh pihak petugas BN.
...................................................................................................................................................................
BUKIT SELAMBAU
1.30 pm : Maklumat MAFREL : Di sebuah sekolah terdapat kaum perempuan menukar pakaian untuk masuk ke pusat mengundi Para Patani berkali-kali. Apakah terdapat agenda untuk mengundi lebih sekali?
12.45 pm Bas membawa pengundi hantu ditahan di Gurun
12.00 - Cuaca panas yang dirasakan pada saat ini, panas lagi keadaan di sekitar pusat mengundi IKM dan Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa. Bilangan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir melebihi bilangan penyokong BN. Anggota polis juga tidak ketinggalan hadir untuk menjalankan tugas masing-masing dalam memastikan keselamatan dan keamanan terjamin.
Para pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak.
Setakat jam 12 tghari, 40 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah membuang undi.
Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian.
Ust Nasaruddin Mat Isa, Tim Presiden PAS membuat telahan berdasarkan dengan situasi semasa, PR boleh menang dengan majoriti 1,500-1,800 .
...................................................................................................................................................................
BATANG AI
1.00 pm - 3 lagi petiundi tiba ke pusat penjumlahan undi di Lubuk Antu iaiatu dari Tadika Kemas Sempang, SK Ulu Lemanak dan SK Nanga Aup dengan helikopter.
Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.
Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.
Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.
No comments:
Post a Comment