TERKINI
BUKIT GANTANG
11.30 am Jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.
11.00 am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.
Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.
Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.
Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.
BUKIT SELAMBAU
Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.
BATANG AI
11.40am Petiundi dari SK Ulu Engkari dan Dewan Serbaguna Salcra Batang Ai Salcra telah tiba di pusat pengiraan undi di Kompleks Sukan Lubok Antu dengan helikopter.
Pengundian ditutup di lima pusat iaitu SK Ulu Engkari, SK Nanga Delok, SK Nanga Aup, Tadika Kemas Sempang dan Dewan Serbaguna Salcra Batang Ai.
No comments:
Post a Comment