ERTI BERMARTABAT

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jul 31, 2009

LIHAT, BACA DAN FAHAMKAN....



*** 1 OGOS 09 - MANSUHKAN ISA - KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ***





Hari ini aku berhartal. Maksudnya dari jam 6 pagi tadi sampai ke 12 tengah malam nanti, aku ambil bahagian dalam satu tindakan mogok dan general stoppage of work.

Ertinya aku…
…tak keluar bekerja
…tak naik bas
…tak naik LRT
…tak bawa motorkar
…tak pergi pasar
…tak keluar beli suratkhabar
…tak pergi shopping
…tak beli apa-apa barang
…tak keluar makan
…tak keluar tengok wayang
…tak keluar lepak dengan kawan-kawan
…batalkan semua temujanji aku hari ni
…terpaksa cancel interview dengan media untuk cakap pasal Revolusi ‘48
…tak pergi acara sambutan Hari Malaysia hari ni
…tak pergi candle-light vigil malam nanti
…tak pergi parti housewarming kawan malam nanti

Aku hanya duduk kat rumah.

Apa tujuan aku berhartal hari ni? Tujuannya sebagai tanda protes membantah tindakan kerajaan menggunakan I.S.A. Menindas dan menakutkan rakyat. Juga sebagai tanda solidariti buat mangsa-mangsa yang ditahan.

Kenapa aku pilih hari ni untuk berhartal? Memperingati 16 September dipilih kerana siknifikasi hari tu Hari Malaysia, hari lahirnya Bangsa Malaysia.

Kenapa aku pilih untuk jalankan hartal? Kenapa tak buat benda lain? Sebab hartal ialah satu direct action berbentuk civil disobedience untuk hantar mesej protes terhadap tindakan atau polisi kerajaan yang tidak demokratik dan menindas. Ia satu cara untuk kita rakyat jelata kelas bawah yang takde kuasa/pangkat untuk bergabung tenaga melakukan bantahan dengan cara yang selamat, non-violent dan sukarela.

Adakah hartal ini akan bagi apa-apa kesan? Bayangkan kalau kamu yang tengah baca entry ni pun turut sama berhartal hari ni. Bayangkan kalau semua rakyat jelata yang menentang penindasan dan cintakan demokrasi turut sama berhartal hari ni. Bayangkan babak dalam video diatas berulang dalam laporan berita hari esok?
Sama ada hartal ini akan bagi kesan langsung atau tidak langsung, akan aku explore dalam next post. Lagipun aku ada 17 jam lagi untuk berhartal.

Mungkin aku akan tonton semula filem 10 Tahun Sebelum Merdeka hari ni.

Tetapi 1 ogos 2009 Sabtu kita keluar berkumpul dan dengan satu matlamat.

*** 1 OGOS 09 - MANSUHKAN ISA - KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ***
Apa nak jadi-jadilah.

Jul 29, 2009

PEMERGIAN KERAHMATULLAH SDR ALMARHUM MALAIYANTO BIN JASMAN.

Sebuah kampong yang terletak dimukim Jugra, Kampong Melayu Pulau Carey, DUN Sejangkang. ADUN nya YB Dr Yunus dan JKKK En Yusof Bin Ahmad.

Isnin 27 Julai 2009 Hanyar dikejutkan pangilan talipon oleh ibu arwah atas kembalinya kerahmatullah sdr Malaiyanto. Beliau yang begitu periang dan baru berusia 27 tahun, anak sulong serta bekerja kampong membantu keluarga menyara hidup dan kini meninggal keluarga buat selama-lamanya. Diiringi alfatihah. Sebab-sebab kematian berkait dengan tragidi kemalangan 10 tahun yang lalu. Oleh kerana kesempitan hidup keluarga beliau pada masa itu, tidak mampu untuk rawatan lanjutan dan kesannya berakhir dengan kematian. Tidak menolak qada dan qadar serta reza apa yang berlaku.

Hanyar mengucap takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan agar roh beliau sentiasa berada digolongan orang-orang beriman.

Merasa pilu apabila melihat imam membaca talkin diatas tanah lumpur.

Kawasan sekeliling kubur tiada pagar untuk keselamatan mengelak drpd binatang buas.

Inilah rupa pondok untuk berteduh dan tiada stor untuk menyimpan alatan kerja-kerja kubur.

Tujuan gambar-gambar kubur diambil bukanlah sengaja tetapi untuk menilai cara pentadbiran lama BN terhadap penduduk dihujung kampong. Pemimpin politik semasa itu lebih gairah untukmembolot dimana tanah yang masih kosong untuk dimiliki. Rebutan kuasa berlaku, cara hidup penduduk terabai dan ketinggalan. Sedangkan penduduk juga mengeluarkan hasil untuk negeri menjadi makmor yang disebut Darul Ehsan.

Lebih pilu lagi apabila Hanyar bersama mengiringi mayat diperkarangan kubur, kemudahan asas tidak lengkap. Diberitahu oleh ketua penduduk disitu kubur telah beroperasi sejak hampir 10 tahun.

Hanyar menasihatkan agar JKKK perlulah prihatin masaalah kepentingan keperluan keselamatan kubur. Agar JKKK bertindak segera mengusulkan supaya pagar, pondok mempunyai stor berkunci, mesin pam air serta pili air mesti dilaksanakan untuk kemudahan.

Episod dari cerita pasal Kampong Melayu Pulau Carey setelah Hanyar masuk mengelilingi kawasan kampong, ada pula cerita disebalik korap pimpinan politik baik dari umno mau pun dari MP Dolah Sani. Nantikan cerita lanjut diepisod lain.

Jul 26, 2009

26/07/09. Ahad

Penduduk Kuala Langat Merasa Pelik Sikap MDKLgt Kurang Prihatin.


Penduduk Kuala Langat kecewa sikap MDKLgt yang mempunyai cukup Ahli Majlis seramai 24 orang yang telah diagihkan dalam 24 zon seluruh Kuala Langat, tetapi tiada berfungsi dengan baik.
Rungutan penduduk pada hari ini, seperti gambar dibawah, ramai yang tidak tahu kerana tidak diwar-warkan kepada orang ramai. Mengikut dalam baner, penganjurnya adalah MDKLgt sendiri.
Seperti dalam benar bertajuk Majlis Dialog Bersama Penduduk amat tidak berjaya kerana maklumat gagal sampai kepengetahuan ramai . Tinjauan sebentar tadi hanya terdapat satu benar yanh terpapar dipagar hadapan pejabat lama JPJ.
Kehadiran yang ada hanya orang-orang tertentu sahaja, seperti mereka sahaja yang boleh berdialog. Banyak kerusi dari orang dan banyak kereta macam penuh dewan.

Inilah rupa baner yang terpampang dipagar depan pejabat lama JPJ yang tidak berbaloi dengan kos dari orang yang datang.

Rupa Exco berkenaan bercakap seperti melepas batuk ditangga sahaja. Memang patut gelap kelihatannya.

Suasana dalam dewan ramainya yang datang adalah mewakili penduduk Kuala Langat.


Kelihatan dialog itu, banyak bercakap Exco dari soalan yang menafaat.

Kalau beginilah caranya sikap MDKLgt berurusan dengan penduduk Kuala Langat, dimana lagi rakyat menaruh harapan pada memesrakan rakyat yang dikehendaki oleh Dato Menteri Besar.
Kepada yang berkenaan YDP perlulah lebih prihatin, lebih-lebih lagi inilah YDP baru yang pilihan dari kerajaan PR. Peringatan kepada MDKLgt, Buatlah kerja sepertimana aku janji kamu "Patuh Pada Mana-Mana Kerajaan Yang Memerintah".
Kepada yang berkepentingan pula, biarlah bersikap adil dan bertanggungjawab apabila merasa diri perlu ada dalam jawatan di sesebuah organisasi. Rakyat sentiasa melihat setiap gerak geri yang kamu lakukan. Rakyat Kuala Langat semasa PRU12 lepas bukan seperti sesuka tukar seluar dalam.

Jul 25, 2009

25/07/09. Sabtu.

KES JENAYAH BERAT 1 MALAYSIA.....rakyat diutamakan, gengster adalah model!

Apa nak jadi bila mahkamah akan bersidang pada tarikh sinonim 2 sept itu?

Sedunia semua tahu lintang pukang undang-undang Malaysia ni, angkara 1 Malaysia. MTKL membenarkan pendakwaraya menangguhkan dahulu penyerahan dokumen berkaitan kes liwat DSAI, sementara menunggu keputusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap perintah tersebut. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Dian membenarkan permohonan pendakwaraya itu.

Pendakwaraya memohon penangguhan penyerahan dokumen itu atas alasan:

1. Perintah mahkamah supaya menyerahkan dokumen tersebut kepada tertuduh mempunyai implikasi dan kesan, bukan sahaja terhadap kes liwat tersebut, tetapi juga kes-kes jenayah yang lain.
2. Ia akan mengelak rayuan pendakwaraya di Mahkamah Rayuan daripada menjadi akademik, kerana ia membabit persoalan perundangan tertentu.

3. Perkara memberi salinan kenyataan saksi kepada Anwar, membabitkan persoalan undang-undang yang perlu diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah rayuan, sebelum Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan kes tersebut.

Dokumen-dokumen yang dituntut adalah;

1.rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal,
2.rakaman kamera CCTV didua buah lif blok 11 Kondominium Desa Damansara,
3.nota-nota ahli kimia yang menganalisis sampel-sampel DNA,
4.salinan nota doktor Hospital Kuala Lumpur dan
senarai saksi.

Doktor Pusrawi dan laporan 4 orang doktor pakar gomen mengatakan yang juboq Saiful tiada kena liwat,kerana tiada kesan tusukan. Kalau orang awam yang buat dapatan itu boleh kita pertikaikan tapi ini doktor swasta dan gomen.

Anihnya, kenapa pihak pendakwa mahu meneruskan kes biarpun Saiful disahkan oleh empat orang doktor gomen bahawa dia tidak diliwat oleh sesiapa?

Kenapa dokumen-dokumen ini hendak dirahsiakan daripada pengetahuan pihak pembela. Pi mai pun dokumen-dokumen ini akan didedahkan satu persatu oleh pendakwa bila kes ini berjalan. Dan bila dokumen-dokumen tersebut didedahkan macam mana ianya memberi implikasi dan kesan,terhadap kes-kes jenayah yang lain, selain daripada kes liwat tersebut?

Nampak sangat yang pendakwa banyak temberang di sini dan ia dibuat semata-mata hendak "prolong" kes berkenaan. Kalau dah tak ada kesan liwat seperti yang didapati oleh doktor-doktor pakar,kes ini patut masuk bakul sampah saja.

Tetapi kerana dendam kesumat dipihak pendakwa maka pendakwa mahu kes ini lekat dengan apa cara sekali pun. Jadi pendakwa mungkin dah ada cara mereka untuk mengenakan Anwar, walaupun satu dunia tahu bahawa juboq si Saiful tak pernah masuk senjata sulit.

Bukankah ini satu konspirasi yang direka dengan licik dan teliti bersama-sama skrip yang tersusun serta para pelakon-pelakon dan studio lakonannya terserlah. Kalau dokumen-dokumen itu diserahkan pendakwa maka akan terbongkarlah rahsia sebenar, nanti skrip akan menjadi lintang pukang pula.

Sebenarnya kes liwat ini adalah satu kes khayalan semata-mata,sedangkan laporan pakar-pakar perubatan mengatakan bahawa juboq Saiful masih suci dan gebu.........

Jul 23, 2009

23/07/09. Khamis.

video
video
SUARA HATI YANG ADA RELIVENNYA!!!

("Rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa. Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda.

Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan2 suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti 'menghina Yang Di-Pertuan Agong'.

SPRM memburu kesalahan2 kecil tetapi tidak mempedulikan kes2 besar. SPRM perlu diteliti semula. Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat".)


Baca di sini dan sini.

Itulah Malaysia boleh dan 1Malaysia grand design UMNO.........


Jul 21, 2009

21/07/09. Selasa.

ME67 BUATLAH YANG TERBAIK



Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas', lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina

MENGAPA JADI BEGINI?

Ezam sesumpah lidah biawak muncul di kg umno Kanchong Darat Banting K.Lgt. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan sesumpah ini sentiasa membawa `suwey’ atau `badi’ kepada Umno. Tanpa Ezam, Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai.

Hanyar ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh sesumpah @ kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di kg umno Kanchong Darat Banting K.Lgt, Selangor Ahad lepas. Saya mengulas berdasarkan laporan di dalam Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock, dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Rasanya otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, untuk membalas hujah sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang sebagai saksi utama. Hanyar tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Kata Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Hanyar peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati, siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

Mendiang ditemui mati di kawasan bangunan SPRM. Bagaimanakah, terutamanya ahli-ahli atau ejen dari DAP boleh memasuki bangunan terkawal tersebut dan melakukan pembunuhan seperti yang difikirkan oleh Ezam? Bukankah kawasan tersebut terkawal dan bagaimana seseorang boleh memasuki bangunan berkenaan terutamanya dari dalam dan menolak Mendiang jatuh ke bawah? Lojikkah? Oleh itu, jika Ezam memikirkan bahawa sememangnya berlaku pembunuhan ke atas Mendiang, maka persoalannya siapakah yang membunuhnya?

Sama sekali tidak percaya semua andaian samada SPRM, apatah lagi DAP terlibat di dalam kes pembunuhan ini. Tidak boleh percaya kerana siasatan terbuka oleh badan bebas masih belum dijalankan. Tidak adil untuk membuat tuduhan. DAP atau pembangkang tidak pernah menuduh SPRM atau sesiapa secara khusus terlibat melakukan khianat terhadap Mendiang Beng Hock. Mereka cuma inginkan siasatan oleh badan bebas. Mereka mahu tahu mengapa Mendiang masih berada di bangunan tersebut agak lama walaupun dikatakan siasatan telah pun berakhir?
Mengapa siasatan dikatakan telah berakhir, tetapi handset Mendiang masih berada di tangan SPRM sewaktu kejadian? Mengapa baju Mendiang terkoyak ketika ditemui?
Lebih memeningkan, sekiranya dikatakan Mendiang membunuh diri, mengapa perlu membunuh diri sekiranya keesokan harinya Mendiang akan mendaftarkan nikahnya?


Untuk tidak menganiayai sesiapa di dalam kejadian ini di samping untuk merealisasikan keadilan dan ketelusan, maka kerajaan wajib menubuhkan badan siasatan bebas bagi mengetahui punca-punca kematian Mendiang. Di sini, isu perkauman tidak timbul sama sekali kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan rasuah seperti yang didakwa itu. Misteri mata lebam DS Anwar kembali menghantui pemikiran rakyat ketika melihat tragedi ini, begitu juga dengan isu Mendiang Kugan. Apakah isu ini menjadi isu politik? Ya, memang wajar ia dijadikan isu politik kerana hanya dengan kekuatan dan pengaruh politik sahaja yang boleh membantu rakyat teraniaya. Apakah kita mengharapkan para akademik, pelajar atau buruh kasar untuk mendepani isu ini? Orang politik tidak kira di pihak mana harus memandang isu ini satu isu yang serius dan besar.

Sehubungan itu, Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas’, lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina.

Jul 20, 2009

20/07/09. Isnin.

LAGI KEBAKARAN KILANG DI DUN SEJANGKANG.

Sebentar tadi sekitar jam 2 petang, sebuah lagi kilang YTY yang memproses barangan plastik terbakar. Akibat kilang tersebut terbakar, asap hitam telah memberi kesan pencemaran pada sekitar penduduk berdekatan.

Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, 3 buah kilang dan 2 buah rumah terbakar diDUN tersebut. Dimana silapnya kilang tersebut dan apakah puncanya boleh terbakar?. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tindakan pemutihan/kaji semula untuk mengelak dari kebakaran tidak berlaku lagi.

Hanyar merasakan ada yang tidak kena disebalik kebakaran tersebut. Sistem pencegahan kebakaran perlulah diambil kira untuk keselamatan. Lebih-lebih lagi Majlis Daerah Kuala Langat perlu memantau dengan lebih telus kerana dibawah pentadbiran MDKLgt.

Ahli Majlis dan JKKK serta JKKKP juga perlulah lebih berhati-hati untuk memantau keselamatan kawasan sekitar kerana kawasan tersebut juga adalah berdekatan dengan perumahan penduduk kampong.

Dalam tinjauan lawatan tempoh hari bersama JKKK serta Jawatankuasa perlesenan Ahli Majlis juga penguat kuasa Majlis Daerah telah memasuki primis kilang dan didapati kebanyakan kilang tidak lengkap dengan peraturan tetap PBT. Jawatan kuasa perlesenan Majlis pada tempoh hari tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan penuh tanggung jawab untuk keselamatan semua pihak.

Akibat kurang tanggungjawab pihak tertentu, maka boleh apa-apa saja berlaku. Diharap dimasa akan datang perkara seperti ini tidaklah berlaku lagi.
20/07/09. Isnin.

MUSLIHAT APA DAN UNTUK SIAPA?

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.



Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.


Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.


Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut - yang diselubungi pelbagai persoalan.


Pakatan Rakyat bukan mahu mempolitikkan isu ini untuk menutup siasatan SPRM terhadap Pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi ini soal kes seorang saksi yang kita syaki dan yakin beliau
mati dibunuh bukan beliau bunuh diri. Mengapa SPRM soalah-olah mahu lepas tangan. Bukankah menjadi saksi utama SPRM sepatutnya mendapat perlindungan dari SPRM?

Jul 18, 2009

18/07/09. Sabtu.

RASIONALNYA CARA KEDUDUKAN SI MATI!.......

Sejak kematian mengejut Setpol seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock 2 hari lepas, banyak teori punca kematiannya diceritakan. Namun satu hakikat - hampir tiada yang percaya Teoh membunuh diri. Saya sendiri sudah bercakap dengan puluhan orang dan setakat ini belum seorang pun yang berani berkata pemuda itu telah dengan sengaja mengambil nyawanya sendiri. Malah ada yang sangat yakin pasukan penyiasat SPRM sendiri yang 'menjatuhkan' Teoh!

Dan petang kelmarin, ketika berbual dengan seorang rakan lama, saya bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan rakan ini bekas seorang jurugambar polis yang banyak pengalaman mengambil mayat mereka yang meninggal dengan pelbagai cara, termasuk bunuh diri. Saya percaya pandangannya adalah sangat profesional berdasarkan pengalaman puluhan tahun mengambil gambar dalam pasukan polis.

Ketika saya bertanya adakah beliau percaya Teoh 'dijatuhkan' seseorang atau sekumpulan orang, beliau menyatakan tidak percaya dengan teori itu. Beliau tidak percaya Teoh sengaja dijatuhkan, sebelum dijumpai di bawah bangunan itu. Beliau berkata orang yang terjatuh bangunan dalam keadaan sedar, tidak kira sengaja menjatuhkan diri, terjatuh atau dijatuhkan oleh orang lain, biasanya jatuh di dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan terbuka. Kedua-dua tangan terbuka adalah sebagai respons seseorang untuk cuba menahan hentakan badannya ke atas tanah, simen atau objek keras lain di bawah. Tapi Teoh mati di dalam keadaaan mengiring, seolah-olah ketika jatuh, dia sudah tidak ada respons untuk cuba menahan sesuatu di bawahnya.

"Mungkin ketika jatuh orang itu dalam keadaan tidak sedar. Mungkin dia jatuh dalam keadaan pengsan," kata rakan saya itu.

"Mungkin ketika terjatuh, dia sudahpun mati?" tanya saya.

"Mungkin juga. Yang pasti orang jatuh dalam keadaan sedar tidak jatuh dalam posisi seperti itu."

Saya tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan pandangan profesional rakan itu. Tetapi mengambil kira jarak masa yang begitu panjang di antara waktu selepas beliau disoal siasat dan kematiannya dilaporkan, saya seperti yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan mengenai kematian Teoh oleh SPRM.....

Tiada siapa percaya bahawa Teoh membunuh diri. Siapa juga ANJING/BINATANG GANAS yang membunuh Teoh harus bertanggung-jawap dan di bawa ke muka Pengadilan.

Jul 17, 2009

17/07/09. Jumaat.

....Terselindung Sikap Ketuanan Melayu!!!...



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata,"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu..." (ADAKAH SEORANG MENTERI BERCAKAP MACAM NI?)

Macam mana Nazri tahu bahawa Teoh nak terjun bangunan itu? Mungkinkah dia dah dapat maklumat awal yang Teoh nak terjun. Nazri seharusnya beri penjelasan. Orang yang pukul mati Kugan masih lagi hidup bebas, hidup bergaya, jangan harap lah si pembunuh Teoh akan di tangkap.......

Pikiaq mai, Nazri dan MACC....kalau Teoh tu anak hangpa, macam mana hangpa rasa?

Di bawa ini saya ceduk tulisan anak mami daripada MarGeeMar blogspot(dengan izin) untuk tatapan bersama..........

Terlebih dahulu kita soalkan MACC, kenapa hanya soal siasat keatas DUN-DUN seperti senarai berikut ?

1) Ean Yong
2) Lau Yee San
3) Teresa Kok (Kinrara assemblyman),
4) Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
5) Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama),
6) Edward Lee (Bukit Gasing) and
7) Hannah Yeoh (Subang Jaya)

Ini sudah terbukti siasatan MACC amat berbau perkauman. Tambahan pula kematian misteri Teoh Beng Hock yang berusia 30 tahun, tidak kurang bezanya seperti kes KUGAN. Pihak kerajaan akan menutup kes ini tanpa transparensi, walau pihak parti pembangkang menjerit hingga langgit runtuh, tetap kes ini akan NFA , No Futher Action.

Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan MACC menyiasat Teoh dari jam 5.00 pm hingga 3.50 am. Ini telah menyalahi hak asasi manusia. Siapakah yang memberikan kuasa untuk menyiasat cara marathon? Ini sudah bukti jelas, suatu seksaan mental yang lampau terhadap TEOH.

Tambahan, Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan bahawa pada 1.30 PM terdengar suara menjerit. Adakah TEOH yang berniat bunuh diri itu menjerit atau minta tolong sebelum beliau ditolak dari tingkap?

Banyak persoalan yang timbul dalam kes kematian Teoh. Dari 3.50am hingga 1.30 pm, kenapa tidak hantar Teoh pulang ke rumah? Adakah Teoh didera hingga mati lalu dilontar dari tingkap 15 ? Kenapa pula MACC tidak membenarkan DUN DUN memasuki ibu pejabat MACC di tingkat 15?

Walaupun kematian Teoh mudah dengan alasan bahawa Teoh telah membunuh diri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz nampaknya sudah pasti 100% mendiang Teoh membunuh diri apabila beliau berkata "Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," Kalaulah MACC atau pihak kerajaan memberikan alasan sedemikian rupa, maka ini suatu jawapan yang bodoh dan bahlol. Isu perkauman akan membakar di dikalangan masyarakat Tionghua Malaysia. Kes kematian Teoh bukan sahaja menampar muka Najib dalam konsep 1Malaysia , malah bilangan besar masyarakat akan marah atas sebab kemanusiaan.

Memang tidak salah MACC dengan maksud Malaysian Anti Chinese Commission, dimana kes kematian Teoh sedikit sebanyak terselindung sikap ketuanan Melayu di kaki tangan MACC, kematian Teoh juga memberi amaran terhadap masyarakat Tionghua bahawa, Kaum Tionghua telah merampas ekonomi Malaysia, jangan merampas kuasa politik !! Inilah akibatnya. Secara tidak langsung kematian Teoh juga memberi amaran kepada masyarakat Tionghua bahawa pemuda-pemuda Tionghua yang terlibat dalam politik akan menerima nasib serupa Teoh.

Jul 16, 2009

16/07/09. Khamis.

SELANGOR LEBIH BAGUS JIKA MATA DAN TELINGA KERAJAAN LEBIH TELUS.

Tahniah buat pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tahniah kerana mendapat kepercayaan yang tinggi dari rakyat negeri Selangor.

Saya rakyat Kedah yang menumpang teduh di negeri ini, bangga kerana mendapat sebuah kerajaan yang baik dan Menteri Besarnya yang bagus.

Tak pernah dalam sejarah Malaysia, AIR DAPAT PERCUMA!!!!

16/07/09. Khamis.

JADIKAN IKTIBAR TERANGGANU 1999...


Jelas apa2 yang berlaku sememangnya menyakitkan hati dan membuat rakyat marah meluap2! Moga rakyat jelata sedar segala salahlaku yang berlaku didepan mata!

Malangnya masih ramai lagi rakyat yang masih suka mendengar sebelah pihak sahaja tetapi lansung tidak ambil peduli perjuangan Pakatan Rakyat! Maka, diseru semua kepimpinan, ahli2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat bangun dan bangkitlah menyedarkan semua rakyat!

Rakyat kena benar2 sokong pakatan yang bolih mendirikan kerajaan yang bersih,cekap dan amanah dan meletakkan kepentingan rakyat dan hapuskan kepentingan diri,keluarga dan sahabat handai!

Jul 15, 2009

15/07/09. Rabu.

SELOKA BUAT 1 MALAYSIA.

Angan tinggal angan.
Angan untuk menang.
Janji tinggal janji.
Rasuah teserlah memberi.
Umno kempen ramai ramai taraf Menteri.
Dengan harapan pengundi berubah hati.
Datangnya TokYid senyum putih gigi.
Petah berseloka kata manis diberi.
Bekal duit berguni-guni.
Segala media kasi taji.
TV ampu tukang lobi.
Beg sekolah dan basikal Umno bagi.
Beras gula engkau kasi.
Habis idea Umno uli tapi semuanya basi.
Hati pengundi tetap pada Abe Uji.
Kini kalah di sini Umno lari tak toleh lagi.
Malu pening sengih putih gusi.
Tertunaikah janji 1 Malaysia,1 hati.
Atau sekadar retorik terpatri.
Rilek la Umno jangan kecil hati.
Di lain PRK boleh cuba lagi.

Jul 14, 2009

14/07/09. Selasa.

APA NAK JADI ! MANIK URAI.

Persaingan yang cukup sengit mengejutkan pelbagai pihak. Sehingga jam 5.00 petang sebelum kiraan undi bermula PAS Kelantan amat yakin akan menang besar dengan majoriti antara 2,000 undi. Sebaliknya PAS kini berhadapan dengan saingan sengit dimana undi antara PAS dan BN amat rapat sebagaimana yang diumumkan oleh SPR sebentar tadi.
PAS perlu membuat post mortem terperinci mengapa angka dari pondok panas dan polling agent jauh sekali dari jangkaan PAS. Sehingga kini jam 8.50pm SPR tidak berani mengumumkan keputusan. Kalah atau menang hanya pengundi Manik Urai sahaja yang tahu. Hanyar mengamgap SPR sudah semestinya ada muslihat untuk kemenangan, atau kalah tipis untuk Umno. Apa pun Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam untuk membela pengundi di Manik Urai.

Jul 13, 2009

13/07/2009. Isnin.

1 MALAYSIA DAH TAKUT DGN BULAN,MATA........PR.


KUALA KRAI, 13 Julai - Mengapakah Dato' Seri Najib Razak tidak muncul-muncul di Manek Urai?

Ini persoalan yang belum terjawab biar pun sudah dilontarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada penamaan calon sebelum ini.

Kini tinggal sehari lagi kempen menjelang pilihan raya Selasa ini, namun Perdana Menteri tidak muncul.

"Mungkinkah Presiden Umno takut dengan bayangan Altantuya sehingga tidak kelihatan di Manek Urai sehingga sekarang?

"Ramai orang tertanya mengapa Perdana Menteri tidak kelihatan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, semalam.

Perdana Menteri nampaknya menyerahkan tugas membawa cabaran Umno di Manek Urai kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan semalam beliau hadir pada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Umno terpaksa menggunakan orang di luar Manek Urai hadir pada program yang dianjurkan memandangkan penduduk tempatan seperti tidak menghiraukan sehingga kehadiran Muhyiddin pun kurang mendapat sambutan.

Hari ini ramai guru dari seluruh Kelantan diarah hadir bagi memperlihatkan program dihadiri Timbalan Perdana Menteri mendapat sambutan.

Malah guru yang hadir berada jauh dari khemah yang disediakan, seperti tidak menghiraukan ucapan pemimpin Umno.

Banyak pihak berhujah ketidakhadiran Perdana Menteri membayangkan BN menghadapi laluan sukar di Manek Urai. Ia juga menggambarkan pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat seperti tidak mendapat perkenan Najib, sebaliknya pilihan Muhyiddin.

Abdul Fatah juga melahirkan rasa bimbang di atas kehadiran begitu anggota polis di Manek Urai sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ramai di kalangan mereka difahamkan tidak mempunyai tugas yang khusus.

Katanya, banyak cawangan polis yang dihantar ke Manek Urai termasuk 'special branch', bahagian trafik dan lebih ramai yang kelihatan tidak mempunyai tugas.

"Kita tidak tahu apa fungsi mereka dengan kehadiran yang begitu ramai anggota polis. Kita akan cuba dapatkan maklumat mengenai apa sebenar peranan mereka," katanya.

Ditanya dengan kehadiran anggota polis yang kemungkinan wujud pengundi hantu kata beliau, PAS juga merasa bimbang kerana tidak tahu apa sebenar fungsi mereka sehingga terlalu ramai di Manek Urai.

Menurutnya kehadiran polis juga menimbulkan rasa resah di kalangan penduduk tempatan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutamanya di Cabang Tiga Laloh.

Kata beliau, polis meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas.

"Kami berharap pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi penduduk memandangkan kehadiran ramai polis menimbulkan rungutan masyarakat," katanya.

Beliau juga mendakwa ada sebuah rumah yang didiami isteri kepada seorang pegawai polis telah dijadikan markas Umno.

Abdul Fatah juga berkata, kerajaan pusat menggunakan secara berleluasan jentera kerajaan bagi membantu kempen BN termasuk Kesedar, Risda, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan banyak lagi kementerian lain.

Menurutnya, sehingga kini kerajaan pusat dan Petronas belum lagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti kepada kerajaan Kelantan.

13/07/09. Isnin.

MB SELANGOR SEDIA MENAMBAH BEBAN DINEGERI LAIN..........


TEMALIR, 12 Julai- Menteri Besar Selangor sudi membantu kempin PRK atas tiket parti KEADILAN yang melambangkan pada baju beliau, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan untuk membantu Kelantan, untuk berunding berkenaan royalti minyak ketika berucap dihadapan orang ramai dekat sini, malam tadi.

Khalid Ibrahim dalam ucapannya turut menerangkan berkenaan perubahan yang dibuat dalam pengurusan pentadbiran Negeri Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh beliau berjaya mengurangkan sejumlah besar perbelanjaan di mana perbelanjaan yang sama bagi setengah tahun pentadbiran BN dapat digunakan untuk pengurusan selama setahun setengah.

"Kerajaan Pakatan Rakyat lebih telus dalam pentadbiran," tegas beliau yang mahu rakyat mengetahui bagaimana duit mereka digunakan kerajaan.


Menyentuh berkenaan pemberian air percuma kepada rakyat Selangor, beliau menjelaskan bahawa beliau menerima jika tindakan tersebut ditakrifkan sebagai memberi rasuah kepada rakyat.


Ketika menyentuh berkenaan isu PPSMI pula, Menteri Besar Selangor itu menyatakan bahawa dasar tersebut bukan sekadar membawa kerugian berbillion ringgit kepada kerajaan tetapi juga menyebabkan kerugian yang besar kepada negara akibat kehilangan ramai tenaga kerja.

Kegagalan mereka menguasai Matematik dan Sains menjadikan mereka ketinggalan di dalam arus pembangunan yang mementingkan kemahiran dalam bidang tersebut.

Tahniah Tan Sri Khalid sebagai Ketua Perhubungan Negeri Selangor.

Jul 12, 2009

12/07/09. Ahad.

TIDAK LUPA 17thn LALU, KINI 100 hari



Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini..
Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan..
Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)...
Saya membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..
sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak..dan ptg td semasa saya melakukan 5S dirumah saya menjumpainya semula..

Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M..tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita...
Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam..sama-sama kita renungkan...
Mungkin beliau sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa")..namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya...dan mungkin utk selama-lamanya..sejarah sentiasa mengingatinya...
Kemungkinan disebabkan kenyataan seperti inilah yg menyebabkan Tok Guru Nik Aziz langsung tidak memandang atau menjeling cadangan dan menentang keras cadangan "Kerajaan Perpaduan" bersama UMNO/BN..
Kepada penyokong UG...selamilah kenyataan Najib ini 17 tahun yang lalu...- apadianie.blogspot.com



Jul 10, 2009

10/07/09. Jumaat.

PROJEK PEMBANGUNAN PENINGGALAN KERAJAAN UNMO...........Kg Sri Tanjong (DUN Dengkil)


Projek ini sekali dilihat amat memberi erti untuk rakyat. Tetapi apa yang telah berlaku, langsong tidak berguna kerana lebih setahun terbiar begitu saja. Hanyar telah berjumpa dengan ketua JDM kawasan tersebut, dan beliau memberi penerangan yang amat menyedihkan.

Bangunan itu dibina sejak tahun 2007 dan telah siap lama. Apabila tumbangnya kerajaan BN dan diambil alih oleh Pakatan Rakyat, penduduk kg telah cuba untuk mengambiltahu tentang bangunan itu. Jawapan yang diberi olih pimpinan yang lalu(umno), projek bangunan itu adalah projek kerajaan pusat. Kalau dilihat pada gambar diatas, melambangkan fakta sebenarKetua JDM berkenaan merasa kecewa dengan persoalan orang ramai yang tidak mengetahui apa sebenar yang berlaku, dan beliau sendiri langsung tidak mengetahui status bangunan itu kerana tiada maklumat.

Beliau mengharapkan pihak kerajaan Pakatan Rakyat dapatlah memberi penerangan sebenar kepada kami untuk senang dijawab, apabila diajukan soalan-soalan yang langsung kami tidak boleh jawab dengan fakta terbaik untuk kerajaan Pakatan Rakyat yang sekarang kita terajui.

Beliau juga berkata, setelah 50 tahun umno memerintah dan kini Pakatan Rakyat, pengundi dan rakyat Selangor inginkan yang terbaik walaupun tidak dapat tunai semua perkara. Penjelasan terbaik amat perlu untuk pengetahuan rakyat yang kita bersungguh-sungguh untuk perubahan.

Sementara itu juga Hanyar merasa kagum kerana setiap laluan kg , jalan-jalan kg telah berturap tar. Semuanya ini kerana ketelusan JKKK bertanggungjawab dan prihatin kepada penduduk. Ketua JDM tersebut mengucap tahniah dan inilah JKKK yang bolih menjadi contoh terbaik kepada yang lain.

Jul 6, 2009

06/07/09. Isnin.

BUDAYA MALAYSIA HADIAH, BUKAN RASUAH.................


MEDIA terutamanya TV hari ini heboh menceritakan tentang Najib sudah pun mencapai 100 hari menjadi Presiden Umno. Semuanya menceritakan kehebatan Najib yang dikatakan banyak berubah dan telah membawa Umno kembali mendapat sokongan rakyat terutamanya bagi orang-orang Melayu. Maka, seperti kelazimannya `burung-burung belatuk dan kakak tua' pun mengangguk sambil mengipas-ngipaskan kepaknya bersetuju bahawa Najib memang hebat.


Ketua Pemuda Umno yang dibuktikan terlibat di dalam rasuah politik wang juga turut memuji Najib yang mungkin padanya lebih hebat dari Pak Mertuanya dahulu. Naib Ketua Pemuda Umno pun begitu juga tidak mahu melepaskan peluang untuk turut `mengipas'. Mungkin juga jika ditanya pendapat KM Melaka Ali Rustam yang juga terlibat di dalam rasuah politik wang, sudah tentu Ali Rustam akan berkata Najib memang hebat. Bahkan, jika ditanya pada raja sesumpah Ezam, mungkin jawapannya hampir sama cuma raja sesumpah akan menambah sedikit pujian tersebut dengan menyatakan kehebatan Najib tidak akan terlawan oleh DS Anwar. Bukankah selalunya raja sesumpah tidak pernah terlepas dari menyebut nama DS Anwar? Memang hebat dan betul kata raja sesumpah itu tentang Najib kerana raja sesumpah itu tahu bahawa DS Anwar mana ada menyimpan pasu besar dan berharga di rumahnya, sedangkan Najib ada. Itu yang tidak terlawan oleh DS Anwar. Aku tahu cerita pasal pasu besar dan berharga di rumah Najib tu dari raja sesumpah yang bagitahu di dalam ceramahnya dulu.

Satu lagi kehebatan Najib di dalam 100 hari beliau menjadi Presiden Umno adalah kerana hanya menang satu kerusi di dalam banyak-banyak pilihanraya kecil baru-baru ini. Itu pun di luar Semenanjung. Di Semenanjung satu pun Najib tak dapat kerusi untuk Umno/Bn di dalam pilihanraya kecil. Bukankah hebat itu? Kehebatan luar biasa semasa Najib jadi Presiden Umno adalah tertubuhnya kerajaan negeri melalui Mahkamah. Hebat juga tu. Soal-soal lain banyak lagi kalau nak cerita tentang kehebatan Najib ni seperti kuota bumiputera, biasiswa dan berbagai-bagai lagi yang teramat menguntungkan Melayu. Kehebatan Najib juga tidak terbatas kepada dirinya sendiri bahkan isteri beliau juga dilihat hebat juga. Kadangkala kehebatan isterinya mengatasi populariti Najib sendiri.

Memandangkan kehebatan beliau itu, maka aku syorkan agar kita hadiahkan sesuatu yang amat bernilai untuk beliau agar dikenang sepanjang hidupnya. Apa kata kita hadiahkan `batu nisan' yang bertanda nama Umno di Manek Urai nanti? Jika sempena perpisahan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan PM dulu kita sudah hadiahkan benda yang sama di Kuala Terengganu, kini apalah kiranya kita beri pada Najib pula sempena 100 hari beliau menjadi Presiden Umno. Hadiah ini adalah buat `Pemimpin Umno Terakhir...!!!

Jul 4, 2009

04/07/09. Sebtu.

KUASA DITANGAN PENIPU LAKI PUAKA

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

MKinis pix

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar. Klik disini

04/07/09. Sabtu.

PEMBINAAN PEJABAT DAERAH dan TANAH KUALA LANGAT SEPERTI UBN HARI INI.

Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kawasan : ADUN N52 Teluk Datok (DAP) "APAKAH KERJA BELIAU SELAMA INI? SEBELOM MENANG SEBUK MENYALAK".


Pejabat Daerah dan Tanah yang baru terletak di kawasan zon mukim tanjung 12(2) Ahli Majlisnya zon11 dan JKKK sdr Razali Senan (Sungai Sedu ADUNnya Philip Tan), yang dibina diwaktu pemerintahan Khair Toyo semasa menjadi MB Selangor. Bangunan itu nampak macam siap dibina, tetapi kalau di lihat seperti dalam gambar-gambar amat menyedihkan sekali.


Rakyat Kuala Langat apabila datang kebangunan pejabat tersebut untuk berurusan, merasa takut apabila melihat keadaan suasana sekeliling bangunan.
Inilah kerja-kerja binaan yang kontraktornya adalah berhubung kait dengan Khair Toyo (W.W).


Sementara itu juga yang sekarang dalam pembinaan betul-betul berhadapan bangunan pejabat Daerah itu juga adalah kontraktornya, orang yang sama.


Apa yang Hanyar nak tekankan disini, ialah bangunan pejabat Daerah yang sudah siap kelihatannya sebegitu rupa. Bagaimana pula bangunan yang sedang dibina jika tidak diambil perhatian dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat. Akhirnya nanti, jika Tan Sri Khalid tidak tegas pada perkara seperti yang dilihat rakyat akan menyalahkan siapa pula nanti?

Perlu ditegaskan disini, Hanyar merasa kecewa jika sekiranya Tan Sri ambil mudah terhadap JKR Selangor untuk meneliti. Seperti yang dilihat papan tanda kontraktor pun tidak lengkap dengan tiada nama kontraktor. Tidak perlu disorok, Rakyat Selangor tahu muslihat mereka yang suka menghabiskan wang rakyat seperti wang bapat tiri mereka.

AMK K.Lgt PERLU AMBIL TANGGUNG JAWAB.
Selesaikan apa yang tidak betul dan yang betul kita semua akui.

Jul 1, 2009

01/07/09. Rabu.

Persepsi dan Spekulasi ....10 Perkara Misteri dan Luar Biasa...

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar. Seterusnya klik......
01/07/09. Rabu.

Khabar angin yang bertiup kencang, jangan disusul seribu harapan.

Berita yang sedikit menakutkan, sepertimana yang berlaku sewaktu YB Nasa melompat ke PKR. Waktu itu kita berasa semua akan memihak pada kita namun akhirnya Perak tumbang! Harap peristiwa sama tidak berulang.


Berikut adalah berita dari perak express ;

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN. Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.


Diharap kemenangan akan bersama orang-orang yang benar dan bersabar.