MASIH MENANTI PENGISYTIHARAN HARTA PAT & PTD..
Borang JPA(T)1/02 : BORANG PENGISYTIHARAN HARTA
Borang JPA(T)2/02 : BORANG PENGISYTIHARAN PELUPUSAN HARTA
Borang JPA(T)3/02 : BORANG PENGISYTIHARAN SYARIKAT / PERNIAGAAN
-
Kota Bharu, 15 Mac - Kerajaan Perpaduan yang digagaskan oleh Presiden PAS sebelum ini, telah menjawab tawaran Najib kepada Pakatan Rakyat supaya bersama-sama menyelesaikan kemelut ekonomi yang melanda negara.
Ketika membentangkan mini bajet di Parlimen baru-baru ini, Menteri Kewangan, Dato Seri Najib Tun Razak menawarkan kepada Pakatan Rakyat supaya duduk bersama-sama dengan Kerajaan BN berbincang menyelesaikan masalah ekonomi negara. Klik sini...
Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
5 Mac 2009 - Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Luar Negeri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara saya hendak timbulkan.
Pertama sayahendak minta Yang Berhormat Menteri berkongsi dengan Dewan tentang progress atau pencapaian jawatankuasa kerjasama antara sempadan, antara Malaysia dengan Thailand khususnya menjurus persoalan penyelesaian terhadap masalah Selatan Thai, yang pertama. klik untuk baca seterusnya
Assalamu'alaikum Wr,Wb
ADAKAH INI CERITA GEMPAR LAGI ?
KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyambut baik cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung pembentukan kerajaan campuran di negara ini dan menganggap cadangan itu dibuat pada masa yang tepat.
Timbalan Ketuanya Nasrudin Hassan berkata kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang memang sepatutnya duduk semeja menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik yang melanda negara kini.
"Kerajaan campuran ini bukan bermaksud PAS atau pembangkang masuk BN, atau sebaliknya, tetapi pembangkang turut diberi ruang dalam pentadbiran bersama-sama menyelesaikan isu ekonomi dan konflik politik dalam negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nasrudin berkata cadangan Abdul Hadi itu juga mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang turut bersama-sama berada dalam pakatan pembangkang.
"Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan bertentangan, kecuali ada satu dua individu yang memberi perhatian berbeza daripada cadangan presiden (PAS). Tapi itu biasalah, ia masih di peringkat idea untuk sempurnakan gagasan itu," katanya.
Baru-baru ini Abdul Hadi mencadangkan supaya BN dan pakatan pembangkang membentuk sebuah kerajaan campuran. -- BERNAMA